Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Tuesday, May 24, 2005

Umno menghasut rakyat dalam seminar Melayu dalam Bahaya : Azwanddin

KeadilanRakyat.org telah berhubung exco Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Azwanddin Hamzah atas laporan polis yang dikemukakan terhadap Umno kerana seminarnya, Melayu dalam Bahaya yang dikatakan mengandungi unsur-unsur hasutan.

Azwanddin menyebut, Umno melalui dua laman web, iaitu Prowaris dan Umno-Reform telah merendah-rendahkan Melayu atas kegagalan bangsa itu sehingga memberi peluang kepada bangsa-bangsa lain untuk maju.

Akhir - akhir ini, dua lelaman jahat tersebut telahpun siarkan desas - desus kononnya Azwanddin telah dipecat daripada jawatan beliau sebagai kerana telah keterlaluan dalam membongkarkan rahsia isu Melayu Dalam Bahaya. Di sini KeadilanRakyat.org ingin menegaskan bahawa dakwaan itu adalah satu perbohongan yang bermotif untuk membalas dendam oleh dua lelaman itu terhadap Azwanddin sahaja.

Ikuti temuramah wartawan Faisal Mustaffa bersama Azwanddin.

KeadilanRakyat.org : Dalam mana UMNO/BN telah memenangi lebih 90% kerusi di Parlimen, apa motifnya UMNO dari segi "political mileage" untuk memperkatakan isu Melayu Dalam Bahaya ?


Azwanddin : Itu mungkin kelebihan mereka. Mereka tidak pernah “under estimate� kekuatan pihak lawan dan tidak pernah mengambil mudah dalam urusan “survival� politik mereka. Kita harus melihat kualitatif peratus undi yang mereka dapat dalam pilihan raya yang sudah. Mereka tahu kuantitatif undi boleh di manipulasi dan mereka sedar akan kemerosotan sokongan dikalangan Melayu. Siapa UMNO tanpa sokongan orang – orang Melayu? Kita dalam Barisan Alternatif sendiri peka mengenai peratus undi yang mereka dapat dan bagaimana mereka memperolehinya. Kita telah melaporkan kepada pihak berwajib mengenai kepincangan pilihan raya dan saya pasti UMNO lebih arif mengenai situasi sebenar pilihan raya atas kesedaran itu mereka harus menjalankan program – program bagi memastikan mereka terus memerintah. Kita perlu juga bertindak agresif dan peka terhadap tektik dan teknik dalam memastikan “survival� mereka. Bagi saya ini adalah formulasi UMNO untuk mengajak Melayu kembali ke dalam UMNO dengan slogan provokatif mereka “ Melayu Dalam Bahaya� supaya mereka terus berkuasa menipu bangsa.

Senario politik semasa jauh lebih berbeza dari politik 1969 dari segi penguasaan kerusi di Parlimen baik di DUN setiap negeri. Parti pembangkang kaum Cina contohnya DAP hanya memperolehi 12 kerusi di Parlimen. Jadi di mana rasionalnya isu Melayu dalam Bahaya dalam konteks ini ?

Mula -mula sekali susun atur politik tahun 1969 dan sekarang 2005 tidak banyak berubah dari segi asas. Kita masih lagi masyarakat majmuk, sistem politik kita masih serupa dengan dominasi UMNO, corak demokrasi kita adalah serupa – ciptaan UMNO iaitu demokrasi terpimpin yang di pimpin oleh segelintir mereka yang rakus menagih kuasa. Perbezaan sekali lagi di utarakan dari segi kuantitatif atau nilai peratusan tanpa makna. Kalau itu sudut pandangan kita memang benar tahap kemiskinan negara ini semakin pulih tetapi apakah peratus kemiskinan yang semakin turun itu di kira dengan nilai sebenar? Bagi penduduk kota khususnya Kuala Lumpur pendapatan RM 700.00 tidak termasuk dalam statistik kemiskinan sedangkan kita sedar kualiti RM 700.00 sebenarnya bagi keluarga sederhana besarnya adalah di dalam kategori kemiskinan.

Relevan antara peratus kerusi DAP dengan meraih sokongan Melayu bukan satu persoalan mutlak. Persoalan mutlak adalah penggunaan sentimen perkauman untuk menagih sokongan yang mampu memudaratkan perpaduan Nasional.

