Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Thursday, October 21, 2004

Projek Buku Terpaksa Ditangguhkan Lagi

Projek buku saya terpaksa ditangguhkan lagi kerana tidak mencukupi bahan. Setelah dikumpulkan kesemuanya, hanya terdapat dalam lingkungan 20 sahaja. saya perlukan lebih kurang 50 artikel supaya benar-benar mempunyai kualiti sebagai satu bahan bacaan berbentuk buku.

Tetapi, dalam pengumpulan tersebut saya masih lagi memuatkan tulisan-tulisan biasa saya di tabloid-tabloid tempatan.

Yang terakhir ialah berkaitan dengan Filem Puteri Gunung Ledang. Ia mempunyai banyak isu-isu yang tidak diketahui berkaitan dengan penggambaran filem tersebut.

Selain daripada itu, produksi album Nitrus juga akan bermula sehari-dua ini. Album ini saya jangkakan akan disiapkan sebelum Hari Raya dan boleh berada di pasaran pada bulan November nanti.

Berkaitan dengan pembikinan klip video, ada beberapa penukaran lagi yang diperlukan oleh anggota Nitrus.

Mengikut perancangan, penggambaran akan bermula minggu hadapan.

 

 

Filem Puteri Gunung Ledang : Puteri Perogol?

Inilah filem yang mempunyai nilai tertinggi setakat ini dari segi kosnya (RM22 juta) tetapi amat memalukan apabila nilai estetika telah dipinggirkan demi untuk memuaskan nafsu pembikinannya.

Filem Puteri Gunung Ledang telah dipilih bagi menyertai festival filem antarabangsa. Kali ini dikira penyertaan tersebut bukan sahaja menghantar wakil yang pergi untuk bercuti tetapi memberi persaingan hebat kepada wira filem dunia. Filem ini juga telah diberitahu memenangi anugerah khas. Syabas!

Filem Puteri Gunung Ledang perlu dijelaskan bahawa ianya bukanlah sebuah filem sejarah. Hanya sedikit latar belakang yang digunakan sebagai landasan jalan cerita. Yang lainnya merupakan mitos.

Filem mengisahkan hubungan kasih sayang antara Gusti Puteri Retno Dumilah, Puteri Majapahit dari tanah Jawa yang kemudian dikenal sebagai Puteri Gunung Ledang (lakonan Tiara Jacquelina) dengan Hang Tuah (lakonan M. Nasir) laksamana Melaka yang terkenal gagah dan bijaksana.

Sekiranya saya katakan Puteri Gunung Ledang perogol, Hang Tuah pula saya tafsirkan gigolo terbesar di zaman pemerintahan Melayu Melaka. Hang Tuah mungkin dilihat di filem ini sebagai lelaki pendusta kepada kesetiaan Puteri Gunung Ledang, tetapi mengikut sejarah, Hang Tuahlah juga yang memperdaya Tun Teja (lakonan Sofia Jane) semata-mata untuk memuaskan nafsu Sultan Melaka. Sultan Mansur Syah. Kisah antara Tun Teja dan Hang Tuah tidak dinyatakan dalam Puteri Gunung Ledang.

Kuasa gigolo Hang Tuah sungguh profesional sehingga dapat menarik perhatian Gusti Puteri yang sanggup meredah lautan dan belantara untuk ke Gunung Ledang supaya dapat menemui Hang Tuah.

Kadangkala dalam mitos ini dirasakan bahawa Gusti Puteri gilakan glamor. Manakan tidak, dengan kedudukannya sebagai puteri Majapahit, beliau didapati menari bersama-sama dayang-dayangnya dalam majlis rasmi Sultan Melaka.

Penggambaran filem ini yang dilakukan di sebuah kawasan hutan simpan di Gunung Brinchang, Cameron Highlands. Tapak dan latarbelakang bagi filem tersebut ialah ciptaan semulajadi yang amat mengagumkan, hutan lumut. Yang tumbuh hanya pada ketinggian lebih 1,500m. Di sana juga terdapat spesis-spesis tumbuhan liar yang sukar diperolehi. Pemandangannya pula tidak dapat digambarkan oleh kata-kata. Sesiapa sahaja akan terpegun dengan pemandangannya.

Daripada sumber dalaman yang diperolehi, pihak produksi 'puteri' tidak memperolehi permit untuk mengadakan penggambaran di situ. Ia hanya dikatakan mendapat kebenaran lisan daripada Jabatan Perhutanan.

