Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, April 27, 2005

Kes Patrice Fernandez vs MAS: Adakah patut?

Kes Patrice Fernandez vs MAS: Adakah patut?

Oleh; Faisal Mustaffa

DEWAN RAKYAT 30 Mac – Parlimen hari ini telah membawa kes pramugari MAS yang dipecat kerana melanggar perjanjian kolektif di antara majikan dan kesatuan sekerja hanya kerana membuat keputusan untuk beranak.

Kes itu telah dicabar sehingga ke Mahkamah Persekutuan dan mendapati bahawa undang-undang tidak menyebelahi Patrice Fernandez.

Mengikut terma-terma syarat yang terkandung dalam perjanjian kolektif, pramugari dikehendaki berhenti kerja pada umur 40 tahun manakala ketua pramugari bersara pada umur 45 tahun. Umur 40 tahun dikatakan tahap klimaks dalam hayat manusia. Kebanyakan orang hanya mampu
mencapai kecemerlangan dalam kerjaya mereka selepas mereka mencapai umur 40
tahun.

Selain itu mereka juga dihadkan untuk mempunyai dua anak sahaja. Mereka tidak diberi elaun
perubatan dan tidak dibayar gaji langsung bila mereka mengandung pada bulan ketiga sehingga bayi dilahirkan.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Kim berpendapat bahawa kekalahan Fernandez dalam kes tersebut tidak bermaksud bahawa syarat pekerjaan MAS itu betul.

Beliau berpendapat syarat pengupahan sedemikian bersifat diskriminasi pramugari MAS kerana mereka juga dihadkan untuk mempunyai dua anak sahaja. Selain daripada itu, mereka tidak diberi elaun perubatan dan tidak dibayar gaji langsung bila mereka mengandung pada bulan ketiga
sehingga bayi dilahirkan.

Ramai pramugari MAS pula tidak faham kenapakah kesatuan sekerja mereka bersetuju dengan syarat pekerjaan sebegitu, dan mereka berkata mereka tidak pernah dirunding sebelum perjanjian
bersama dimeterai.

“Tetapi kesalnya, MAS mengehendaki pramugarinya bersara pada tahap kecemerlangan mereka. Kerja apa yang boleh dilakukan oleh pramugari MAS selepas mereka bersara pada umur yang begitu muda khususnya mereka yang beranak dan perlu menanggung keluarga. Selain itu, kebanyakan syarikat swasta dan agensi kerajaan tidak ingin menggaji wanita yang berumur lebih daripada 40 tahun. Ini bermaksud, pramugari MAS ini terpaksa menganggur selepas mereka bersara. Apa yang mereka dapat hanyalah gratuity yang sebanyak RM15,000 sahaja,� hujah Teresa.

Beliau menambah bahawa cara pengurusan MAS menangani pengupahan pramugari itu bercanggah dengan prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kita.

“Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia ini, syarat pekerjaan yang berunsur diskriminasi ini sebenarnya hanya wujud di MAS dan bukan syarikat penerbangan yang lain.,� katanya lagi.

Umur persaraan bagi Air India ialah 57 tahun, bagi Japan Airlines pula umur bersara pramugari ialah 60 tahun.

Isu yang saya dibangkitkan itu dirasakan amat tidak adil bagi pramugari MAS kerana kalau mereka mula berkhidmat dengan MAS, misalnya pada umur 20 tahun, bila mereka bersara pada umur 40 tahun, mereka sebenarnya mempunyai lebih pengalaman untuk menjadi pramugari yang efisien.

Oleh yang demikian, Teresa berpendapat mereka tidak harus dibuang kerja bila mereka sampai umur 40 tahun lantas menyeru pihak Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat haruslah mendesak MAS untuk mengubah suai perjanjian kolektif yang berunsur diskriminasi ini.

 

 

Monday, April 25, 2005

Pakar cadangkan supaya kaum Melayu hantar anak-anak mereka ke Sekolah Cina

Pakar cadangkan supaya kaum Melayu hantar anak-anak mereka ke Sekolah Cina

Oleh: Faisal Mustaffa

DEWAN RAKYAT 30 Mac – Mata pelajaran Sains dan Matematik merupakan subjek yang memerlukan pemahaman konsep. Sekiranya kedua-dua mata pelajaran konsep ini
disampaikan oleh guru melalui bahasa Inggeris yang tidak difahami oleh murid-murid, maka
ia akan menjejaskan fahaman murid-murid terhadap kedua-dua mata pelajaran
tersebut.

Oleh yang demikian, lebih kurang 80% atau setengah juta pelajar Melayu akan keciciran dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut jika ia diteruskan.

Menurut Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Koh Suh Sim, Kenyataan Kongres Pendidikan Melayu telah mendapat perhatian yang serius daripada pihak kerajaan di mana Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan akan mengkaji pandangan Kongres Pendidikan Melayu tersebut.

“Sebenarnya adalah sangat susah bagi guru-guru di sekolah rendah untuk mengajar Sains dan Matematik dengan menggunakan bahasa Inggeris khususnya bagi guru-guru yang sendirinya kurang fasih dalam bahasa Inggeris. Guru-guru mengadu bahawa mereka tidak tahu sama ada mereka mengajar bahasa Inggeris, Sains atau Matematik kerana murid-murid ini langsung tidak faham bahasa pengajaran mereka kerana ramai murid kecil ini baru belajar alphabet A, B, C dalam Darjah Satu,� hujah Teresa.

Teresa memberitahu, sebelum dasar itu dilaksanakan, Dong Ziao Jong dan juga pakar pendidikan
cina dan masyarakat Cina, mereka sangat bimbang dan mereka membantah keras tentang dasar tersebut kerana mereka rasa ini adalah tidak praktikal dan tidak akan membantu murid-murid kecil untuk belajar Sains dan juga Matematik.