Perlu di tekan bahawa slogan “Melayu Dalam Bahaya� sudah secara prima fasies menaikkan kegusaran orang – orang Melayu. Ini sudah cukup untuk membangkitkan tanda tanya kepada orang - orang Melayu apakah bentuk – bentuk ancaman yang hadir kepada orang – orang Melayu. Namun yang menjadi bantahan ialah penggunaan sentimen ini yang hanya untuk mendapatkan sokongan politik UMNO. Bermain dengan isu perkauman untuk mendapatkan sokongan politik bagi adalah tindakan terdesak. Kita sebagai pembangkang harus ke depan menegur UMNO dan organisasi – organisasi tidak rasmi mereka dalam usaha untuk menakutkan orang Melayu atas alasan keperluan kita bersatu untuk menguntungkan beberapa kepimpinan dan kronis dalam UMNO.

Rakyat melihat isu Melayu dalam Bahaya bukan dalam konteks antara konflik di antara Melayu dengan Bukan Melayu tetapi lebih kepada “survival� satu kelompok Melayu dalam satu “circle� orang Melayu terhadap sekelompok kumpulan Melayu yang lain . Contohnya di antara kelompok Melayu dalam UMNO dengan Melayu dalam PAS atau keADILan. Jadi laungan Melayu Dalam Bahaya tadi lebih kepada usaha satu kumpulan cuba menarik Melayu teramai tadi menyertai kumpulan mereka ?

Bermain dengan sentimen perkauman tidak seharusnya di jadikan satu budaya politik. Apa pula sekiranya Parti Keadilan Rakyat memainkan sentimen Cina Dalam Bahaya untuk mendapatkan sokongan kaum Cina antara sirkulasi masyarakat Cina dalam Barisan Nasional? Kenapa perlu kita meletakan sentimen BAHAYA yang sekali lagi bagi saya adalah tindakan terdesak yang mampu mengugat keharmonian perkauman dengan pembentukan keraguan antara kaum. Saya
tidak menghalang sebarang usaha untuk menaikkan martabat Melayu, pencapaian Melayu tetapi jangan gunakan sentimen perkauman untuk meraih sokongan. Ibarat kata orang - Jangan bermain api� dan sentimen perkauman ini adalah bentuk – bentuk mainan api yang boleh dan mampu membakar diri. Mereka boleh melakukan aktiviti – aktiviti untuk mendapatkan sokongan menyertai UMNO tetapi dengan menakutkan Melayu kononnya bangsa kita sedang terancam kerana perpecahan antara sesama khususnya perpecahan Melayu yang di tunjangi oleh PAS dan Keadilan dan bangsa kita akan terhakis kuasa politik dan ekonomi merupakan satu tindakan yang terdesak yang cukup merbahaya. Kita perlu di lihat juga interpretasi mereka yang hadir dalam program tersebut.

Satu logik konseptual yang perlu di perhatikan secara halus ialah – kalau Melayu Dalam Bahaya – dari segi politik, kalau Melayu sedang terhakis kuasa politik mereka, kepada siapa kuasa itu berpindah? Walaupun usaha mereka adalah untuk meraih sokongan Melayu antara Melayu untuk menyertai kumpulan mereka, jangan membabitkan konseptual palsu, menggertak – mengugut dan memainkan unsur “ambiguity� sentimen yang mampu mengugut perpaduan nasional.

Sekira dibuat perbandingan konflik kaum 13 Mei 1969 dengan senario masa kini , bukanlah terdapat jurang yang begitu luas terhadap pencapaian ekonomi orang Melayu ketika itu berbanding dengan pencapaian orang Melayu ketika ini? Rata-rata pencapaian ekonomi orang Melayu sekarang ini jauh lebih baik serta tahap kemiskinan di kalangan orang Melayu lebih rendah berbanding 36 tahun yang lalu ? Jadi kenapa perlu ditiupkan kebimbangan Melayu dalam Bahaya¹ ini dan di manakah "political mileage" nya ?

