Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Tuesday, November 16, 2010

SERANGAN ‘ZOMBI’ DI MALAYSIA


Atas tuntutan kerja dan penularan budaya-budaya luar, masyarakat kita sekarang sudah mula berubah gaya hidup seakan-akan zombie. Sekiranya dahulu, kita mungkin bersikap saling toleransi, tolong-menolong dan berdikari dalam membuat keputusan, tetapi sekarang seolah-olah terdapat kuasa lain (seperti zombi) yang mengawal tindak-tanduk, robotik, tamak dan individualistik.

Tak payah kita bandingkan cara hidup bandar berbanding dengan luar bandar. Masing-masing juga tidak mampu untuk berfikir secara waras. Tingkahlaku mempunyai perkaitan rapat dengan personaliti dan seringkali juga personaliti digunakan dalam meramalkan tingkahlaku seorang individu. Tingkahlaku di sini dilibat secara keseluruhan yang berubah secara ketara dalam hidup bermasyarakat kita sekarang.

Mengikut teori psikoanalisis Sigmund Freud, minda manusia adalah seperti ketul ais yang terapung. Bahagian yang dapat dilihat mewakili pengalaman sedar, manakala bahagian terlindung mewakili bahagian tidak sedar dan nafsu memainkan peranan memotivasikan individu untuk sesuatu kelakuan. Freud merujuk kepada ciri dinamik personalitu yang mengandungi tiga komponen iaitu id, ego dan superego yang saling mempengaruhi antara satu sama lain bagi mengawal kelakuan manusia.

Akibat daripada kerakusan mengejar kebendaan, manusia yang kebanyakannya berada dalam komponen ego, yakni personaliti yang disedari yang berorientasikan kepada kenyataan, bergerak terkebelakang ke arah komponen id yang mana id mengandaikan personaliti seseorang pada asasnya dibina untuk mencari keseronokan atau hedonistik yang maksima dan meminimakan keseronokan. Id, seperti sifat-sifat yang dimiliki oleh zombie, merupakan satu pusat perasaan yang tidak disedari kerana ia merupakan satu naluri primitive yang sentiasa mencari keinginan kepuasan dengan cara yang tidak mementingkan disiplin, logic, nilai, moral atau etika. Keadaan ini menimbulkan satu ketegangan dalam diri seseorang itu. Seperti zombi, sikap ganas memakan manusia sendiri, dan sekali lagi – tidak berfikir dengan otak yang dianugerahkan Tuhan.

Jangan mimpi, dalam situasi sekarang masyarakat kita akan mencapai tahap superego (suara hati) di mana terdapat satu dimensi yang menekankan terhadap etik dan moral terhadap pencapaian atau kehendak. Eistein pun hanya dapat menggunakan 5% daripada otaknya untuk berfungsi, apatah lagi masyarakat ‘zombi’ kita ini.

Apa yang kita lakukan apabila menunggu seseorang di dalam kereta tiba-tiba menyaksikan seorang rempit merampas beg tangan seorang wanita yang sedang menunggu bas? Semua (bukan kebanyakan) dari kita akan hanya tengok. Mangsa akan terus ke balai buat laporan polis sambil menangis. Orang berseelahan akan sekurang-kurangnya menepuk bahu supaya bersabar. Yang lainnya, terus beredar.

Sekiranya arwah Sosilawati bukan jutawan selebriti, adakah kematiannya mendapat liputan besar-besaran setiap hari sehingga menyelam mencari abu?

Berubah kepada kuasa, ketua zombie akan menggunakan kuasa paksaan ((Hersey, Blanchard). Kuasa jenis ini berasskan ketakutan di mana pengikut-pengikut akan menurut sesuatu arahan kerana takut ketuanya akan menyekat kenaikan pangkat atau kemungkinan akan disingkirkan daripada jawatannya. Kuasa sebegini yang sering digunakan oleh ahli-ahli politik dalam mendapat pengaruh dan masyarakat akan patuh kepada segala polisinya – sama ada mendatangkan kebaikan atau kemudaratan.

Apa yang ada di benak, hanyalah keselamatan diri sendiri. “Biar mereka makan rasuah, jangan ganggu periuk nasi kita”. Itulah mentaliti orang kita. Orang kaya akan mengumpulkan kekayaan, memakan riba, menindas orang miskin asalkan dapat mengumpul harta. Orang Islam pula mahu ke Mekah berulang kali, kononnya dapat masuk syurga selepas dosa-dosa yang mereka kumpulkan.

Mungkin juga kita salahkan infrastruktur menjadikan kita ini seperti zombie. Rumah-rumah flat (sebut PPRT) yang dibina pihak pembangun seakan-akan keranda. Kita tidak mengenali ‘keranda’ di sebelah. Sebarang kecurian, terus ke balai polis yang tidak tentu sama ada pihak polis akan datang untuk mengambil bukti, hanya kenyataan dalam laporan polis memadai kerana banyak kes lain yang perlu ditangani. Sikap kolektif dalam masyarakat tidak mendatangkan keyakinan kepada golongan ini.

Tetapi, adakah kita lihat rumah-rumah kontraktor yang bina ‘keranda-keranda’ ini? Rumah tersergam dan feng-shui beribu ringgit. Mengapa arkitek ini membina rumahnya sendiri seperti keranda-keranda tersebut?




Hasil daripada perkembangan tersebut, Actors Studio akan mementaskan Pementasan SERANGAN ZOMBI PERTAMA DI MALAYSIA yang berkisar tentang kenangan, kesunyian dan kekosongan.

Hasil daripada pemerhatian dan perkembangan tersebut, ianya telah mendatangkan kepdaa inspirasi kepada tiga pengarah muda bagi menghasilkan sebuah karya yang menjadikan zombi sebagai subjek.

Mereka melihat terdapat beberapa insiden yang mana rakyat Malaysia (dan juga berlaku di Negara-negara lain seluruh dunia) sering menemui ajal secara pelik – mati akibat terlebih makan, dihempap slab konkrit, akibat terlalu banyak wang atau kanser otak disebabkan radiasi telefon bimbit – secara generalnya disebabkan gaya hidup mereka. Apa apa pun, mungkin ia tak terlalu berbeza.

Mengenai pementasan ini, serangan zombie peringkat kebangsaan di Negara ini tidaklah dilihat sama seperti penghasilan otomobil pertama namun ianya tetap signifikan terhadap perjalanan sejarah negara Malaysia. Kes pertama yang diketahui dilaporkan di Port Dickson, di sebuah Restoran Tom Yam berhampiran kem angkatan tentera Malaysia. Shima Mat Jidin (mangsa) sedang menyanyikan lagu “Ku Cari Seiras Wajah” daripada Kumpulan SKOIN pada malam karaoke terbuka sebelum beliau mula batuk dengan dahsyat dan asap berkepul-kepul keluar dari rambutnya yang diwarnakan dengan warna perang-perang emas. Beliau kemudian bangun semula dan mula menggigit pengunjung pengunjung restoran itu yang kemudiannya turut dijangkiti. Populasi Port Dickson lenyap dalam masa enam jam.

Pementasan ini berlangsung di Pentas 2, klpac, Sentul Park, Jalan Strachan off Jalan Ipoh, 51100 Kuala Lumpur pada 25-28 November. Pementasan ini diarahkan bersama oleh Megat Sharizal, Yusman Mokhtar dan Ayam Fared. Ia adalah sebahagian daripada siri pementasan Teater Rakyat anjural KLPAC yang memberi peluang kepada seniman muda tempatan untuk mengenengahkan karya mereka.

Edisi sunat di sini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com