Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Wednesday, December 30, 2009
Rasukan Seni Pascamoden Jejas Industri Seni Tampak?
Pautan lain di KLPOS dan ARTERI.
Pada zaman rasukan seni pascamoden ini, sesetengah golongan artis ternyata tidak perlu lagi bergantung kepada komoditi atau pasaran untuk ‘menjual’ karya mereka dan seterusnya bergaya dengan wang yang banyak hasil kerja jerih perih. Hanya hasilkan karya yang provokatif saja mampu menaikkan nama mereka. Menjadi popular seperti ‘rock star’.
Bermula dengan seni Pop, iaitu memberi penekanan kepada objek-objek popular pada ketika itu, dan material-material urban kegilaan masyarakat dipaparkan dalam seni, maka Seni itu sendiri telah diangkat ‘popular’. Ironisnya.
Persoalan tentang kualiti artistik berbanding populariti artis dalam konteks sosial telah pun diperkatakan oleh Hauser. Artis yang lebih menjual pada falsafah dan pemikiran beliau, tetapi karya seni itu sendiri dibiarkan lompang dan telanjang.
Contohnya Damien Hirst dengan karya-karya beliau yang dikatakan ‘sampah’ oleh para Stuckist, tapi dengan karya itu mampu menjulang nama beliau dan seterusnya diangkat khalayak.
Salah seorang artis muda, Alina Abdullah berkata, imej ‘rock star’ seseorang artis ini adakalanya berupaya untuk mengangkat juga darjat seni dengan imej disenangi khalayak, tapi mampukah populariti ini kekal tekal?
Seharusnya bukan sahaja melihat pada diri artis itu tetapi karya itu sendiri dan penerimaan dalam khalayak. Bukankah telah berkali dilaung Barthes, the author is dead?
Alina merupakan salah seorang daripada 42 artis yang menyumbang karya mereka dalam pameran lukisan “Seni Muda / Young Art".
Pameran yang dirasmikan oleh peguam hak asasi manusia muda, Amer Hamzah Arshad itu akan berlangsung di RA Fine Arts Gallery di Jalan Tun Razak bermula 24 Disember 2009 sehingga 5 Januari 2010.
Di dalam ucapannya, Amer menegaskan mengenai lukisan sebagai salah satu platform untuk berekspressi dan merupakan hak asasi setiap insan.
Seni ialah sebahagian daripada hak asasi manusia tidak mengira latarbelakang; kepercayaan, bangsa, keturunan dan budaya.
Menurut Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, setiap daripada kita bebas untuk berfikir mengenai apa yang kita fikirkan patut untuk diketengahkan. Tidak ada sesiapa boleh menghalangnya. Setiap daripada kita juga bebas untuk berkongsi ide-ide tersebut dengan yang lain sungguhpun mereka itu daripada Negara asing (artikel 19).
Sungguhpun hak untuk kebebasan bersuara kekal sebagai suatu yang imperatif, ia menjadi suatu yang sama penting yang perlu diambilkira terutama sekali dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan budaya.
Lukisan dan arca adalah sebahagian daripada cabang seni yang secara nalurinya juga memberi lapangan kepada artis untuk meluahkan isi hati mereka.
Seni melingkungi pemikiran, tubuh, nyawa, kapasiti intelek, emosi gerak hati; yang mana keseluruhannya penting sebelum sesebuah hasil kerja disiapkan – pemikiran menjadi factor kritikal yang mempengaruhi potensi.
“Namun kita berada di dalam keadaan kemungkiran mental di mana ia mengganggu artis dalam menggunakan pemikiran, tubuh dan nyawa lantas gagal untuk untuk menterjemahkannya melalui kapasiti yang ada, “ kata Amer dalam ucapan perasmiannya.
Di dalam pameran ini, artis-artis menampilkan gaya masing-masing yang jelas mempunyai mesej-mesej tertentu yang disampaikan.
Salah seorangnya ialah Husni Osman yang mendapat ilham daripada pelbagai versi risalah skim cepat kaya yang bertaburan di dalam peti surat rumah beliau. Lalu beliau menanya dirinya sendiri, “masakan sesiapa boleh jadi kaya dengan bergoyang kaki sahaja?.”
Lukisannya yang lain juga menceritakanpPandangan seorang pendatang tanpa izin Indonesia mengenai isu 'Ganyang Malaysia' baru-baru ini melalui lukisannya, SimPATI.
Artis Mohd Khairul Izham pula berkata memandangkan manusia sekarang sanggup berbuat apa sahaja demi wang, beliau telah menghasilkan sebuah lukisan berjudul ‘Hidden Beneath the Mask’.
Melalui lukisan tersebut Izham berkata orang sanggup berbunuhan untuk mendapat jutaan ringgit, sanggup menconteng wajah mereka sendiri dengan senyuman keji. Mereka juga sanggup berpura-pura tidak bersalah dengan memakan rasuah.

Labels: R A Fine Arts
 
Wednesday, August 19, 2009
TAKE 5: The Rest Is (His)tory
Tajuk: Paper Lama
Oleh: Zabas
61 x 122 cm

Tajuk: May Day
Oleh: Kamal Mustaffa
102 x 142 cm, acrylic, archival, pigm
Aku mahu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Raja Ahmad kerana menyumbang inisiatif dalam mengenang Sejarawan Muzaffar Tate.
Teringat lagi sewaktu era 2004 sewaktu aku ke hulu hilir dengan Raja Petra dan Marina. Kebanyakan daripada majlis yang diadakan Muzaffar dan isteri ada bersama.
Pameran ini sesungguhnya mengembalikan kembali kenangan-kenangan aku sewaktu dulu.
Pameran seni berkumpulan bertajuk “Take 5: The Rest Is (His)tory”. Lima artis yang terlibat adalah Kamal Mustaffa, Mahsun Taib, Syed Bakar Syed Salim, Zabas dan Zainuddin Jamil. Pameran berlangsung dari 17 Ogos hingga 4 September 2009. Kurator tamu bagi pameran ini ialah Zainol Abidin Ahmad Shariff (zabas).
Nama-nama pelukis dalam pameran ini tidak asing buatku. Mereka bersependapat; “Sebelum mereka ‘berundur atau bersemadi’ menjadi sejarah, lima pelukis ini melakar sejarah menurut perspektif mereka. Menerusi karya - karya mereka, mereka bertindak balas terhadap sejarah dan cerita-cerita sejarah. Mereka tidak melahirkan ‘lukisan-lukisan sejarah’ yang lazimnya difahami sebagai lukisan sesuatu peristiwa masa lalu atau tokoh sejarawan. Sebaliknya mereka melukis dengan menggunakan konsep - konsep budaya seperti keperwiraan, takdir atau rasa kemanusiaan.
Medium yang mereka gunakan ialah cat akrilik. Kadang – kadang mereka menggunakan gabungan lukisan dan cetakan seperti mana yang dilakukan oleh Kamal Mustaffa dan Zabas. Secara keseluruhan karya mereka adalah gandingan imej abstrak dan figuratif yang diilhamkan dari sejarah dan motif dari Parsi dan benua Afrika hinggalah ke ‘intrique’ atau tipu muslihat yang kadang – kadang terdapat waktu zaman Istana Melaka yang bersejarah serta pengalaman sosio budaya dan peribadi yang mutakhir. Sejarah daripada persepsi mereka samada dalam bentuk peristiwa, ide atau bekaitan dengan keadaan semasa.
“Take 5: The Rest Is (His)tory”akan dirasmikan oleh YB Dato’ Shahrir Abdul Samad, pada 20 Ogos 2009 (Khamis) pada jam 8 malam.
Labels: R A Fine Arts
 
Tuesday, July 14, 2009
Pameran Dari Kerana Mata: Borak-borak Dengan Artis Dikala Jingga