Yang menggagalkan orang Melayu adalah kepimpinan Melayu khususnya UMNO. Kuasa pentadbiran baik eksekutif mahupun legislatif adalah di tangan kepimpinan Melayu dan sebarang kegagalan menaikkan taraf orang Melayu harus di bebankan kepada mereka. Sebenarnya perbezaan pengukuran taraf orang Melayu seharusnya tidak di ukur dari sudut “vertical comparison� sahaja. Perlu kita lihat “horizontal statistical comparison� dan seharusnya di teliti sebelum kita membuat andaian manipulasi pengiraan kemajuan ala UMNO.

Melayu sebelum tahun 1969 dengan Melayu tahun 2005 adalah satu bentuk perbandingan yang saya namakan “vertical comparison� tadi. Perlu juga di kaji Melayu sebelum tahun 1969 dengan bangsa lain tahun 1969 dan ini saya namakan “horizontal comparison�. Atas dasar pengiraan statistik ini jugalah saya mahu tanyakan apakah perbezaan pencapaian Melayu dengan Cina dalam tahun 2005 berbanding dengan pencapaian dari semua segi antara Melayu dan Cina pada tahun 1969? Apakah pengertian kualitatif perkembangan orang - orang Melayu?

Sekali lagi saya tegaskan, kegagalan Melayu adalah kerana pemerintah yang korup dan tidak memikirkan masa depan rakyat implikasi dari kegagalan mereka – mereka mainkan sentimen Melayu Dalam Bahaya untuk menutup dan menipu orang – orang Melayu. Yang mahu mereka salahkan adalah perpecahan yang di buat oleh PAS dan Keadilan sebagai punca dan bukan mereka sebagai penyebab.

Apakah telah dibuat kajian yang menyeluruh tentang impak Melayu Dalam Bahaya ini di kalangan orang Melayu di bandar ataupun di luar bandar dan apakah maklum balas dari mereka ?

Saya percaya UMNO sendiri sedar slogan – slogan ini dan manipulasi Melayu sedang di ancam dan dalam keadaan merbahaya ini mampu mengukuhkan sokongan orang - orang Melayu terhadap mereka bagi membolehkan mereka menutup kegagalan mereka dalam mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru. Bagi saya ini penipuan dan harus segera di hentikan. Mengenai kajian menyeluruh mengenai impak antara bandar dan luar bandar ianya sukar kita lakukan kerana ini lebih melibatkan saikologi penerimaan berbeza. Bagi saya matlamat UMNO menakutkan Melayu dan menggalakkan perasaan keraguan semata – mata untuk mendapat sokongan tanpa mempedulikan implikasi terhadap perpaduan nasional adalah tindakan terdesak mereka.

Apakah terdapat nya prejudis terhadap hak kebebasan mengeluarkan pendapat walaupun ianya dianggap mirip kepada isu perkauman seperti yang sering dilaungkan sendiri oleh pihak pembangkang dan lain-lain NGO sosial ?

Hak kebebasan mengeluarkan pendapat perlu kita sokong. Saya tidak nampak sikap prejudis kita dalam mengeluarkan pendapat tetapi ini bukan soal mengeluarkan pendapat untuk kepentingan bersama dan dalam konteks ini untuk kepentingan Melayu. Ini bagi saya adalah satu representatif salah dan ianya adalah untuk kepentingan politik. Mereka boleh melakukan apa sahaja – mengajak orang menyertai UMNO dengan menyatakan prinsip perjuangan mereka
hatta boleh mengatakan bahawa mereka adalah parti yang satu – satunya untuk orang - orang Melayu. Mereka boleh melakukan program – program pro aktif yang luhur mahu meningkatkan martabat orang - orang Melayu tetapi dengan meniup sentimen kegusaran antara kaum untuk meraih sokongan adalah tindakan tidak waras yang perlu di bantah.

Adakah sesiapa telah menghadiri program dan Seminar tersebut dan mengetahui isi kandungan serta bahan bacaan yang diedarkan kepada peserta ?

Ada dan kita sudah mendapat laporan menyeluruh mengenai program tersebut dan kerana itu lah kita membuat laporan polis.

Apakah maklum balas dari parti-parti Cina yang merupakan komponen utama dalam Barisan Nasional seperti MCA dan Gerakan terhadap isu Melayu dalam Bahaya ini ? Setakat ini pun kita tidak pernah mendengar sebarang komen dari DAP dalam perkara ini?