Menurut Teresa lagi, cara meningkatkan sesuatu bahasa bukan melalui pembelajaran Sains dan Matematik tetapi melalui kelas bahasa Inggeris yang mengajar tatabahasa ataupun grammar dan
perkataan baru.

Katanya, kerajaan China, Jepun dan Korea banyak menggalakkan rakyatnya belajar bahasa Inggeris tetapi mereka tidak melakukannya dengan memaksa murid-murid darjah satu untuk belajar Sains dan Matematik melalui bahasa Inggeris. Pendidikan merupakan asas untuk membela bangsa dan negara. Dasar pendidikan yang salah akan menjejaskan masa hadapan anak-anak kita dan menyebabkan generasi yang akan datang itu menjadi kurang kompetitif. Saya menyeru
kerajaan supaya mengambil langkah yang tegas dan pantas untuk meratifikasikan kesalahan pengajaran kita sekarang. Sebagai langkah untuk menyelamatkan masa hadapan generasi muda kita.

Beliau juga telah menarik perhatian Dewan dengan kertas kerja yang dibentangkan oleh seorang pakar pendidikan Melayu, Profesor Datuk Ishak yang terkenal di Kongres Pendidikan Melayu Kedua.

Datuk Ishak telah mencadangkan supaya kaum Melayu menghantar anak-anak mereka untuk belajar di Sekolah Rendah Cina demi menjamin masa hadapan mereka.

Beliau melaporkan dan berkata bahawa cara pengajaran guru-guru di Sekolah Rendah
Cina adalah lebih bersesuaian dengan murid-murid yang mempunyai kebolehan dan
kefahaman yang berlainan.

Semakin ramai ibu bapa Melayu kini menghantar anak-anak mereka belajar di Sekolah Rendah Cina tetapi Kementerian Pelajaran dan ahli politik Barisan Nasional masih enggan mengiktiraf fakta ini dan masih melaksanakan dasar yang didiskriminasikan terhadap Sekolah Rendah Cina dengan tidak memberi peruntukan dan latihan guru yang cukup kepada mereka.

“Sekiranya dasar ketidakadilan ini diteruskan maka akhirnya murid-murid Melayu yang belajar di
Sekolah Rendah Cina pun akan menjadi mangsa dalam dasar yang berunsur diskriminasi ini,� jelas Teresa lagi.

 

 

Friday, April 22, 2005

FINAS mahu dikembalikan kepada Kementerian Penerangan

Oleh: Faisal Mustaffa

DEWAN RAKYAT 20 April – Filem Nasional (FINAS) yang dahulunya terletak di bawah Kementerian Penerangan namun kini telah beralih kepada komersil dan kini di bawah penguasaan Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan.

Tetapi, memandangkan FINAS kini mengeluarkan filem-filem yang berundurkan komersial seperti Tin Jei Bin yang tidak nampak kepentingannya dan tidak faham apa ceritanya
berbanding daripada patriotik, Kementerian Penerangan tidak dapat mengawal lagi aktiviti FINAS. Tin Jei Bin memaparkan kisah seorang gadis yang mengajak teman lelakinya tinggal bersama di satu apartmen bagi menjimatkan sewa rumah.

Oleh yang demikian, bagi mengenalpasti aktiviti sebenar yagn sepatutnya ditonjolkan oleh FINAS, Parlimen telah diminta meminda balik perletakan FINAS kepada Kementerian Penerangan.

Perkara ini yang dinyatakan oleh Mohamad Shahrum bin Osman yang telah dibantah oleh Dato’ Dr. Wan Hashim bin Wan Teh yang berpendapat bahawa Kementerian Kebudayaan juga mampu untuk menjadikan FINAS melahirkan sesuatu yang boleh kita harap budaya patriotik melalui penerbitan filem-filem seperti Embun, Paloh dan sebagainya termasuklah Kanang anak Langkau yang sekarang ini terbengkalai sepuluh tahun manuskripnya di FINAS.

Sebelum itu, Dato’ Dr. Wan Hashim bin Wan Teh telah membawa sirit patriotik yang telah diberhentikan tayangannya.

Menurut Wan Hashim, beliau telah mengikuti siri tersebut dari minggu ke minggu dan dihentikan di pertengahan jalan. Beliau menganggap siri tersebut cukup baik .

Wan Hashim mencadangkan agar Filem Negara menerbitkan rancangan muzikal seperti Dato’ Onn yang dipentaskan di Istana Budaya mengenai “Merdeka, merdeka, merdeka!�, teater yang telah disiarkan selama lima jam di Istana Budaya dan telah diadaptasikan menjadi siri untuk
televisyen dan banyak lagi cerita seperti Peristiwa di Sungai Sumur, di Gua Musang, Kalabakan juga, di mana para patriot terkorban oleh pengganas komunis.

Fong Po Kuan pula telah membangkitkan filem “Sepet� yang telah menerima anugerah produksi yang mendapat kurang pendedahan kepada warganegara Malaysia.

Dato’ Dr. Wan Hashim bin Wan Teh menjelaskan, Sepet mengandungi adegan ranjang yang menunjukkan aksi pergomolan di atas katil. Adegan yang lain pula menayangkan adegan seorang lelaki yang berpakaian seluar dalam sahaja mengejar isterinya.

