Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Saturday, April 09, 2005

Lupakan saja pilihan raya Kerajaan Tempatan dan suruhanjaya Athinahapan

Oleh: Faisal Mustaffa

DEWAN RAKYAT 30 Mac – Kerajaan tidak akan mewujudkan semula semula sistem pilihan raya bagi Kerajaan Tempatan dan suruhanjaya Athinahapan sejak ia dibekukan pada tahun 1965.

Meskipun sistem pilihan raya tidak lagi diadakan di PBT, namun di bawah Seksyen 10 Akta 171, Ahli Majlis diwujudkan sebagai badan penggubal, perancang dan pelaksana dasar sesebuah PBT.

Seksyen tersebut telah menetapkan syarat-syarat dan kelayakan yang perlu dipenuhi bagi pelantikan Ahli Majlis. Antara syarat utama ialah:
(i) pemastautin tetap di kawasan PBT,
(ii) mempunyai pengetahuan luas dalam hal ehwal kerajaan tempatan,
(iii) telah mencapai kejayaan membangga dalam sesuatu profesion serta mempunyai kebolehan untuk mewakili kepentingan sesuatu kaum dalam kawasan PBT.

Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Azizah binti Mohd. Dun memberitahu bahawa meskipun sistem pilihan raya tidak lagi diadakan di PBT, namun di bawah Seksyen 10 Akta 171, Ahli Majlis diwujudkan sebagai badan penggubal, perancang dan pelaksana dasar sesebuah PBT.

Berkaitan dengan pertuduhan yang selalu diterima daripada rakyat adalah Ahli Majlis
Kerajaan Tempatan yang dipilih oleh kerajaan tidak mempunyai kelulusan yang tinggi,
lembap dan tidak bermotivasi kerana mereka telah dibenarkan berkhidmat terlalu lama, Azizah berkata Kerajaan mempunyai penuh keyakinan dan kepercayaan kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk melantik mereka yang berkelayakan untuk menjadi wakil di dalam Majlis-majlis Daerah ataupun Majlis-majlis Perbandaran.

“Saya rasa ini tidaklah satu perkara yang sepatutnya ditimbulkan,� ujar Azizah.

Beliau menambah, “berkenaan dengan kelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia, sekali lagilah saya katakan bahawa kementerian atau kerajaan berasa penuh keyakinan dengan kerajaan-kerajaan negeri melantik mereka yang mempunyai kebolehan untuk mewakili kerajaan negeri ataupun masyarakat di kawasan PBT yang berkenaan.�

Berkaitan dengan Suruhanjaya Athinahapan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak berpandangan bahawa ada keperluan untuk menubuhkan lagi apa-apa suruhanjaya kerana pihak kementerian menurut Azizah, sentiasa mengambil tindakan untuk mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak berkuasa tempatan dan sentiasa melakukan perkara-perkara untuk menambah baik kerja-kerja yang dilakukan ataupun pentadbiran di peringkat Kerajaan Tempatan.

Menurut Dr. Tan Seng Giaw yang juga telah mengutarakan soalan tambahan berkenaan suruhanjaya tersebut, sejak tahun 1969 sehingga sekarang sudah lebih 30 tahun dan tambah pula kita hendak tahu apakah sebenarnya telah berlaku dengan lebih 150 PBT ini.

“Kita hendak tahu sebab apa tiap-tiap kali kita ada Rancangan Malaysia Ketujuh, Kelapan dan mungkin Kesembilan pun hendak mengkaji semula PBT, hendak mengadakan dasar dan pelaksanaan yang komprehensif,� kata Tan Seng Giaw.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com