Kalau mereka membantah pun saya percaya mereka lakukan dalam selimut Barisan Nasional. Perlu di ingatkan program ini adalah program tertutup mereka. Bangsa - bangsa lain tidak dibenarkan hadir dan penjelasan program itu perlu di buat oleh UMNO kepada MCA dan GERAKAN dan hanya mereka yang tahu. Bagi DAP kita telah sedia maklum prinsip perjuangan mereka. Kita harus tanya mereka mengenai isu ini sama ada mereka setuju atau tidak program – program seperti Melayu Dalam Bahaya. Apa yang saya tidak mahu lihat ialah akhirnya
kita melihat setiap bulan program – program seperti Melayu Dalam Bahaya, Cina Dalam Bahaya dan India Dalam Bahaya di buat semata – mata untuk politik dan kepentingan politik orang - orang tertentu untuk terus mengekalkan kuasa.

Adakah situasi politik semasa boleh disamakan semasa 13 Mei 1969 ? Di mana agaknya kewajaran Melayu Dalam Bahaya dalam situasi sekarang? Rata-rata rakyat melihat situasi politik negara adalah stabil dan baru sahaja diberikan mandat yang besar melebihi 2/3 untuk memerintah dalam pilihan raya yang lepas.

Melayu ketinggalan. Kita sebagai Melayu perlu di memartabatkan bangsa tanpa sebarang unsur diskriminasi terhadap bangsa lain. Kita ada perlembagaan dan kita hormati perlembagaan. Situasi ini BUKAN situasi 13 Mei 1969 yang kita harapkan jangan berlaku lagi. Oleh itu sensitiviti antara kaum perlu di jaga. Kita tidak mahu kemunduran ekonomi orang - orang Melayu kerana pentadbiran yang korup, kronis dan penuh nepotisme akhirnya menimbulkan
ketegangan kaum. UMNO gagal dan UMNO perlu perbaiki. Jangan menutup kegagalan dengan bertindak mengambil insurans kononnya Melayu Dalam Bahaya dari konteks tekanan bangsa – bangsa asing. Melayu Dalam Bahaya dari segi politik, ekonomi dan sosial adalah kegagalan mereka. Sebagai orang Melayu kita sokong semua agenda yang mahu menaik taraf orang – orang Melayu dan bukan segelintir Melayu dalam UMNO sahaja. Sekali lagi soal mandat 2/3 di
timbulkan tanpa pengukuran yang sebenarnya. Bagi saya mandat 2/3 yang di berikan oleh rakyat sama ertinya dengan logo halal palsu. Jentera kerajaan di gunakan, media di sekat, penerbitan di batas, SPR di manipulasi dan wang di taburkan – apakah ini 2/3 majoriti berasaskan demokrasi?

Adakah permohonan MCA kepada pihak untuk menambahkan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dalam RMK-9 dianggap keterlaluan dan dilihat mencabar orang Melayu sehingga menyebabkan orang Melayu dalam bahaya sedangkan kuasa melulus atau tidak permohonan tersebut sendiri terletak di tangan pemimpin-pemimpin Melayu dalam kerajaan UMNO/BN ? Jadi kita tak nampak relevannya dimana ?

Saya tertarik dengan kenyataan Saudara – kuasa melulus di tangan orang Melayu. Seperti yang telah saya katakan tadi, kuasa eksekutif dan kuasa legislatif terletak di tangan orang Melayu – UMNO khususnya. Mereka mendapat kuasa tersebut dari 2/3 undi yang saudara tekan tadi. Kenapa mereka takut? Satu jawapan yang menjelaskan perkara ini adalah mereka sendiri ragu
mengenai masa depan politik mereka. Mereka tahu kesedaran politik kini sedang memuncak dan rakyat mula membicarakan hal – hal kewibawaan memerintah dan perlaksanaan asas demokrasi serta keadilan sosial. Mereka takut hilang sokongan dan UMNO sedar mereka sudah kehilangan sokongan dari orang – orang Melayu. Mereka perlu melakukan sesuatu untuk meraih sokongan Melayu. Namun dengan cara menyemarakkan ancaman kepada bangsa dengan harapan semangat nasionalisme dapat di satukan dalam UMNO adalah satu cara yang merbahaya. Bagi saya ianya membelakangi semangat perpaduan nasional. Saya beranggapan
rakyat perlu di perjelaskan – bahawa kemunduran orang - orang Melayu bukan kerana agama dan budaya, ianya adalah kerana kepimpinan UMNO yang hanya meletakan prioriti mendapat dan mengekalkan kuasa untuk agenda parti dan kepimpinan dalam parti dan bukan memperjuangkan nasib bangsa dan rakyat.

