Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, February 08, 2006

Hentikan provokatif media

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (keADILan) menganggap penyiaran kartun yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dalam akhbar-akhbar di beberapa negara Eropah satu penghinaan kepada umat Islam seluruh dunia.

12 karikatur yang memaparkan imej Nabi Muhammad s.a.w, yang pertama kali disiarkan oleh akhbar Jyllands-Posten di Denmark pada September tahun lepas dan kemudian diulang siar dalam akhbar-akhbar di beberapa negara lain dianggap sebagai satu usaha provokatif beberapa pihak.

Sebelum ini juga diperhatikan bahawa terdapat beberapa usaha untuk mendiskriminasikan umat Islam dengan cara penggunaan kuasa politik seperti peperangan di Iraq dan Afghanistan.

Keengganan untuk mengiktiraf parti Hamas yang mendapat kemenangan secara demokratik juga adalah sebahagian daripada usaha-usaha tersebut.

Angkatan Muda ingin merakamkan rasa kecewa dan bantahan atas dasar cintakan keamanan dalam mengutuk perbuatan akhbar Denmark itu yang menyiarkan kartun yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. itu.

Kami mendesak agar usaha-usaha tersebut dihentikan kerana ia akan mewujudkan satu ketidakharmonian antara agama.

Akhbar Jyllands-Posten telah menyalahgunakan kebebasan media kerana kebebasan media adalah satu yang perjuangan yang berdasarkan kebenaran.

Setiap paparan mestilah mengelak daripada menyelitkan unsur-unsur ganas dan menghina kepercayaan agama.

Bagi mewujudkan keharmonian dunia, media seharusnya menghormati elemen-elemen tersebut.

Tindakan akhbar dan akhbar-akhbar lain termasuk Sarawak Tribune yang menyiarkan karikatur menghina Islam itu adalah satu perbuatan terkutuk dan perlu diambil tindakan tegas.

Sidang pengarang mestilah bertanggungjawab dalam memantau sebarang pencabulan dan sensitiviti terhadap semua agama dan kepercayaan
.

Faisal Mustaffa
Ketua Biro Antarabangsa
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com