Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, September 15, 2010

Peace for Malaysia, 47 minutes of Silence 2010

Labels:

 

 

Monday, June 21, 2010

FORUM EO/DDA

Labels:

 

 

Tuesday, July 14, 2009

Pameran Dari Kerana Mata: Borak-borak Dengan Artis Dikala Jingga


Sungguhpun waktu aku amat terhad kerana terpaksa berada di Dewan Negara etiap sessi perbahasan, aku kuatkan usaha untuk hadir di majlis pelancaran majlis perasmian Pameran Dari Kerana Mata yang diadakan di RA Fine Arts pada 7 Julai 2009.

Pemilik galeri, Raja Ahmad (sebut: Pak Engku)sudah beberapa kali mengingatkan aku untuk hadir ke pameran ini. Sesungguhnya artis-artis DiKala Jingga memang rapat dengan aku. Bahkan lukisan Haris Hamsani masih tergantung di bilik tidur aku dan lukisan-lukisan Ali termuat dalam buku aku, KONFLIKTING.

Memandangkan aku sudah beberapa kali menulis dan memberi paparan kepada Ali @ Nurazmal Yussof, aku cuba mendekati Zul (atau nama sebenarnya Zulkiflee Zainul Abidin) dan Suddin Lappo.

Mereka ini kesemuanya hasil lulusan seni halus dari Institut Teknologi MARA dan bergabung selepas habis era pembelajaran.

Ikuti temubual aku dengan Zul dan Suddin.


Dalam lukisan kau untuk pameran ini, apa yang kau cuba ketengahkan?


Suddin: 'rasa’ dan pengalaman estetika.

Zul: Babak Manusia dalam situasi yang diinspirasi daripada isu sosial, politik, agama dan ekonomi semasa. Karya saya bertajuk “The Crisis: Between You and Me” menggambarkan satu situasi provokatif , satu watak lelaki , baju merah diikat dipinggang, sedang ditangannya ada seketul? Batu…berdiri di hadapan seekor kerbau yang sedang terarah dan tertarik kepada ‘warna merah’. Sang provokator semestinya sudah bersedia membalas ‘Mangsa’ yang mampu menyerang. Di inspirasikan dari situasi tegang politik semasa . Karya lain, “The Crisis 2: Tabung” lebih terjurus kepada permasalah ekonomi…watak lelaki (boleh saja disebut berbangsa melayu) sedang tersandar lemah, dihadapannya ada sebuah tabung ayam, tangan kirinya memegang tukul. Situasi yang tidak memberikan kita banyak pilhan untuk berdepan masalah ekonomi. Samada kita terus ‘bersandar’ atau pun pecahkan saja’ tabung.’. Satu lagi karya, bertajuk “deconstructive behavear: after ahmad zaki” mendepani isu sosial semasa. Lembu menjadi simbul kebodohan (negatif) seperti perumpamaan ‘Bodoh macam lembu’…kecenderungan sosial hari ini berdepan ‘kuasa kebodohan’.



Apa kelainan yang kau ada berbanding dengan artis-artis DiKala Jingga yang lain dan artis-artis yang ada di Malaysia ini?

Suddin: Juga ‘rasa’. Kan tiap orang punya rasa lain-lain. Maka rasanya tidak perlu untuk aku cari kelainan itu.

Zul: Aku lebih suka kepada kepelbagaian seni… tidak hanya tertumpu kepada bidang senilukis semata-mata… ia sangat membantu dalam perkembangan dan cara aku berkarya.



Bagaimana Negara ini dapat memajukan seni tampak?


Suddin:labur wang lah.. paling utama untuk pelukis muda. Tapi yang lebih penting adalah berani berfikir ‘sapere aude’ – politikus kita kering ‘rasa’ beb, sebab tu mereka tidak peduli seni.

Zul: Fokus dan bebas dan bertanggungjawab...baik seniman, pihak galeri, mahupun pihak 'penaung' dan pemerintah, beri pendedahan dan ruang yang lebih kepada seni tampak secara khusus. Salah satunya Media menghebahkan segala ‘gerak’ seni tampak kepada umum seperti bidang seni yang lain.


Apa sudah jadi dengan Balai (Seni Lukis Negara)?

Suddin: Kurang pasti. Sangat tidak dapat dipastikan.. mungkin sebab aku tidak dengar apa2 kecuali (baca : biasanya) cemuhan, yang selalunya aku pun malas nak pikir.


Zul: Ramai orang (terutama kelompok seniman) hangat memperkatakan tentangnya, Makin ramai yang mempersoaalkan kemampuan dan kredibelitinya.




Kau faham tak konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia?

Suddin: Faham. Faham itu sebagai polit(e)ik..

Zul: Sudah sedia faham… ia dikitar semula, ‘re-brending’, re-packaging, yang hanya pada nama.


Zul, kau berasal dari Kedah. Adakah kau rasa DAP patut keluar dari Pakatan Rakyat?

Zul: DAP berhak berbuat demikain…tapi itu bukan cara yang tepat dan terbaik… malah ia akan merumitkan keadaan… perancangan terganggu, rakyat terus jadi mangsa. Tindakkan itu tindak membantu apa2 cuma lebih kepada emosi dan cuba mempertahankan pendirian: walaupun ia dinyatakan cuba ‘mewakili‘ pandangan masyarakatnya… DAP dalam hal seperti ini harus mengelak dari tindakkkan ‘populis’ kepartian- tak puas hati keluar parti.

Ia akan lebih merugikan rakyat dan Pakatan sendiri. Pakatan Rakyat yang tampil dengan imej pencerahan. Lebih matang, terbuka dan dinamik tidak seharusnya berlaku perkara semacam ini.


Sepanjang lebih 50 tahun pemerintahan Umno, sebagai Melayu adakah kau mendapat sebarang manfaat dari pentadbiran mereka?

Suddin: Ada. Tapi bukan dari mereka, dari Tuhan.

Zul: Secara umumnya, ya… aku akui ada. Cumanya kalau didekati dan di amati manfaat itu lebih bersifat Sogokan; baca RASUAH , daripada pertolongan yg sepatutnya...


Kau setuju tidak apabila ramai yang menelah bahawa Pakatan Rakyat akan menjadi seperti Barisan Nasional? Nyatakan sebab….

Suddin: Ya. Sebab kedua2 parti itu punya matlamat yang sama – kuasa.

Zul: Kemungkinan terjadi sangat besar… kebergantungan kepada pucuk kepimpinan tertinggi untuk tampil ‘menyelsaikan’ sesuatu kemelut, amalan Rasuah belum sepenuh terhikis, walaupun ada usaha dan penegasan ke arahnya namun ia memerlukan masa.



Kau setuju tak sekiranya ISA dipinda?

Suddin: Padam terus lagi bagus.

Zul: Dipinda, aku setuju... bergantung pada pindaan yang akan dibuat, tetapi kalau di mansuhkan adalah lebih baik.


Selain melukis, kau juga melibatkan diri dalam lakonan dan muzik. Senang ke nak jadi artis ni…tangkap muat? Kenapa artis tidak focus kepada satu bidang seni sahaja?

Zul: Pada aku, sesiapa juga boleh menjadi artis… atas kemampuan dan kemahuan serta kejujuran.

Suddin: Sebab nak layan ‘rasa’, itu saja.


Sepanjang penglibatan kau dalam seni, adakah kau rasa media perdana banyak membantu dalam mempromosikan kesenian?

Suddin: Tidak. Tidak siapa yang peduli, kecuali tauke galeri, kolektor, peng’khayal’ seni, teman-teman ketat dan kau hehehe..

Zul: Ia tidak seimbang…tidak menyeluruh.


Zul, kau juga seorang pelakon teater. Pernah pergi Istana Budaya untuk saksikan persembahan di sana?

Zul: Pernah, beberapa kali…



Adakah kau bangga dengan pencapaian teater sekarang?

Zul: Belum Boleh dibanggakan… ia seperti baru nak bermula secara serius.

Labels: , , , , , , ,

 

 

Tuesday, May 12, 2009

Betulkah Pindaan ISA Bawa Prinsip Liberal?


Illustrasi gambar:

Tajuk : ISA menutup mulut manusia
Tarikh : 09 Disember 2007
Kandungan : Kanak-kanak bangkit menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang mencabul kebebasan seseorang insan tanpa membicarakannya.

Foto oleh:

Nama : Lim Hong Siang


Artikel ini juga disunting dan dipaparkan di CPI.


Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diluluskan oleh Parlimen pada 1 Ogos 1960 setelah darurat diisytiharkan berakhir pada 30 juai 1960 pada mula-mula bertujuan untuk menghadapi kegiatan komunis. Tetapi dalam temph hampir separuh dekad ini, ia telah digunakan untuk pelbagai tujuan selain daripada tujuann asal ia diluluskan oleh Parlimen.

ISA membenarkan penahanan tanpa perbicaraan dan tanpa perlu kepada pembuktian. ISA juga membenarkan kuasa yang luas, arbitrari dan tidak boleh dicabar mahkamah yang menyebabkan berlakunya penyeksaan fizikal dan mental seperti mana yang telah terbukti berlaku dalam banyak kes terdahulu.

Tetapi akta tersebut banyak dilihatkan sebagai sebuah undang-undang yang berkepentingan. Undang-undang tersebut dilihat sebagai tindakan yang bercanggah dengan hak asasi manusia dan juga melanggar Perlembagaan Persekutuan.

R.H. Hickling, individu yang bertanggungjawanb mendrafkan ISA mengakui akta tersebut bukan sahaja diperketarkan penggunaannya malah berlaku juga penyalahgunaan akta tersebut bagi kepentingan politik. Katanya,

“since I drafted the original act, the ISA has been tightened up andtightened up until now there’s no provision for judicial review. Unfortunately over the years the powers have been abused. Instead of locking up peple suspected of organizing violence, which is the phrase used in the preamble to the ISA, it’s been used to lock up politicala opponents, quite harmless people.”

Kemuncak asas-asas ISA ialah elemen mengancam, mengugut dan mewujudkan rasa takut dan gerun…”climate of fear”…”under siege mentality”… sehingga merencatkan daya fikir dan teguran berani serta fitrah manusia yang bebas.


Mangsa ISA

Menurut sumber, pelbagai pertuduhan yang membuatkan seseorang itu ditahan di bawah ISA. Antaranya ialah memimpin Kumpulan Tindakan Hak-hak Hindu (Hindraf), Jemaah Islamiyah, Darul islam dan agensi perisik asing. Namun, tidak ada satu pun pertuduhan itu dibicarakan di mahkamah.

Setakat ini,enam orang sudah ditahan melebihi enam tahun, dua orang melebihi lima tahun, dua orang ditahan melebihi empat tahun, enam orang ditahan melebihi tiga tahun, empat orang ditahan melebihi dua tahun, dua orang ditahan melebihi setahun dan enam orang ditahan melebihi enam bulan. Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan pembebebasan 13 daripada mereka.

Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia

Artikel 3, 5, 9, 10, 11 menyentuh mengenai hak: kebebasan; bebas dari penahanan tanpa bicara; tidak diseksa atau diperlakukan secara kejam, tidak berperikemanusiaan atau penghinaan; dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah menurut undang-undang melalui perbicaraan di mahkamah terbuka.

Perlembagaan Persekutuan

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mencadangkan sejak tahun 2003 supaya ISA dimansuhkan dan diganti dengan sebuah Akta baru, Akta Anti-Terrorisme tetapi tidak pernah diteliti oleh kerajaan atau dibentangkan di Parlimen. Lain pula dengan pendirian Suruhanjaya Diraja Pembaikpulih Polis yang mana mencadangkan agar ISA dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Anti-Terorisme.

Amnesty International, sebuah organisasi pendukung hak asasi manusia yang ditubuhkan pada tahun 1961, sejak tahun 1970an lagi telah mengecam pencabulan hak-hak asasi yang berlaku di Malaysia kesan daripada pelaksanaan ISA. Dalam kenyataan rasmi Amnesty, mereka telah menggariskan bahawa akta tersebut menghalang seseorang mendapat hak untuk membela diri di mahkamah. Amnesty juga menyimpulkan bahawa ISA menyekat kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.

Mengikut cara penggunaannya, mangsa-mangsa yang dikenakan ISA termasuk ahli politik, aktvis, golongan akademik, mahasiswa, wartawan, anggota kesatuan sekerja dan sesiapa sahaja yang dianggap sebagai ancaman kepada kerajaan.

Prinsip liberalisme

Secara falsafahnya, liberalisme komited kepada konsep kesaksamaan, maruah, kebebasan dan rasionaliti. Pemahaman liberalisme menurut John Rawls (1921- ), prinsip liberalisme berkehendakkan kerajaan menyediakan sistem yang paling ekstensif terhadap kesama rataan. Setiap individu haruslah mengecapi kesamarataan tertinggi dan peluang yang sama antara satu sama lain.

Liberalisme juga percaya kepada peluang yang sama dalam mendapat tempat di dalam masyarakat, tidak mengira warna, gender dan bangsa. Bagi mengecapi ini, setiap orang haruslah mempunyai pembahagian kekayaan yang sama kecuali apabila berhadapan dengan keadaan di mana pembahagian tersebut tidak mampu untuk memperbaiki kebajikan rakyat.

Para liberalis melihat kebebasan sebagai satu matlamat. Manusia tida boleh hidup tanpa kebebasan, masyarakat juga tidak boleh berfungsi tanpanya, hasilnya, idea mengenai kebebasan telah memainkan peranan di mana jua dan pada setiap masa. Malah, pada zaman dahulukala, tradisi hokum alam, walaupun mengutamakan masyarakat, menuntut ruang-ruang kebebasan yang harus dilindungi dari pencabulan.

Oleh yang demikian, liberalisme tidak pernah bertoleransi kepada prinsip yang tidak berperikemanusiaan. Apatah lagi ianya tidak memberi peluang adil kepada setiap manusia.

GMI sebagai badan yang bertanggungjawab juga mahukan keamanan dan kesejahteraan untuk rakyat dan negara. GMI menentang amalan keganasan dan tindakan di luar undang-undang. Namun GMI berpendirian pencapaian keamanan dan kesejahteraan tersebut tidak pula boleh menggadaikan dan mencabuli hak asasi manusia dan keadilan sewenang-wenangnya.

Parlimen Eropah yang lebih liberal dalam memperbincangkan susuatu isu menyebut dalam persidangan mereka pada 13 Jun 2001 bahawa hak asasi manusia di Malaysia menjadi bertambah teruk akibat daripada cara Perdana Menteri Dr Mahathir menghancurkan musuh-musuh politiknya.

Apabila beberapa golongan dari ulama dan pejuang hak asasi serta ahli perundangan memperbincangkan tindakan ISA yang dikenakan ini, tekanan tersebut memaksa ianya diperbincangkan di Dewan Rakyat. Pihak Barisan Nasional (BN) bersungguh-sungguh ingin mempertahankan akta tersebut. Malah, mereka inigin mengusulkan agar Dewan Rakyat memperkenalkan Akta Anti-Terorisme bagi membendung masalah keganasan.

Syor untuk mengkaji semula ISA pernah disuarakan oleh beberapa orang Menteri dan parti komponen BN sebelum ini. Ada yang mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen. Malah ada yang meletakkan jawatan kerana membantah. Namun ianya indah khabar dari rupa.

Sebelum menjawat jawatan kabinet. Dr Rais Yatim pada tahun 1995 berkata “the fact that the government chooses to perpetuate this formidable power under the ISA without any valid basis is purely a political choice.”

Tetapi, sewaktu beliau menjadi Menteri di JabatanPerdana Menteri pada tahun 2002, Rais menyebut dalam satu wawancara bahawa “as between popularity and the need to be vigilant in terms of national security, Malaysia choose the latter, The wisdom of the policy has withstood time”.

Sikap hipokritis inilah membawa beliau menjadi semakin tidak popular. Begitu juga yang diamalkan oleh Parti Gerakan Rakyat (Gerakan).

Gerakan yang merupakan salah satu anggota komponen BN pula berpendirian berbeza. Perdana Menteri dalam ucapan sulungnya pada 3 April lalu menyentuh mengenai penggunaan ISA. Gerakan masih berpendapat akta kuno ini masih relevan. Sungguhpun kita mempunyai banyak undang-undang lain yang boleh digunakan tanpa perlu mencabuli hak perbicaraan dan hak membela diri seseorang, Gerakan masih tidak mempercayai pendakwaan melalui proses penghakiman dan diadili.

Mengikut Gerakan, ISA tidak perlu dimansuh tetapi memerlukan pindaan. Persoalannya adakah sebarang pindaan kepada akta tersebut seseorang tahanan member keadilan kepada manusia?

Mengikut ISA; seseorang tahanan itu akan disoalsiasat oleh polis selama 60 hari tanpa mendapat akses kepada keluarga mahupun peguam. Malah selalunya, ahli keluarga tidak akan diberitahu di mana mereka akan ditempatkan bagi disoalsiasat (sebut brainwash). Selepas itu, tahanan akan dikenakan perintah tahanan di Kem Kamunting selama dua tahun. Apabila tamat dia tahun, kemudian dia tahun sehingga bila-bila atas keputusan yang dibuat oleh polis dan Menteri Dalam negeri berdasarkan laporan dari satu lembaga penasihat yang tidak bebas.

Mengikuti Ban Ah Kam (63), beliau pernah dipukul dengan batang penyapu dengan kuat ke arah badan, tangan dan kaku sehingga batang penyapu tersebut patah. Dia yang ditahan dari 9 November 1968 hingga 8 Disember 1978 juga dipaksa memanjat tiang bola keranjang untuk menghantar ‘telegram’. Perintah tersebut biasanya disampaikan bersama pukulan. Menurutnya lagi, tiada seorang pun daripada rakan-rakan dalam tahanan bersamanya yang tidak pernah dipukul atau ditendang.

Ban Ah Kam juga menceritakan megenai pengalaman rajan sepertahanannya, Liu Mulin dari Semenyih yang bekerja sebagai penoreh getah terpaksa menderita skizofrenia kerana tidak dapat menerima penahanannya dan ibunya yang tua terpaksa ditinggalkan keseorangan tanpa penjaga.

Bagi Gerakan, elemen-elemen ini perlu diberikan penelitian. Mungkin ahli parti tersebut tidak pernah mengalami pendakwaan di bawah ISA. Apatah lagi pemimpin. Adakah mereka tahu dan faham bagaimana layanan seseorang itu ditahan, sekurang-kurangnya dua tahun dan ada yang ditahan sehingga 16 tahun tanpa dibicarakan?

Sebagai sebuah parti politik yang tidak berpendirian tegas, Gerakan selalunya tidak mengambil sikap yang konkrit. Atas pendirian mereka agar akta ini dipinda, tidak dimansuhkan, adakah mereka bertujuan untuk menarik hati pengundi dan penyokong? Adakan sikap tersebut dapat menyelematkan hubungan mereka dengan parti-parti pemerintah BN yang lain?

Sikap yang dirasakan selamat seperti ini akhirnya memakan diri. Rakyat telah membuat keputusan dalam pilihan raya umum 2008 lalu di mana tahanan ISA yang diletakkan di Kota Alam Shah, menang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri. Kekalahan teruk Gerakan di Pulau Pinang juga telah memberi isyarat.



Rujukan:

Rais Yatim, Freedom under Eecutive Power in Malaysia: A Study of Executive Supremacy, Endowment Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1995.

New Straits Times, 20 November 2002. “ISA has saved nation from many disaster”.

Wu Min Aun, The Malaysian Legal System, Longman, Petaling Jaya, 1999, hal. 269 disebut dalam Mohd Azizuddin Mohd Sani, Hak Asasi Manusia dan Hak Bersuara: Menurut Pandangan Uslam dan barat, PTS Publication & Distributions Sdn Bhd, bentong, 2002, hal 176.

Amnesty International Briefing, 20 Oktober 2001 disebut dalam New Internationalist, 345, Mei 2002, hal 34.

International Mission of Investigation, “Malaysia the Boar Constrictor”: Silencing Human Rights Defenders. Laporan dari The Observatory for the Protection of Human Rights Defenders yang terdiri daripada Suaram, FIDH (International Federation of Human Rights) dan OMCT (World Organisation Against Torture). Dalam persidangan European Parliament 13 Jun 2001, mengesyorkan Malaysia memansuhkan ISA setalah mengkaji laporan yang disediakan oleh SUHAKAM. (hal 9-10).

Eatwell, Roger et al, Contemporary Political Ideologies, Pinter, 2nd ed, 1999

Labels: , ,

 

 

Saturday, May 02, 2009

Wahai Najib, Bebaskanlah Media!


Hari Kebebasan Media jatuh pada tanggal 3 Mei setiap tahun. Bersempena dengan perlantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri baru, kita mungkin tertanya-tanya apakah halatuju media di mata beliau.

Dalam sebuah Negara yang berpegang kepada demokrasi yang digembar-gemburkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), amalan media yang bebas menjadi pegangan.

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia mempunyai akta khusus bagi mencengkam kebebasan tersebut. Akta Percetakan dan Penerbitan menjadi kekangan dalam perihal ini. Sebarang penerbitan termaktub dalam akta ini termasuk pihak kerajaan mempunyai kuasa bagi menetapkan syarat-syarat penerbitan tersebut.

Semasa pilihan raya umum yang lalu, pengundi telah member isyarat yang agak kuat bahawa mereka mahukan media yang lebih bebas. Mengikut beberapa kajian yang dijalankan, tujuh hari sebelum pemilihan, New Straits Time memaparkan 17 halamannya mengutuk parti alternatif khususnya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat. Ini mendatangkan impak yang disebalik kerana kecaman-kecaman yang berlebihan tersebut bukan hanya telah menimbulkan rasa marah pengundi malah telah mendatangkan rasa belas kepada bekas Perdana Menteri itu.

