Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Thursday, November 25, 2010

“Dalam Botol” : Berani Dalam Takut


Ketika diberitahu … Dalam Botol adalah berdasarkan dari kisah benar, maka, beberapa soalan mula berlegar – legar di dalam otak. Antaranya, adakah filem ini dijadikan medium untuk meluahkan isi hati dan pekikan suara syahdu mereka meminta supaya masyarakat menerima mereka seadanya mereka. Ataupun mereka hendak menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa mereka juga adalah manusia yang mempunyai hak di dalam negara ini.

Filem ini pada asalnya diberikan tajuk “Anu Dalam Botol” tetapi kemudiannya ditukar kepada “Dalam Botol” sebelum ianya ditapis oleh badan berwajib. Mungkin memberi sedikit kemudahan kepada pihak-pihak tertentu untuk menjalankan tugas mereka.

Namun, apabila selesai sahaja menonton .. Dalam Botol, persoalan – persoalan tadi telah berlalu pergi dan digantikan pula dengan persoalan – persoalan lain. … Dalam Botol mengisahkan perjalanan hidup Bidin, yang telah menjalankan pembedahan transisi jantina yang kemudiannya menghadapi pelbagai masalah dalam perhubungan dan pekerjaan.

Menurut Robert Kolker ( A Cinema of Loneliness, 2000 ) , filem adalah penyalur ideologi yang utama. Filem akan sentiasa mendokong ideologi yang lebih dominan apabila ia menjadi wakil kepada sebuah realiti yang di bentuk semula, menghiburkan penonton disamping terus memaksa mereka menerima bentuk – bentuk cinta, heroisme, seksualiti, struktur kelas dan sejarah.

Melalui filem … Dalam Botol ini, adakah penulis cuba merungkai percintaan sesama jenis yang sememangnya berlaku dalam masyrakat ataupun hendak memberitahu masyarakat bahawa percintaan itu tidak semestinya dengan berlainan jantina?

Naratif cerita yang lembab dari permulaan cerita sehingga ke akhirnya. Walaubagaimanapun, … Dalam Botol agak bernasib baik kerana telah dibantu dengan teknik fast-shot yang berkesan dan jarang di gunakan dalam kebanyakan filem – filem di Malaysia. Turning point pada filem ini apabila Robert/ Bidin telah tersalah tafsir dengan kenyataan Ghaus ketika di tepi pantai yang menyatakan bahawa ‘ kan best kalau u ni perempuan…i taknak panggil u Robert…I akan panggil u Ruby…’ Selain itu, dialog – dialog yang di lontarkan oleh Jalil Hamid juga terdapat maksud yang tersirat didalamnya. Antaranya ‘kau jangan nak salahkan takdir kau jadi macam ni..ini semua setan ni…’ yang merujuk kepada anaknya, Bidin yang telah berubah jantina.




Dari aspek lakonan, perkara yang paling menarik adakah kombinasi antara Normah Damanhuri, Jalil Hamid dan Arja Lee. Kedua – dua pelakon veteran tersebut saling bantu – menbantu dan dalam masa yang sama, mereka tidak membiarkan Arja Lee lemas bersendirian.

Manakala lakonan Wan Raja pula kadang kala kelihatan sedikit theaterical. Walaubagaimanapun, gandingannya bersama Arja Lee tidaklah teruk sangat. Sama juga seperti Jem yang ditangani oleh Rosnan. Pelakon teater tradisional Makyung ini nampak sedikit kekok apabila di hadapan kamera.

Walaubagaimanapun, lakonan Diana Danielle agak hambar dalam filem ini. Sebagai seorang pelakon yang telah banyak membintangi filem dan drama di televisyen, lakonannya yang bersahaja itu tidak disertakan dengan pengucapan dialog yang penuh makna. Dialognya seringkali kedengaran tergantung maksudnya. Lakonan hambar Diana telah di ‘tampal’ oleh keberkesanan watak ibu oleh Ogy Ahmad Daud. Secara keseluruhannya, watak bapa kepada Bidin yang di mainkan oleh Jalil Hamid adalah watak yang paling diingati untuk filem … Dalam Botol dan wajar diberikan pengiktirafan yang sepatutnya.



Lembaga Penapisan Filem (LPF) telah memberikan kelulusan 100 peratus tanpa sebarang potongan terhadap filem terbaru terbitan Penerbitan JAS Sdn Bhd. Milik Raja Azmi, isteri kepada bekas pemain badminton negara, Jailani Sidek.

"Walaupun begitu, namun filem terbitan saya itu nanti akan ditayangkan dibawah klasifikasi 18LB yang mana ia membawa maksud ia hanya untuk tontonan penonton yang berusia 18 tahun ke atas sahaja serta lulus bersih," katanya.

Jelas Raja Azmi lagi, sebaik saja filem itu mendapat kelulusan daripada LPF, dia kini dalam proses untuk menghantar filemnya itu ke Finas untuk mendapatkan wajib tayang. Selain menukar tajuknya, Raja Azmi juga membuang sendiri beberapa watak yang dianggapnya tidak sesuai untuk tontonan. Ini yang mendatagkan sedikit pemelikan di mana kebebasan sendiri disekat diri sendiri.

Filem yang telah diklasifikasikan “Tidak Sesuai Untuk Penonton 18 Tahun Ke Bawah’ ini dibintangi oleh Arja Lee, Daina Danielle,Wan Raja, Norma Damanhuri, Ogy Ahmad Daud, Jalil Hamid, Rosnah Rahman dan Pekin Ibrahim. Pengarah bagi filem ini ialah Khir Rahman manakala penerbit dan penulis skrip filem ini adalah Raja Azmi Raja Sulaiman yang sebelum ini pernah di labelkan sebagai seorang penerbit yang menimbulkan pelbagai kontroversi dalam dunia seni di tanah air kita. Tindakan berani Raja Azmi dalam melabur modal yang agak besar menerbitkan filem berunsur seks ini boleh diberi sanjungan.

Penerbitan filem ini juga dapat memulihkan dengan kepelbagaian di dalam industri perfileman yang menerbitkan filem mengikut ‘tren’ dan gagal untuk mengambil risiko.

Mengenai tarikh penayangannya, Dalam Botol akan mulai memasuki panggung di SIngapura terlebih dahulu yang berkemungkinan pada sekitar bulan Disember ini. Tarikh bagi wajib tayang di negara ini pula dipohon pada 27 Januari 2011.

Edisi sunat di sini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com