Sungguhpun waktu aku amat terhad kerana terpaksa berada di Dewan Negara etiap sessi perbahasan, aku kuatkan usaha untuk hadir di majlis pelancaran majlis perasmian Pameran Dari Kerana Mata yang diadakan di RA Fine Arts pada 7 Julai 2009.
Pemilik galeri, Raja Ahmad (sebut: Pak Engku)sudah beberapa kali mengingatkan aku untuk hadir ke pameran ini. Sesungguhnya artis-artis DiKala Jingga memang rapat dengan aku. Bahkan lukisan Haris Hamsani masih tergantung di bilik tidur aku dan lukisan-lukisan Ali termuat dalam buku aku, KONFLIKTING.
Memandangkan aku sudah beberapa kali menulis dan memberi paparan kepada Ali @ Nurazmal Yussof, aku cuba mendekati Zul (atau nama sebenarnya Zulkiflee Zainul Abidin) dan Suddin Lappo.
Mereka ini kesemuanya hasil lulusan seni halus dari Institut Teknologi MARA dan bergabung selepas habis era pembelajaran.
Ikuti temubual aku dengan Zul dan Suddin.
Dalam lukisan kau untuk pameran ini, apa yang kau cuba ketengahkan?
Suddin: 'rasa’ dan pengalaman estetika.
Zul: Babak Manusia dalam situasi yang diinspirasi daripada isu sosial, politik, agama dan ekonomi semasa. Karya saya bertajuk “The Crisis: Between You and Me” menggambarkan satu situasi provokatif , satu watak lelaki , baju merah diikat dipinggang, sedang ditangannya ada seketul? Batu…berdiri di hadapan seekor kerbau yang sedang terarah dan tertarik kepada ‘warna merah’. Sang provokator semestinya sudah bersedia membalas ‘Mangsa’ yang mampu menyerang. Di inspirasikan dari situasi tegang politik semasa . Karya lain, “The Crisis 2: Tabung” lebih terjurus kepada permasalah ekonomi…watak lelaki (boleh saja disebut berbangsa melayu) sedang tersandar lemah, dihadapannya ada sebuah tabung ayam, tangan kirinya memegang tukul. Situasi yang tidak memberikan kita banyak pilhan untuk berdepan masalah ekonomi. Samada kita terus ‘bersandar’ atau pun pecahkan saja’ tabung.’. Satu lagi karya, bertajuk “deconstructive behavear: after ahmad zaki” mendepani isu sosial semasa. Lembu menjadi simbul kebodohan (negatif) seperti perumpamaan ‘Bodoh macam lembu’…kecenderungan sosial hari ini berdepan ‘kuasa kebodohan’.
Apa kelainan yang kau ada berbanding dengan artis-artis DiKala Jingga yang lain dan artis-artis yang ada di Malaysia ini?
Suddin: Juga ‘rasa’. Kan tiap orang punya rasa lain-lain. Maka rasanya tidak perlu untuk aku cari kelainan itu.
Zul: Aku lebih suka kepada kepelbagaian seni… tidak hanya tertumpu kepada bidang senilukis semata-mata… ia sangat membantu dalam perkembangan dan cara aku berkarya.
Bagaimana Negara ini dapat memajukan seni tampak?
Suddin:labur wang lah.. paling utama untuk pelukis muda. Tapi yang lebih penting adalah berani berfikir ‘sapere aude’ – politikus kita kering ‘rasa’ beb, sebab tu mereka tidak peduli seni.
Zul: Fokus dan bebas dan bertanggungjawab...baik seniman, pihak galeri, mahupun pihak 'penaung' dan pemerintah, beri pendedahan dan ruang yang lebih kepada seni tampak secara khusus. Salah satunya Media menghebahkan segala ‘gerak’ seni tampak kepada umum seperti bidang seni yang lain.
Apa sudah jadi dengan Balai (Seni Lukis Negara)?
Suddin: Kurang pasti. Sangat tidak dapat dipastikan.. mungkin sebab aku tidak dengar apa2 kecuali (baca : biasanya) cemuhan, yang selalunya aku pun malas nak pikir.
Zul: Ramai orang (terutama kelompok seniman) hangat memperkatakan tentangnya, Makin ramai yang mempersoaalkan kemampuan dan kredibelitinya.

Kau faham tak konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia?
Suddin: Faham. Faham itu sebagai polit(e)ik..
Zul: Sudah sedia faham… ia dikitar semula, ‘re-brending’, re-packaging, yang hanya pada nama.
Zul, kau berasal dari Kedah. Adakah kau rasa DAP patut keluar dari Pakatan Rakyat?
Zul: DAP berhak berbuat demikain…tapi itu bukan cara yang tepat dan terbaik… malah ia akan merumitkan keadaan… perancangan terganggu, rakyat terus jadi mangsa. Tindakkan itu tindak membantu apa2 cuma lebih kepada emosi dan cuba mempertahankan pendirian: walaupun ia dinyatakan cuba ‘mewakili‘ pandangan masyarakatnya… DAP dalam hal seperti ini harus mengelak dari tindakkkan ‘populis’ kepartian- tak puas hati keluar parti.
Ia akan lebih merugikan rakyat dan Pakatan sendiri. Pakatan Rakyat yang tampil dengan imej pencerahan. Lebih matang, terbuka dan dinamik tidak seharusnya berlaku perkara semacam ini.
Sepanjang lebih 50 tahun pemerintahan Umno, sebagai Melayu adakah kau mendapat sebarang manfaat dari pentadbiran mereka?
Suddin: Ada. Tapi bukan dari mereka, dari Tuhan.
Zul: Secara umumnya, ya… aku akui ada. Cumanya kalau didekati dan di amati manfaat itu lebih bersifat Sogokan; baca RASUAH , daripada pertolongan yg sepatutnya...
Kau setuju tidak apabila ramai yang menelah bahawa Pakatan Rakyat akan menjadi seperti Barisan Nasional? Nyatakan sebab….
Suddin: Ya. Sebab kedua2 parti itu punya matlamat yang sama – kuasa.
Zul: Kemungkinan terjadi sangat besar… kebergantungan kepada pucuk kepimpinan tertinggi untuk tampil ‘menyelsaikan’ sesuatu kemelut, amalan Rasuah belum sepenuh terhikis, walaupun ada usaha dan penegasan ke arahnya namun ia memerlukan masa.

Kau setuju tak sekiranya ISA dipinda?
Suddin: Padam terus lagi bagus.
Zul: Dipinda, aku setuju... bergantung pada pindaan yang akan dibuat, tetapi kalau di mansuhkan adalah lebih baik.
Selain melukis, kau juga melibatkan diri dalam lakonan dan muzik. Senang ke nak jadi artis ni…tangkap muat? Kenapa artis tidak focus kepada satu bidang seni sahaja?
Zul: Pada aku, sesiapa juga boleh menjadi artis… atas kemampuan dan kemahuan serta kejujuran.
Suddin: Sebab nak layan ‘rasa’, itu saja.
Sepanjang penglibatan kau dalam seni, adakah kau rasa media perdana banyak membantu dalam mempromosikan kesenian?
Suddin: Tidak. Tidak siapa yang peduli, kecuali tauke galeri, kolektor, peng’khayal’ seni, teman-teman ketat dan kau hehehe..
Zul: Ia tidak seimbang…tidak menyeluruh.
Zul, kau juga seorang pelakon teater. Pernah pergi Istana Budaya untuk saksikan persembahan di sana?
Zul: Pernah, beberapa kali…
Adakah kau bangga dengan pencapaian teater sekarang?
Zul: Belum Boleh dibanggakan… ia seperti baru nak bermula secara serius.
Labels: Akta Keselamatan Dalam Negeri, DAP, Di Kala Jingga, ISA, Istana Budaya, najib tun razak, pakatan rakat, R A Fine Arts
 