“Tetapi ceritanya biasa sahaja saya rasa, tetapi dianggap istimewa oleh orang luar negara.
Tidak apalah, kita terima pandangan luar negara, barangkali berbeza. Ini belum masuk festival kita lagi. Kita tidak tahu mungkin dia menang. Sudah terjawab ya? Jadi tengoklah filem “Sepet� itu, ada sedikit sebanyak keistimewaannya dan dengan bahasanya yang cacamarba, campur aduk, tidak ada identiti nasional sebenarnya,� kata Wan Hashim lagi.

 

 

Seri Angkasa memalukan

Oleh: Faisal Mustaffa

DEWAN RAKYAT 20 Mac – Acara ‘Malam Anugerah Seri Angkasa’telah dikritik di Parlimen hari ini kerana dianggap amat memalukan dan mencemarkan jati diri dan budaya kita. Acara yang dipersembahkan itud dikatakan tidak melambangkan kebudayaan masyarakat Malaysia.

Perkara ini telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Gerik, Dato' Dr. Wan Hashim bin Wan Teh yang mengatakan acara tersebut yang tidak ubah seperti pameran di sebuah kelab malam di Los Angeles ataupun di Las Vegas dengan pakaian yang tidak sopan.

Wan Hashim berpendapat acara tersebut sepatutnya mempamerkan budaya negara ini seraya memberitahu bahawa negara ini sepatutnya membanggakan tarian seperti Zapin, Inang, Joget, Kuda Kepang, Ulit Mayang, Dabus, Sumazau, Canggung dan banyak lagi.

Beliau juga menyentuh mengenai tarian-tarian daripada filem lama yang sepatutnya dikenangkan terutama dalam acara sedemikian seperti dalam filem Tualang Tiga, Tudung Periuk, Mak Inang, Sirih Pinang, Sekapur Sirih Seulas Pinang, Mantera Semerah Padi, Joget Tari Lenggang dan sebagainya.

Wan Hashim telah memuji usaha yang dilakukan oleh artis Siti Nurhaliza dan Kerajaan Negeri Johor,khususnya kepada Yayasan Warisan Johor yang memperagakan seni budaya zapin dan Kuda Kepang di Royal Albert Hal.

Perkara ini, kata Wan Hashim sepatutnya selaras dengan pemupukan budaya tinggi, nilai murni dan bersopan santun ataupun ringkasnya pembinaan jati diri bangsa Malaysia. Kempen tersebut seolah-olah dibebankan ke atas bahu sebuah kementerian sahaja, iaitu Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Beliau berpendapat perkara tersebut harus dipikul dan menjadi tanggungjawab bersama termasuk kementerian-kementerian lain juga, seperti Kementerian Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan dan terutama sekali Kementerian Penerangan yang mempunyai kedudukan yang istimewa untuk menyampaikan segala mesej secara terus kepada rakyat jelata.

Justeru, beliau telah menyarankan agar saluran 1 RTM itu diberi fungsi yang khusus dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan memikul tugas utama untuk memupuk budaya dan jati diri kebangsaan ataupun nasional termasuk aspek seni budaya, sukuan, para warga Malaysia lainnya.

“RTM 1 sepatutnya tidak jadi wahana untuk menyiarkan siaran-siaran yang disponsor oleh para iklan yang lebih mengutamakan keuntungan daripada apa yang dipamerkan. Tentunya kita akan ingin melihat theater yang mempunyai ciri-ciri patriotisme seni tari kita, theater novel, lagu-lagu puisi dan begitu juga siri-siri perjuangan seperti insurgency malah sebuah skrip Kanang anak Langkau yang hari ini terbiar kenapa kita tidak membuatnya sebagai satu siri,� ujarnya lagi.

 

 

Monday, April 18, 2005

IPTA tidak mahu berikan program mereka ke IPTS

Oleh: Faisal Mustaffa

DEWAN RAKYAT 30 Mac – Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini dikatakan tidak mahu menawarkan program-program sarjana muda mereka kepada Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menyebabkan program-program pembelajaran dari negara-negara luar tumbuh dengan banyaknya.

Dato' Suhaili bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Labuan mengkritik Kementerian Pengajian Tinggi mengenai polisi yang digunapakai yang mempromosikan ataupun menawarkan ijazah-ijazah luar negara.

“Jika ini berterusan bermakna Malaysia menjadi pusat untuk memiliki pendidikan murah kerana untuk mendapatkan ijazah daripada Universiti Nottingham jika ianya di UK mungkin kita akan berbelanja beratus-ribu ringgit. Tetapi jika dibuat di Malaysia mungkin kosnya tidak sampai separuh daripada apa yang hendak kita belanjakan,� ujarnya.

Beliau berpendapat jika persepsi ini berterusan, usaha negara ini untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan global nampaknya tidak akan menjadi reality kerana pada fahamannya, negara ini patut mempromosikan ijazah-ijazah daripada Universiti Malaysia, UMS, UUM dan sebagainya untuk pelajar-pelajar yang datang daripada luar
negeri kerana mengiktiraf ijazah-ijazah ataupun sistem pendidikan kita yang sedia ada.


Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar bin Radin juga bersetuju dengan cadangan tersebut dengan berhujah bahawa beliau tidak pernah melihat negara ini memfrancaiskan sekolah pendidikan kita seperti Universiti Kebangsaan atau Universiti Malaya di luar negara, bahkan kita sentiasa mengimport dari negara-negara luar, sedangkan kualiti pendidikan universiti-universiti ini begitu berkualiti.

“Saya juga bimbang pada hari-hari kebelakangan ini saya melihat terlalu mudalah
untuk mendapat ijazah diploma ini, tiga bulan boleh dapat ijazah! Saya pun tidak faham
daripada sekolah mana dia menerima ijazah ini. Saya minta Kementerian Pendidikan
supaya meneliti sebab ini amat memudaratkan dan memalukan negara kita sehingga seorang keluar negara selama tiga bulan apabila balik dapat degree. Saya tidak tahu
apa jenis pelajaran yang dia pelajari,� katanya lagi.

