Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, November 26, 2006

Polis, MPAJ Hanya Ikut Arahan



Pada kali ini, aku cuba interpretasikan pemerhatian yang aku alami pagi semalam sewaktu pegawai-pegawai MPAJ dan polis merobohkan surau.

Apabila orang kampung memberitahu supaya hormat tempat ibadat, antara jawapannya ialah mereka hanya menjalankan tugas.

Aku terfikir adakah mereka ini terlintas arahan yang diterima itu beretika atau pun tidak.

Adakah mereka ini keturunan Hang Tuah? ie aku tidak kata Hang Jebat itu betul.

Kalau beginilah jawapannya, kalau Ketuanya suruh terjun menara Petronas yang dibangga-banggakan oleh mereka ini, jangan tanya kenapa saya perlu terjun.

Tanyalah,"Tuan, dari tingkat berapa saya perlu terjun?"




Itukah piawainya tahap pemikiran pegawai-pegawai ini. Ada juga yang saya perhatikan pegawai-pegawai ini memakai tudung (untuk tutup aurat).

Selepas 10 hari MPAJ meranapkan rumah 51 orang penduduk Kg. Berembang, Ampang pagi ini (30 November) MPAJ yang didalangi oleh pihak polis dan Light Strike Force merobohkan surau Kg. Berembang. Khemah yang didirikan oleh penduduk turut menjadi
sasaran kerakusan MPAJ.

Aku sudah buat rancangan untuk melihat sendiri perobohan yang dilakukan oleh pihak-ihak tersebut.

Aku tiba lebih kurang jam 11 pagi kerana perlu selesaikan tugas lain. Orang kampung baru sahaja selesai tunaikan solat hajat dan berzikir.

Atas arahan daripada beberapa pegawai, mereka mula memotong pagar. Orang kampung dan beberapa aktivis mula bertindak cuba menghalang pihak yang tidak berapa berkuasa (kerana Allah lebih berkuasa) merobohkan tempat ibadat yang didirikan sendiri oleh penduduk kampung tersebut.

Pada mulanya pihak polis diketuai oleh Tuan Fauzi, Timbalan OCPD Daerah Ampang bersama-sama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) cuba memujuk penduduk supaya membenarkan MPAJ merobohkan surau tersebut.

Konrad Arutchelvan dari PSM yang turut berada bersama penduduk mempertikaikan
tindakan ini dan mengatakan tiada notis yang diberikan untuk perobohan
surau. Sebelum ini notis hanya diberikan untuk perobohan rumah-rumah sahaja.

Jadi apa-apa tindakan perobohan adalah haram.

Dalam surau khabarnya, terdapat ramai kanak-kanak dan wanita yang cuba
mempertahankan surau tersebut. Dari luar kelihatan anggota MPAJ bertindak
ganas dan memukul wanita dan kanak-kanak ini.

Seorang wanita memberitahu, dia nampak MPAJ mengambil sebuah meja dan membaling terhadap wanita dan kanak-kanak. Ramai juga yang ditendang dan dipijak.

Dengan kekerasan ini, MPAJ merobohkan surau tersebut yang merupakan
satu-satu tempat orang berteduh selepas rumah mereka dirobohkan. Tidak cukup
dengan itu, MPAJ terus merobohkan khemah yang didirikan oleh penduduk.
Kereta penduduk yang menghalang operasi rakus ini, diangkut dengan trak
angkut.

Pada waktu yang sama, sedih melihat keadaan beberapa remaja yang digari kerana cuba menghalang polis merobohkan surau Kampungnya.

Aku tak mampu berbuat apa-apa.

Kechik ditahan

Aku mula naik bengang dan marah yang membuak-buak apabila temanku, Kechik dipukul. Aku mula merapatkan diri dengan polis dan mengugut untuk menahan aku pula sekiranya cuba untuk menghalang tugas polis.


Aku nampak mereka terajang dan memukul Kechik. Mereka cuba menggarinya tapi aku tenangkan pihak polis supaya tidak menggari temanku itu.

Tapi, tiba-tiba ada rakan yang menelefon tanya samada aku sudah dibebaskan oleh polis.

Tiba-tiba aje aku jadi hero..... Aku perbetulkan mereka dan mengarakan Kechik lah hero hebat. Gua tabik sama lu beb!