Saturday, July 04, 2009
Pameran Dari Kerana Mata: Mata Bawa Ke Hati

“Segala-galanya dari mata”, begitulah kata-kata dari Nurazmal Mohd Yusoff (31) salah seorang artis yang turut serta dalam Pameran Lukisan “Dari Kerana Mata” di RA Fine Arts Gallery di ibu Negara apabila ditanya mengenai judul pameran ini.
Kesemua artis ini merupakan graduan Institut Teknologi Mara (kini digelar UiTM) di bidang seni halus dan kemudiannya menubuhkan kumpulan mereka sendiri. Mereka beroperasi di Shah Alam dan pernah ke beberapa buah Negara dalam mempamerkan karya-karya mereka.
Tajuk lukisan ini diambil atas konsep figuratif yang ditonjolkan. Bagi mereka, konsep imajan sedemikian seiring membangun bersama kebudayaan manusia kerana bersifatnya yang ‘viewer friendly’ dan mudah di fahami. Namun setiap imajan figuratif itu tidak mampu mewakilkan secara benar, telus dan objektif berkenaan objek rujukan yang di wakilinya itu. Ini adalah di sebabkan oleh pluralisasi cara pandang oleh sekian ramai pemerhati.
Menurut kurator pameran ini, Badrolhisham Mohamad Tahir, figuratif sedemikian menjadi bukti cara bagaimana seniman melihat.
“Setiap pemilihan boleh kita fahamkan juga sebagai sebuah pemerhatian yang sememangnya tidak pernah lekat tertumpu pada satu benda; kita akan senantiasa melihat perkaitannya dengan diri kita”, kata Badrolhisham.
Jelasnya lagi, tanpa imajan tidak mungkin sebarang komunikasi dapat berlangsung akibat terputusnya jalinan perhubungan antara otak yang berfikir dengan imajan yang mewakili setiap objek konkrit.
Dengan kata lain, tanpa imajan sesuatu tidak dapat ditentukan: tidak dapat diterangkan dan di namakan. Setiap mata yang melihat juga mendapat sebab untuk melihat bagi memenuhi fungsinya sebagai deria pada kita. Oleh itu, dengan penglihatan, karya seni mendapat perhatian; pemerhati melihat dan berkata-kata mengenainya.
Selain Nurazmal, artis-artis Dikala Jingga lain seperti Samsuddin Lappo, Khairina Khairuddin, Zulkiflee Zainul Abidin dan Haris Ahmad Hamsani mencatan kerana minat figura dan mahu menyatakan sesuatu mengenai pengalaman mereka melihat.
Samaada kita sedar atau tidak, mereka sebenarnya begitu asyik mengambar - melihat diri berupaya merakam objek. Keasyikan itu adalah dari dorongan minat – minat meneroka kemungkinan baru. Dalam pameran ini mereka mahu orang lain melihat minat mereka mencatan:
Pameran ini boleh dianggapkan berfungsi sebagai sebuah undangan bagi melihat realiti abstrak mereka secara represntasional. Kita akan dapati bagaimana pengalaman mereka mencatan sedang/dan berterusan mengalami perubahan di sebabkan oleh keadaan mental mereka yang saban hari berubah akibat penglihatan. Kelainan yang di tawarkannya adalah kepada cara bagaimana imajan-imajan familiar di susun atur dalam sebuah perletakan, berkemungkinan banyak berpandukan dari pengalaman serta perlakuan oleh pergerakan avant-garde, bagi mewujudkan pengalaman baru berfigura.Pengalaman itu memberi makna dan sekali gus menidakkan tanggapan catan figura, figura realis, sebagai ‘outdated’ berbanding catan abstrak.
Dalam catatan Badrolhisham, beliau menjelaskan mengenai beberapa kejadian yang berlaku dalam sejarah seni bagaimana pelbagai persepsi tentang figura telah memperlihatkan cara bagaimana figura harus berfungsi melangkau ketetapan persepsi daripada sebuah paparan kebolehan menyalin semula tubuh manusia.
Menurutnya, Gustave Courbet dan Edouard Manet melalui karya figura realisme mereka membawa aspek-aspek kehidupan masyarakat kontemporari termasuk penyanyi dan peminta sedekah amat berlainan dengan apa yang pernah dilakukan sebelum itu oleh Jacques-Louis David melalui Jean Augustus-Dominique Ingres kepada Eugene Delacroix yang banyak mengagungkan individu aristokarat berpakaian. Paul Gauguin dan Paul Cezanne mengambil tempat mereka dari Manet lebih mementingkan ekspresi diri mencatan tubuh manusia secara inovatif dengan warna-warna yang mengambarkan mood atau perasaan emosi yang didapati dari subjeknya.
Gaya yang di lakukan oleh Cezanne dirujuk berterusan hinggalah ke Pablo Picasso yang terkenal dengan aliran Kubisme telah menjadi sumber kepada aliran selepas itu. Egon Schiele boleh kita anggap pencatan figura terbaik abad lepas dengan memperlihatkan bagaimana manusia digambarkan bersemangatkan binatang jauh daripada moral kemanusiaannya menegaskan kebebasan mutlak dari gambaran tubuh badan manusia yang hodoh dan ‘distorted’. Di abad ini di susuli oleh Philip Pearlstein, Lucien Freud, Eric Fishl dan Jenny Saville.
Secara umum figura dikategorikan sebagai seni represntasional. Kebiasaannya melukis figura merupakan metode klasikal di dalam setiap kurikulum seni di mana-mana sekolah seni di dunia.
Kebanyakan pakar seni berpendapat melukis figura manusia merupakan sebuah latihan yang paling autentik untuk mengambarkan rupa tiga dimensi di mana peta topo badan manusia menjelaskan perbagai permasalahan yang terdapat pada objek lain seperti kadar banding, tona dan sebagainya. Tidak keterlaluan di katakan di sini kebanyakan seniman terkemuka dunia telah mendapat didikan secara formal di sekolah-sekolah seni dan turut harus melewati latihan membuat catan figura.
Justeru, Badrolhisham merujuk artis-artis ini seperti seperti Amron Omar dan sering merujuknya dalam memperlihatkan kebenaran keupayaan kesenimanan mereka. Amron telah mencatan figura dalam genre realisme bertajuk Self Portrait (1982) yang memperlihatkan potret diri yang sedang duduk di atas kerusi buai rotan seolah sedang bersedia menghadapi sesuatu, di olah seperti kita melihat fotografi. Selain Amron, karya-karya Ahmad Zaki Anwar juga boleh di jadikan contoh bagaimana fotografi menjadi rujukannya seperti yang telah banyak di lakukan oleh seniman pada tahun-tahun 1970an seperti Chuck Close, Ralph Goings atau pengarca Duane Hanson yang berpaksikan kepada genre Fotorealisme. Dalam genre ini seniman membuat catan daripada gambar foto kerana segala informasi visual di kumpul melaluinya mencabar fotografi dengan mengasah kebolehan berteknikal agar nilainya melewati fotografi.
Dengan menggunakan fotografi juga, seniman Dikalajingga membina ruang catannya dengan membuat pemanipulasian imajan-imajan dari fotografi-fotografi yang difikirkan sesuai bagi membina gambaran minda. Mereka berkarya dan karya mereka boleh di anggap sebagai bukti – keatas gambaran mental bahawa imajannya tidak menipu siapakah mereka. lihatlah pada karya Zulkifli berjudul DESTRUCTIVE BEHAVIOUR’ - After Ahmad Zaki di mana seorang budak (?) sedang menyakat seekor lembu jelas memperlihatkan elemen ‘lawak’ dan ‘kenakalan’ pada sifat manusia dalam suasana tidak realistik yang tidak mementingkan persoalan-persoalan kedudukan objek dalam ruang dan perspektif.
Setakat ini Dikala Jingga telah berjaya mengadakan dua pameran kumpulan setakat ini selain beberapa pameran jemputan individu. Pendek kata, seniman Dikala Jingga akan sering berpameran. Namun, kekerapan berpameran ini belum boleh di jadikan bukti bahawa mereka minat melakukan amalan mencatan figura. Dengan hal yang demikian, mereka juga boleh di katakan berkemungkinan mencatan tidak untuk membuktian status kesenimanan walaupun mereka memilih figura sebagai subjek di kanvas. Mereka mahu berterusan meneroka cara pandang baru dalam membuat catan figura yang baik. Ini yang saya faham dari apa yang dihasratkan mereka untuk melakukan satu ‘pencerahan’ dari keseronokan eksperimen visual dengan figura. Dengan perkataan lain, mereka harus mencipta kelainan kerana setiap yang baru itu ada pengalaman unik di dalamnya. Untuk itu, jika kita tahu bahawa aksi dan reaksi kita adalah akibat interpretasi terhadap sesuatu serta kebenaran aksi kita disebabkan oleh apa yang kita fikirkan, maka tentulah fikiran perlu di beri keutamakan melebihi dari aksi.Cuma setakat ini kita hanya didedahkan sedikit sahaja maklumat berkenaan tujuan dan mengapa mereka berseni sedemikian.
Namun begitu kemungkinan minat mencatan itu diasaskan oleh desakan untuk mendapat pengiktirafan dari rakan seniman lain samaada dalam bentuk pujian (karya di buat liputan) atau wang (karya di beli) menjadi satu keutamaan. Dalam mencapai matlamat itu, pergelutan harus berlaku dan pelbagai kaedah akan di gunakan untuk mencapai pengiktirafan yang di cita-citakan. Lantas, jika ada yang mengatakan bahawa mereka mencatan figura sebagai reaksi subversif terhadap ‘pandangan serong terhadap figura’ sebagai ‘tidak islamik’5, sudah tentu kita patut ketahui kini bahawa bentuk satira yang terhasil berkemungkinan lambang kedegilan mereka setelah merasakan tidak ada jalan lain untuk minat mencatan itu dapat dilakukan dengan cara lain melainkan figura. Dengan figura, mereka cuba membentuk sebuah set situasi atau keadaan bagi mewakili apa yang ada difikiran dan bukan hanya berkenaan figura semata-mata.