Bung Moktar juga menyentuh mengenai mempertimbangkan umur saraan professor dari 56 tahun dilanjutkan seperti hakim ke 60 tahun, kerana menurut beliau pesara-pesara yang berumur 56 tahun ini masih lagi muda.

Dato' Suhaili bin Abdul Rahman menyambut sokongan tersebut dengan mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi supaya menasihatkan universiti-universiti tempatan mempromosikan lebih degree-degree mereka kepada IPTS-IPTS yang ada di negara ini.

“Saya pernah berbincang dengan beberapa orang yang pada hari ini telah diupgrade menjadi kolej universiti, mereka kata mereka hendak buat degree untuk UM, UUM, Universiti Sains dan sebagainya, tetapi mereka kata universiti-universiti tidak mahu menawarkan degree-degree mereka dibuat. Tetapi bagaimana pula dengan universiti lain daripada luar negara yang masuk macam cendawan satu demi satu setiap tahun. Itu tidak termasuk lagi universiti-universiti yang
cuma pakai daftar di Amerika dan di Ireland dan sebagainya mempromosikan Masters
satu Malaysia ini.�

 

 

Thursday, April 14, 2005

Moral itu adalah Hak Milik Tertentu?

Oleh: Faisal Mustaffa

DEWAN RAKYAT 30 Mac – Parlimen hari ini telah membangkitkan isu moral yang kebelakangan ini telah banyak diperkatakan oleh banyak pihak, individu, nahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob telah memlulakan perbincangan dengan memberi pendapat bahawa sekarang ini ada terdapat dua aliran pemikiran mengenai moral; satu mengatakan bahawa soal moral adalah soal peribadi manakala satu lagi aliran pemikiran mengatakan soal moral adalah soal yang melibatkan juga perundangan, iaitu perlu ada undang-undang untuk menyekat keruntuhan moral dan sebagainya.

Menurut ahli Parlimen Jerai, Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin pula, undang-undang itu harus dijaga kerana negara ini, negara Islam.

“Kita tidak boleh tunjuk moral rakyat kita ini begitu teruk sedangkan kita adalah negara Islam.
Jadi, kalau kita kata moral itu adalah hak milik tertentu, jadi kita tidak perlu ada penjara, tidak perlu ada hakim. Ikut sukalah. Kalau orang itu hendak berjalan tidak pakai baju, tidak pakai seluar biar pi kat dialah, itu hal dia. Kita mahukah tengok macam itu? Kita mahukah tengok satu hari nanti lelaki dengan lelaki pegang tangan lembut dok bergolek punggung,� kata Badruddin.

Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan pula telah tidak bersetuju dengan pendapat tersebut dengan mengatakan bahawa era globalisasi IT kita masih menggunakan undang-undang bagi
menguatkuasakan akhlak dan moral individu kita ketinggalan.

“Yang pentingnya adakah Yang Berhormat setuju ialah kekuatan iman dari dalaman bukan sampai hendak adakan undang-undang pergi tangkap orang. Apakah garis panduan kita perlu gunakan, pakaian ini senonoh atau tidak senonoh. Ini bergantung kepada individual. Kita tidak patut menggunakan undang-undang untuk penguatkuasaan sebab setiap seorang pegawai penguat kuasa mempunyai pandangan yang berlainan. Cara saya pakai ini ada yang kata tidak elok,
ada yang kata elok,� kata Fong lagi.

Fong memberi contoh mereka yang memakai pakaian dan juga pegawai yang tidak sensitif
langsung, yang tidak up to date dengan trend orang muda.

Yang penting, menurut Fong, ialah individu diajar bagaimana menjaga maruah diri. Bagaimana berpakaian yang sesuai untuk menghadiri jamuan yang sesuai atau ke tempat yang sesuai.

Berikut ialah perdebatan yang berlaku di kalangan Fong Po Kuan (DAP) dan Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin (BN):

Cik Fong Po Kuan: Jadi, Yang Berhormat saya rasa Yang Berhormat ketinggalan dari segi mental dan tidak up to date dengan keperluan generasi muda ini dan tidak sensitif langsung. Jadi Yang Berhormat, saya pohonlah kalau orang muda tidak kira apa kaum pakai yang tidak berlengan sleeveless atau spaghetti straight, apakah pandangan Yang Berhormat mengenai pakaian sedemikian?

Beberapa Ahli: Seksi!
Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Sudah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sudah.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Okay.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Duduk Seputeh!

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Terima kasih, terima kasih.
Cik Fong Po Kuan: So, what is the yardstick?

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Sudahlah itu. Okaylah.

Cik Fong Po Kuan: Jadi tidak patutlah ada undang-undang.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Yang Berhormat, sudahlah saya sudah bagi peluang.

Cik Fong Po Kuan: Inilah masalah…..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup, cukup!

Cik Fong Po Kuan: …..negara tidak boleh maju. Inilah…..

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: [Menyampuk dalam bahasa Mandarin]

Cik Fong Po Kuan: Ini warga tua ini…..

Seorang Ahli: Woi! Menghina, menghina. Jerai menghina ini.

Seorang Ahli: Siapa yang cakap ini?

Cik Fong Po Kuan: Tadi Yang Berhormat punya rakan pun macam itu.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Seputeh cukup.

Cik Fong Po Kuan: Saya hanya ambil separuh dari masa itu.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Duduklah.

Cik Fong Po Kuan: Ini jagalah…..

