Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Saturday, December 11, 2004

Acai Menjawab Kritik

Kecil sikit hati ini apabila menerima komen daripada seseorang yang tidak menyatakan namanya dalam Malaysia-Today. Dia ni mengutuk tulisan saya mengenai Akademi Fantasia yang menurut hemat saya lebih bersifat perkauman berbanding dengan rancangan realiti TV, Malaysian Idol.

Menurut katanya, saya sendiri tidak terurus, apakan lagi mengkritik seseorang itu bersifat perkauman. Saya anggap tanggapan itu tidaka da relevannya dengan artikel tersebut. Bagi saya, dia ini ialah seorng peminat fanatik rancangan Akademi Fantasia.

Dia juga mengutuk saya mengenai band yang saya uruskan tidak mempunyai arah yang betul - terutama sekali perancangannya.

Buat pengetahuan umum, setiap keputusan yang dibuat oleh Surtin Sound dibawa mesyuarat dan mendapat persetujuan oleh setiap anggota. Itulah kadang-kadang keputusannya tidak dapat diambil dengan segera.

Alhamdulillah, semalam story-lineuntuk video klip pertama telah dapat diselesaikan dengan bantuan pelukis bebas kenalan rapat kami, Haris dari Studio Kala Jingga.

Hari ini, saya telah membuat perjumpaan dengan Linus Choong (pengarah) supaya melihat dahulu cerita yang hendak digambarkan dalam video klip nanti.

Insya-Allah, lepas ini, kita akan bincangkan masa yang sesuai untuk memulakan pergambaran.

Dan saya sendiri akan bertindak sebagai penerbit.

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com