‘Dari Kerana Mata’ dipamerkan di No 6, Jalan Aman, off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dari 11 pagi hingga 6 petang, 2 hingga 15 Julai.
Labels: Di Kala Jingga, R A Fine Arts
 
Monday, May 11, 2009
“Exorsismus Pesona: Tingkaptingkap Dunia Fantasi Haslin Ismail”

Haslin membuka tingkap.. dan aku terdengar kilat, terlihat petir..
Terserempak makhluk-makhluk aneh yang menakjubkan. Makhluk yang aku masih ingat masa aku kecil dahulu bersangkar di bawah katil dan membuat aku mengigil.. Makhluk yang membuatkan igauan ngeri.. Igauan yang menjelmakan makhluk ngeri.. Mengikuti aku ke sana dan ke sini... Ke bilik air, ke dapur, ke telaga, ke hutan, ke sawah, ke langit dan ke bumi.. Ke dalam Makhluk kerdil aku dulu.. Dan ke dalam Makhluk dewasa kini.
Dari animisme infantilis hingga surrealisme melukis. Dari mula hingga kini. Tak habis-habis kita bermimpi.. Melangkau batasan peribadi. Di antara duri dan diri. Berulang-alik. Dari comel ke comot dan dari comot ke caci. Caci comot comel! Comel comot caci! Ciuman tak siuman.. Bagaikan kemarahan dalam senyuman. Lidah dan muntah.. Cacing dan lintah..
MUNTAH.. Muntah.. Muntah..! Muntahkan semua makhluk itu..! EXORSIS..! Exorsiskan..! Exorsiskan PESONA..!
Jangan dihantui lagi makhluk-makhluk itu. Tepuk dada, tutup telinga dan telankan suara..
Tiada pilihan untuk dipulihkan.Tiada jalan lain yang ada tujuan. Jalan ke dalam itulah jalan keluar.. Dalam diri.. Dalam rahim.. Dalam seluar..
Fantasi.. Fantasia.. Fantasial.. That is the beginning of art. Dari mula berkhayal dalam menyusu, memintal bantal, mendakap ibu.., damai perjalanan. Kini ibu dah jauh di sana dan tangan tak sampai nak peluk gunungannya, makhluk sial bermaharajalela, bagaimana dengan iman? EXORSISMUS PESONA ke jalam aman. Dan jalan seterusnya..
Fantasi.. Di situlah mulanya seni.. Orang lain boleh pendam. Kadangkala sampai tiada udara, tiada nyawa.. Tapi kau seorang artis.. Kau perlu dan mampu luahkan dengan penuh dendam dan gelora.. Berfantasilah sehingga bererti. Dan carilah erti sampai ke mati..
– petikan dari esei “Exorsismus Pesona: Tingkaptingkap Dunia Fantasi Haslin Ismail” oleh Zainol Abidin Ahmad Shariff (zabas).
Labels: R A Fine Arts
 
Friday, April 17, 2009
Mimpi Pasca Gotik:
Sebuah pameran seni solo Khairul Azmi Shuib (Meme) 2001-2009.Dipamerkan di R A Fine Arts; No 6, Jalan Aman, off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Labels: R A Fine Arts, Raja Ahmad Aminullah
 
Thursday, April 16, 2009
RA Fine Arts Teroka Pasaran Eropah
raffle-sia (after g.f. joseph),acrylic, inkjet print and uv
RA Fine Arts yang baru masuk usia dua tahun kini mula diterima oleh masyarakat dunia dengan melangkah jauh ke pasaran Eropah.
Dengan memilih artis Amir Zainorin yang kini menetap dan berkeluarga di Copenhagen, sudah tentu RA Fine Arts melalui peneraju utamanya, Raja Ahmad Aminullah mampu untuk menarik minat pencinta seni tampak di United Kingdom.
Meskipun kita berada di dalam dunia pasca-moden, persoalan tentang identiti masih boleh menggugah perasaan marah di kalangan masyarakat. Tetapi di antara mereka yang terlibat dalam bidang seni, penulisan dan dunia kreatif amnya, sudah mula kelihatan suatu perbincangan yang beralih daripada wacana bersifat perbalahan kepada bentuk ekspresi yang lebih bersifat menghuraikan atau mengupas letakduduk sesuatu persoalan.
Pameran bertajuk Mad(e) in Malaysia diadakan di Brick Lane Gallery, London dari 17 hingga 30 Mac 2009 lalu.
Menurut Raja Ahmad, karya-karya Amir meluahkan sensitivitinya terhadap dunia sekelilingnya, berdasarkan apa yang dia lihat sendiri. Kuasa yang terselindung tetapi begitu berpengaruh yang dimainkan oleh media atau “the fourth estate” adalah suatu perkara yang Amir, dan ramai daripada penghuni dunia yang telah dicerahkan mahupun belum, dapat memahami atau sekurang-kurangnya merasai.
Amir sering menggunakan peristiwa-peristiwa kekejaman yang berlaku di seluruh pelusuk dunia sebagai motif lukisannya. Kini, melalui catan Amir, ianya semua dapat didedahkan dan disebarkan ke khalayak yang lebih luas. Apa yang berlaku di Chechnya atau di Afghanistan tidak lagi disaksikan atau difahami hanya oleh penduduk tempatan sahaja.
Terdapat banyak rujukan kepada media yang dapat dijumpai dalam karya-karya Amir: “The Star”, sebuah surat khabar berbahasa Inggeris di Malaysia, “The Citizen”, sebuah jurnal, dan juga “The Daily Mirror” serta “ABC”. Seperti yang ditulis oleh Badrolhisham, kurator tamu pameran ini, di dalam eseinya, karya-karya Amir telah membangkitkan persoalan tentang isu tempat dan tanggapan identiti, terutamanya dalam dunia yang sedang mengorak langkah melangkaui nasionalisme.
Bagi kuratornya, Badrolhisham Mohamad Tahir, Mad(e) in Malaysia merupakan sebuah pameran yang menayangkan bagaimana proses identifikasi membentuk identiti seni.
“Amir sering mewujudkan kerja-kerjanya berdasarkan kepada kerja orang lai yang diikuti dan berharap dia akan mengenalpasti dirinya sebagai seorang yang bebas, aktif dan independen.”, jelas Badrolhisham.
Konsep globalisasi telah membawa kerja-kerja seni kontemporarinya sehingga ke Eropah. Dengan merapatkan jurang geografi, globalisasi mungkin mendatangkan perbezaan dari segi budaya. Namun, factor-faktor tersebut yang menjadikan nukilannya menjadi unik.