Baru-baru ini semasa persidangan Dewan Undangan Negeri di Perak 7 Mei, had telah diberikan kepada media maya. Sekatan tersebut diberikan oleh kerajaan BN Perak. Pendekatan tersebut amat bertentangan dengan konsep “1 Malaysia” yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

Sekurang-kurangnya, bekas Perdana Menteri, Abdullah Badawi telah mula member kelonggaran kepada media maya dalam menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan. Tetapi, sekarang nampaknya tahap media kembali selangkah demi selangkah ke belakang.


Selain itu, kerajaan pusat juga mengguakan Akta Multimedia dan Kumunikasi dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi member ugutan kepada blogger dan pihak yang turut serta dalam memberi komen di dalam beberapa laman.

Semasa kemelut perampasan kuasa kerajaan perak, Kementerian Multimedia dan Komunikasi telah mengambil tindakan yang tidak diplomatik dengan mendakwa blogger.

Pada September 2008, satu lagi penghakisan dalam kebebasan media apabila Raja Petra Kamarudin (pengendali laman Malaysia-Today ), Teresa Kok (anggota exco negeri Selangor) dan Tan Hoon Cheng (wartawan) dikenakan tindakan di bawah ISA. Raja Petra kini sedang dalam perlindungan kerana khuatir akan dikenakan di bawah akta yang sama buat kali ketiga.

Apa yang diharapkan di bawah pimpinan Najib, langkah pertama yang beliau perlu ambil ialah dengan menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan parlimen bagi mengkaji semula undang-undang yang mencengkam media di Negara ini.

Labels: , , , , , , , , , , , , ,

 

 

Friday, April 17, 2009

Najib Mula Guna ISA


Sidang media GMI di Suhakam


Kaum keluarga tahanan

Perdana Menteri Malaysia yang baru, Datuk Seri Najib Razak telah menunjukkan taringnya kepada rakyat dengan menggunakan akta yang paling ditakuti rakyat Malaysia, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan tiga orang baru ditahan untuk disoalsiasat.

Ketiga-tiga tahanan baru itu; Agus Salim (32), Abdul Matin bin Anol Rahmat (60) dan Johar bin Hassan ditahan pada awal peralihan kuasa. Agus ditahan pada 5 Mac di tempat perniagaannya manakala Abdul Matin ditahan pada 1 April di kediamannya. Tidak ada laporan yang dapat diperolehi bagi pihak Johar.

Walaupun penangkapan tersebut berlaku sebelum Najib menjadi Perdana Menteri ke-6, namun ini adalah satu bukti yang amat nyata di mana kerajaan Malaysia akan emnggunakan ISA untuk kemandirian mereka.

Ketika memberi ucapan sulungnya pada 3 April lalu, Najib yang berjanji untuk mengkaji semula ISA, dan mengumumkan pembebasan 13 tahanan. Namun, setelah diteliti, pembebasan tersebut juga disertai dengan sekatan tertentu termasuk tidak dibenarkan ke luar daerah dan terpaksa melaporkan diri di balai polis tertentu dalam jangkamasa terentu.


Walaupun di satu sudut mereka membebaskan tahanan dengan bersandarkan kepentingan rakyat dan hak asasi manusia, namun di sudut lain mereka melanggar prinsip yang sama dan masih menahan rakyat Malaysia secra arbitrari dan tanpa bicara.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengklasifikasikan cara penahanan ini adalah yang paling zalim sejak 10 tahun yang lalu kerana ahli keluarga mahupun peguam tidak diberi sebarang maklumat mengenai kedudukannya sekarang.


Semasa Agus dan Abdul Matin ditahan, mereka diberi nombor dan pegawai yang bertugas untuk dihubungi di Bukit Aman tetapi ianya tidak dapat dihubungi.

Kesemua mereka ditahan di Johor di bawah Seksyen 73 (1) ISA 1960 semakan 1972 iaitu penahanan selama tempoh 60 hari untuk disoal-siasat. Tempoh 60 hari di bawah ISA merupakan satu tempoh berlakunya proses intimidasi serta penyeksaan fizikal dan mental terhadap tahanan.

Penahanan ketiga-tiga mereka ini tidak diumumkan oleh pihak berkuasa polis atau kerajaan dalam mana-mana saluran media. Mereka digelapkan daripada sebarang maklumat tentang keadaan dan di mana mereka ditempatkan.

Menurut adik Agus yang ditemui, Junaidi Salim (27) abangnya ditahan ketika selepas solat Asar dan memakai apron untuk meneruskan kerjanya sebagai tukang masak di sebuah restoran tomyam di Larkin, Johor.

Agus yang berasal dari Medan, Indonesia didatangi seorang anggota polis yang menyampaikan sepucuk surat yang mengatakan bahawa dia ditahan. Rumahnya digeledah dan semuanya dirakan dengan kamera video oleh polis. Lima buah kereta polis megiringi tahanan tersebut.

Abdul Matin pula ditahan pada Rabu, 1 April lalu jam 7.30 pagi di Ulu Tiram, Johor Bahru di mana ketika ditahan beliau didatangi 12 anggota polis membawa surat penahanan tersebut. Abdul Matin dituduh sebagai ahli Jemaah Islamiyah (JI).

Suhakam Keji Tindakan Kerajaan

Sewaktu memorandum dihantar oleh GMI kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) 17 April lalu di ibu negara, pesuruhjayanya Datuk Siva Subramaniam berkata Suhakam telah menyatakan bahawa ISA ialah sebuah akta yang tidak berlandaskan kepada hak asasi manusia.

Suhakam telah mengadakan bersiri lawatan ke pusat tahanan dan melihat sendiri keadaan mereka. Mereka juga dipisahkan oleh cermin penghadang ketika dilawati ahli keluarga dan peguam.

Dalam implikasi secara tidak langsung pula, Siva memberitahu bahawa ada bekas tahanan yang kehilangan ahli keluarga terutama sekali apabila ditinggalkan isteri dan sukar untuk mendapat sebarang pekerjaan.

Pada tahun 2003, Suhakam pernah mencadangkan supaya ISA dimansuhkan dan diganti dengan akta baru seperti Akta Terorisme tetapi tidak pernah diteliti oleh kerajaan atau dibentangkan di Parlimen.

ISA membenarkan penahanan tanpa perbicaraan dan tanpa perlu kepada pembuktian. ISA juga membenarkan kuasa yang luas, arbitrari dan tidak boleh dicabar mahkamah yang menyebabkan berlakunya penyeksaan fizikal dan mental seperti mana yang telah terbukti dalam banyak kes terdahulu.

Labels: , ,

 

 

Thursday, March 05, 2009

ISA - Malaysia’s symbol of injustice and torture.




23rdFebruary 2009

Amnesty International Malaysia views with concern the statement made by Deputy IGP Tan Sri Ismail Omar on 23.2.09 on the relevance of the Internal Security Act 1960 (ISA). Amnesty regrets that the Deputy IGP being the guardian of public interest and rights had given blanket approval to the most draconian and unjust law in Malaysia. It does not reflect the aspiration of Malaysian public and are misleading. Public protests and critics on the ISA had risen to an unprecedented level, reemphasizing the concerns and arbitrariness of the ISA.

The Internal Security Act is an unjust law as it provides for an indefinite detention without trial purely at the pleasure of the police and the Home Minister. Previous arrests of Selangor State Exco YB Teresa Kwok, Blogger Raja Petra Kamaruddin, Sin Chew Jit Poh journalist Tan Hoon Cheng and many others shows the potential for this unjust legislation to be used at any time against anyone without just grounds or reasons.



The ISA, through a series of amendments, has incrementally extended Executive powers, while stripping away the judicial safeguards designed to protect against their abuse. Now, once a person is detained under the ISA, he or she has no effective recourse to legal protection, nor any opportunity to establish their innocence of the accusations leveled
against them. As such the ISA is contrary to fundamental principles of international law, including the right to liberty of the person, to freedom from arbitrary arrest, to be informed of the reasons for arrest, to the presumption of innocence, and to a fair and open trial in a court of law.

The broad terms of the ISA also fails to provide any precise definition or criteria for determining which individuals pose a danger to state or public security and a judicial explanation of what should be termed as a real threat to the public and the security of the nation. The Executive has been given permanent, unfettered discretion to determine, according to their subjective interpretation, who, what and when a person or activity might pose a potential threat to national security or public order.

Amnesty International in the past has repeatedly called for the repeal of the ISA. For over twenty years the organisation has called for the immediate and unconditional release of scores of ISA detainees whom it considered to be prisoners of conscience held solely for the peaceful expression of their political or religious beliefs. It has called for those detained to be either granted a fair, speedy and open trial, or else released. The organisation
has also raised persistent serious concerns about patterns of grave ill-treatment, at times amounting to torture, of those detained under the law. The recent judgment in Malek Hussein’s case is a clear example of existence of torture and ill-treatment during the 60 days in-communicado period under police custody.

Amnesty International Malaysia views that ISA is irrelevant to address concerns of national security and highly prejudicial to development of human rights and democracy in Malaysia. We urge the government to reconsider Suhakam’s proposal for the ISA to be repealed and be replaced by a specific Anti-Terrorism Act as reported in its 2003 Report titled ‘’Review of the Internal Security Act 1960. Amnesty International also hereby note that since the arbitrary and unjust detention and its facilities of Guantanamo Bay is now coming to close, its now time for the ISA and Camp Kamunting being the other symbol of injustice and torture right at our home to be repealed and be shut down as well.

Nora Murat
Executive Director

Labels: , ,

 

 

Thursday, February 26, 2009

Tiba Masa Untuk Penjenamaan Semula



Jenice Lee Ying Ha, 28 bukan nama baru dalam DAP. Kali pertama bertanding dalam Pilihan Raya Umum 12 Mac tahun lalu menjadikannya antara wakil rakyat wanita termuda. Beliau juga mencipta sejarah apabila berjaya dipilih sebagai Timbalan Ketua Dapsy.

Sebagai graduan yang berlatarbelakang pengiklanan, Jenice mempunyai perancangan untuk penjenamaan semula (re-branding) Dapsy sebagai sebuah gerakan anak muda yang ulung, dinamik dan progresif selaras dengan perjuangan Parti.

Aku berkesempatan menemuramah beliau:

Berapa lama sdri sudah berkecimpung dalam politik?

Saya mula aktif dalam politik sejak 1998. Sejak menuntut lagi saya sudah menjadi pemimpin kesatuan pelajar, berkempen untuk keadilan sosial. Pada waktu itu, isu yang paling ketara kita sertai ialah berkaitan dengan isu Nipah serta ketidakadilan terhadap (Lim) Guan Eng dan Anwar Ibrahim.

Saya mula menjadi ahli DAP (Parti Tindakan Demokratik) sejak 2001. Pada waktu itu saya baru berusia 20 tahun. Saya memilih DAP kerana prinsipal yang dipegang oleh Parti selaras dengan perjuangan saya iaitu demokratik sosial, peluang samarata.