Mengenai isu sekolah Cina, keperluan adalah ukuran dan bukan politik. Bukan meluluskan sekolah tersebut hanya kerana loncatan politik tetapi melihat keseluruhan aspek kepentingan bersama.

Akhir kata , bagi saya perjuangan itu perlu ikhlas dan berteraskan kepentingan rakyat dan bukan satu – satu wadah. UMNO jangan berselindung di balik isu perkauman untuk terus memerintah. Umno perlu ikhlas menerima kegagalan mereka dalam menjayakan agenda Melayu dan perjuangan Melayu. Rakyat perlu tahu dan perlu mengambil tahu. Melayu Dalam Bahaya bagi saya adalah tindakan terdesak untuk mengembalikan sokongan Melayu dan politik mereka – bukan untuk membela rakyat Melayu.

 

 

Ahli Parlimen Jerai menghina di Dewan

Ahli Parlimen Jerai menghina di Dewan

Oleh: Faisal Mustaffa

DEWAN RAKYAT – Kejian dan permainkan Peraturan Mesyuarat oleh ahli-ahli parlimen untuk memberi kenyataan menghina

Dalam Peraturan Mesyuarat 36(9) menyatakan:-
“ Dalam apa-apa perbahasan, tidak boleh disebutkan kelakuan atau sifat siapa-siapa ahli-ahli Parlimen atau siapa-siapa pegawai kerajaan selain daripada kelakuan pada menjalankan urusannya sebagai ahli Parlimen atau pegawai kerajaan�.

Semasa sidang parlimen 30 Mac, ahli parlimen Jerai mengungkapkan, “Saya hendak tanya Yang Berhormat bagi Kota Melaka yang arif pasal ceraiberai. Kalau dengan Yang Berhormat bagi Batu Gajah, berapa lama suami boleh tahan dengan dia�.

Dalam persidangan keesokan harinya, Ahli Parlimen tersebut, Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin menjelaskan bahawa Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan mengambil salah anggapan terhadap pandangan beliau.

Dia berkata, “pandangan saya terhadap Yang Berhormat bagi Batu Gajah bukan tidak elok - elok. Semua bagi dia, dia merasakan bahawa saya sangkaan tidak elok - sangkaan jahat kat dia. Tetapi sangkaan saya baik. Cuma saya tanya .... kalau orang bertanya saya, “Dengan Datuk Badruddin ini isteri dia boleh tahan berapa lama?� Salahkah yang itu?
Begitu juga dengan Ahli Yang Berhormat bagi Batu Gajah, saya macam itu.
Takkan lah yang itu salah. Kalaulah saya kata dia hodoh, tidak elok, suara dia sengau -
itu lainlah. Ini saya tidak kata yang itu.�

Sungguhpun Badruddin sanggup menarik balik kenyataannya, ahli parlimen Bukti Mertajam, Chong Eng tidak menganggap bahawa kenyataan itu ikhlas.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Saya tarik balik, sudahlah, Yang
Berhormat. Ini di antara saya dengan Yang Berhormat bagi Batu Gajah, yang Yang
Berhormat masuk campur ini pasal apa?

Puan Chong Eng: Saya rasa ini tidak perlulah kerana walaupun ... sexual harassment apakah definitionnya, ialah unwanted attention with sexual connotation - itulah yang dipanggil, walaupun orang yang mengeluarkan perkataan itu tidak menganggap itu sebagai sexual harassment.