win win (free-all together now),acrylic, inkjet print and uv
Maka, dengan itu, pameran Mad(e) in Malaysia telah menjadi sebuah pameran seni antarabangsa kontemporari buat masyarakat Eropah bagi memahami isu-isu identiti yang dibangkitkan oleh Amir sebagai modelnya.
Pada umumnya, Amir mendapat inspirasinya daripada pendekatan seni– sebuah fenomena dalam seni di mana ianya mula diperkenalkan pada pertengahan -1950an melalui kelahiran konsep “apa pun boleh” oleh para dada di awal kurun ke 20.
Oleh yang demikian, apabila terdapat evaluasi diadakan terhadap identiti, proses-proses memilih, memfokus, mempertikaikan bergantung kepada kesan-kesan dinamika sosial seperti kelas, bangsa, ethnik, gener dan agama. Amir mampu berbangga kerana beliau tidak perlu menyatakan bahawa dirinya berbangsa Melayu, beragama Islam, dilahirkan di Johor.
Melalui seni popnya, beliau dapat menyatakan dirinya membesar dengan siaran televisyen 60an dan 70an, seperti “The Lone Ranger”, “The Six Million Dollar Man”, “The Bionic Woman”, “The Ultraman”, mendengar lagu-lagu Abba, Bee Gees, Elton John, Teresa Carpio, juga kugiran rock seperti “Iron Maiden”, “Black Sabbath”, “Rainbow” dan “Dire Straits”. Lukisannya juga tidak perlu menyatakan bahawa dia bukannya berasal dari Denmark.
Selain itu, Mad(e) in Malaysia juga menjelaskan ‘kegilaan’ seseorang yang sama berfikiran sepertinya.
daily triumph (after michael angelo),acrylic, inkjet print a
Amir Zainorin
Born in Johor, Malaysia.
b. September 1, 1963.
He has worked in advertising and public relations company,bank, diving school, hotel
and restaurant. He now lives and work in Copenhagen.
education
2007-2008 VUC Rødovre, Denmark-Digital Art
2004 Copenhagen Media School, Denmark
1995-1998 Apprenticeship to popartist Ahmad Azhari, Kuala Lumpur, Malaysia
1988-1990 University of Missouri, Kansas City, US (Business Administration)
1986-1988 University of Central Arkansas, US (Business Administration)
1980-1983 Business Studies Certificate from Polytechnic Ungku Omar, Malaysia
artist residentship
2000-2001 Resident artist at ‘Jaguar Studio’ , Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur
1998 Resident artist at the International Cultural Center, Oostelbier, The
Netherlands
Solo exhibition
2009 ‘Mad(e) in Malaysia’, Bricklane Gallery, London
2008 ‘Paradice Now’, Gallery Shambala, Global House and Albertslund
Bibliotek Copenhagen
2007 ‘The Opening’, Gallery Pelita Hati, Kuala Lumpur, Malaysia
2004 ‘Breathe’ Embassy of Malaysia, Stockholm, Sweden
2004 ‘Art is ...’ Roedovre Biblioteket, Denmark
Group exhbition
2008 Pop Fiction, R A Fine Arts, Kuala Lumpur
2008 Diesel Wall Finalist Show*, Diesel Denim Gallery Store, Soho, New
York City
2008 Grafik, Gallery Alstrup, Denmark
2008 ‘Aspect of Malaysian Art, R A Fine Arts, Kuala Lumpur
2007 ‘Resilience in Adversity’,R A Fine Arts, Kuala Lumpur,
2006 ‘Salute’ - tribute to Jeri Azhari at National Art Gallery, Kuala Lumpur’
2006 ‘Juleudstilling’ at Gallery Shambala, Copenhagen
Labels: R A Fine Arts, Raja Ahmad Aminullah
 
Thursday, January 29, 2009
Pameran Solo Catan Kartika Affandi - Pembuka Mata Karyawan Malaysia
Seniman tersohor Indonesia, Kartika Affandi, 73 memukau rakyat Malaysia menerusi lukisan-lukisan yang dibawanya untuk pameran solonya yang diadakan di Kuala Lumpur sehingga 9 Februari ini.
Lukisan-lukisan yang pernah dihasilkan sejak 1977 dipamerkan dalam Pameran Solo Catan Kartika Affandi di Galeri RA Fine Arts dan dikuratorkan oleh Dr Zakaria Ali, seorang pensyarah di sebuah institusi seni di negara ini.
Sesungguhnya, kemasyuran Kartika bukannya dari bapanya, Affandi yang merupakan lagenda kepada Indonesia. yang sering menimbulkan kontroversi terutamanya sewaktu menunggangi gelombang kebebasan yang dibawa percikan revolusi sebelum kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945.
Affandi pada waktu itu menubuhkan “Seniman Masyarakat”, kemudian “Seniman Indonesia Muda”, dan kemudian”Seniman Indonesia Muda”, Pelukis Rakyat” dan “Gabungan Pelukis Indonesia”, bertujuan membebaskan diri daripada kongkongan dikenakan oleh orang Belanda yang memandang rendah kaum peribumi pada waktu itu.
Betapa mendalamnya kasih kepada Affandi, Kartika menukilkan dalam “Tiga Muka/ 25 Mata Affandi” (2007). Ibu Kartika menangkap Affandi dalam tiga keadaan: puas hati (atas), kesakitan (kiri) kegugupan (kanan). Ketiga-tiga keadaan ini menjadi lebih jelas dalam 25 buah mata, yang sentiasa memerhatikan dia, membimbing, memarahi, menenangkan.
Meyorot kembali sejarah perjuangan Ibu Kartika, ketika berusia 23 tahun, beliau melukis sebuah potret diri yang membuktikan kemahirannya sebagai pelukis. Bagi Ibu Kartika, sebidang kanvas kosong diangap sebagai sejenis penghinaan yang mesti dilipat-balas.
Salah satu hasil lukisannya ialah “Kelahiran Semula” (1981). Di dalam lukisan tersebut, beliau dirinya dilahirkan dilahirkan semula sebagai watak yang tersiksa, dengan wajah yang lebih tua daripada usia bayi yang sepatutnya luhur. Tanpa keajaiba tersebut maka kini dia dibebani masalah yang skar dibereskan. Kepalanya dilingkari merah, dia tetap berazam untuk memulihkan dirinya daripada kusta-kusta silam.
Selanjutnya, dalam “Potret Diri dan Kambing” (1989), dia sekali lagi ditekan oleh beratnya rasa benci dii, menyayangi seekor kambing untuk mendapatkan perhatian. Dengan berbuat demikian, dia mengakui wataknya setaraf dengan binatang, menidakkan kebolehannya untuk memilih menyuburkan benih-benih manusiawi, yakni suatu kebolehan yang tiada pada haiwan. Namun, dengan lingkaran geap pada matanya, kambing itu muncul menarik sekali. Sebaliknya, watak manusia itu kebingungan, berambut kusut, keliru, mencari-cari peangan yang patah, tanda-tanda petunjuk yang hilang.
Ibu Kartika mempunyai sikap yang ambivalent terhadap binatang seperti yang dijelaskan dalam adegan “Angsa Hitam” (2003). Pasangan angsa ini kelihatan seperti sedang menari, berlagak, atau berlawan? Kepak-kepak mereka mengembang, leher melengkuk, kaki terkangkang, berpendirian agresif dan kelihata bersedia untuk menyerang. Manakala seekor angsa kepaknya lunjun merah: menggambarkan syawat atau darah? Adakah ini bermakna tibanya musim mengawan bila sang jantan berlagak garang?
Naluri tersebut turut dimiliki manusia. Memasuki “Warung Kopi di Lingga, Sumatera Utara” (1977), Ibu Kartika, suku Jawa yang berpendirian terbuka, merah marah sebab pelanggan semuanya lelaki, yang sembang-sembang, sesudah penat bekerja di lading. Kaum ibu pun turut bekerja tapi tidak digalakkan masuk. Untuk membetulkan ketidakadilan ini, Ibu Kartika telah mendirikan eselnya di dalam warung tersebut lantas melukis gambar pelanggan lelaki, sebagai cara membalas dendam. Ibu Kartika lantas memasukkan dirinya dengan duduk di hujung meja, betul-betul di tengah gambar disamping kaum ibu yang lain sedang mendukung anak: begitu bengang Ibu Kartika.
Kartika Affandi pernah mengadakan pameran di seluruh dunia termasuk Indonesia, Itali, Pranchis, Australia, Brazil, China, Hungary dan Amerika Syarikat.
Hasil-hasil seni Kartika juga banyak dibincangkan di dalam banyak penerbitan antarabangsa seperti Soul, Spirit and the Mountain, Preoccupations of Contemporary Indonesian Painters (Oxford University Press, 1994) dan di majalah seperti Art in America.
Sebagai seorang penggiat seni, Kartika juga banyak menerima jemputan bersyarah di Sydney Opera House Australia, Regent Hotel, Hong Kong dan Mills College Oakland, California.
Semasa berada di Kuala Lumpur, Kartika mengambil kesempatan untuk melukis keadaan di Kampung Baru, kampung tertua di ibukota. Berceritakan pengalamannya, beliau gembira sekali melihat anak-anak penduduk di Kampung Baru mengerumuninya melihat dia melukis. Dia secara tidak langsung membuat demonstrasi secara plein-air.
Kartika juga sering menyumbangkan karya-karyanya untuk tujuan kebajikan seperti pemuliharaan bangunan warisan dan mangsa tragedi tsunami di Acheh.