Saya mula terlibat diri secara aktif dalam sayap muda dalam DAP yang dipanggil DAPSY (DAP Socialist Youth) dan menjadi jawatankuasa liason di bahagian Bukit Bintang dan kemudiannya dipilih sebagai setiausaha.

Sungguhpun baru pertama kali bertanding dalam pilihan raya, saya sudah terlibat diri dalam kempen pilihan raya sejak 1999 di DUN Bukit Gasing, pada waktu itu membantu calon Hew Kuan Yew. Kemudiannya, saya diminta membantu Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun.

Sudah tentu, sebagai pembangkang pada waktu itu banyak halangan yang kami hadapi terutama dari segi kewangan dan jentera yang tidak berpengalaman. Kami hanya berharap dari sumbangan orang ramai. Media juga tidak berpihak dengan kami. Oleh itu, kami perlu mencari jalan lain. Internet ialah sumber utama bagi kami untuk menyebarkan mesej. Saya perlu berterima kasih kepada blogger yang selama ini menjadi penyokong kuat saya dan banyak membantu dalam kempen-kempen saya.

Boleh sdri nyatakan latarbelakang pendidikan dan profesion sebelum menjadi ahli politik sepenuh masa?

Selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), saya memasuki Kolej New Era di peringkat diploma perniagaan. Saya kemudian mengambil program Amerika dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dan kemudiannya ke Unversiti Curtin di bidang ekonomi. Saya melanjutkan pelajaran ke Universiti Sydney pengkhususan dalam Politik, Ekonomi dan Hubungan Antarabangsa. Sejurus selepas kembali ke tanahair, saya membuka perniagaan pengiklanan bersama rakan niaga saya.

Sdri telah dipilih sebagai Timbalan Ketua DAPSY dalam pemilihan baru-baru ini. Apa perancangan anda sebaik sahaja dipilih?

Sebagai wakil dari golongan muda di dalam parti, kami mahu bergerak ke arah kehidupan yang lebih baik. Orang muda mahukan peluang yang samrata diberikan dan keadilan untuk masyarakat terbanyak.

Sebagai orang kedua di dalam sayap muda, saya perlu bekerjasama erat dengan Ketua. Dapsy sepatutunya menjadi tiang kepada parti, dinamik dan progresif. Sebagai sayap muda, kita berpeluang untuk melakukan kesilapan, dan kita menjadi ujian kepada parti dalam sesuatu hal.

Dalam hal aktiviti sukarelawan di peringkat kampus, semua ini mula disekat di zaman kuku besi (Tun) Mahathir ketika memegang jawatan Perdana Menteri. Mahasiswa tidak dibenarkan berbincang isu politik di kampus. Oleh itu, mereka tidak faham. Politik ialah sebahagian daripada kehidupan.

Semasa saya menuntut di luar negara, semua parti politik boleh menjalankan aktiviti mereka di kampus. Golongan liberal, komunis, sosialis- semuanya dibenarkan menganjurkan program di dalam kampus. Mahasiswa kita ketinggalan jauh di belakang. Mereka tidak tahu makna kuasa, cita-cita dan kaedah berkempen.

Parti sudah berusia 42 tahun. Tapi Dapsy tidak bergerak selaras dengan perkembangan usia. Apa komen sdri?

Saya sudah berada di dalam Parti selama sembilan tahun. Saya sertai sejak usia 20 tahun dan pada waktu itu saya wakil termuda. Selepas beberapa tahun, saya masih memegang rekod tersebut. Kita sukar mendapatkan golongan pelapis. Saya kira, Dapsy perlu penstrukturan semula. Sekaranglah masanya. Dapsy adalah ruang untuk golongan muda untuk meluaskan pengetahuan dalam politik. Mereka perlu faham bahawa mereka sertai parti politik bukan kerana pemimpin yang ada di dalamnya tetapi setuju dengan ideologi yang dibawa.

Pada waktu kami mengalami kesukaran untuk mendapatkan anggota baru, kami menubuhkan sebuah gerakan di bawah nama Red Rose. Gerakan ini adalah untuk mereka yang tidak senang bergerak di bawah payung Parti sungguhpun ianya sebahagian daripada Dapsy. Red Rose menjadi pelantar kepada mereka untuk mempelajari dan mengenal erti politik secara umum.


Bagaimana anda menggunakan pengetahuan anda dalam perniagaan dalam aktiviti politik?

Dalam perniagaan, kita mempelajari elemen pengiklanan (advertising). Pengiklanan penting untuk menyatakan propaganda dan apa yang penting ialah menjadi kreatif dalam menarik pengundi-pengundi baru. Kita sebatikan dalam bentuk yang berlainan. Sebagai contoh, kita perlu sedar tidak semua dari kita suka berpakaian kemeja dan bertali leher. Ada di antara kita yang senang berkemeja leher bulat sahaja.

Pengiklanan juga terdapat penjenamaan semula (re-branding). Itulah yang perlu kita perlu lakukan. Sebelum ini, pemimpin Dapsy merupakan ahli Jawatankuasa Pusat (CEC). Mereka sering membawa nama CEC berbanding Dapsy. Oleh itu, kita sukar untuk ‘menjual’ nama kita. Kita juga kurang focus dalam aktiviti golongan muda. Dalam penjenamaan semula juga, anggota Dapsy perlu komited dalam identiti yang mereka bawa. Slogan juga penting bagi menjana gerakan ini.

Pembungkusan (packaging) juga perlu betul. Dapsy perlu pek produk yang kita ada dalam cara yang berlainan. Semasa kita lancarkan Malaysian Malaysia, Dapsy terjemahkan dalam terma ‘Kita Anak Malaysia’. Bukankah lebih sesuai untuk golongan muda untuk memahaminya?

Sebagai ADUN Teratai apakah aktiviti dan masalah penduduk?

Sungguh banyak aktiviti dan sambutan bergantung kepada bentuk aktiviti yang saya anjurkan. Aktiviti seperti Hari Keluarga mungkin dapat menarik semua golongan. Aktiviti seperti seminar, sukan banyak menarik golongan muda. Bagi golongan veteran, mereka lebih senang hadir di dalam program perayaan.

Teratai ialah kawasan hasil daripada persempadanan baru. Penduduk di sini mempunyai pelbagai karenah. Bagi golongan muda, mereka lebih peka kepada maklumat di dalam internet. Oleh itu, maklumat dan komunikasi banyak berlaku secara maya dan saya senang dengan cara itu. Bagi golongan yang berusia 45 tahun ke atas, mereka akan sedaya upaya mendapatkan nombor telefon saya dan memanggil saya untuk menceritakan pemasalahan mereka. Mereka seboleh-bolehnya mahu saya datang sendiri untuk bersemuka dan bercerita masalah mereka.

Dalam siri penerangan saya, saya sering memberitahu rangka kerja Ahli Parlimen, ADUN dan ahli majlis. Mereka perlu tahu pihak yang mereka perlu hubungi bergantung kepada masalah yang mereka sedang hadapi. Sungguhpun masalah longkang tersumbat juga masalah saya, mereka perlu faham bahawa ahli majlis lebih sesuai untuk mendengar masalah sedemikian.

Di kawasan Pandan, perkara utama yang menjadi masalah ialah urusan pengumpulan sampah, sehingga ahli-ahli Majlis juga tidak dapat menyelesaikannya. Masalah tikus dan serangga perosak juga menjadi masalah di sini. Oleh sebab itulah, saya terpaksa mengadakan perjumpaan seberapa kerap dengan YDP (Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, MPAJ) untuk berbincang masalah-masalah ini.



Bagaimana persepsi kaum Melayu terhadap sdri?

Bagi golongan muda, seperti yang saya nyatakan, mereka lebih bersikap terbuka. Bagi mereka yang selama ini menyokong parti perkauman, memberi sedikit pemasalahan buat saya. Adakalanya, mereka bertindak liar sehingga ada yang sanggup meninggikan suara semasa sessi perbincangan.

Ada ketika sewaktu saya ingin memberi penerangan mengenai dewan orang ramai yang saya kira patut dikembalikan kepada MPAJ, mereka marah dan ada yang cuba membaling kerusi. Dengan cara yang sombong, salah seorang berkata bahawa beliau mempunyai banyak wang dan tidak takutkan saya. Mereka juga katakan bahawa pendapatan mereka lebih banyak berbanding saya. Apakah maknyanya ini?

Namun, saya kira ini menjadi cabaran untuk saya bekerja dengan lebih kuat. Ia tidak mustahil. Kebanyakan daripada peruntukan yang saya terima disalurkan kepada golongan Melayu. Merekalah sebenarnya yang tertindas. Saya tidak mahu tahu mereka undi saya atau pun tidak (semasa pilihan raya lepas). Apa yang penting, mereka lebih memerlukan.

Melihat kepada golongan wanita Melayu, mereka memerlukan pengetahuan mengenai hak mereka. Hal mengenai syariah, penceraian dan sebagainya, mereka tidak faham. Kita lihat sendiri media yang mereka baca hari-hari. Utusan Malaysia, Berita Harian semuanya tidak membuka minda mereka.

Apa pula isu yang anda utarakan semasa sessi dewan sejak bergelar ADUN?

Sejak Mac lalu, saya melalui dua sessi selama 10 hari persidangan. Antara isu yang saya telah bentangkan ialah projek pemuliharaan alam sekitar. Selangor tidak jalankan denagan betul. Pendidikan dan kempen kesedaran perlu dijalankan dengan lebih proaktif.

Keduanya, mengenai peluang pekerjaan. Saya mencadangkan agar kontraktor yang mendapat kontrak daripada kerajaan negeri perlu menghadkan hanya 30% daripada kakitangannya kepada warga asing. Sekiranya mereka gagal, mereka perlu disenaraihitamkan daripada diteruskan kontrak mereka. Sebagai contoh, dalam kontrak pengumpulan sampah, MPAJ peruntukkan ratusan ribu sebulan kepada Alam Flora bagi tujuan ini. Apa salahnya upah dinaikkan untuk menarik pekerja tempatan? Dengan mengambil pekerja asing, mereka hanya perlu menggunakan RM20,000 daripada jumlah RM100,000 untuk pembayaran upah. Jangan beritahu saya mereka menggunakan RM80,000 untuk membeli penyapu?

Ketiga ialah mengenai penyertaan golongan wanita. Saya menyeru agar 10% daripada pihak pembuat keputusan terdiri daripada golongan wanita. Sekiranya golongan wanita tidak mencapai tahap minima, mereka boleh mengemukakan aduan. Tetapi, menurut kajian, golongan wanita lebih terserlah daripada lelaki sungguhpun selepas bercuti panjang kerana melahirkan anak. Di Eropah Utara, mereka mahukan 60% daripada proses membuat keputusan diberikan kepada wanita. Saya hanya meminta 10% sahaja.