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: [Bercakap dalam bahasa Mandarin]

Cik Fong Po Kuan: …..jaga sikaplah. Jaga sikaplah.
Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: [Bercakap dalam bahasa Mandarin] Inilah Tuan Yang di-Pertua, saya bagi peluang pada dia, dia marah sama saya. Inikah budi bahasa?
[Dewan menjadi gamat seketika]
Macam inikah budi bahasa? Saya baik, saya lembut tetapi keras dalam perjuangan.
[Dewan menjadi gamat dengan ketawa]
Jadi Yang Berhormat macam ini, undang-undang peribadi. Okay kalau macam itu Yang Berhormat Batu Gajah kata, kalau kawan itu pergi bunuh anak ataupun adik Yang Berhormat kerana moral dia itu teruk, Yang Berhormat kata ini tidak payah guna
undang-undang.

Cik Fong Po Kuan: Yang Berhormat, mohon penjelasan.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Duduk, duduk. Ini siapa bagi jalan?

Cik Fong Po Kuan: Yang Berhormat jangan bagi ekstrem. Bunuh itu adalah jenayah.
Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Saya tidak bagi jalan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Seputeh, Seputeh dia tidak bagi.

Cik Fong Po Kuan: Sekarang saya kata pakaian.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Batu Gajah dia tidak bagi, tidak bagi. Sila duduk.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Yang saya pertikaikan…..

Cik Fong Po Kuan: [Terus bercakap tanpa menggunakan mikrofon]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Batu Gajah kena ikut peraturan. Batu Gajah sila duduk.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Okay duduk Yang Berhormat. Kemudian kita hendak tahu Tuan Yang di-Pertua, negara kita negara Islam.

Tuan Mohamad Shahrum bin Osman: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Lipis, Lipis bangun Yang Berhormat.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Sat, sat. Bagi saya habis geram dahulu.

Tuan Mohamad Shahrum bin Osman: [Ketawa]

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Negara kita negara Islam. Dalam Islam tidak boleh lelaki dan perempuan bukan mahram berpegang-pegang tangan, berjalan-jalan begitu haram dari segi Islam. Kita gunakan yang ini al-Quran kata! Dalam al-Quran mengatakan haram. Tidak boleh kalau bukan mahram kita pegang-pegang dan berpeluk-peluk. Jadi, yang ini undang-undang Islam yang kita kena buat dan kita kena jaga akhlak umat Islam di negara kita. Saya tidak kacau kalau Batu Gajah hendak pakai bikini, pakailah. You punya pasal, saya tidak marah. Kalau saya geram, saya tengok tempat lain saya tidak tengok Yang Berhormat.

Beberapa Ahli: [Ketawa]

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Habis cerita kerana budi bahasa dan moral saya baik. Tetapi adakah kita bermoral kalau anak muda yang sepatutnya ada di rumah pukul tiga, empat pagi mabuk dengan dadah dan sebagainya, dan kerajaan hendak biarkan benda ini? Ini salah. Kerajaan bertanggungjawab, kalau kerajaan biarkan walaupun tanggungjawab moral adalah tanggungjawab ibu bapa dan tanggungjawab individu itu sendiri. [Tepuk] Sebab itulah kita ada Dewan Rakyat, Parlimen dan Dewan Negara untuk gubal undang-undang bagi memastikan rakyat kita jangan jadi barbarian, rakyat kita jangan jadi orang hutan, jangan jadi orang zaman batu dulu tidak pakai baju,
tidak pakai seluar. Saya tidak kisah, apa salah .... dia orang kata itu kompelin fasal pergi tangkap tiga orang model yang membuat fashion show, apa cakap fasal moral kalau dia sendiri boleh naik atas pentas, tunjuk punggung, tunjuk dada kepada orang. Moralkah itu? Apabila pegawai penguat kuasa .... okay, mungkin cara tangkapan itu agak silap tetapi itu pentadbiran, boleh diperbetulkan. Tetapi pada hakikatnya, tidak boleh kita pinda undang-undang Allah, undang-undang Al-Quran untuk menyesuaikan dengan zaman pada hari ini. Yang itu, no way yang kita boleh ubah. Saya pertahankan yang itu fasal kita kena pertahankan kerana kalau tidak teruk di akhirat kelak. [Ketawa]

Tuan Haji Ismail bin Noh: Duduk, saya bangun.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat bagi Pasir Mas.

Tuan Haji Ismail bin Noh: Saya setuju lebih daripada 100 peratus saya setuju.
[Tepuk]

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat bagi Pasir Mas, terima kasih.

Tuan Haji Ismail bin Noh: Tetapi dengan syaratnya biar sungguh-sungguh.
Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Anak-anak tak adakah?
[Ketawa] Banyak ceritanya. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Pasir Mas, sila duduk.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Jadi, penguatkuasaan ini, tidak mengapalah, kita train. Saya minta pegawai-pegawai penguat kuasa kerajaan latihkan. Depa sudah buat kerja elok dah, kadang-kadang pegawai tidak cukup dan sebagainya.

Cik Fong Po Kuan: Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Batu Gajah, apa lagi Batu Gajah?

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Ya. Tak kan minta jalan macam ini dengan saya. Tidak boleh, macam ini.
[Menunjukkan gaya kepada Yang Berhormat Batu Gajah] Duduk Yang Berhormat, duduk. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Batu Gajah, dia tidak bagi Batu Gajah, sila duduk.