Po Kuan terus bangun dan membidas,

“Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua telah meminta Yang Berhormat bagi Jerai untuk menarik balik. Saya haraplah Yang Berhormat bagi Jerai akan mematuhi keputusan dan menghormati Tuan Yang di-Pertua demi menjaga nama baik Tan Sri, sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan ini dan juga nama baik Dewan ini. Yang pentingnya ia telah melanggari Peraturan Mesyuarat 36(9) dan menyakiti hati saya dengan izin – dengan kata-kata Yang Berhormat bagi Jerai yang demikian, hal peribadi saya, sikap kelakuan saya iaitu hal peribadi yang tidak ada kaitan langsung dengan teks perbahasan yang dibangkitkan. Dia mempunyai niat yang jahat. Saya pohonlah keputusan yang telah dikatakan oleh Tuan Yang di-Pertua dikuatkuasakan ke atas Ahli Yang Berhormat bagi Jerai.�

Dalam Peraturan Mesyuarat 36(4) yang berbunyi:

“Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa
kurang sopan dan biadab�

Pertengkaran di antara Badruddin dan Po Kuan berterusan:

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Kalau saya guna perkataan ‘kurang ajar’ yang itu biadab. Saya pun biasa jadi speaker dan tahu peraturan. Saya pun baca buku ini. Sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, saya sudah hendak kata saya hendak minta maaf ini berleter apa lagi?

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tuan Yang di-Pertua, ada perkara boleh berjenaka dan ada yang tidak boleh berjenaka langsung.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Tuan Yang di-Pertua, ok, I make a full statement for you just to make you happy, ok?

Cik Fong Po Kuan: Not just to make me happy but to show your regret for making the statement. Not to make me happy.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Batu Gajah ......

Seorang ahli: No regret at all.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Ok Tuan Yang di-Pertua ....

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Jerai sila tarik balik.

Seorang Ahli: Ini garanglah Batu Gajah.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: ... seandainya, ini cara orang Melayu minta maaf, seandainya semasa perbahasan saya terlanjur kata, terkasar bahasa bertanya kepada Ahli Yang Berhormat Kota Melaka ‘berapa lamakah Ahli Yang Berhormat Batu Gajah boleh tahan dengan suami dia� saya minta maaf.

Tuan Yang di-Pertua: Baik, terima kasih dan tarik baliklah.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Ya.

Seorang ahli: Tidak payah tarik baliklah itu.

Seorang ahli: Cukuplah maaf sudah cukup.

Tuan Yang di-Pertua: Cukup, cukup. Baik terima kasih Yang Berhormat Jerai.

Cik Fong Po Kuan: Saya dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya pohonlah kalau saya cadangkan Tuan Yang di-Pertua memberi amaran kepada ahli berjaga-jaga menggunakan kata-kata semasa perbahasan.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Sudah lebihlah Yang Berhormat Batu Gajah. Dia sudah minta maaf sudahlah, selesailah.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Hey, Batu Gajah you ingat you bagus sangat kah?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sila duduk. Yang Berhormat Jerai telah pun meminta maaf dan saya anggap perkara ini sudah diselesaikan.

 

 

Isu pelarian Filipina. Apa dasar muktamad kita?

DEWAN RAKYAT – Selepas 30 tahun, Kinaru yang menjadi tempat jenayah, penagihan dadah dan penyakit berpunca daripada enam penempatan pelarian Filipina di Negeri Sabah yang berjumlah 65,000 orang.

Cadangan supaya mereka ini berkahwin dengan orang tempatan dan akhirnya dan menjadi
warga negara tidak menyelesaikan masalah. Sekiranya terdapat operasi mencegah pendatang asing, mereka ini akan dihantar balik sehingga menjadikan anak-anak mereka berkeliaran.

Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Madius Tangau dalam sidang Dewan Rakyat 30 mac lalu memohon agar pihak kerajaan dapat menubuhkan Select Committee.

Wilfred memberitahu masalah di Selatan Filipina masih belum dapat diselesaikan. Mereka masih lagi berstatus pelarian kita tidak boleh hantar balik.

Selepas Noor Misuari menandatangani dengan pentadbiran Manila, perjanjian perdamaian, maka wilayah itu dianggap sudah aman damai. Dengan sebab itu, status mereka sebagai pelarian,
terhapus dan kalau status pelarian mereka hilang, mereka akan menerima pengecualian
daripada akta imigresen itu dan akhirnya diberikan dokumen IM 13 itu, harus di tarik
balik.