Mengenai isu kebebasan Teresa Kok yang saudari jemput di masjid di kawasan saudari. Apa komen anda?

Masalahnya, pihak yang menggembar-gemburkan cerita mengenai Teresa berskirt pendek di masjid sebenarnya mereka tidak ada di majlis tersebut. Orang ramai yang hadir di majlis yang saya anjurkan di perkarangan masjid langsung tidak membuat sebarang aduan kepada saya, ahli jawatankuasa masjid mahupun Mohd Sabu yang juga dijemput di majlis tersebut.

Sentimen ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) di kawasan saya sememangnya kuat. Mereka faham sekiranya perkara ini berlaku kepada Teresa, ISA juga boleh diambil terhadap diri kita, tidak mengira warna kulit atau fahaman agama. Ahli jawatankuasa masjid tersebut juga mengadakan solat hajat untuk pembebasan Teresa.




Bagaimana dengan sikap pembangkang BN semasa perbahasan?

Amat pasif. Saya diberitahu di Perak dan Pulau Pinang, pembangkang lebih agresif. Mereka sepatutnya menjadi ‘check and balance’ kepada kerajaan negeri. Backbenchers kelihatan lebih terserlah mengkritik exco dan Menteri Besar. Ketika sidang bermula jam 10 pagi, wakil-wakil Umno masuk ke dewan 15 hingga 30 minit lewat. Kebanyakan mereka hanya berada pada sidang pagi dan hilang di sebelah petang. Mereka juga enggan untuk makan tengahari bersama kami.

Apakah azam anda dalam kerjaya anda dalam politik untuk 2009?

Di dalam Dapsy, saya dapat melihat semangat yang membara di kalangan anggotanya. Saya bersama rakan-rakan saya perlu gerakkan mereka ini ke arah mencapai matlamat kami. Kita perlu tanamkan pendidikan politik dan cara yang betul dalam menganjurkan program-program kemasyarakatan.

Pengambilan seramai mungkin anggota-anggota baru ke dalam Dapsy juga menjadi matlamat saya. Itulah sebabnya jawatankuasa perlu bekerja keras untuk memperkasakan Dapsy di setiap bahagian. Di Selangor, kita tidak mempunyai jawatankuasa, sungguhpun negeri di Johor sudah ada jawatankuasa peringkat negeri. Dapsy hanya aktif di tahun 60an dan 70an sahaja.

Labels: , , , , , , , , , ,

 

 

Wednesday, December 24, 2008

Isu Azan:Khir Toyo, Utusan disaman RM30 juta

Akhirnya, kena saman juga Khir Toyo oleh Teresa Kok.

Teresa ada pernah meminta bantuan aku untuk mengumpul segala bukti fitnah Khir Toyo. Pada awalnya, memang betul dia tulis kecaman-kecaman dan membakar isu perkauman di dalam blognya. Memang, aku mengaku ada terbaca dan beristighfar.

Selepas itu, dia telah keluarkan tulisan tersebut. Susah nak bantu Teresa untuk kumpul bukti. Nasib baik aku belajar sikit-sikit CSI.



Isu Azan:Khir Toyo, Utusan disaman RM30 juta


KUALA LUMPUR, 23 Dis (Hrkh) - Bekas menteri besar Selangor Dato'Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan akhbar Utusan Malaysia disaman dengan jumlah RM30 juta berhubung isu azan.

Ahli parlimen DAP Teresa Kok menfailkan saman fitnah terhadap bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan akhbar Utusan Malaysia dengan jumlah RM30 juta berhubung isu azan.

Exco kanan kerajaan Selangor yang juga ahli parlimen DAP Teresa Kok menfailkan saman fitnah itu di Mahkamah Tinggi Sivil di Jalan Duta, Kuala Lumpur tengah tadi.

Sebelum itu, beliau pernah menfailkan saman terhadap penulis terkenal Datuk Chamil Wariya dan akhbar itu dengan jumlah RM30 juta berhubung penerbitan cerpen 'Politik Baru YB J', Oktober lepas.

Manakala pada 9 Oktober lepas, Teresa menyaman dengan jumlah yang sama terhadap harian itu dan kolumnisnya Mohd Zaini Hassan.

Teresa mendakwa dua defendan itu telah memfitnahnya dalam 'Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya' yang disiarkan 10 September lalu - dua hari sebelum wakil rakyat itu ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama seminggu.-azm _

Labels: , , , , ,

 

 

Wednesday, October 29, 2008

Pengalaman Dialog Blogger Bersama Teresa Kok








Aku berhasrat untuk menganjurkan diaolog terbuka bloggers bersama Teresa Kok pada 9 Oktober 2008 di sebuah hotel di Kuala Lumpur bukan hanya aku kenal rapat dengan wanita itu.

Aku rasa Teresa berhak untuk diberi peluang untuk menyatakan atau menjelaskan pertuduhan-pertuduhan yang dilemparkan di media perdana terutama sekali Utusan Malaysia yang menyerang hebat beliau saban hari beberapa hari beliau dtahan di bawah ISA (sebut akta zalim) sehinggalah beliau dibebaskan.

Semasa aku menyatakan hasrat untuk menganjurkan program tersebut, terdapat banyak tindakbalas daripada rakan-rakan. Yang menariknya, mereka tidak mengkritik secara terbuka melalui ruang komentar blog aku tetapi melalui chat facebook apabila aku berada dalam talian (online). Melalui blackberry, mereka perlu sedar bahawa selagi telefon aku terbuka, aku akan kelihatan online.

Azlin (bukan nama sebenar): u kenal Teresa ke?
Aku: Boleh lah kata rapat. Kenapa?
Azlin: Apsal u buat benda2 ni kepada orang cina?
Aku: Eh? Kalau ada orang Umno kena aniaya macam ni pun aku akan buat perkara yang sama. Biar diorang diberi peluang untuk bela. Kau tengok lah macam mana media putar belit.

Talian diputuskan.




Selepas program tersebut mendapat liputan di dalam beberapa blog tempatan, aku menerima feedback berbeza:

Sofea (bukan nama sebenar): actually, u tak tahu Teresa.
Aku: huh?
Sofea: U telah digunakan.
Aku: What do u mean?
Sofea: lihatlah isu azan tu, Teresa lah yang hantar petisyen
Aku: Itu tak benar
Sofea: Jangan dolak dalik lah. Ada bukti lah.
Aku: Petisyen tu dibuat pihak lain dan dihantar satu salinan ke pejabat Teresa. U have been receiving twisted stories.
Sofea: how dare she has guts to ask surau to lower down azan?
Aku: kalau azan pun, kau ni sembahyang subuh kat surau ke?
Sofea: aku terjaga dengan azan berkumandang

talian terputus tetapi bersambung balik

Sofea: Dari dulu lagi Teresa memang anti-Melayu. Tengok saja act dia kat Parlimen dari dulu?
Aku: sejak bila kau ikuti persidangan parlimen? Kau pergi parlimen ke?
Sofea: Taklah
Aku: Aku ikut parliament debates since 2001. Aku ada kolum Bincang Parlimen dalam Malaysia -Today. Recently, aku memang berada dalam parlimen. Teresa tak sentuh anti-Melayu pun? That is why, we need to have a dialogue with her. To know her side of the story.
Sofea: Boss aku panggil. Talk to you later.

Aku berjaya mobilisasi dalam masa yang singkat akibat jadual beliau yang ketat. Aku pun dikehendaki menulis temuramah ekslusif bersama beliau. Antara mereka yang hadir:

1. Tan Teck Chin
2. Amin Iskandar
3. Chan Chee Kong
4. Lu lu
5. Saadon Aksah
6. Wan Nordin
7. Pyanhabib
8. Redhuan D. Oon
9. Arif Abdul
10. Sinaganaga Origami
11. Irwan
12. Wan Hamidi Hamid
13. Al-Mustaqeem
14. Haim Ramlee
15. Ahmad Zabruel
16. Ana Nadia
17. Azizi
18. Medaline Chang
19. Richard Yeoh
20. Alex Yong

Mereka bertanya, apa agenda dialog ini?

Aku memberitahu, tidak ada agenda. Ia ada sebuah dialog terbuka dan semua yang hadir bisa bertanyakan apa sahaja soalan; baik dari isu azan hinggalah mengenai pentadbiran kerajaan negeri.

Antara topik yang memerlukan penjelasan Teresa termasuk:
1. Saman terhadap Utusan atas tulisan Zaini Hassan dan Khir Toyo
2. Petisyen
3. Skirt di dalam masjid? (What a stupid propaganda)
4. Melayu dan Islam
5. Babi
6. Anjing

Teresa juga bertanya pendapat orang ramai yang hadir cara terbaik beliau dalam mendekati orang ramai. Ramai yang memberi pendapat masing-masing dan Teresa mendengarnya dengan sungguh teliti.

Berikut ialah beberapa penulisan jahat yang aku perolehi:

Petikan daripada http://www.malaysiantalk.com/sarawaktalk2/messages/61121.html

Khir Toyo further stoked the fires of racial and religious hatred against Teresa Kok and the the Chinese community when he wrote on July 9th 2008, in the Pembela Melayu blog to respond to a commenter,(read below). He alleged that Teresa Kok supported the petition.

"Pembela Melayu" Blog Admits Mistake and Apologises

The racist-Malay blog called "Pembela Melayu Sejati" website disappeared/deleted after it was reported to the police . Search on this link: http://pembelamelayu.com/.

Googling "Pembela Melayu" leads to this heading with deleted postings,

"Kami berikrar dan berjanji akan mempertahankan Hak Keistimewaan Melayu, Ketuanan Melayu dan Kedaulatan Agama Islam yang hendak dihapuskan oleh DAP Kafir Harbi" --Pembela Melayu Sejati

Another website called: "Pembela Hak Keistimewaan Melayu" at http://pembelamelayu.blogspot.com/ came out with another posting by Pembela Melayu entitled "Penjelasan Isu Azan" (Sept.12th). Read here

The racist Pembela Melayu blog after Malaysiakini reported on the azan issue following the arrest of Teresa Kok apologised to the Muslim community, (note, NOT to the non-muslims he had antagonised) and he said he hoped this is a lesson for himself in the future.

Excerpts of "Pembela Melayu"s posting (read here)

Sebenarnya, saya hanya menyiarkan maklumat yang saya fikir penting untuk diketahui oleh umum yang saya temui di sebuah forum (saya ada letak screen shot pada artikel sebelum ini).

Saya akui bahawa saya tidak menjalankan penyiasatan yang terperinci mengenai perkara ini. Ini mungkin kerana saya tidak mempunyai pengalaman sebagai wartawan ataupun polis.

Jadi, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya memohon maaf kepada semua umat Islam sekiranya penerbitan artikel dilaman web saya ini telah menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam. Sememangnya, saya sepatutnya membuat lebih banyak kajian dan semakan sebelum menyiarkan artikel yang amat sensitif ini.