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Saya bukan marah. Yang datang jumpa kita baru-baru ini, dia tidak ditrain. Tidak mengapa, benda tidak betul, rujuk. Kalau hal Islam, rujuk kepada mufti-mufti, rujuk kepada badan-badan Islam, badan-badan agama yang ada, rujuk sebelum kita buat sesuatu tindakan. Kita tidak mahu anasir-anasir luar memperalatkan organisasi-organisasi, NGO dalam negara kita ini untuk mencapai matlamat mereka. [Tepuk] Pada zaman sekarang ini, macam-macam boleh berlaku, dia boleh berlaku macam-macam. Bukan kita memandang serong tetapi kita hendak beri tahu kepada mereka supaya mereka jangan terperangkap di dalam agenda-agenda yang cuba hendak memecahbelahkan umat Islam dan rakyat majmuk di dalam negara kita ini.

 

 

Jadikan isu Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam satu pengajaran

Oleh: Faisal Mustaffa

DEWAN RAKYAT 30 Mac – Kes pemusnahan alam sekitar seperti yang berlaku di Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam di Shah Alam baru-baru ini diharapkan tidak berulang dan menjadi pengajaran pahit kepada semua pentadbir dan semua jabatan.

Tindakan atau langkah-langkah yang drastik untuk mengubah sikap mestilah diambil dan juga
pemaju-pemaju yang didapati bersalah mestilah disenaraihitamkan dan tidak ada tolak
ansur dalam hal ini.

Ahli Parlimen Segambut, Dato’ Dr. Tan Kee Kwong memberitahu, sungguhpun cadangan itu baik tetapi syarat-syarat itu sangat ketat dan negara sudah pun mempunyai cukup banyak garis panduan dan arahan.

“Apa yang mustahak ialah kawalan yang baik dan kita tidak perlu tambah banyak syarat lagi,� katanya.

Tan Kee Wong berpendapat sebarang pembangunan mesti mendapat kelulusan daripada Jabatan Mineral dan Geo Sains serta Jabatan Alam Sekitar dan juga meminda Undang-Undang Alam Sekitar yang lapuk dengan mengenakan hukuman penjara bukan sahaja saman, tetapi hukuman penjara kepada pemaju-pemaju yang melanggar peraturan dan menghentikan semua kontrak kerajaan yang telah diwartakan.

“Seperti contoh, saya ingat sekarang kalau katakan rumah teres dua tingkat di kawasan Lembah Klang boleh dijual lebih kurang 400 ribu dan kalau you denda dia, RM50 ribu sebuah rumah, pemaju boleh untung RM200 ribu. Kalau you denda dia RM50 ribu, “Tidak ada apa-apa masalah� tetapi you bagi peluang dan siapa yang bersalah, director-director yang berkenaan masuk penjara, itu yang dia takut,� tambah Tan.

Apa yang menyedihkan, menurut Tan ialah taman itu telah diluluskan oleh Kabinet untuk dijadikan Taman Botani Negara. Taman agro perhutanan tersebut di dunia menjelang tahun 2007 kini menghadapi kesan alam sekitar yang dahsyat.

Sebab-sebab utama perkara ini terjadi ialah pemberian tanah yang telah dipecah-pecahkan kepada 35 pemaju swasta itu akan mewujudkan pembangunan yang tidak terancang, teratur dan kesan alam sekitar yang tidak terkawal.

Berdasarkan penyiasatan Utusan Malaysia, beberapa maklumat berjaya dikumpulkan seperti berikut;
• pembangunan dijalankan sesuka hati,
• tidak ada perancangan yang bersatu padu antara 35 pemaju yang
diberi hak milik ke atas tanah-tanah itu,
• pemaju-pemaju hartanah menjalankan kerja tanpa kelulusan
daripada Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar, EIA;
• tanah dan bukit dipotong untuk memaksimumkan pembangunan
dan keuntungan;
• tanah kecerunan melebihi 35 darjah turut dipotong sedangkan ia
tidak boleh dibangunkan - tindakan yang boleh mengenai
kemusnahan ekologi.


Tan telah meminta agar siasatan dan hukuman mesti diambil ke atas sesiapa yang didapati menjejaskan alam sekitar.

Beliau telah menyentuh peruntukkan greenland seluas 90 ekar yang telah diberikan oleh Kerajaan Pusat untuk didirikan Pusat Penyiaran Asia (Asian Broadcasting Centr) sebagai persediaan untuk Sukan Komanwel 1998.

Pusat Penyiaran yang kini merupakan ‘gajah putih’ itu telah didirikan berdekatan Angkasapuri yang berhampiran dengan Lebuhraya Persekutuan.

Tan telah menggesa agar Kerajaan Pusat mengambil semula tanah seluas 96 ekar ini dan menjadikannya sebagai tanah lapang atau (greenland) untuk generasi yang akan datang.

“Sebagai bekas Timbalan Menteri Tanah, saya mengetahui bahawa kerajaan telah memperuntukkan ini dengan tujuan tertentu dan sudah semestinya tanah ini digunakan untuk tujuan yang telah ditentukan oleh kerajaan,� ujarnya.

“Selepas lebih kurang sepuluh tahun, tanah ini sudah tidak diperlukan untuk pembinaan Pusat Penyiaran maka kerajaan berhak mengambil semula tanah yang telah diperuntukkan ini,� tambahnya lagi.

Perkara ini dianggap terlalu serius sehingga wakil Parlimen Putatan, Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh telah mencadangkan kepada Dewan Rakyat supaya memperketatkan
undang-undang bersabit dengan alam sekitar.

Marcus menerangkan keadaan di Sabah di mana kebanyakan tanah perhutanan di situ mempunyai beberapa kampung dan penduduk desa yang mengusahakan tanah-tanah pertanian secara berpindah-randah.

“Kebanyakan daripada mereka itu tinggal di bukit-bukau yang mengusahakan tanah-tanah mereka
Di lereng bukit yang ditegah oleh beberapa jabatan kerajaan, misalnya bukit yang berstruktur lebih daripada 30% ketinggian,� kata Marcus pula.