 

 

Thursday, November 23, 2006

Join the White Ribbon Campaign



Venue: 1 Utama Shopping Centre, ground floor Highstreet entrance, new wing
Date: Saturday, 25th November 2006, 11am – 5pm


As a leading non-government organisation that advocates for gender equality, non-discrimination and the eradication of violence against women, AWAM (Greetings from the All Women’s Action Society) would like to invite you to be our guests we launch our fourth annual White Ribbon Campaign.

As one of our main public campaigns of the year, the White Ribbon Campaign (WRC) aims to raise awareness about violence against women among men, and is jointly-organised by Man’s Action Network Against Violence (Man.V) which conducts public education programmes that encourage young men to be proactive towards eliminating violence against
women.

Our WRC is part of a worldwide initiative that is celebrated in over 50 countries annually since originating in Canada in 1989 to commemorate the massacre of 14 women in Montreal. It is traditionally launched on the United Nations designated International Day for the Elimination of Violence Against Women which falls on 25th November. The objectives of the WRC are to encourage men to speak out; and to not condone, encourage or commit any forms of violence against women.

This year, we are pleased to have the generous and kind support of the United Nations. This year’s WRC festivities begin at 11am with the launch to be officiated by respected jurist Dato’ Param Cumaraswamy and UN Resident Co-ordinator Richard Leete, followed by entertainment, and the participation of celebrities, representatives of various UN agencies, and members of the public.

The Media Forum forms the second part of the campaign beginning at 3pm. The forum’s objective is to examine the portrayal of violence against women in the media and to stimulate discussion about the role of the media as powerful tools for advocacy and change.

Speakers from members of the media across all platforms of print and broadcast will discuss the nature of reporting about violence against women, its challenges, the outcomes and public response. We hope that you or your representatives will also be able to attend this forum.

Please contact Manohary Subramaniam, Programme Officer, at 03-7877 4221 or email mano@awam.org.myThis email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it to RSVP by 20th November 2006.

IF YOU ARE A MALE FRIEND:

Please come to support, take the White Ribbon Pledge to end violence against women, maybe even contribute a performance. We will have full stage and band set-up to accommodate any kind act (but email me back on this please so we can slot you in).

Join in to honour your mother, sisters, wife or partner, daughter, all children and, and all women.

Make the white ribbon campaign a personal mission. As you can see, I have.


IF YOU ARE A FEMALE FRIEND:

Please drag along as many of your guy friends to 1 Utama on Saturday ... and "pujuk" them to take up the Campaign on a personal basis.


IF YOU ARE A GUY PUBLIC FIGURE:

... a celebrity, a role-model, a mentor, a leader or simply a guy that feels strongly about violence and discrimination -- you don't know how important your presence can be to the White Ribbon Campaign.


IF YOU ARE ANY FRIEND OF MINE:

Please forward this message to them.

(Guys, wear a dark top so the White Ribbon stands out).



"I believe that gender-based violence is perhaps the one form of violence that all men are in closest proximity to in our everyday lives. When we do address men's violence against women, we are taking effective, critical and significant steps to reducing violence in the world. The White Ribbon Campaign is about men working to end men's violence against women. Join me."



The WHITE RIBBON CAMPAIGN in Malaysia is organised by MAN.V (Men's Action Network to STOP Violence) and AWAM (All Women's Action Society Malaysia). It is supported by UNFPA.

 

 

Friday, November 17, 2006

The Triumph of Democracy....satu rakaman perjuangan rakyat yang HEBAT




Pada 26 Oktober yang lepas, misi saya di Korea bermula. Persiapan untuk hari ini diadakan dalam masa sebulan dan pada masa yang sama, beberapa tugasan lain perlu disiapkan. Semuanya berjalan pada masa serentak.

Pada malam sebelumnya, tidak ada program diaturkan oleh pihak penganjur. Aku kira mungkin mereka masih sibuk untuk membuat persiapan terakhir. Aku keluar berlegar-legar di kawasan terdekat di sekitar hotel bagi mendapatkan akses kepada internet. Ada beberapa arahan yang tidak sempat aku jalankan dan memerlukan akses kepada internet. Lagipun, cara kerja aku yang tidak senang untuk bersendirian tanpa melakukan sebarang kerja menyebabkan aku mencari jalan bagaimana untuk menyiapkan kerja-kerja yang masih terbengkalai terutama komitmen aku kepada konsultansi pelajar-pelajar UNISEL.