Saya mohon maaf pada umat Islam kerana menimbulkan keresahan kerana menyiarkan artikel bersifat "hearsay". Ini tidak bermakna isu ini tidak betul-betul wujud.

Saya yakin Dr Khir sebagai orang yang mempunyai maklumat "first hand" dan wartawan Utusan (Malaysia) telah menyiarkan berita ini telah membuat penyelidikan dan penyiasatan mereka sendiri.

Begitu juga dengan pihak Polis yang professional dalam menjalankan tugas menyiasat perkara ini.

Saya harap saya akan dapat menjadikan pengalaman saya ini sebagai satu pengajaran untuk saya lebih berhati-hati apabila membuat sesuatu keputusan.
-"Pembela Melayu"


This is what Utusan Malaysia reported and quoted Khir Toyo: (read here)

September,8: Kerajaan campuran negeri Selangor diingatkan agar bersikap tegas dengan tidak melayan mana-mana pihak mendesak yang mahukan azan solat di surau dan masjid di negeri itu tidak lagi menggunakan pembesar suara.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo membuat desakan ekoran ada usaha pihak yang dipercayai didalangi salah sebuah parti yang membentuk kerajaan negeri itu, MEMBUAT petisyen MEMBANTAH azan di Puchong dan Kota Damansara.
[Khir Toyo implies DAP had petitioned to disallow "azan" broadcast]}

"Bagi UMNO, kita mahukan kerajaan negeri bertegas, JANGAN MUDAH MENGALAH kerana apa yang kelihatan ketika ini PKR (Parti Keadilan Rakyat) seolah-olah mengalah membiarkan sahaja perkara itu berlaku, manakala Pas pula tidak memainkan peranan. Ini sesuatu yang menghina Islam sedangkan Islam adalah agama rasmi, mempunyai peruntukan menggunakan Kumpulan Wang Disatukan untuk pembangunan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas beberapa laporan mendakwa azan di Masjid Seksyen 5, Kota Damansara yang baru siap dan digunakan menjelang Ramadan lalu, tidak menggunakan pembesar suara dipercayai mempunyai kaitan dengan bantahan penduduk kawasan berkenaan.

Selain itu, katanya, usaha menyediakan petisyen membantah azan seperti itu juga pernah dilakukan sekumpulan penduduk di Puchong sejak Mei lalu.

"Di Puchong dan Kota Damansara, ada pihak mahu azan di kawasan itu DIHENTIKAN atas alasan menganggu penduduk. Tetapi saya percaya kalau penduduk yang membuat petisyen itu, mesti ada pihak-pihak yang mendorong mereka untuk berbuat demikian. Sedangkan kita mengamalkan kebebasan beragama, apabila ada penganut agama tertentu meraikan perayaan mereka sehingga membawa kepada penutupan jalan, orang Islam tidak membantah," ujar beliau.


Perlu dinyatakan di sini bahawa entri Khir Toyo dan Pembela Melayu telah dikeluarkan dalam laman masing-masing.

*Semua gambar dengan ihsan Amin Iskandar

Labels: , ,

 

 

Tuesday, October 28, 2008

My Photo Was Creatively Put Up

Nuffnang Ads

Anti-ISA Candlelight Vigil at Blog House

OK, this is a bit late, but here is my account of the hastily organised vigil last Sunday (15th September). It was very hastily organised: from what I can gather it was decided on at about 3pm and then announced here, here and here; the message also spread by SMS (the way I heard about it) and surely by email too. It started at 9pm and in all about 125 people there (some have placed the figure higher at 160-200). In any case, the speed of mobilisation is testament to the significance of blogs in terms of communication and mobilisation. Although the SMS, email and word of mouth are key to actually making it happen, by having a recognised blog such as the ones listed above (Rocky’s Bru, Nat Tan, Tok Mommy) announcing an event – it immediately has credibility, and provides a stable reference point to check any information that comes from elsewhere. I know that I always check Rocky’s Bru for things to do with SoPo blogs, and Malaysiakini for any political/national information I hear; because there are rumours that swirl around easily too.

Nat Tan, who MC'd for the evening, kicked off by mentioning how when he had been arrested, the knowledge that there were people outside supporting him helped give him strength. Then he asked for a minute's silence.


The people gathered around in the drizzling rain to hear a succession of speakers argue that the ISA is a reprehensible law, and should be repealed and detainees set free. You can get more information in the links below but the basic points were made by the President of the Bar Council Dato’ Ambiga Sreenevasan who reminded everyone that it was not just about the recently incarcerated ISA detainees, but all of them; YB Wee Choo Keong said that UMNO were making an intra-party problem a national problem; and YB Sivarasa Rasiah said that the government were trying to scare bloggers and the media into silence.


Faisal Mustaffa spoke in BM, so unfortunately I couldn’t understand, but I guess his clothes told me the bulk of what he was saying :-)


Bloggers also spoke up - suggesting tactics to mobilise support, means for civil disobedience, and registering strong opposition to the ISA. Zorro spoke on behalf of RPK’s wife who couldn’t make it. Tony Yew also explained the current status of All-Blogs which is still in the process of registration. Interestingly, he explained that out of the seven who were a part of the process, five were journalists: this highlighted the close relationship between MSM and All-Blogs (itself a child of SoPo bloggers).


However, although there is something of a symbiotic relationship between bloggers and the MSM (the “phenomenon of blog scoops trickling into mainstream news”, for example), there is also tension – succintly expressed by Little Taffer who forcibly challenged the MSM do their job and speak out.

Overall, I didn’t recognise a lot of the people there, and I got the feeling that many were not necessarily bloggers. One interesting observation was how one speaker said that he wasn’t a blogger, but had been commenting since the days of ‘Free Malaysia’ (? not sure, I got the impression that he meant since the Reformasi period): I’ve noticed this before, that people who comment regularly feel a part of the blogger ‘community’, even if they don’t have a blog themselves. For me this kind of proves my point about the way a blog is, ultimately, a co-product of the readers/commenters and the blogger, in comparison to – for example – a newspaper column (more about this theoretical point relating to 'dialogics' in my online presentation).

As usual, in the SoPo context, blogs are very much an instrument – a platform for freedom of expression and political mobilisation; in this case, in addition, All-Blogs were able to invite some political players and provide the physical platform – the Blog House: this reflects the online space they provide for political dissent. So we see a coming together, both metaphorically and physically, of the on- and offline spaces which become points of confluence of social action and, in this case, reinforcing the symbolic value of blogs as agents/actants of freedom.

Labels: , ,

 

 

Friday, October 10, 2008

Maklumat Mengenai ISA



Berikut ialah maklumat yang diperolehi daripadajawapan lisan di Dewan Rakyat pada Julai 2008:

Kes ISA yang Dipertimbangkan

Bilangan kes tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang dirujuk kepada Lembaga Penasihat untuk pertimbangan semula pada tahun 2006 ialah sebanyak 18 kes dan pada tahun 2007 adalah sebanyak 16 kes. Pada keseluruhannya, syor Lembaga Penasihat terhadap kes-kes tersebut adalah Perintah Tahanan diteruskan.

Kos Pusat Tahanan Kamunting
Kos dibelanjakan untuk membayar gaji keseluruhan kakitangan Pusat Tahanan Kamunting bagi tempoh lima tahun iaitu mulai 2003 hingga2007 ialah RM27.78 juta. Dalam tempoh itu juga, sebanyak RM37.18 juta dibelanjakan untuk tujuan penyelenggaraan, pembangunan, keselamatan, pemulihan, latihan dan pengurusan Pusat Tahanan berkenaan.

Labels: , ,

 

 

Tuesday, October 07, 2008

Perak mungkin 'rampas' tapak kem tahanan ISA


Kerajaan Pusat terpaksa mencari tapak lain untuk Kem Tahanan ini.

Apa kata kalau Kem Tahanan dibina di Putrajaya?



Perak mungkin 'rampas' tapak kem tahanan ISA
Athi Veeranggan | Oct 7, 08 7:06pm
Kerajaan negeri Perak mungkin mengambil langkah perundangan tidak lama lagi untuk mengambil balik tapak Kem Tahanan (Kemta) di Kamunting yang menempatkan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

nizar jamaluddin 100 days interview 180608 09Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin mungkin diminta mengambil balik tanah milik kerajaan negeri itu yang menempatkan Kemta tersebut dan sekaligus memaksa kerajaan pusat di Putrajaya memindahkannya ke tempat lain.

Ahli Exco kerajaan Perak, A Sivanesan berkata, beliau akan mengemukakan cadangan tersebut dalam mesyuarat exco supaya kerajaan negeri mengambil balik tapak yang menempatkan Kemta sejak kira-kira 40 tahun lalu.

Ia dijadikan tapak pusat tahanan tersebut sewaktu pentadbiran kerajaan BN, sebelum Akta Pengambilan Tanah dikuatkuasakan.

Perak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum Mac lalu. Selama ini, ketiga-tiga parti komponen Pakatan - PKR, PAS dan DAP - mengecam ISA yang memboleh seseorang itu ditahan tanpa bicara.

Sivanesan berkata, memandangkan Pakatan mengecam ISA, maka adalah munasabah jika kerajaan negeri mahu Kemta itu dikeluarkan dari negeri tersebut.

"Jika Barisan Nasional mahu menyimpan kem tesebut sebagai harta karunnya, maka pindahkanlah kem tesebut ke kawasan dalam bidang kuasanya di Johor atau Pahang, supaya Kemta jauh dari pandangan kami.

dap pc on puchong school 050506 a sivanesan"Saya pasti semua rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan, terutama pemimpin dan penyokong Pakatan di seluruh negara, pastinya menyokong cadangan tersebut," katanya.

Menurut Sivanesan, kerajaan negeri boleh, melalui undang-undang, mengambil balik tapak tersebut dan meruntuhkan Kemta, untuk membina rumah, hospital dan sekolah di situ.

Dengan itu, katanya, kerajaan negeri Perak dan Pakatan boleh membuktikan yang mereka tidak mahu ada kena mengena dengan penguatkuasan undang-undang tersebut.

Labels: ,

 

 

Friday, October 03, 2008

Deklrasi Klang




Pada Hari Raya Ketiga, aku diminta membantu melihat dan memastikan deklarasi yang didrafkan bagi membantah penggunaan ISA (sebut akta zalim) boleh dibentangkan dalam sebuah majlis Sambutan Hari Raya yang dianjurkan oleh AHli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Berikut ialah deklarasi yang dipersetujui:

Deklarasi Klang
Gubal Akta Hak Asasi Manusia, Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
3 Oktober 2008


Kami Rakyat Klang berkumpul di ‘Sambutan Hari Raya Bersama Mangsa dan Keluarga ISA’ pada 3 Oktober 2008, dengan ini memutus dan mendesak :

Kerajaan BN membebaskan Raja Petra Kamarudin, Hindraf 5 dan semua tahanan ISA serta-merta;

Kerajaan BN memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dalam sesi parlimen yang akan datang.