Mereka ini, menurut Marcus hanya berharap kepada hasil pertanian.

Memandangkan mereka ini orang-orang miskin, petani-petani ini mengharapkan kepada hasil pertanian sahaja. Mereka ini telah ditinggalkan, dibakar dan didiskriminasi.
.

Menurut jawapan Dato’ Dr. Tan Kee Kwong, siapa yang menjejaskan alam
sekitarnya, mesti disiasat dahulu dan dihukum sebab tanah atau hutan itu satu harta
yang diharapkan generasi yang akan datang dapat manfaatnya.

 

 

Wan Azizah tidak diberi peluang berhujah balas mengenai isu PATI

Oleh: Faisal Mustaffa

DEWAN RAKYAT 30 Mac – Ahli Parlimen Papar, Puan Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin telah mengambil kesempatan di Dewan Rakyat untuk menyerang Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atas kenyataan beliau yang mengatakan perbuatan ini adalah akibat kesombongan pemimpin kita dan beliau pergi lebih jauh lagi dengan mengatakan laungan yang sama akan berkumandang jika pemimpin-pemimpin kita meneruskan perbuatan mereka.

Rosnah menambah, “Kita hulurkan tangan, lapangkan hati dan luangkan pendengaran dengan
ikhlas, atas naluri dan nama kemanusiaan atau apa saja asalkan itu dapat memberi kelegaan kepada derita dan jerih mereka. Tetapi belum pun air mata kita kering untuk rakyat Indonesia di Aceh, kita tersebak pula dengan gelagat angkuh rakyat Indonesia di Jakarta dan Sulawesi. Bukan sahaja bendera kita dirobek dibakar, malah kita dimomokkan dengan laungan ‘Ganyang Malaysia’, iaitu teriakan yang mengimbau memori pahit dan detik hitam yang telah melihat darah mengalir di sempadan Malaysia -Indonesia di Sabah, sekitar waktu pembentukan Malaysia.�

Berikut adalah situasi yang berlaku:

Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail: [Bangun]

Puan Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin: Tuan Yang di-Pertua, terasakan seolah-olah masih hangat lagi tangan kita selepas memaut seseorang yang hampir lemas, kepala kita pula dipukul oleh ahli keluarga si mangsa.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang
Berhormat. Yang Berhormat Permatang Pauh, bangun.

Puan Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin: Silakan.

Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail: Terima kasih, ya. Saya ingin hendak bertanya kepada Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat sedar bahawa setengah pekerja-pekerja yang datang, yang telah bekerja dan apabila tarikh tempoh habis, dikategorikan sebagai pekerja tanpa izin dan telah disebat dan mereka kalau dalam masa disebat itu pergi bertemu dengan bekas banduan dan memohon kerana mencari rezeki yang halal di sini, mereka telah disebat. Yalah memang kategorinya mereka adalah pendatang tanpa izin tetapi sebelum dikategorikan pendatang tanpa izin, mereka adalah pekerja. Apabila tempoh habis mereka dikategorikan sebagai pendatang
atau PATI. Tetapi dengan sebatan itu, Malaysialah sahaja negara yang sebat mereka.

Jadi, kalau orang Malaysia pergi sebagai pendatang tanpa izin di negeri lain, bila ditangkap disebat, itu adalah salah satu daripada reason, sebab, kenapa saya katakan
mereka sombong. Okey?

Puan Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin: Jika, Yang Berhormat bagi Permatang Pauh menyuarakan ketidakadilan dari segi pelaksanaan undang-undang negara kita, saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah hanya kerana ini, wajarkah Yang Berhormat menghukum dengan mengatakan pemimpin-pemimpin kita sombong dengan cara mereka mengendalikan kes perhubungan Indonesia dan Malaysia ini, dengan mengatakan bahawa Yang Berhormat saya lihat telah menghukum pemimpin-pemimpin kita dengan hanya menyaksikan satu kes yang berkecuali seperti ini.

Tuan Haji Idris bin Haji Haron: [Bangun]

Timbalan Menteri Pertahanan [Dato’ Zainal Abidin bin Zin]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Tangga Batu.

Timbalan Menteri Pertahanan [Dato’ Zainal Abidin bin Zin]: : Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan. Saya ingin memberi penerangan sedikit, ya.

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, saya ingat jangan kita kelirukan penerangan yang dibuat oleh Yang Berhormat bagi Permatang Pauh kerana saya waktu dalam Kementerian Dalam Negeri, saya tahu proses ini. Pendatang tanpa izin ini memang dia masuk ke dalam negara kita tidak ada izin. Bukan setelah di izin kemudian menjadi pendatang tanpa izin. Itu satu, daripada awal dia tidak ada izin dan dia memang tidak mendapat keizinan. Maka dia melakukan pekerjaan atau pun kebenaran tinggal adalah tidak ada, maka dia menjadi pendatang tanpa izin. Undang undang yang dijatuhkan kepada pendatang tanpa izin telah dibentangkan dalam sini, iaitu dengan
undang-undang yang dijatuhkan di mahkamah, bukan setelah ditangkap terus disebat, itu peraturan yang ada.

Dan, undang-undang ini tidak di buat oleh pemimpin, seperti kata, hujah dalam ucapan oleh Yang Berhormat bagi Permatang Pauh. Penonjolan fakta ini adalah tidak benar kerana semua undang-undang setelah kita bentang dalam Dewan ini dipersetujui, sama ada rakyat dalam negeri ini atau pun rakyat asing, pendatang yang berizin, pendatang tanpa izin adalah dengan peraturan yang ada. Jangan jadikan hujah sebagai satu yang mengelirukan, yang menjadikan negara ini lebih buruk daripada jangkaan orang, kerana cakapan daripada rakyat dalam negara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya perkara ini tidak ditimbulkan kerana peraturan yang kita buat adalah halal.