Labels: R A Fine Arts, Raja Ahmad Aminullah
 
Tuesday, January 20, 2009
Kartika Affandi Pembuka Diari Galeri RA Fine Arts

Galeri RA Fine Arts yang sebelum ini banyak mempamerkan kerja-kerja seni tempatan dan antarabanga membuka tirai 2009 dengan menjemput artis tersohor di nusantara, Kartika Affandi bagi mengadakan pamean solonya.
Kartika Affandi yang merupakan anak perempuan pelukis terkenal Indonesia, Affandi pernah mengadakan pameran di seluruh dunia termasuk Indonesia, Itali, Pranchis, Australia, Brazil, China, Hungary dan Amerika Syarikat.

Hasil-hasil seni Kartika juga banyak dibincangkan di dalam banyak penerbitan antarabangsa seperti Soul, Spirit and the Mountain, Preoccupations of Contemporary Indonesian Painters (Oxford University Press, 1994) dan di majalah seperti Art in America.
Sebagai seorang penggiat seni, Kartika juga banyak menerima jemputan bersyarah di Sydney Opera House Australia, Regent Hotel, Hong Kong dan Mills College Oakland, California.

Kartika juga sering menyumbangkan karya-karyanya untuk tujuan kebajikan seperti pemuliharaan bangunan warisan dan mangsa tragedi tsunami di Acheh.
Pameran berlangsung dari 15 Januari hingga 9 Februari 2009 di Galeri RA Fine Arts.
Labels: R A Fine Arts, Raja Ahmad Aminullah
 
Saturday, January 17, 2009
Pameran Solo Catan Kartika Affandi


Pameran Solo Catan Kartika Affandi
Yang akan dirasmikan oleh
Tuan Yang Terutama Tan Sri Da'i Bachtiar Ambassador of the Republic of Indonesia to Malaysia
On Tuesday, 20 January 2009 at 8pm
Pada hari Selasa, 20 Januari 2009, jam 8mlm
(The exhibition runs from 15 January 2009 to 9 February 2009)
(Pameran berlangsung dari 15 January 2009 sehingga 9 February 2009)
Labels: R A Fine Arts, Raja Ahmad Aminullah
 
Wednesday, October 22, 2008
Pameran Pop Fiction: ‘Apa-apa yag Pop dari Minda’
Dari kiri: Azmin Hussein al-Marbawi, Sita (balu Allahyarham Jeri Azhari) dan Amir Zainorin
Karya Amir Zainorin
Allahyarham Jeri Azhari atau nama sebenarnya Ahmad Azhari bin Mohd Nor yang sepanjang hidupnya memperjuangkan ‘kelainan’ dalam membicarakan perkara-perkara biasa (mundane) terutamanya politik diteruskan oleh balunya Sita dnegan mengadakan pameran “Pop Fiction: Jeri, Aperantisnya dan Seni Pop”.
Pameran Jeri akan diterajui oleh balunya yang amat faham dengan kehendak arwah suaminya. Menurut Sita, sungguhpun terdapat lebih kurang 20 bahan seni dipamerkan di pameran ini, di studionya masih terdapat lebih 200 hasil seni yang masih belum dipamerkan untuk orang awam.
Dengan penyabitan dalam genre Pop, Jeri telah pun dinobatkan sebagai ‘pop icon’ atau lagenda dalam genre Pop di Malaysia.
Selain Jeri Azhari, pameran ini dianggotai oleh dua artis lain; Amir Zainorin dan Azmin Hussein al Marbawi yang telah sering dianggap kurang mendapat perhatian serta asing di persada seni kontemporari Malaysia.
Ketiga-tiga mereka ini sering dikaitkan dengan kesenian Pop – gerakan seni yang banyak memperlihatkan penggunaan tema dan teknik yang diambil daripada lambakan komoditi visual budaya yang kadangkala dicampurkan dengan objek-objek lainbagi tujuan kontemplasi. Mereka cuba mengambil realiti dunia konsumer sebagai komentar subversif terhadap dunia tampak.
Dalam sidang media yang diadakan, kurator bagi pameran ini, Badrolhisham Mohamad Tahir memberitahu ketiga-tiga artis ini sungguh komited dalam mendidik audien seni kepada satu cara baru dalam melihat seni agar menjadi seni. Pada masa yang sama juga mereka seolah ‘menghina’ audien dengan memerangkap perhatian audien itu melalui personaliti mereka yang seolah-olah mengamalkan sikap malas dan tidak peduli berhubung kemahiran dalam pembuatan karya.
Karya Azmin Hussein al-Marbawi
Seni Pop
Sejak wujudnya ‘readymades’ oleh Dadaisme, seni boleh wujud dalam pelbagai bentuk dan bahan, boleh berada di mana-mana sahaja untuk memenuhi pelbagai tujuan; boleh didestinasikan ke mana ia mahu dipertontonkan, sama ada di galeri, muzium mahupun laman atau ruang awam malah boleh juga diletakkan di tengah-tengah longgokkan sampah.
Genre pop mungkin dirasakan cara terbaik bagi mengutarakan tindak balas terhadap isu-isu politik. Dalam hal ii, bukannya representasi politik menjadi perhatian tetapi politik representasi yang akan menjadi fokus.
Mungkin ini adalah antara persoalan yang difikirkan Jeri sewaaktu hayatnya: apakah maknanya menjadi seniman kini?... karya-karya yang dipamerka jelas cuba keluar daripada tabiat kebiasaan kita melihat karya seni. Ruang usik-mengusik itu pada hakikatnya adalah ruang demokrasi ilmu di mana interpretasi yang berbeza itu tidaklah pula arbitrari tetapi hanya mengambil tempat di dalam horizon kemungkinannya yang agak berlainan sifatnya. Mungkin kelainan ini yang disifatkan kebanyakkan kita menggolongkan mereka sebgai seniman Pop.
Kerja-kerja seni Jeri amat menarik apabila beliau berjaya membuat penemuan baru bagaimana “perkataan dan gambar dari suratkhabar itu dalam keadaan terbalik melekat terus di permukaan kanvas” apabila sejumlah akrilik dilapikkan dengan kertas suratkhabar itu dalam keadaan terbalik melekat terus di permukaan kavas. Kita juga menganggap botol-botol minuman yang tidak lagi berguna kepada peminumnya, sebagai sebuah karya seni dan pada masa yang sama orang lain melihatnya sebagai kerja sia-sia.

Pameran ini akan diadakan di Galeri Fine Arts, No 6 Jalan Aman, off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan dibuka pda umum dari 21 Oktober hingga 8 November 2008. Majlis perasmiannya akan diadakan pada 25 Oktober 2008 pada jam 7.45 malam oleh Tengku Ahmad Burhanuddin.
Labels: R A Fine Arts
 