Sebelum waktu terlalu lewat dan tidak biasa dengan budaya di Korea, aku pulang dan membuat persiapan terakhir dengan maklumat-maklumat lain yang perlu aku bawa pada pembentangan esoknya. Aku juga ada bawa bahan-bahan bacaan lain yang aku tidak sempat sentuh sewaktu aku di Malaysia.

Pelancaran Buku May, The Triumph of Democracy


Pagi-pagi lagi kami dibawa ke sebuah bangunan yang khusus dibina oleh kerajaan tempatan untuk Yayasan 5.18 (sebuah yayasan yang menjuarakan demokrasi di Asia).

Kami dibawa di sebuah galeri yang menempatkan gambar-gambar dan sculpture yang menempatkan peristiwa yang berlaku pada 18 Mei 1980 di mana rakyat bangkit sebagai militia menentang kudeta tentera dan mengecam pengumuman darurat yang tidak bersifat demokratik.

Mahasiswa, tenaga pensyarah universiti, ahli-ahli korprat dan suri rumahtanggan berganding bahu menentang kezaliman kudeta pada waktu itu.

Keamanan telah berjaya dikawal tetapi rundingan dengan kerajaan gagal. Pada 27 Mei 1980, kerajaan diktator tentera pimpinan Jeneral Chun telah menghantar Unit Khas dari 5 bahagian tentera untuk merempuh masuk ke bandar Gwangju dan pembunuhan beramai-ramai telah dilakukan.

Namun, sehingga sekarang, tidak siapa yang tahu tindakan ganas yang memulakan tembakan bermula atas arahan siapa.

Kami diberi pengiktirafan untuk menjadi pihak yang terawal memiliki buku dokumen yang merakam sejarah tersebut.

Peristiwa itu dirakamkan dalam satu buku yang penuh dengan gambar-gambar sejarah peristiwa tersebut. Ia dirasmikan oleh Pengerusi Yayasan 5.18, Rhee Hong Gil.

Perasmian Forum Asia ke arah Demokrasi

Upacara perasmian dijalankan pada waktu tengahari di mana acara pembukaan dimulakan oleh wakil negeri dan disusuli oleh pembentangan kertas kerja; Etheric Exchanges and Heterotopic Technologies oleh Raul Pertierra dari Universiti Filipina. Ianya diadakan di Pusat Konvensyen Kimdaejung di tengah-tengah Bandar Gwangju.


Dalam perjalanan menuju ke dewan konvensyen, rakan aku Elizabeth Wong menayangkan gambar-gambar aktiviti reformasi. Selain daripada Elizabeth; Fendy Ponomban rakan dari Indonesia juga membawa tayangan gambar yang menunjukkan perbicaraan terbuka pembunuhan terancang aktivis Moner di negara itu.

 

 

Wednesday, November 15, 2006

Bengkel Membangunkan Blog

Blog menjadi satu alat yang penting dalam komunikasi politik pada waktu ini. Memandangkan kepentingan tersebut, Blog Bugs dengan kerjasama Yayasan Frederich Naumann akan mengadakan satu bengkel yang khusus untuk mereka yang berminat untuk membina dan membangunkan blog.

Bengkel tersebut akan dijalankan oleh blogger yang tidak asing lagi, Jeff Ooi dan Jeremiah Foo serta blogger yang cukup kontroversi dalam penulisannya, Nizam Zakaria.

Objektif bengkel tersebut ialah:

1. Para peserta faham mengenai cara-cara terbaik semasa memblog terutama dalam konteks politik Malaysia.
2. Peserta menghargai kuasa potensi blog sebagai salah satu alat komunikasi.
3. Peserta faham mengenai kepentingan mesej jelas yang diketengahkan dalam penerbitan maya.
4. Peserta jelas dengan editorial asas dan garispanduan penulisan yang berkaitan dengan komunikasi maya dan mengaplikasikannya.
5. Peserta mampu untuk mengekalkan blog masing-masing.


