Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Thursday, March 10, 2005
Najib Diminta Jelaskan Isu Kapal Perang Indonesia
Kenyataan Media Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, 7 Mac 2005Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta memberi penjelasan kepada rakyat berdasarkan kenyataannya dalam media antarabangsa yang mengarah pihak Indoneisa menggunakan saluran diplomatik dalam menyelesaikan pemasalahan kedua negara berkaitan dengan perebutan kawasan perairan.
Pihak tentera keselamatan Indonesia dilaporkan telah menghantar 4 buah kapal perang dan bercadang untuk menghantar satu kapal selam ke perairan sempadan Sabah dan wilayah timur Kalimantan itu.
Dalam laporan media AFP bertarikh 3 Mac itu, ketegangan bermula sejak 16 Februari lalu apabila Jakarta telah membantah tindakan Petronas menyerahkan konsessi eksplorasi minyak kepada Shell di kawasan perairan tersebut.
Angkatan Muda merasakan ada sesuatu pelanggaran berlaku di antara Najib selaku Menteri Pertahanan dan Menteri Luar, Syed Hamid Albar bersama rakannya di Indonesia sehingga negara jiran itu telah menghantar beberapa kapal perang di perairan Laut Sulawesi tersebut.
Kerajaan Indonesia telah menghantar satu nota bantahan kepada Kerajaan Malaysia berkaitan dengan pemberian konsessi tersebut.
Sekiranya perkara ini tidak dapat diselesaikan di antara kedua-dua negara, Angkatan Muda akan memohon agar Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono bagi penyelesaian.
Kami merasakan hanya Datuk Seri Anwar sahaja yang mampu mengadakan perbicangan berkaitan isu ini memandangkan keterampilannya selama ini mendapat sanjungan di negara tersebut.
Disediakan oleh:
Faisal Mustaffa
Pengerusi Biro Antarabangsa
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat
0 Comments:
Post a Comment
<< Home