“Mereka boleh diberikan pasport, bekerja di sini, dan tinggal di Malaysia, boleh. Tetapi
kita biarkan mereka begini sampai bila? Dahulu di Sabah tidak ada dadah. Sekarang ini
di Papar ada pusat serenti. Siapa yang mengedar? Dari situlah. Dari penempatan
pelarian Filipina inilah. Di sana ada pengedar dia. Itu semua ada di Papar. Sekarang
pusat serenti akan dibina di Sandakan, akan di bina di Tawau. Di Sandakan ada
penempatan pelarian Filipina. Banyak masalah,� hujah Wilfred.

Mengikut bancian, Penduduk Tahun 1990 setiap sepuluh tahun dan statistik buletin negeri Sabah
sehinggakan none Malaysian citizen dalam census, Banci Penduduk Tahun 1991 ini
terdapat 425,175 orang dimasukkan dalam Buletin Statistik. Persoalan sekarang ialah apabila Buletin Statistik tidak menyatakan Semenanjung mempunyai sejuta pekerja asing.

Wilfred menyatakan kebimbangan beliau di mana Filipina lalu mempersoalkan kesetiaan orang-orang yang berada di Malaysia ini.

“Kalau dia tidak melalui proses kewarganegaraan, dia mesti setia kepada Agung, setia kepada negara ini, setia kepada Perlembagaan kita. Baru dia kita proses ini,� katanya.

Menurut Perdana Menteri, sejak tahun 1990 sehingga sekarang terdapat 34 orang pegawai Jabatan Pendaftaran yang telah ditangkap di bawah ISA kerana terlibat dalam perkara-perkara
yang jijik ini seperti memberi kad pengenalan dan sebagainya.

Bagi mereka yang dilahirkan di Brunei sebelum pembentukan Malaysia, mereka diberikan kad pengenalan merah. Sementara mereka ini memohon untuk menjadi warganegara,pelarian-pelarian Filipina telah pun memiliki kewarganegaraan.

“Dan, yang paling parah lagi, sudah dibanci, sudah menjadi warganegara, yang kita boleh katakan documentary citizen ship, they are citizen by documentation not by process off citizen ship, melalui secara rasmi. Orang-orang ini sudah jadi bumiputera. Saya menyatakan kumpulan ini
dalam masyarakat kita di Malaysia ini sebagai tembok. Saya tidak tahu apa akan jadi di
masa akan datang. Kita ini soal-soal sumber tanah, soal-soal peluang dan sebagainya,
apa akan jadi pada masa akan datang?�


Perkara ini harus dilihat secara serius oleh pihak kerajaan tetapi dinafikan oleh ahli parlimen Tuaran.

Tetapi, apabila dilakukan operasi penangkapan, kita dapati beribu-ribu dihantar balik.

 

 

Wednesday, May 04, 2005

Krisis air global berpunca dari pengurusan

Oleh: Faisal Mustaffa

DEWAN RAKYAT 30 Mac – Laporan Air Sedunia 2000 menyatakan punca krisis air di peringkat global bukannya disebabkan oleh kekurangan air untuk penduduk tetapi oleh
sebab masalah pengurusan air yang kucar-kacir.

Masalah itu diseriuskan oleh sebab faktor-faktor deforestation, peningkatan paras laut, kejatuhan pengeluaran pertanian, kekurangan air, bertambahnya ribut dan banjir, merebaknya penyakit-penyakit atau wabak penyakit, kurangnya populasi ikan dan satu lagi yang serius, konflik antara
manusia, wilayah dan negara.

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Devamany a/l S. Krishnasamy telah mengungkap dalam perjumpaan “Johannesburg World Summit on Sustainable Development
2002� yang telah memutuskan setiap negara diperlu membangunkan air dan memetik “Integrated Water Resource Management is a participatory planning and implementation process based on sound science which brings together stakeholders to determine how to meet society’s long term needs for water and coastal resources while maintaining intestinal ecological services and economic benefits�.

Oleh yang demikian Devamany berpendapat negara ini perlukan sati perancangan kecekapan air sebelum 2005.