Kepada mereka-mereka yang berminat, bengkel tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 19 November 2006 (Ahad)
Masa 9am-4pm
Tempat: Pejabat Malaysiakini, Bangsar Utama, Kuala Lumpur.
Yuran: RM20


Syarat-syarat unuk menyertai bengkel tersebut ialah agar setiap peserta membawa laptop yang mempunyai wireless sendiri.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Blog Bugs di talian 019-2232002 atau e-mel ke acai@pc.jaring.my

 

 

Tuesday, November 14, 2006

Faisal & Nitrus re-union




Pada 11hb November, banyak jemputan Rumah Terbuka yang saya terima. Budaya baru di kalangan Melayu di bandar. Kalau hendak diikutkan, saya tidak mahu hadir satu pun majlis-majlis tersebut. Tetapi ada beberapa jemputan yang saya tidak dapat elak. Bukan tujuan untuk membodek tetapi hormat kepada pihak yang menjemput.

Lalu, saya hadir di beberapa majlis yang berdekatan dengan Petaling Jaya. Tempat yang saya sempat hadir ialah majlis Rumah Terbuka PJ Utara di Kampung Medan.

Sebelum pulang, saya menerima pesanan ringkas (SMS) menjemput untuk hadir ke satu upacara seni di Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) dalam Majlis yang dipanggil ”Sawai Tri-V” di Petaling Jaya.

Saya hadir. Rahmat Haron juga ada. Acara itu berakhir dengan persembahan daripada kumpulan kugiran independen – dah lama saya tak layan kumpulan-kumpulan ini.

Nitrus dan Fidi beri semangat

Agak terkejut apabila saya ditegur oleh ahli-ahli kumpulan Nitrus bersama pemain bass 7Collar T-Shirt, Fidi yang dikehendaki membuat persembahan terakhir pada malam itu. Fidi menggantikan Bob yang berada di luar negara kerana membuat persembahan bersama kumpulan budayanya.

Nitrus diwakili oleh Boy, Syed, Is dan Bob. Kali ini, Nitrus membuat persembahan tanpa vokalis mereka, Lancho yang menarik diri selepas dipindahkan ke Johor Bahru. Mereka pernah memenangi anugerah Kumpulan Baru Terbaik dalam Album Inggeris pada satu waktu dahulu.

Saya pernah mengurus Nitrus dan kami hampir memulakan penggambaran klip dan menerbitkan album apabila beberapa perkara yang menyebabkan saya menarik diri.

Nitrus menyanyikan kesemua lagu ciptaan mereka sendiri. Mereka memulakan dengan menyanyikan lagu Fire. Kamu, single pertamanya mendapat tempat dalam carta X-Fresh buat beberapa minggu dan mengakhiri dengan menyanyikan lagu tema Goodbye Boys.

Kami berjanji untuk mengadakan lebih banyak kerjasama di masa hadapan.

Beberapa pesanan daripada orang yang datang pada malam itu supaya saya ’jaga’ Nitrus.

Fidi atau saya lebih mesra dengan memanggilnya Didi dikahbarkan keluar dari 7Collar T-Shirt kerana komitmen yang tidak dapat beliau berikan.

Didi masih berada tangga pertama dalam senarai bass terbaik di Malaysia dan beliau pernah berduet dengan saya dalam majlis baca puisi ’Apuke’ sewaktu saya membacakan sajak Rendra.

Lagu yang diciptakan khas oleh Didi itu menjadi salah satu lagu tema beliau dan pernah memainkan secara solo dalam satu persembahan di pub No Black Tie.

 

 

Monday, November 13, 2006

CINTA –”Its Sweet but Touching"




Pada 10hb November, sekali lagi tayangan preview diadakan. Kali ini, golongan bloggers dan pelajar-pelajar kolej dan universiti dijemput untuk memberi komen dan diberi pengiktirafan untuk menjadi antara golongan yang terawal menyaksikan CINTA.

Antara universiti-universiti yang dijemput ialah UNISEL, UiTM, UIA dan UPM. Clan dari Afdlin Shauki juga hadir menyaksikan filem ini.

Selepas tayangan, kita adakan perbincangan ringkas mengenai filem tersebut. Panel yang hadir terdiri daripada Pierre Andre (berlakon sebagai Taufik), Dhojee (Produser Eksekutif) dan salah seorang penulis skripnya yang masih lagi tidak mahu mengenengahkan diri beliau. Forum tersebut dipengerusikan oleh Ally Iskandar.