Kami Menyatakan Kekesalan kami apabila ISA telah diguna secara sistematik untuk menghapuskan pembantah, pandangan alternatif dan menghasilkan ketakutan di dalam negara. Sebenarnya, ia hanya digunakan untuk menjaga dan menyelamat kepentingan UMNO/BN, tiada kena-mengena dengan keselamatan dalam negera.

Kami menolak alasan yang diberi untuk menahan Ahli Parlimen DAP merangkap Exco kanan kerajaan Selangor Teresa Kok dan wartawan kanan Sin Chew Jit Poh Tan Hoon Cheng.

Kami percaya tahanan tanpa bicara mencabul prinsip keadilan semula jadi dan menafikan peluang seseorang untuk mempertahankan sendiri di dalam mahkamah. Malaysia kini tidak ada ruang untuk undang-undang zalim.

Kami menyeru kerajaan mempertahankan perkara 9 dan perkara 10 dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat :

“Tiada orang boleh ditangkap, ditahan atau diusir sewenang-wenangnya”

“Semua orang adalah saksama dan berhak mendapati pendengaran awam oleh tribunal yang bebas dan adil, untuk menjamin hak dan kewajipan beliau semasa menghadapi sesuatu dakwaan jenayah.”

Kami merayu kepada rakyat Malaysia termasuk masyarakat madani untuk menganjurkan perjumpaan dan perhimpunan untuk mendidik rakyat dan mewujudkan satu gerakan membantah ISA secara besar-besaran.

Kami mencadangkan agar SUHAKAM bekerjasama dengan kumpulan masyarakat madani, kesatuan sekerja, komuniti orang asal, badan agama termasuk parti politik dan persatuan perniagaan untuk memulakan satu Rang Undang-undang Hak Asasi Manusia supaya mempertahankan dan meningkatkan hak-hak semua rakyat Malaysia dan alam sekitar.

Aku juga mengambil kesempatan untuk menjual baju dari Suaram, dan Pakatan Baju Rakyat. Buku "Dari Penjara ke Tampuk Kuasa" juga dijual kepada orang ramai pada malam itu.



Foto-foto dengan ihsan Vinod.

Foto-foto lain juga boleh dilihat di sini.

Labels: , ,

 

 

Thursday, October 02, 2008

Suasana di Kem Kamunting: Rakyat Desak Bebaskan Petra

Hari ini, satu lagi program dianjurkan oleh pejabat Parlimen Bukit Bendera yang berkonvoi untuk menghantar bunga, kad dan pelbagai hadiah kepada tahanan terbaru di Kem Tahanan kamunting di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Walaupun program dianjurkan oleh mereka dari Bukit Bendera tapi pelbagai lapisan dari empat-tempat lain juga turut serta. Terdapat juga rombongan yang sama dari Taiping dan Kuala Lumpur turut menyertai program tersebut.

Kak Marina berkenan untuk turut serta di perhimpunan tersebut. Perhimpunan diadakan di luar pintu masuk Kem Tahanan.












PS: Dear Pet...this is my bit for you. Hope the spirit is still with you... selamat hari raya...maaf zahir dan batin.

Labels: , , ,

 

 

Tuesday, September 30, 2008

Release Raja Petra, Abolish ISA

Labels: , ,

 

 

Wednesday, September 24, 2008

Kali Ini Habislah Utusan Malaysia


Malam tadi aku dijemput untuk menghadiri satu majlis yang telah dirancang awal lagi, sebelum Teresa dibebaskan dari ISA (sebut akta zalim) dalam salah satu kempen Support, Sympathy and Solidarity terhadap Teresa, Raja Petra, lima pemimpin Hindraf dan tahanan-tahanan ISA yang lain.

Tugas aku ialah untuk memastikan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Gerakbudaya Enterprise, REFSA dan Pakatan Baju Rakyat turut serta dalam menjual barang-barang jualan membantah ISA. Semua hadir dan peragakan barang masing-masing. Cuma mereka lewat sikit. Terpaksa aku menjadi lipas kudung ke sana-sini. Semua boss mereka hadir; Syed Ibrahim (GMI) dan dibantu Fadiah, Pak Chong (Gerakbudaya) dan Kechik (Pakatan Baju Rakyat).

Terpegun orang melihat designer t-shirts yang Kechik bawa dan ada yang borong ratusan ringgit.

Dewan penuh yang dianggarkan kehadiran lebih kurang dua ribu orang.

Panel yang hadir ialah Syed Ibrahim (GMI), Prof Ramasamy (DAP), Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang), Marina Abdullah (isteri Raja Petra), Tunku Aziz (moderator), Teresa Kok (exco Negeri Selangor), Sivanesan (exco Kerajaan Negeri perak), Khali Samad (ahli Parlimen Shah Alam) dan Nurul Izzah Anwar (ahli parlimen Lembah Pantai). Aku mencuri-curi mendengar ucapan dari ahli panel.

Bantai Utusan Malaysia

Semasa giliran Teresa Kok berucap, beliau memetik muka hadapan Utusan Malaysia yang
melaporkan soalan yang diajukan salah seorang wartawan semasa sidang media Teresa dibebaskan 19 September lepas.

Aku berada di sebelah wartawan tersebut (kalau tak silap dari Star). Beliau bertanyakan mengenai makanan yang diberikan kepada Teresa.

Teresa menjawab, makanan seperti makanan anjing iaitu nasi, kuah sesudu, telur rebus dan timun tua.

Bagi Teresa, Utusan Malaysia yang menggembar-gemburkan kenyataan tersebut selain daripada mesej penahanan beliau dan penggunaan akta kuno yang disalahgunakan itu tidak diutarakan.

Utusan Malaysia dengan jelas cuba mengalihkan perhatian rakyat mengenai zalimnya ISA yang dapat menahan sesiapa sahaja dengan tidak perlu dibicara.

Justeru, Teresa dengan lantang berulang kali (dan aku rasa she is damn serious) bahawa beliau telah menyaman Utusan Malaysia, Khir Toyo dan penulis rencana Zaini. Dan percayalah, itu bukan cakap politik. Saman tersebut telah pun difailkan oleh peguamnya, Sankara Nair.

Saman Karpal Singh

Teringat aku salah satu sidang media mengenai laporan Utusan Malaysia yang sengaja disalah lapor semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh sehingga Karpal Singh terpaksa membuat laporan polis dan kemudiannya memfailkan saman RM30 juta.



Kerajaan Negeri boikot Utusan

Sivanesan selaku exco Kerajaan Negeri Perak telah menyatakan bahawa setiap jabatan di SUK Perak telah diarahkan berhenti melanggan akhbar Utusan Malaysia. Aku percaya Pulau Pinang dan Selangor pun begitu juga.

Oleh yang demikian, dengan penurunan jumlah jualan dan seterusnya saman yang berada dalam senarai, Utusan Malaysia kini berada dalam keadaan yang sungguh kritikal.

Aku tak dapat fikirkan bagaimana Kumpulan Utusan dapat membayar semua kos-kos tersebut sekiranya saman-saman tersebut dibicarakan dan didapati bersalah.

Sebelum ini, kalau tak silap aku, Irene Fernandez pernah memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia dan menang.

Aku teringat sewaktu aku ditemuramah wartawan Utusan Malaysia semasa kempen pilihan raya umum. Aku sunguh berhati-hati menjawab soalan supaya tidak diputar-belitkan nanti.

Sebelum mengakhiri, aku cabar Utusan menyiarkan laporan penipuan SPR dan aku sanggup potong jari kalau Utusan siarkan.

Nasib baik juga Utusan tak siarkan. Kalau tidak, aku dah jadi seorang yang kudung sebelah jari.



Syed Ibrahim and I

Kak Marina and I

PS: Ramai pembantu kempen Seri Setia hadir di majlis tersebut dan bersalaman dengan aku. Rata-rata mereka faham prinsip aku dan akui perihal yag berlaku. Aku memberitahu mereka bahawa aku telah mengambil sikap tidak mahu mencampuri urusan dalaman Parti dan mereka semuanya faham.

Labels: , , , , , , ,

 

 

Friday, September 19, 2008

Teresa Bebas !

Bersama Teresa sejurus beliau dibebaskan


Selepas solat Jumaat, aku terus memeriksa emel melalui Blackberry aku dari dalam kereta. Seseorang menghantar petikan tulisan Kit Siang di dalam blog kepada aku memberitahu Teresa bebas pada 12.56 tengahari tadi.

Pada jam 2.49 petang, aku terus mengemaskini facebook memberitahu bahawa aku akan menghadiri sidang media sempena pembebasan Teresa.

Sewaktu aku hadir di sidang media tersebut, dewan CEC di Ibu Pejabat DAP telah pun penuh dan aku menyelinap sehingga aku berjaya bersila betul-betul di hadapan meja sidang media.




Soalan Ditanya I.O.

Teresa memberitahu, selama beliau disoalsiasat, hanya tiga soalan yang ditanya berulang kali:

1. sama ada dia menjalankan sebarang mobilisasi terhadap sekumpulan penduduk di Bandar Kinrara dalam menyerahkan petisyen menentang azan di masjid Bandar Kinrara.

2. sama ada dia membuat kenyataan bahawa 30% peruntukan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diberikan kepada badan-badan agama yang lain.

3. sama ada dia menentang tulisan Jawi di papan tanda jalan di Kuala Lumpur.

Teresa berkali-kali memberitahu kedua-dua pertuduhan awal dan tidak terlibat langsung seperti yang difitnah dalam rencana yang ditulis oleh Zaini Hassan bertajuk "Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya" yang diterbitkan di Utusan Malaysia 10 September 2008.

Teresa memberitahu semua IO yang menyoalnya bahawa semua maklumat yang dia tahu semuanya ditulis di dalam blog. Teresa juga menulis kenyataan balas terhadap fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Mereka (polis) masih tidak percaya bahawa Teresa dan DAP mengamalkan ketelusan.

Teresa mengecam penahanannya kerana sehingga sekarang masih tidak faham mengapa dia perlu ditahan selama tujuh hari dan tidak faham mengapa beliau didapati bersalah di bawah Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Kalau setakat nak tahu tiga soalan, Teresa memberitahu dia sudah menjawab semuanya. Bahkan, pihak polis hanya perlu mengeluarkan waran tangkap. Tidak perlu guna ISA.

Akibat marah yang amat sangat, Teresa pernah menengking pegawai polis yang ada semasa beliau disoalsiasat semasa waktu azan yang dia dapat dengar dari bilik tahanan. Teresa ditahan selama lima jam sehari.

"Dalam bulan Ramadhan, bulan mulia, kenapa buat macam ni? Berdosa tahu tak?"

Pegawai polis tunduk malu. Mereka tidak habis-habis memberitahu bahawa mereka mendapat arahan dari pihak atasan.

Apabila ditanya sama ada dia tahu dimana dia ditahan, Teresa menjawab, semasa beliau ditahan, beliau dipaksa memakai cermin mata yang digelapkan. Tetapi mengikut jalan yang dilalui, Teresa berkata, "ia di antara Sentul dan Jalan Ipoh".