Menurut undang-undang di bawah berbagai seksyen Akta Perhutanan Nasional 1984 (Pindaan 1993) mana-mana individu yang didapati melanggar dan / atau menceroboh tanpa permit akan didenda sehingga RM50,000 dan dipenjara sehingga lima tahun. Mereka yang didapati bersalah menebang pokok akan hadapi penalti yang sama.

Suhu di kawasan yang dijalankan penggambaran tersebut amat sesuai untuk pertumbuhan lumut
kerana lumut tersebut bertindak sebagai taman nurseri bagi tumbuhan lain termasuk banyak spesis orkid yang cantik dan sentiasa dicari. Tapak dan latarbelakang bagi filem tersebut ialah ciptaan semulajadi yang amat mengagumkan, hutan lumut yang tumbuh hanya pada ketinggian lebih 1,500m.

Lumut-lumut seperti bulu itu telah didapati dikoyakkan daripada batang pokok. Spesis-spesis janggal seperti orkid dan kacip fatima telah diubah atau termusnah.

Sifat gigolo dari kalangan pembesar-pembesar kerajaan Melayu Melaka juga tidak banyak bezanya dengan kerajaan Malaysia (yang sebelum ini dikenali dengan nama Melaka).

Rahim Thamby Chik (pada ketika itu Ketua Menteri Melaka) telah mengadakan hubungan sulit dengan gadis bawah umur. Bagi Zainuddin Maidin (Menteri Penerangan) pula telah mengadakan hubungan sulit dengan wanita lain sementara isterinya terlantar di hospital.

Bukan itu sahaja, Naib Presiden Umno, Muhammad Mohd Taib berkahwin tiga; yang mana isteri terbarunya merupakan hasil rampasan isteri seorang doktor perubatan. Manakala bekas menteri besar Selangor, Abu Hassan Omar pula mengadakan hubungan dengan adik iparnya sehingga terpaksa meletakkan jawatan.

Mungkin dari penafsiran bebas (hasil daripada tafsiran bebas si penulis skrip), mungkin Hang Tuah berasa bertaubat dan lari dari kesetiaan menurut sejarah sehingga menggadaikan nyawa dan cintanya. Tetapi, selepas apa yang telah dilakukan, mendaki ke puncak Gunung Ledang bersama beberapa orang kaya Melaka untuk melamar puteri bagi pihak Sultan, apakah beliau masih boleh dipercayai?

Hang Tuah sendiri sebenarnya tidak dapat menandingi kekuatan Puteri Gunung Ledang yang menggunakan kuasa alam tetapi hanya menggunakan kuasa gigolonya sahaja, tercairlah hati si Gusti Puteri aka Puteri Gunung Ledang.

Selepasa penggambaran tersebut Reach (sebuah pertubuhan pemulihanraan alam sekitar yang terdiri daripada penduduk tempatan) mendapati bahawa pokok-pokok di situ telah ditebang dari 3 hingga ke 15 batang.

Krew-krew yang menjalankan penggambaran PGL di hutan Brincang dan hutan Jasar telah didapati bukan sahaja menceroboh tetapi didapati menebang pokok-pokok yang terdapat di situ.

Selain daripada perogolan tersebut, Puteri Gunung Ledang juga telah dilihatkan membuat tempat kem di tepi jalanraya yang membawa kepada kemuncak (gunung tertinggi di Malaysia yang mempunyai jalanraya sehingga ke kemuncak). Pekerja-pekerja 'puteri' yang seramai 80 orang itu (tidak termasuk pelakon-pelakon tambahan) juga telah menempatkan treler, kenderaan, khemah dan peralatan. Krew mungkin terdiri seramai 80 staf tetap, dengan lebih ramai orang tempatan sebagai tambahan atau untuk membantu di tapak.

Pekerja-pekerja 'puteri' juga telah menambah sebuah platfom berukuran 15m dengan 4m daripada buloh, bumbung dahan rhododendron, dinding bergantungan yang diperkenalkan dengan pokok lain. Jalan juga sudah dilebarkan dan palang kayu ditambah untuk mudahkan pergerakan krew dan peralatan berat.

Oleh kerana pencabulan lumut yang dilakukan oleh 'puteri', cuaca basah dan pergerakan yang banyak oleh krew filem, tanah gambut bertukar menjadi lecak berlumpur yang meletak pada kasut dan pakaian.

Akhirnya, penampilan Sofia Jane sebagai Tun Teja tidak berapa sesuai kerana gincunya yang terserlah seolah-olah berdandan untuk syarikat Revlon.

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com