Isu-isu yang dibangkitkan ialah mengenai latarbelakang Pengarah (Kabir Bhatia) yang banyak menggunakan latarbelakang pengalamannya dalam penghasilan filem-filem iklan – kata mereka macam iklan Nescafe.

Satu Perpisahan yang Indah

Saya tertarik dengan komen salah seorang yang hadir di mana babak kematian Dian (lakonan Nanu Baharudin) yng mengorbankan nyawanya demi ’cinta’ kepada adiknya, Dani (lakonan Que Haidar) menjadi satu babak yang indah untuk ditonton. Kematian melalui pengorbanan menjadi sebak tetapi tidak menyedihkan. Syabas!

Penggambaran tersebut diambil di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Sebuah filem Melayu Urban

Kita perlu menerima realiti bahawa golongan Melayu Urban tidak menonton filem Melayu. Seperti yang saya nyatakan dalam penulisan awal saya bahawa persepsi mereka ialah – ”tunggu Raya tahun depan, mesti keluar TV.”

Tetapi, inilah yang mesti diperjuangkan. Satu filem anda – setiap dari kita mengalaminya, percayalah.

Runut Bunyi CINTA

Ada lagu yang diciptakan khas untuk filem ini dan ada juga lagu yang dibeli hakciptanya. Lagu baru dicipta oleh Pacai – ”Sewaktu Dahulu” dinyanyikan oleh Andy (Flop Poppy) dan ”Perpisahan” dinyanyikan oleh Anuar Zain.

Agak terkilan juga apabila Anuar tidak muncul dalam vieo klip ”Perpisahan”. Ada berita mengatakan bahawa Anuat meletakkan harga yang begitu tinggi untuk produksi tersebut.

Lagu-lagu lain yang terdapat dalam filem tersebut ialah ”Ikhlas Tapi Jauh” yang diberikan nafas baru oleh VE, ”Selamanya” nyanyian Anggun dan juga lagu-lagu dari album Ferhad.

Apa Kata UNISEL?

Pelajar-pelajar UNISEL menyukainya – tetapi masih tidak dapat diekspresikan.

”It’s So Sweet”, ”It’s So Touching” – I hope it’s real.

 

 

Friday, November 10, 2006

CINTA – 10 Bintang, 5 Kisah Cinta, 1 Cerita



Pada 9 November lepas, saya dijemput oleh Alternate Studio dalam tayangan eksklusif filem CINTA untuk para wartawan dan blogger di panggung GSC One Utama. Ramai juga teman-teman wartawan yang hadir. Antaranya ialah Rudi (Harian Metro), Shin, Mukhlis, Jimadie, Lutfi (pemenang Anugerah Sastera Utusan 3 tahun berturut-turut) dan lain-lain.

CINTA bukanlah satu cerita tangkap leleh seperti filem-filem Melayu yang lain dan lebih bertemakan masalah sosial dan salah satu daripada kisah yang dipaparkan itu sebenarnya kita pernah alami- cuma sedar atau pun tidak.

Dua tulang belakang dalam filem ini ialah Pengarahnya; Kabir Bhatia dan penulis skrip; Mira Mustaffa.

Kabir Bhatia

KABIR adalah graduan Universiti Bombay dalam jurusan perakauanan pada 1992. Dengan 13 tahun pengalaman dalam industri produksi, Kabir adalah seorang pengarah dan produser berpengalaman. Dia memulai kariernya sebagai produser dengan UTV India sebelum menerbit dan mengarah pelbagai program TV dan video syarikat bagi India, Malaysia dan Singapura.

Di Singapura, Kabir mengarah dan/ atau bertindak sebagai Produser Eksekutif bagi:
? “Life”, (Channel 1) sejam filem drama pendek sebanyak 20 siri
? “Spin”, drama remaja popular Singapura
? “Reghai”, drama polis 7 episod – pemenang Anugerah Drama Terbaik
di Vasantham’s Pesta Perdana
? “Incredible Tales”, (TCS5) – 5 episod siri drama documentari popular
di TCS5
? Full Circle & Life Line (TCS5)
? Pournami (Vasantham)

Kabir kini terbabit dalam produksi filem Bollywood, Don yang dibintangi Shahrukh Khan, sebuah produksi yang dikendalikan oleh Channel Ventures selain drama mengenai dunia kewartawanan bagi sebuah akhbar Malaysia, The Star