Menurutnya, terdapat empat punca ketidakupayaan negara menangani pengurusan penawaran air tawar demi pembangunan lestari. Pengurusan air diagihkan di kalangan pelbagai sektor dan
Institusi yakni Jabatan Bekalan Air, Jabatan Parit dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pertanian, Jabatan Orang Asli, Tenaga Nasional Berhad dan juga Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

Ahli parlimen Cameron Highlands itu memberitahu penggunaan air di Malaysia dan juga di dunia, setiap tahun 12.5 hingga 14 bilion semeter padu warga dunia gunakan, dan pada tahun 1989,dan penggunaan per kapita global sebanyak sembilan ribu meter padu seorang setahun.

Pada 2025, jumlah tersebut akan jatuh kepada 5,100 meter padu akibat dari dua bilion penduduk yang akan bertambah di dunia pada masa itu dan akibat ancaman alam yang begitu dahsyat sekali.

Dalam hujahnya, Devamany berkata, pada tahun 1995, 31 negara menghadapi masalah kekurangan air dan water stress, tekanan air, kerana mereka gunakan air ini untuk banyak tujuan. Dan, seterusnya pada 2025, dianggarkan bahawa 48 negara akan menjadi mangsa dan sekiranya satu dasar yang begitu jelas sekali tidak dibuat, maka kita akan menghadapi satu keadaan yang serius.

Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan memberi bidang kuasa kepada kerajaan negeri atas air dan sumber air. Sebanyak 56 empangan bekalan air ada di Malaysia dan 11 empangan tadahan air diadakan.

Maka jumlah ini semakin berkurangan dan semakin diancam oleh sebab pelbagai aktiviti di punca-punca tadahan air ini. 98 peratus daripada air kita adalah daripada surface water resource, dengan izin, maka semakin hari semakin konflik berlaku.

Beliau mengambil contoh di Cameron Highlands, ketika kemarau dan berlaku perselisihan faham di antara petani akibat mahukan sumber air untuk pertanian mereka.

Atas pengalaman itu, kos pemuliharaan ini akan menjadi semakin tinggi.

Cadangan
Devamany mencadangkan supaya pertama, untuk menangani masalah ini penguatkuasaan perundangan yang sedia ada secara berkesan di peringat negeri dan Persekutuan perlu diadakan.

Pengkajian semula pada 1995 Akta Perancangan Bandar 1976 dan perlu diberi mandat kepada Jawatankuasa Pembangunan Negeri perlu diperkasakan.

Kekurangan tenaga dalam proses implementasi dan penguatkuasaan perlu juga ditambah kerana ini menjadi isu serius. Devamany memberi contoh perlaksanaan perundangan di peringkat Cameron Highlands yang sepatutnya perlukan 20 kakitangan, tetapi hanya mengandungi 5 lima orang.

“Dengan ada lima orang ini sahaja, maka kawasan yang begitu luas sekali tidak boleh dipantau atau dijaga dan pelihara,� katanya.

Beliau telah mencadangkan supaya adakan satu rangkaian yang menjaring antara agensi perlu
wujudkan dan diperkasakan.

Lantas, peranan Kementerian Pembangunan Sumber Asli dan Alam Sekitar perlu lebih agresif dalam merealisasikan matlamat ini.

Selain daripada itu, dalam merealisasikan implementasi integrated water resource management (IWRM) perlu dimantapkan secara berkesan kerana konsep-konsep yang telah dipersetujui di Johannesburg, suatu yang boleh diterima dan konsepnya begitu baik sekali, yang telah dikaji di dunia-dunia ketiga dan dunia sedang membangun.

“Maka saya menggesa kerajaan negeri supaya Green and Park Ordinance ini di mana kelulusan terpaksa diberi oleh Dewan Undangan Negeri bukan oleh EXCO Kerajaan Negeri untuk menjamin kepentingan kawasan-kawasan tadahan dan hutan – park. Maka kawasan-kawasan hutan boleh ditukar menjadi Taman-taman Negara, National Park, di mana ianya tidak akan diusik lagi oleh pihak-pihak yang tidak diingini.�

Beliau juga telah menggesa agar program rehabilitasi sungai yang tercemar perlu diadakan secara besar-besaran.

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com