Beberapa Ahli: [Tepuk]

Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Pematang Pauh.

Puan Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan ucapan saya dengan mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Walaupun barangkali ada pihak yang mengatakan bahawa ini adalah dua isu yang berbeza dan perlu dipisahkan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ada dua Ahli Yang Berhormat bangun.

Puan Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin: Saya ingin meneruskan ucapan
saya...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Permatang Pauh dengan.....

Puan Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin: ...dan kita harus akur dengan pulangan yang disediakan oleh Indonesia kepada kita tetapi sebagai manusia yang punya perasaan, rakyat Malaysia mempunyai sebab untuk merasa terguris dan tersinggung. Alhamdulillah sebagai rakyat yang rasional kita tidak memberi reaksi balas yang bersifat api dengan api dan inilah pendekatan kerajaan kita yang harus dipuji.

Memang benar permohonan maaf telah disampaikan oleh salah seorang wakil Kerajaan Indonesia walaupun wakil tersebut mengisytiharkan di hadapan Parlimen Indonesia bahawa tindakan memohon maaf tersebut tidak lebih daripada sekadar dengan maksud diplomatik.

Wakil tersebut sehingga membuat perbandingan dengan berkata bahawa di ambang Amerika terlibat dengan...

Dato’ Ghazali bin Ibrahim: [Bangun]

Tuan Haji Idris bin Haji Haron: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.

Puan Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin:...Perang Dunia Kedua...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Padang Terap dan Yang Berhormat bagi Tangga Batu.

Puan Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin: Saya ingin meneruskan ucapan saya. …….

Rosnah telah mengabaikan arahan Timbalan Yang di-Pertua untuk memberi laluan kepada Wan Azizah utuk membidas kembali kenyataan tersebut tetapi Ahli Parlimen Papar itu terus berhujah ke isu yang lain.

 

 

Saturday, April 09, 2005

Lupakan saja pilihan raya Kerajaan Tempatan dan suruhanjaya Athinahapan

Oleh: Faisal Mustaffa

DEWAN RAKYAT 30 Mac – Kerajaan tidak akan mewujudkan semula semula sistem pilihan raya bagi Kerajaan Tempatan dan suruhanjaya Athinahapan sejak ia dibekukan pada tahun 1965.

Meskipun sistem pilihan raya tidak lagi diadakan di PBT, namun di bawah Seksyen 10 Akta 171, Ahli Majlis diwujudkan sebagai badan penggubal, perancang dan pelaksana dasar sesebuah PBT.

Seksyen tersebut telah menetapkan syarat-syarat dan kelayakan yang perlu dipenuhi bagi pelantikan Ahli Majlis. Antara syarat utama ialah:
(i) pemastautin tetap di kawasan PBT,
(ii) mempunyai pengetahuan luas dalam hal ehwal kerajaan tempatan,
(iii) telah mencapai kejayaan membangga dalam sesuatu profesion serta mempunyai kebolehan untuk mewakili kepentingan sesuatu kaum dalam kawasan PBT.

Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Azizah binti Mohd. Dun memberitahu bahawa meskipun sistem pilihan raya tidak lagi diadakan di PBT, namun di bawah Seksyen 10 Akta 171, Ahli Majlis diwujudkan sebagai badan penggubal, perancang dan pelaksana dasar sesebuah PBT.

Berkaitan dengan pertuduhan yang selalu diterima daripada rakyat adalah Ahli Majlis
Kerajaan Tempatan yang dipilih oleh kerajaan tidak mempunyai kelulusan yang tinggi,
lembap dan tidak bermotivasi kerana mereka telah dibenarkan berkhidmat terlalu lama, Azizah berkata Kerajaan mempunyai penuh keyakinan dan kepercayaan kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk melantik mereka yang berkelayakan untuk menjadi wakil di dalam Majlis-majlis Daerah ataupun Majlis-majlis Perbandaran.

“Saya rasa ini tidaklah satu perkara yang sepatutnya ditimbulkan,� ujar Azizah.

Beliau menambah, “berkenaan dengan kelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia, sekali lagilah saya katakan bahawa kementerian atau kerajaan berasa penuh keyakinan dengan kerajaan-kerajaan negeri melantik mereka yang mempunyai kebolehan untuk mewakili kerajaan negeri ataupun masyarakat di kawasan PBT yang berkenaan.�

Berkaitan dengan Suruhanjaya Athinahapan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak berpandangan bahawa ada keperluan untuk menubuhkan lagi apa-apa suruhanjaya kerana pihak kementerian menurut Azizah, sentiasa mengambil tindakan untuk mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak berkuasa tempatan dan sentiasa melakukan perkara-perkara untuk menambah baik kerja-kerja yang dilakukan ataupun pentadbiran di peringkat Kerajaan Tempatan.

Menurut Dr. Tan Seng Giaw yang juga telah mengutarakan soalan tambahan berkenaan suruhanjaya tersebut, sejak tahun 1969 sehingga sekarang sudah lebih 30 tahun dan tambah pula kita hendak tahu apakah sebenarnya telah berlaku dengan lebih 150 PBT ini.

“Kita hendak tahu sebab apa tiap-tiap kali kita ada Rancangan Malaysia Ketujuh, Kelapan dan mungkin Kesembilan pun hendak mengkaji semula PBT, hendak mengadakan dasar dan pelaksanaan yang komprehensif,� kata Tan Seng Giaw.

 

 

Friday, April 08, 2005

Patani Darussalam, Here I Come !

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com