Di Malaysia, Kabir mengarah dan bertindak sebagai produser eksekutif, antaranya bagi:

• Astana Idaman 1 & 2 (siri televisyen)
• Bila Larut Malam (talk show)
? Primadona (telemovie) – Pemenang anugerah Produser Terbaik,
Sinematografi Terbaik, Solekan Terbaik di Anugerah PPPFM 2000;
Filem Terbaik dan Produser Terbaik, Pesta Perdana Suria 2001
? Talk About Love, sebuah sitkom (dicalon bagi Komedi Terbaik di
Asian Television Awards)
? Jodoh dan Mastura (NTV7),
? Ah-ha! (sebagai Pengarah Teknikal), TV3
? Idaman (siri di ASTRO)
? Panggung – membentuk siri ini yang memulai slot cerita seram di ASTRO-RIA.


Mira Mustaffa

Mira mengambil jurusan Penulisan Kreatif di Washington University. Dia mempunyai 10 tahun pengalaman dalam bidang penulisan bagi industri televisyen, percetakan juga pengiklanan.

Dia memulakan kariernya sebagai penulis bagi satu persembahan pentas, Hero dan A Silent Scream yang dipersembahkan oleh DramaLab oleh Zahim Albakri. Dia kemudian menjadi penulis iklan sebelum menyertai Berita Publishing, dan akhirnya membabitkan diri dalam penulisan skrip.

Sejak 11 tahun ini, dia memegang jawatan sebagai editor skrip, ketua penulis dan produser. Dia bertanggungjawab membentuk konsep dan menggerakkan beberapa program televisyen terkenal Malaysia – termasuk drama bersiri Idaman 1 dan 2 di Astro Ria, serta Jodoh dan Mastura di NTV7. Mira terus menghasilkan telemovie popular seperti Kampus Rock (Astro Ria) dan Boleh-Boleh Bola (RTM), di mana dia juga bertindak sebagai penerbit eksekutif bersama. Mira juga adalah pencipta bersama sitkom Talk About Love (dicalon Komedi Terbaik, Anugerah Televisyen Asia) dan menulis untuk beberapa program seperti Cherry, Buddies dan Doktor Desa. Di Singapura, Mira menulis skrip bagi PPPFM 2000 dan penerima Primadona, Pesta Perdana, juga Life (Channel 1), dan Incredible Tales (TCS 5).


Ramai yang sudah bertanya ketika saya masih belum habis makan pop-corn (dalam pawagam) dan roti jala (selepas tayangan) apakah sudut yang saya ambil dalam membicangkan dalam blog nanti.

Dari perspektif seorang Melayu urban, inilah filem yang memaparkan kehidupan cinta kita. Setiap dari kita berpengalaman daripada ‘kisah tentang kasih ini’.

Bertemakan cinta, filem ini menceritakan lima pasangan dengan kisah masing-masing di kota yang indah - ada yang sedang mencari cinta, ada yang bertemu cinta ada yang kehilangan cinta.

Menerusi filem ini , cinta dapat juga dilihat dari pelbagai sudut – cinta suami isteri dan anak, kasih sayang di antara adik-beradik dan juga cinta di antara warga emas.

Dan ketahui samada benar atau tidak; setiap kisah ini salah satu pihak akan menjadi hamba seks. Naluri seks mereka membuak atas nama cinta. Saya akan terangkan dengan lebih terperinci dalam penulisan saya dari semasa ke semasa sehingga hari penayangannya yang sebenar bermula 30 November akan datang.

Persoalan sekarang, dari segi tarikan penggemar-penggemar filem tempatan, apakah daya tarikan filem ini?

Adakah?
• 10 bintang hangat yang membintangi filem ini – MUNGKIN
• 5 kisah cinta – SO WHAT? LOVE STORY? YUKKKS!
• Naungan Grand Brilliance – BUKANKAH GRAND BRILLIANCE YANG HASILKAN
FILEM-FILEM HANCUS SEBELUM INI?
• Pengarah Bollywood – MUNGKIN, SEBAB MELAYU SUKA TENGOK FILEM HINDUSTAN

Seperti yang diketahui umum, Melayu urban tidak menonton filem Melayu,”tunggu Raya tahun depan - mesti keluar TV.”