Thursday, August 21, 2008
Seronok Kenali Syed Ahmad Jamal
Pada 21 Ogos 2008, aku mengambil kesempatan untuk hadiri sidang media sempena Pemeran Seni Solo Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal bertajuk "Pelukis dan Peristiwa."
Pameran solo ni adalah untuk meraikan perjalanan seni Syed Ahmad Jamal yang melangkaui lima dekad. Lukisan-lukisan yang dipamerkan sebagai respons terhadap peristiwa yang berlaku termasuk di peringkat global. Sebahagian dari lukisan tersebut termasuklah Duel In The Snow (1955), Mei 13 (1969), Sidang Roh (1970) dan Soal Palestin (1983).
Dalam sidang media itu, Syed Ahmad Jamal menceritakan bagaimana beliau meluahkan peristiwa yang dilaluinya melalui lukisan.
Beliau menghabiskan kira-kira setengah jam untuk menceritakan kisah hidupnya melalui lukisan yang dinamakan "80".
Syed Ahmad Jamal menerangkan zaman 1941 ketika beliau berada di Sekolah Inggeris SM II / Jepun serang Malaya
Sidang Roh
Aku berminat dengan lukisan Sidang Roh (1970) yang dihasilkan berdasarkan kepada sajak tulisan Kassim Ahmad di bawah tajuk yang sama. Sajak tersebut pernah menimbulkan kontroversi apabila Kassim Ahmad menggunakannya di dalam kempen pilihanraya yang disertai. Banyak media telah mentafsirkan sajak tersebut dengan pelbagai interpretasi.
Aku mendapat tahu bahawa Syed Ahmad Jamal enggan menjual lukisan tersebut pada apa harga sekali pun. Lantas, aku pun bertanya alasannya.
Baginya, lukisan tersebut amat menyentuh jiwanya dan begitu bermakna. Ianya dihasilkan pada waktu itu dengan penuh emosi. Apabila membaca sajak itu sahaja, aku sudah dapat merasakan 'hantu'nya. Apatah pula apabila kita menghayatinya melalui lukisan !
Terdapat juga satu siri lukisan yang bertajuk 2.9.98, 14.4.99, 16.9.99, 19.9.99, 20.9.98.
Peristiwa pada 19 September 1999 ketika rakyat menyerahkan memorandum kepada DYMM Agong untuk campurtangan kes Anwar Ibrahim
Aku cuba mentelaah lukisan-lukisan tersebut dan aku tekaan aku betul apabila aku bertanya sendiri kepada Syed Ahmad Jamal. Tajuk-tajuk tersebut ialah tarikh mulanya reformasi dan sehingga Anwar Ibrahim mula dipenjarakan.
Berikut pula petikan rencana yang dipetik daripada buku "Syed Ahmad Jamal - Pelukis dan Peristiwa" oleh Raja Ahmad Amnullah:
Syed Ahmad Jamal had by then travelled abroad to receive his education in fine arts. In the United Kingdom, he met the legendary Indonesian artist, Affandi, It should be borne in mind that Affandi was a participant in the Indomesian revolutionary struggle for independence from the Dutch colonial masters. While in London, Syed Ahmad Jamal also met with the artist Saptoehudoeyo and Kartika Affandi who by then was a young bride of Sapto, Kartika and her father Affandi had come to London after a spell at the Tagore Institute in India. I remember Syed Ahmad Jamal telling me of the various encounters and engagements with these artists.
Secara umumnya, pameran ini diilhamkan oleh rasa tanggungjawab serta kepedulian sosial seorang seniman terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di persekitarannya. Lukisan-lukisan yang dipamerkan dalam pameran ini dihasilkan di antara 1955-2008, suatu jangkamasa panjang dalam perjalanan seni satu-satunya Seniman Negara dalam bidang seni rupa.
Pameran ini dibuka pada umum dari 18 Ogos hingga 15 September 2008. Majlis peramiannyaakan diadakan pada 25 Ogos 2008 pada jam 3 petang oleh Pengerusi MAS, Tan Sri Dato Dr Mohd Munir bin Abdul Majid di RA Fine Arts, No 6, Jalan Aman, off Jalan Tun Razak, 55000 Kuala Lumpur.
Labels: R A Fine Arts, Syed Ahmad Jamal
 
Wednesday, July 09, 2008
Pameran Lukisan Pemandangan Malaysia: Mantan Penjawat Awam Meriahkan Seni Lukisan
Atas usaha RA Fine Arts di bawah pengarahnya, Raja Ahmad Aminullah, sembilan mantan penjawat awam bersatu dalam pameran lukisan yang bertemakan pemandangan Malaysia dan bermotifkan cat air.
Di kalangan mereka, ada yang pernah menjadi pendidik, pegawai polis dan pegawai tinggi perkhidmatan awam Negara. Tali yang menghubungkan mereka adalah kecintaan yang dalam pada dunia seni terutamanya lukisan. Apa sekalipun latar belakang pekerjaan mereka dalam perkhidmatan awam, yang nyaa adalah kesungguhan mereka dalam menghasilkan lukisan-lukisan itu. Malahan ada di antara mereka yang telah melukis selama lebih daripada 30 tahun.
Selain daripada pelukis Bhanu Achan, kesemua daripadanya sudahpun menempah nama dengan hasil-hasil lukisan meeka sebelum ini.
Hj Mohd Sani Md Dom, bekas Pegawai Perhubungan Awam mempersembahkan lukisn “Rumah Rakit”, “Rumah Rakit I (Kuala Lipis)” dan “Pantai Berserah” mengambil mood sungai dan laut sebagai pemandangan pilihannya di mana beliau banyak menghabiskan masa semasa lampau.
Pelukis yang sememangnya sudah terkenal dalam lukisan cat air, Hj Mansor Ghazalli, mantan guru seni menukar pemerhatiannya daripada alam sekitar kepada senibina. Jambatan Sultan Abdul Jalil di Kuala Kangsar memberi beliau cabaran yang sungguh mengujakan. Beliau menggunakan garisan lukisan seminima mungkin
Sementara itu, Dato Haji Mahsun Hj Taib banyak memfokuskan kepada lukisan abstrak dan menamakan siri lukisannya itu “Lakshmi”.
Dr Wong Seng-Tong, mantan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia pula menggunakan kepakarannya dalam menghayun kayu berus kepada lukisan- kayu tunjang, penyelak yang menyokong bagan nelayan di persisiran laut. Besama deruan angin, terasa lukisan Seng-Tong sungguh nyaman.



Dr Wong Seng Tong,A fisherman’s hut, watercolour, 56x76cm, 2008
Daripada kebanyakan lukisan perhatian orang ramai ialah kepada lukisan daripada Dato’ Mohd Yusoff Jaafar yang menggunakan imaginasinya kepada lukisan. Motif lukisannya masih memfokus kepada daun-daunan yang digubah seperti lukisan batik.
Majlis perasmiannya diadakan pada 5 Julai yang lalu oleh seniman Negara, Datuk Syed Ahmad Jamal . Di dalam ucapannya, Syed Ahmad berkata bahawa lukisan-lukisan yang dipamerkan itu adalah sebagai gambaran kepada jiwa Negara.
“Ia adalah sebuah perasaan cinta terhadap negeri,” ucapnya.
Pameran Pemandangan Malaysia berlangsung dari 12 Jun hingga 11 Julai 2008 di No.6 Jalan Aman Off Jalan Tun Razak 55000 Kuala Lumpur.
Labels: Jabatan Rekacipta dan Inovasi Universiti Sains Malaysia (USM), R A Fine Arts, Raja Ahmad Aminullah, Syed Ahmad Jamal
 
Saturday, July 05, 2008
Scene of Malaysia

R A Fine Arts
Dengan segala hormatnya mempersilakan ke perasmian
Cordially invite you to the opening of
PEMANDANGAN MALAYSIA:
Sebuah pameran dari mantan penjawat awam
SCENES OF MALAYSIA: An exhibition featuring former civil servants
Yang akan dirasmikan oleh
Which will be launched by
Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal
Pada hari Sabtu, 5 Julai 2008 jam 3 petang
On Saturday, 5 July 2008 at 3pm
Pameran berlangsung dari 12 Jun - 11 Julai 2008
The exhibition is from 12 June - 11 July 2008
The "Scenes of Malaysia" exhibition is a showcase of watercolor paintings by nine former civil servants who are actively involved in the arts. A few of the participating artists have been involved in the visual art scene since many years ago. The former civil servants cum the artists involved are Tan Sri Datuk Seri Samsudin Osman - former Chief Secretary to the Government, Dato' Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid - former Chief Secretary to the Ministry of Culture, Arts and Heritage, Hj. Md Sani Md Dom – former public relation officer, Dato' Hj. Mohd Yusoff Jaafar – former Commissioner of Police, Sarawak and Chief Police Officer, Trengganu, Hj. Mansor Ghazalli – former school art teacher, Dato' Mahsun Hj. Taib – former Perak Deputy State Secretary, Dr. Wong Seng Tong – former Associate Professor Universiti Kebangsaan Malaysia and Senior Research Fellow, the Nanyang Technological University of Singapore , Professor Dr. Zakaria Ali - former Associate Professor in the History of Art, at the School of Art, Universiti Sains Malaysia, and Bhanu Achan - former teacher.
RSVP: Gallery +603 2161 7341 / 019 3414 202 (wina khalil)
Gallery hours: 11am to 6pm (Mon-Sat)
R A Fine Arts - The Gallery, No.6 Jalan Aman Off Jalan Tun Razak 55000 Kuala Lumpur
Labels: R A Fine Arts, Syed Ahmad Jamal
 
Wednesday, November 21, 2007
Tabah Dalam Derita - Suara Generasi Dari Kem Pelarian

