Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, February 08, 2006

Hentikan provokatif media

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (keADILan) menganggap penyiaran kartun yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dalam akhbar-akhbar di beberapa negara Eropah satu penghinaan kepada umat Islam seluruh dunia.

12 karikatur yang memaparkan imej Nabi Muhammad s.a.w, yang pertama kali disiarkan oleh akhbar Jyllands-Posten di Denmark pada September tahun lepas dan kemudian diulang siar dalam akhbar-akhbar di beberapa negara lain dianggap sebagai satu usaha provokatif beberapa pihak.

Sebelum ini juga diperhatikan bahawa terdapat beberapa usaha untuk mendiskriminasikan umat Islam dengan cara penggunaan kuasa politik seperti peperangan di Iraq dan Afghanistan.

Keengganan untuk mengiktiraf parti Hamas yang mendapat kemenangan secara demokratik juga adalah sebahagian daripada usaha-usaha tersebut.

Angkatan Muda ingin merakamkan rasa kecewa dan bantahan atas dasar cintakan keamanan dalam mengutuk perbuatan akhbar Denmark itu yang menyiarkan kartun yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. itu.

Kami mendesak agar usaha-usaha tersebut dihentikan kerana ia akan mewujudkan satu ketidakharmonian antara agama.

Akhbar Jyllands-Posten telah menyalahgunakan kebebasan media kerana kebebasan media adalah satu yang perjuangan yang berdasarkan kebenaran.

Setiap paparan mestilah mengelak daripada menyelitkan unsur-unsur ganas dan menghina kepercayaan agama.

Bagi mewujudkan keharmonian dunia, media seharusnya menghormati elemen-elemen tersebut.

Tindakan akhbar dan akhbar-akhbar lain termasuk Sarawak Tribune yang menyiarkan karikatur menghina Islam itu adalah satu perbuatan terkutuk dan perlu diambil tindakan tegas.

Sidang pengarang mestilah bertanggungjawab dalam memantau sebarang pencabulan dan sensitiviti terhadap semua agama dan kepercayaan
.

Faisal Mustaffa
Ketua Biro Antarabangsa
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat

1 Comments:

At 5:28 pm, Anonymous Anonymous said...

Ezam berhenti ganti dengan Saifudin

Sejak Ezam Mohd Noor mengumumkan bahawa beliau akan bersara dari politik hujung tahun ini, timbullah nama Shamsul Iskandar sebagai pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang akan menggantikan tempat Ezam sebagai Ketua Pemuda. Shamsul Iskandar ini adalah diketahui umum sebagai orang Ezam. Beliau sekarang adalah Naib Ketua AMK.

Saya ingin menyatakan kebimbangan di sini sekiranya Shamsul yang lebih dikenali umum sebagai Sam ini menjadi Ketua Pemuda AMK yang baru. Ini adalah kerana sepanjang setahun dua ini, Ezam seolah-olah cuba mematikan AMK dengan ianya kelihatan lemah dan lesu dari segenap gerak kerjanya. Justeru, sekiranya Sam sebagai seorang budak Ezam ini naik, maka besar kemungkinan kelesuan AMK akan berterusan.

Saya agak hairan kenapa ianya lesu? Adakah ada percaturan dari Ezam dengan sengaja melesukannya? Atau memang benar lesu! Atau ramai aktivis AMK sejak era Anwar saga telah kembali ke pangkuan Umno? Atau apa? Saya cuma mahukan AMK kembali aktif mendepani segala onak yang amat parah di bumi Malaysia ketika ini.

Ada satu khabar angin yang saya dengar bahawa Ezam sekarang ini mendapat bisnes usahasama dengan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kala? Seterusnya perkongsian bijak ini adalah melalui MB Selangor Dr Khir Toyo. Dengan kata lain, Ezam mempunyai hubungan istimewa dengan Khir Toyo! Benarkah berita ini? Adakah perkongsian dan bisnes ini menyebabkan beliau mengambil langkah strategik mengumumkan persaraan beliau daripada politik pada umur 39 tahun?

Sekiranya benar, Ezam amat digalakkan berhenti serta merta daripaad Ketua Pemuda kerana kita tidak mahu opportunis sebegini terus kekal sehingga hujung tahun ini.

Sebagai langkah selamat agar tragedi dalam AMK tidak berulang lagi dengan menaikkan Sam (barua Ezam), adalah wajar difikirkan kembali supaya bekas pemangku Ketua Pemuda, Saifudin Nasution diundang kembali untuk memimpin AMK.

Saya tidak mewakili mana-mana fraksi dalam AMK, sebaliknya hanya mahukan AMK kembali gah di persada politik tanahair dalam menjuarai isu-isu rakyat marhaen. Ketepikanlah budaya politik Keadilan yang bersifat politik benci (benci kepada Mahathir sudah berkahir kerana beliau sudah bersara) dan menegakkan agenda rakyat.

Ikhlas,

Exco Angkatan Muda Keadilan Kelantan
ammar_jadid@yahoo.com

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com