Ini semua menjadi taruhan Syarikat Produksinya, ALTERNATE STUDIO.

Bagi pendapat saya, pasaran filem seperti ini sudah lama tidak berada dalam pasaran. Saya sungguh mengagumi filem Abang, Ada Apa Dengan Cinta? (antara filem yang saya kagum dan dapat difikirkan).

Filem ini mampu untuk mencapai satu tahap yang sebaris dengan filem-filem tersebut.

Ekspressi setiap bintang amat berkesan. Tahniah.

 

 

Sunday, November 05, 2006

Selamat Tinggal Reformis Tulen – Umar Tan Abdullah 1953-2006



Pada minggu ini, satu lagi peristiwaa sedih berlaku kea as diriku apabila salah seorang sahabat baik pulang menemui Ilahi.

Allahyarham Umar Tan Abdullah telah selamat dikebimukan pada sekitar 11 malam di
Tanah Perkuburan Islam Teras Jernang di Bangi pada 4 November 2006.

Umar Tan atau nama asalnya Tan Soi Kow menghembuskan nafasnya terakhir pada jam 4:50 pagi di Hospital Putrajaya kerana mengalami masalah jantung. Sesungguhnya, beliau adalah seorang yang penuh dengan rahsia.

Kali terakhir saya menemuinya ialah ketika sebelum Ramadhan di pejabat saya ketika saya sibuk menyiapkan notis MATB Kelana Jaya dan Abang Tan lah yang menawarkan dirinya untuk menyiapkan kerja saya – tanpa sebarang bayaran.


Dia adalah sahabat yang sering menemani saya menjalani rawatan akupunktu bersama Dr Nasir Hashim. Saya pernah juga bertanya apakah keputusan pemeriksaan kesihatannya, tetapi Tan (atau saya sering memanggil dengan panggilan Abang Tan – nama yang dibahasakan dirinya) sering mengalih topik perbincangan.

Ketika berada di Suara Keadilan, Abang Tan lah yang tidak pernah berkira dalam pekerjaannya. Dia salah seorang yang sering menemani saya minum petang selepas penat bekerja dan kami saling menemani sesama sendiri ketika berbuka puasa seblum memulakan kerja semula.

Dalam setiap siri demonstrasi yang kami jalankan, Umar Tan tidak pernah mengeluh, sungguhpun dalam satu-satu perhimpunan hanya beberapa kerat sahaja yang datang.

Dalam satu perhimpunan membantah kenaikan tol di hadapan Dewan Perhimpunan Cina Selangor, tidak lebih daripada 10 orang yang berkumpul tetapi Abang Tan lah yang memanjat jejantas untuk menggantung kain rentang selepas kami bersurai.

Abang Tan juga lah yang sering mengikuti saya dalam program-program solidariti terhadap rakyat Burma dan membebaskan Aung San Suu Kyi.

Dialah yang saya boleh kategorikan sebagai seorang sosialis yang meletakkan hak individu itu kepada tahap terpenting dan meletakkan keselamatan dirinya pada tahap terakhir.

Dalam perhimpunan yang berhadapan dengan keganasan polis, Abang Tan lah yang selalu menyerahkan diri beliau untuk ditahan – hanya untuk mengelakkan daripada pihak polis bertindak kasar.

Dalam urusan pengkebumian, ramai teman-teman yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir termasuk Presiden dan Naib-naib Presiden. Tidak kurang juga aktivis-aktivis sosial dan para wartawan bebas juga hadir untuk melihat beliau pergi meninggalkan kita semua. Beliau juga pernah menyandang jawatan Ketua Penerangan Parti KeADILan Rakyat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Apabila mendapat berita tersebut, saya kira selain Abang Nasir Isa, sayalah orang yang paling sedih melihatkannya pergi. Tetapi, ramai juga yang berperasaan begitu sehingga rumah Pak lang penuh sesak. Tian Chua terisak-isak menangis dan Nasir Isa cuba untuk mengelak daripada kesedihan,

Ketika program Parlimen Angkat Angkatan Muda 10 Mei tahun lalu, Abang Tan bersama Din Binjai dan Chegu Bard ditahan kereta polis ketika dalam perjalanan ke Bilik Gerakan Keadilan di Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Saya mendapat berita tersebut terus dengan tiba-tiba berasa marah dan memainkan peranan untuk menghebahkan penahanan tersebut kesemua pihak berwajib sungguhpun terjadi pada jam 11 malam.

