Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Thursday, December 15, 2005
ULASAN FILEM PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM 2 / Pontianak Keliru
Bahagian kedua filem Pontianak Harum Sundal Malam 2 agak lebih matang tetapi bercelaru daripada pembikinan filem bahagian pertama di mana.Terdapat satu adegan dalam filem itu di mana Pontianak muncul di waktu siang. Adegan siang-malam kemunculan Pontianak tidak menampakkan sama-sekali kesinambungan cerita.
Ini mendatangkan sedikit kelainan kepada mana-mana filem Pontianak atau vampire yang cuba menukar persepsi masyarakat bahawa Pontianak hanya muncul pada waktu malam.
Filem bahagian kedua ini membawa penonton untuk melihat apa yang terjadi setahun kemudian di Pekan Paku Laris.
Wasiat Marsani supaya dipulangkan harta Meriam kepada warisnya tidak kesampaian apabila Maria menghilangkan diri. Pontianak terus menghantui kehidupan waris keluarga Marsani, Asmadi, Norman, Ana dan Zai.
Norman yang sangat tertekan dan masih tidak dapat menerima kematian datuknya, Marsani telah menghilangkan diri. Pontianak bersumpah untuk membalas dendam sehingga anaknya dipulangkan dan telah merampas anak Asmadi dari tangan Ana, isteri Norman.
Peristiwa pengambilan anak Asmadi oleh si Pontianak juga memberi kekeliruan kepada Pontianak kerana bayi tersebut difikirkan anaknya.
Penonton sempat diimbas kembali tentang apa yang berlaku sewaktu kematian Meriam bila mana Laila sempat melarikan anak Merian keluar dari Pekan Paku Laris.
Bagi menyelamatkan Maria dan menyembunyikan rahsia keturunan mereka, Laila membuka sebuah penempatan terpencil dan selamat di Kampung Tepian Tersorok untuk membesarkan Maria. Laila yang uzur kemudiannya menyerahkan tanggungjawab menjaga Maria kepada Bayang.
Suatu hari, Bayang dan Joyo, guru kuda kepang kampung itu telah ternampak Maria menjelma menjadi Meriam melalui semangat Pontianak. Kejadian itu menyedarkan mereka bahawa sudah sampai masanya untuk Maria menunaikan takdirnya dan menuntut semula haknya.
Bayang menghantar Maria ke Paku Laris di bawah jagaan Joyo. Dia percaya bahawa Maria lebih selamat dilindungi Joyo kerana Joyo memiliki kuasa yang digunakan oleh guru kuda kepang untuk mengawal semangat dalam tarian kuda kepang.
Tanpa diketahui Bayang, Joyo bukanlah seperti yang disangkakan. Joyo terpukau dengan rasukan Meriam, wajah jelita yang seperti pernah dilihatnya. Obsesinya terhadap Meriam semakin mendalam. Di fikirannya dia harus mengawal Maria. Selepas kematian Marsani, Joyo dan Maria menghilangkan diri dari Paku Laris.
Dalam pada itu, Asmadi cuba mencari anaknya. Menyedari bahawa Maria dibayangi Pontianak, mereka menjejaki Maria sehingga membawa mereka hampir ke Kampung Tepian Tersorok. Keazaman untuk mencari anaknya membawanya kepada satu konfrontasi dengan Pontianak, Joyo dan Bayang.
Pertembungan di antara merekalah yang membangkitkan semangat ‘kuda kepang’ lalu membawa mereka ke suatu alam lain. Bayang yang sedar Pontianak tidak boleh dihapuskan cuba sedaya-upaya untuk menyelamatkan Maria. Dalam kekecohan itu, tiba-tiba rumah Joyo terbolos apabila tanah di kawasan rumahnya merekah dan menenggelamkan Pontianak dan Joyo yang cuba menyelamatkannya.
Walaubagaimana pun, keindahan sinematografi menjadi kekuatan kepada aspek visual filem ini. Kecemerlangan tersebut diiktiraf sebagai Sinematografi Terbaik di Estepona Horror & Fantasy Film Festival Spain 2005.
Anugerah Pelakon Terbaik di festival itu juga memberi penganugerahan kepada pelakon utamanya, Maya Karin.
Persembahan lakonan Maya Karin berada pada kelasnya yang tersendiri. Cara beliau bermain dengan emosinya yang penuh dengan dendam menimbulkan elemen seram dan mampu membangkitkan perasaan hiba pada penonton. Keinginannya untuk mendapatkan kembali haknya dan dalam perjalanannya mendapatkannya Maya telah berjaya menarik penonton untuk sama-sama terheret dalam melodrama yang telah beliau cipta.
Selaian Maya, filem ini dijayakan oleh pelakon-pelakon berpengalaman seperti Rosyam Noor yang memegang wataki Asmadi, Zahim Al Bakri sebagai Tok Guru dan Rusdi Ramli sebagai Joyo.
Pontianak Harum Sundal Malam 2 telah lulus tanpa sebarang potongan dan diklasifikasikan sebagai U. Filem ini sebenarnya membawa penonton untuk terus tidak tertipu dengan adegan seram mimpi yang dibawakan dalam versi pertama. Filem ini merupakan satu penanda aras kepada filem-filem seram di masa akan datang bahawa pembikin filem boleh menghasilkan filem-filem seram yang tidak dibayangi dengan hantu versi Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Kos pembikinan filem ini ditaja oleh DiGi sekali penaja utama selain FINAS, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Jugra Publication.
Filem ini mula ditayangkan pada 24 November 2005 di pawagam-pawagam seluruh negara.
2 Comments:
- شركة تشطيبات -
معلم ديكور بالرياض
ديكورات جبس بالرياضشركة سحر اللمسات
معلم دهان بالرياض ت
I definitely love this site.
https://prokr2020.doodlekit.com/blog
http://prokr2020.emyspot.com/blog/
https://prokr2020.activeboard.com/
https://www.prokr.net/ksa/jeddah-water-leaks-detection-isolate-companies/
Post a Comment
<< Home