Malam ini aku mengambil keputusan untuk hadir dalam satu acara pembukaan pameran lukisan Palestin berjudul “Tabah Dalam Derita”. Ia dianjurkan oleh RA Fine Arts. Aku sendiri mendapat jemputan daripada kuratornya sendiri, Pak Engku (Raja Ahmad Aminullah) ketika beliau mengunjungi aku di Arts for Grabs tidak berapa lama dahulu.
Kami dihidangkan dengan makanan Palestin serta alunan muzik Arab. Selain daripada rakan-rakan artis, tetamu-tetamu yang lain yang turut hadir termasuk Datuk Syed Ahmad Jamal, Yusri Mohamed (Presiden ABIM) dan Datuk A.Samad Said.
Pengunjung-pengunjung juga dihiburkan dengan bacaan-bacaan puisi oleh artis-artis tempatan.
Sejarah penderitaan dan perjuangan rakyat Palestin dalam mengekalkan tanahair mereka bukan dinukilkan dalam bentuk seni dan dibawa ke Negara ini bagi ita sama-sama memahami dan mendapat iktibar daripada isu yang melanda tanahair Palestin.
Pameran berjudul “Tabah Dalam Derita” itu dibawa oleh R A Fine Arts di ibukota. Pameran itu memaparkan suatu himpunan karya seni lukisan serta luahan hati oleh guru lukisan, Rouhaifa Said Qassim dan kanak-kanak di kem pelarian paestin di Nahr el- Bared.
Di samping itu, pameran itu juga mempamerkan karya lukisan seniman Malaysia termasuk Syed Ahmad Jamal, Long Thien Shih, Tuan Syed Bakar, Mahsun Haji Taib, Amir Zainorin, Hamir Soib, Nur Hanim Khairuddin, Ahmad Fuad Osman, Tan Sei Hon, Haslin Ismail, Rahmat Haron, Patric Lasak, Munzir Fauzi, Mustapha Haji Ibrahim, Kamal Zakaria, Azmin Hussein, Masnoor Ramli, Maslin Md Ramly, Ramlan Abdullah, Samsudin Mohamad dan Zazi. Turut terlibat ialah artis jemputan dari Indonesia, Kartika Affandi.
Sebenarnya, dari saat Perisytiharan Balfour, pelbagai perbincangan terbuka dan sulit di kalangan kuasa-kuasa besar telah mengakibatkan bumi Palestin hilang kewujudan sebagai Negara Palestin. Pameran yang diadakan itu memperingatkan pengunjung penderitaan yang ditanggung oleh beberapa generasi yang berasal daripada mereka yang terusir dari P
Ombak pertama pelarian tersebut telah tersebar ke pelbagai Negara jiran termasuk di Mesir, Jordan, Lubnan, Syria, Arab Saudi, Iraq dan Negara-negara Teluk. Sebahagian dari mereka kemudiannya mengungsi atau menjadi pelaria di kem-kem pelarian di selatan dan pertengahan Lubnan.
Kem-kem pelarian itu pula sering menjadi sasaran bedilan dan pengeboman dariapada darat dan udara oleh bala tentera Israel dan sekutunya.
Setiap kali bedilan berlaku, puluhan malah ratusan jiwa terkorban. Dalam tahun 1982, pengeboman yang disusuli oleh serangan tentera darat Israel merentasi gunung-ganang Selatan Lubnan telah mengakibatkan beribu-ribu kematian di kalangan penghuni-penghuni kem pelarian Palestin di Sabra dan Shatila.
Rouhaifa (Said) Qassim
Rouhaifa telah melakarkan peristiwa-peristiwa yang disaksinya. Ada lukisan tersebut menggambarkan cita-cita dan harapan para penghun tersebut. Ada lukisan yang mengandungi teks serta tulisan sama ada dalam bahasa Arab atau Bahasa Inggeris. Beberapa perkataan seringkali berulang. Antaranya ialah hope, freedom, force, prison, nightmare dan perkataan yang seumpamanya. Namun, perkataan yang ternyata banyak dipaparkan dalam lukisan beliau ialah peace (damai).
Lukisan-lukisan Rouhaifa merupakan kesaksian utama dari perempuan awal 30an. Sebagai penghuni Nahr al-Bared, beliau menyaksikan secara rutin kesan-kesan bedilan, aksi keganasan serta serangan yang dilakukan ke atas tempat penginapan mereka selepas orang-orang tua mereka diusir dari kampong halaman mereka di Palestin pada tahun 1948.
Meskipun Nahr al-Bared telah musnah, namun ingatan penghuninya terhadap zaman silam dan masa kini masih kuat. Rouhaifa melukis mengenai zaman kanak-kanaknya dan mengatakan ‘we won’t forget’ sesuai dengan anjuran Mahmoud Darwish. Darwish ialah penyair terkenal Arab yang banyak menulis sajak-sajak pedas dan editor akhbar Ittihad dan pernah dipenjarakan.
Meskipun beberapa lukisan kanak-kanak Palestin yang dipamerkan menunjukkan wawjah anak-anak dengan air mata mengalir, ada juga lukisan yang menunjukkan mereka bermain dan ceria di tengah-tengah suasana perang dan tidak tenteram tersebut. Malahan ada sebuah lukisan yang memperlihatkan air mata mengalir, namun, pada masa yang sama terserlah daripada wajah-wajah mereka suati semangat untuk tidak tunduk pada penderitaan.
Begitu juga lukisan anak-anak Palestin dari Nahr al-Bared menggambarkan harapan, keyakinan, aspirasi serta cita-cita mereka di tengah kehidupan yang keras, kehilangan tanah air dan karta-benda serta usaha-usaha memadamkan budaya dan memori mereka.
Oleh Syed Ahmad Jamal berjudul "? Palestine". Lukisan berasaskan bendera Palestin dengan bentuk tumpal di bahagian tengah yang sekaligus menggambarkan darah rakyat Palestin turun melimpah ke bumi di mana digambarkan lubang-lubang bekas tembakan peluru di tembok. Di bahagian bawah kelihatan liang-liang lahad mangsa tembakan....Di bahagian atas melambangkan roh mereka yang telah menyabung nyawa untuk negara. Di kawasan kiri dan kanan tumpal kelihatan khemah-khemah semasa perang dan aman.
Melalui lukisan-lukisan itu, mereka juga menunjukkan sikap mereka yang tidak mudah mengalah dengan keadaan yang dipaksakan kepada mereka malah mereka tetap defiant kerana mereka merupakan anak-anak kecil yang tidak mengerti permainan orang-orang tua.
Dalam kenyataan pelukis Kartika, untuk lukisannya Menatap Hari Esok, beliau telah menyatakan;
“Orang tua-tua sering berkelahi,
Bagaimana situasi akan datang.”
Lukisan daripada Kartika merupakan lukisan yang dihasilkan sempena kunjungannya ke Malaysia selama seminggu sebagai tamu R A Fine Arts.
Artis-arti yang menyumbang dalam pameran itu mennjukkan bahawa dalam hal-hal yang menyangkut kemanusiaan, rasa pedih, derita dan kehilangan, mangsa-mangsa kekejaman tidak mengenal batasan-batasan warna kulit, gender, umur, sempadan, ideologi, hatta apa-apa pertimbangan sekalipun. Pertimbangan utama yang dipaparkan adalah pertimbangan kemanusiaan bukan soal-soal lain.
Pameran “Palestin: Tabah dalam Derita” itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, YB Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan berlangsung dari 17-24 November dan terbuka kepada khalayak umum.
R A Fine Arts Gallery bertempat di No 6, Jalan Aman, off Jalan Tun Razak, 55000 Kuala Lumpur.
Malam ini aku mengambil keputusan untuk hadir dalam satu acara pembukaan pameran lukisan Palestin berjudul “Tabah Dalam Derita”. Ia dianjurkan oleh RA Fine Arts. Aku sendiri mendapat jemputan daripada kuratornya sendiri, Pak Engku (Raja Ahmad Aminullah) ketika beliau mengunjungi aku di Arts for Grabs tidak berapa lama dahulu.
Labels: Katika Affandi, Mahmoud Darwish, Malaysian Social Research Institute, Nahr al-Bared, Palestine, R A Fine Arts, Raja Ahmad Aminullah, Rouhaifa Qassim, Syed Ahmad Jamal
 