Arwah ketika ditemui selepas dilepaskan, sungguh tidak ’melenting’ atau marah tetapi sering berkata bahawa”itu kerja polis dan kita mesti teruskan kerja kita.”

James Wong menganggap bahawa Umar Tan sebagai seorang yang insan yang mempunyai deria membakar demi keadilan.

Beliau melepaskan kerjanya sebagai tukang masak yang mempunyai gaji tetap untuk terus berjuang dalam gerakan reformasi dan terus komited sejak tahun 1998.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan diletakkan bersama golongan yang beriman.

Selamat Tinggal Abang Tan, Selamat Tinggal Sahabatku – al-Fatihah

 

 

Wednesday, November 01, 2006

Catatan ke Mekah Demokrasi Asia

Alhamdulillah, akhirnya tiba juga aku di sebuah negara di Asia Timur, Korea Selatan.

Aku bertolak dari Petaling Jaya dan Aidil Fitri aku ketepikan untuk persediaan terakhir aku membentangkan kertas kerja aku; Media and Democracy: A Malaysian Perspective.
Teksi mengambil aku di rumah dan singgah sebentar di rumah Elizabeth sebelum ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA.

Kami tekun berborak dengan pemandu teksi yang membawa kami ke KLIA. Banyak perkara yang kami bincangkan bersama pemandu teksi yang sudah berada dalam industri pemanduan teksi selama 38 tahun itu; isu rompakan dalam teksi, sikap pihak polis yang enggan mengambil tndakan terhadap penumpang yang tidak mahu membayar tambang. Tidak pula tergamak aku menanya samada beliau pernah berhadapan dengan pasangan yang membuat perlakuan sumbang ketika dalam teksi (ahaks).

Kami tiba awal untuk mengelak beberapa kemungkinan yang tidak mahu dilalui kerana e-tiket yang kami terima hanya satu salinan yang kami perolehi melalui e-mel.

KLIA

Agak terkejut apabila aku melihat bahawa kos pembawaan aku seorang pergi dan balik KRW1739,000 tau RM6350. Adakah aku begitu penting bagi mereka sehingga sanggup melaburkan wang begitu banyak untuk aku membentangkan kertas kerja yang hanya aku buat dalam satu malam?

Sebelum mendaftarkan diri memasuki keretapi transit ke pesawat, aku dan Eli mentekedarah KFC. Aku sempat membuat beberapa panggilan pesanan sepeninggalan aku supaya beberapa pihak ini tidak tercari-cari aku. Aku juga sempat mengucapkan ucapan Selamat Hari Raya sebelum ianya sudah lewat untuk diucapkan.

Aku belikan 2 karton rokok untuk saudaraku di Gwangju.

Pertama kali aku mengenali perwakilan dari Asian Foundation, Herizal yang turut sama akan berada dengan kami nanti.

Incheon International Hotel

Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon tepat pada masa yang dijadualkan. Sorang rakan dari Nepal, Deepak telah pun tiba dan menunggu kumpulan-kumpulan lain yang sepatutnya sampai pada hari yang sama.

Elizabeth kehilangan skarfnya dan cuba sedaya-upaya untuk mendapatkannya kembali, namun gagal.

Sementara menunggu ketibaan yang lain, aku, Elizabeth, Hezrizal dan rakan dari baru dari Thailand, Sunee makan.

Sudah kuduga, langsung tak sedap dan makanannya sungguh tidak memenuhi citarasa aku.

Kami berlepas ke Gwangju dan perjalanannya memakan masa selama lebih kurang empat jam menaiki bas ekspres.

Bas hanya berhenti sebentar di salah sebuah tempat istirehat selama 15 minit sebelum meneruskan kembali perjalanannya. Aku perhatikan pada lebuhraya, had laju maksima yang dibenarkan hanyalah pada tahap 100 km/jam.

Gwangju, Mekah Demokrasi Asia

Aku ditempatkan ke sebuah hotel berdekatan kerana hotel utama yang menempatkan pewakilan lain sudah pun dipenuhi.

Kira-kira 9 negara seramai lebih kurang 40 perwakilan turut serta yang dalam Persidangan yang diadakan untuk kali kedua ini.

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com