"Mesti Batu Containment Depoh", kata Kit Siang yang duduk di sebelahnya.

Teresa memberitahu dia hanya tidur di atas pelantar kayu, di dalam bilik seluas 6' x 8' bersama mangkuk tandas.

Makanannya seperti makanan anjing. Makanan tengahari dan malamnya hanya nasi bersama dua butir telur rebus dan timun.

Tindakan Teresa Selepas Ini

1. Teruskan saman terhadap Zaini, Utusan Malaysia dan Khir Toyo
2. Tidak akan paksa kerajaan gunakan pengalamannya (ditahan ISA) terhadap Zaini, Khir Toyo.
3. Mansuhkan ISA
4. Tumbangkan Barisan Nasional
5. Hadir di semua program yang diadakan dalam sebahagian daripada kempen bebaskannya dari ISA.
6. Arahkan peguamnya untuk saman Kerajaan Malaysia atas tahanannya.

Bebaskan Raja Petra

Akhirnya, Teresa menyeru supaya kerajaan membebaskan Raja Petra dan tahanan yang lainnya kerana akta seperti itu tidak lagi boleh digunapakai dan sering disalahgunakan sebagai tahanan politik.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Pakatan Rakyat, NGO, badan-badan antarabangsa, gereja, tokong, kuil dan masjid yang semuanya berdoa kebebasannya.

Bersama pemimpin DAP sebelum sidang media



Bersama ibu bapanya...Kat sebelah kiri tu macam aku kenal

Labels: , , , ,

 

 

Monday, September 15, 2008

STOP USING ISA ONCE AND FOR ALL!


MEMORANDUM TO MALAYSIAN HUMAN RIGHTS COMMISSION (SUHAKAM) 15 SEPTEMBER 2008 STOP USING ISA ONCE AND FOR ALL! RELEASE ALL ISA DETAINEES IMMEDIATELY!

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) or Abolish ISA Movement which consists of more than 83 non-governmental organisations, political parties, trade union, human rights bodies, women and student bodies, and the undersigned Civil Society Organizations, express our utter disgust over
the use of the Internal Security Act (ISA) on 58-year-old editor of popular news portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, Tan Hoon Cheng, 33, a senior journalist for the Chinese language Sin Chew Daily and DAP MP and Selangor senior state exco Teresa Kok, 43.

1. ISA is unjustified and indefensible

The use of ISA is totally unjustified and indefensible. There are ample other laws that can be used without having to violate the detainee’s right to trial. It is regretful that the government decided to switch from the use of the court of law to the use of the ISA in dealing with Raja Petra, YB Teresa Kok and Tan Hoon Cheng. The use of the ISA is in stark contradiction with the Federal Constitution and the Universal Declaration of Human Rights. It only goes to show that despite being a member of the United Nations Human Rights Council, the Malaysian government pays scant respect to human rights.

The ISA crackdown began with Raja Petra, 58, who has targeted government figures on his website Malaysia Today. He was detained at 1.10pm on 12 September 2008.

Tan Hoon Cheng, 33, a senior journalist for the Chinese language Sin Chew Daily, was later arrested at about 8.30pm. She was detained in connection with her report regarding the derogatory remarks made by an UMNO leader against the Chinese community which led to a national uproar. Close to midnight, DAP MP and Selangor senior state exco Teresa Kok, 43, was detained outside her condominium. The arrests elicited a round of strong protests from all quarters, including those within the BN component parties.

The three of them were arrested under Section 73(1) of the Internal Security Act 1960. Under section 73(1), the police can detain a person for a maximum of 60 days for investigations. Based on the outcome of the probe, a person can be detained for two years without trial, and the two-year term can be renewed indefinitely.

The recent arrest is a clear example of police abuse of power and unaccountable arbitrary powers to arrest and detain a person without any grounds and justification in Malaysia. The Royal Commission on police in its 2005 report echoed concerns that the existence of preventive detention laws in Malaysia have given rise to police abuse of power and arbitrary action. Amnesty International in its report “Towards human rights base policing” highlighted the fact that there is a perception that the police is being dominated for political reason by a single political party. This perception was further confirmed by the Royal Commission on police when it
called for the accountability of the Special Branch in recognizing that the agency may be manipulated by a party in power for political purposes.

The ISA is contrary to fundamental principles of international law, including the right to liberty of the person, to freedom from arbitrary arrest, to be informed of the reasons for arrest, to the presumption of innocence, and to a fair and open trial in a court of law. The act also promotes a climate of impunity and arbitrariness in a nation that just celebrated its 51st anniversary of Independence.

After continuous pressure from the local and international civil society organization’s Sin Chew Daily News reporter Tan Hoon Cheng has been released on 13 September in Bukit Mertajam at 4.15pm.

Currently, Raja Petra Kamaruddin and MP Teressa Kok are still being held under police custody. They both have been denied access to lawyers and families. We still have not been informed of their status. Today, GMI received a call from Madam Marina Lee, wife of Mr. Raja Petra Kamaruddin, about his condition. Madam Marina told GMI that Mr. Raja Petra is now undergoing a hunger strike and this may put him in a weaker state of health. She believes that the police should allow family to visit him as they will be able to convince him to stop his hunger strike which might cause damage to his health.


2. Who is Raja Petra Kamaruddin and why was he arrested?



Raja Petra Kamaruddin is the convener of the website "Malaysia-Today" , which has unveiled numerous cases of corruption and abuse of power by the government. This is the second time Raja Petra has been detained under ISA, which allows for indefinite detention without trial. His first arrest under the ISA was on April 11, 2001 and he was released after 53 days in detention. This time, RPK was arrested at 1.10pm on Friday September 12, 2008, under Section 73(1) of the ISA for allegedly being a threat to security, peace and public order. He is alleged to have posted articles deemed seditious and that also belittle Islam. The Department of Islamic Development (Jakim) and several Muslim organizations lodged a police report against him for allegedly insulting Malays, Muslims and Islam.

The two articles that were cited are "I promise to be a good, non-hypocritical Muslim" and "Not all Arabs are descendants of the Prophet". Many people – Muslims included – who read them found nothing offensive in them about Islam. It seems to be a case of simply finding an excuse – any excuse – to arrest him, because his political writings have frequently embarrassed government leaders. Excuses related to religion, especially Islam, have, in the past, usually been emotive enough to gain public sympathy.

3. Who is Teresa Kok and why was she arrested?



Teresa Kok is the Member of Parliament for Seputeh, and a senior Executive Councilor of the Selangor State Government. She was arrested under the ISA at 11.18pm, Friday September 12, 2008, for allegedly causing tension and conflict among races as laid out in the notice issued by the Special Branch police to her next of kin. Kok had "acted in a way which threatened national
security, which warranted arrest under Section 73(1) of the ISA", by being involved in "activities which can cause tension and conflict among races and religions." It was claimed by former Selangor Menteri Besar, Dr. Khir Toyo, that she organized a petition against mosque officials in Kota Damansara, Sri Serdang and Puchong Jaya to lower the volume of the azan (call to prayer) at a mosque.

Teresa Kok has denied organizing any such petition; Abdul Rahman Nasir, head of the Masjid Kinrara committee (the mosque in question); and YB Siti Mariah of PAS who is the MP for Kota Raja, has also denied that Teresa Kok was involved in any such petition, which was actually
initiated by an individual in the community. The petition was not to lower the volume of the azan itself but that of the ceramah delivered after the prayers.

4. Security and well being of detainees must be guaranteed

GMI is extremely concerned about the well being of the detainees. The history of the ISA reveals that many detainees were subjected to torture, inhuman and degrading treatments, especially during the first few weeks of detention. The ISA provides for 'preventive detention' without trial for an indefinite period. It violates fundamental rights such as the right to
trial, the right to legal counsel, the right to defend oneself in open court and the right to be presumed innocent until proven guilty. It goes against the principles of justice and undermines the rule of law.

5. The detention and release of Tan Hoon Cheng

Tan Hoon Cheng, a journalist with a local newspaper, Sin Chew Daily News, was
arrested under the ISA at 8.30pm, Friday September 12, 2008 at her home in Penang. She is believed to have been arrested due to her report of the statement made by Ahmad Ismail, a member of the ruling party, the United Malays National Organization (UMNO). Ahmad was reported as having made a statement that Chinese Malaysians are "squatters" in the country. She was released after being detained for 16 hours. Home Affairs Minister Syed Hamid Albar claimed the decision to detain her was made by the police, not him.

He further claimed that she was detained to ensure her own safety, as her life was in danger. This is preposterous and totally absurd and brings new meaning to the word detention. How would a person be protected by detaining her under the ISA, interrogating har and depriving her of sleep?

Sin Chew has defended Tan by stating that Ahmad himself did not deny the report; he merely said it was the context of the report that was wrongly reported. The article was about the Permatang Pauh by-election campaign and was therefore not the focus of the story. The report was factual, with no manipulation of words to play up the issue. Finally, she was not the only one who reported it - journalists from other newspapers were present and all affirmed that they had heard the same remarks.


We wish to read the excerpt of a question asked by the press to Syed Hamid Albar:

Q: Is Ahmad Ismail above the law?

A: He has been punished so far as the party is concerned. At the same time there is a report
against Ahmad Ismail and we are investigating it. I don’t think we treat politicians differently. We have taken action. That politician has been suspended three years by the party. He lost all his position. At the same time there is a police report of sedition made against him..

6. No One is Above the Law?

Based on this, perhaps Ahmad Ismail is not above the law but his party is! Raja Petra has also been charged for sedition and criminal defamation. Why then is he being detained under ISA when he has these charges upon him? Should not he and Teresa deserve the right to defend
themselves just as Ahmad did? The arbitrary nature of ISA provides room for such travesty of justice. The lack of judicial check on ISA permits ambiguity and baseless unproven allegations.


Therefore, GMI calls on SUHAKAM:

To urge the government to release Raja Petra and Teresa as well as all other ISA detainees in Kamunting detention camp immediately or charge them in court of law;

To use its power to visit detention places to ascertain the whereabouts of Raja Petra Kamaruddin and Ms. Teresa Kok, and make immediate visits to detainees and ensure
that detainees are free from torture and all other forms of inhuman and degrading treatment;

To have a monitoring mechanism to ensure detainee’s rights are upheld.

To reject any notion of the government to use ISA as a crackdown on dissidents

To ensure the well-being and welfare of the detainees and families of ISA detainees including from the harassment and mental torture of the Police Special Branch, Detention Camp and Ministry of Internal Security;

For the interim, to get the government to allow the detainees rights to have legal access and medical access and also urge the Home Minister to allow the family to visit the detainees;

To ensure that the government implements recommendations made by the Royal Commission to improve the operations and management of the Police to establish an Independent Police Complaints and Misconduct Commissions (IPCMC);

To strongly urge the government to stop using ISA once and for all, respect basic human rights, rule of law and repeal the ISA.

Labels: , , , , , , , , ,

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com