Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, March 30, 2007

Shabery Didakwa Tidak Tahu Sistem Negara dan Hak Asasi Manusia

Oleh: Faisal Mustaffa (Malaysia Today)

KUALA LUMPUR 29 Mac – Setiausaha Parlimen Kementerian Luar, Ahmad Shabery Cheek didakwa tidak memahami undang-undang dan tidak peka kepada perkembangan isu hak asasi manusia yang melanda Malaysia.



Gambar di atas ialah pamplet yang dikeluarkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang mendesak penutupan Kem Tahanan Kemunting yang jelas bercanggah dengan hak asasi manusia.

Dalam ucapan balas kepada usul yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Shabery berkata Pusat Tahanan di Teluk Guantanamo, Cuba tidak boleh disamakan dengan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau juga menyeru agar Amerika Syarikat melalui Kedutaan Malaysia di Washingto DC memastikan dua rakyat Malaysia yang ditahan di Teluk Guantanamo mendapat perbicaraan yang adil.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Angkatan Muda KeADILan (AMK) bertarikh 30 Mac, mereka berpendirian bahawa Shabery Cheek memutarbelitan kata-kata yang amat jelas bertentangan dengan keadaan sebenar tentang pencabulan hak asasi dan desakan pemansuhan undang-undang tersebut.

(Buku Dari UIA ke

ISA adalah hasil tulisan Dr Badrulamin hasil pengalamannya ketika ditahan dibawah ISA. Berminat boleh layari TOKOBUKU).

Menurut Naib Ketua Angkatan Muda, Sharifah Shahidah Syed Kamaruzaman, pencabulan hak asasi yang paling mencolok dalam undang-undang ISA ialah hak seseorang untuk dibicarakan.

“Hak manusia untuk membela diri atas apa juga pendakwaan yang dilemparkan adalah asas utama yang jelas dan terang tidak diguna pakai dalam perlaksanaan undang-undang ISA.”

“ Memang ianya berbeza dengan Guatanamo kerana isunya bagi mereka ialah tidak mendapat perbicaraan yang adil. Tetapi di Malaysia langsung tidak dibicarakan,” kata Sharifah.

Amnesty International (Malaysia) juga percaya bahawa tahanan Malaysia di Teluk Guantanamo, Mohd Farik Amin and Mohammed Nazir Lep tidak akan mendapat perbicaraan yang adil berdasarkan piawai antrabangsa sungguhpun Kerajaan Malaysia membuat desakan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh badan hak asasi manusia antarabangsa itu, Shabery tidak faham bahawa Akta Suruhanjaya Tentera (MCA) gagal mengikuti piawai antarabangsa yang menjurus kepada perbicaraan yang bebas dan adil.

Menurut Pengarah Eksekutif Amnesty International (Malaysia), Josef Roy Benedict, akta yang digunapakai melalui MCA pihak tertuduh tidak boleh merujuk kepada undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, Konvensyen Geneva dan Perlembagaan Amerika Syarikat bagi mendapat perlindungan.

Menurut beliau, suruhanjaya ketenteraan dipaten yang membawa kepada kezaliman dan tidak berperi kemanusiaan.

Sharifah juga bersetuju bahawa MCA tidak membenarkan seseorang yang dituduh mendapat hak untuk berhubung dengan mana-mana peguam. Sama seperti di Malaysia.

“Beliau (Shabery) konon ingin mendesak perbicaraan yang bebas dan adil bagi rakyat Malaysia di Guantanamo tetapi tidak tahu bahawa rakyat Malaysia di Kem Kemunting juga mengalami tekanan yang serupa”, tambah Sharifah lagi.

 

 

SEPETANG BERSAMA CHERMIN: Hantu tercantik pernah kulihat




Pada 26 Mac yang lalu, aku tidak dapat menolak jemputan Ummi Kalthoum dan Zarina untuk menonton filem mereka yang kini sedang ditayangkan di pawagam, CHERMIN.

Pada waktu pertama kali kami bertemu, mereka berkali-kali meminta maaf kerana tidak menjemput aku pada waktu tayangan media mereka. Aku memberitahu bahawa pada waktu tersebut, aku sememangnya aku berada di luar negara.

Banyak juga soalan-soalan yang aku utarakan kepada dua beradik ini di Coffee Bean, KLCC termasuk bahasa mereka yang tidak biasa menggunakan Bahasa Ibunda.

Mereka ini sebenarnya adalah dari golongan kaum bumiputera Sarawak dan Bahasa Melayu bukanlah bahasa ibunda mereka.

Itulah sebabnya temuramah mereka sewaktu program Wayang Kita baru-baru ini betul-betul melihat kekakuan mereka.

Tetapi, mereka jelas petah, senang bergaul dan bercita-cita tinggi.

Hantu Cantik?

Perkara yang aku bangkitkan ialah pemilihan pan-Asian dalam filem CHERMIN. Deanna Yusof dan Natasha Hudson bukanlah wajah-wajah asli Melayu (aku pun sebenarnya tidak tahu definisi Melayu).

Menurut Zarina yang kali pertama mengarah filem, dalam audition yang mereka jalankan, pelakon-pelakon yang datang untuk sessi pemilihan tidak ada yang memenuhi kriteria watak dan Deanna; yang juga merupakan salah satu pelakon yang diminati Zarina memenuhi segalanya dalam filem seram itu.

Natasha juga, yang sebagai profesion seorang model terkenal adalah pelaokn utama.

Aku terus mengimbas kembali filem-filem seram tanahair yang aku pernah tonton; Ya! Inilah filem seram pertama yang mempunyai wajah tercantik - dari golongan model.

Selain itu, dalam CHERMIN, kita tidak akan melihat perempuan berambut panjang mengurai dan mata terbeliak.

Sanggul Deanna tersikat rapi dan Natasha sungguh menawan dalam wajahnya yang berparut (selepas dimekap).


Hantu Timbul?

Aku bertanya kepada Zarina, memandangkan dia ni suka sangat mengarahkan filem; adakah beliau percaya kewujudan hantu?

Beliau dengan secara jujur menjawab bahawa sebelum ini beliau tidak percaya wujudnya hantu sehinggakan beleiau memulakan penggambaran.

Terus beliau menceritakan beberapa pengalaman beliau: Dalam babak yang paling mahal di mana kemalangan kereta yang dipandu leh pelakon Natasha, babak tersebut berjaya dilakonkan dan dibawa ke Thailand untuk post-produksi dan Kesan-kesan Visual yang dijalankan oleh Oriental Post.


Selepas dilihat secara teliti, terdapat bayangan manusia di celah-celah gambar yang ditangkap. Zarina dan seluruh krew pasti bahawa semasa babak itu ditangkap, tidak ada kelibat manusia pun melainkan pelakon stunt dalam kereta tersebut.

Penggambaran yang memakan masa selama 43 hari di Janda Baik, Pahang itu juga memberi kenangan di mana kemenyan dan Harum Sundal Malam sering terbau semasa penggambaran dijalankan.

Malah, krew sering mengalamai ada kelibat angin yang melintas terutama ketika keseorangan.


Siapa Zarina?

Zarina Abdullah memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan Sivil, kemudian meneruskan pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang Teknologi Maklumat dari University College London.
Tetapi sebagai peminat filem, dia menyertai persatuan filem universiti (dimana alumni termasyhurnya ialah pengarah Batman Begins, Christopher Nolan) dan mengusahakan beberapa filem pendek.

Semasa cuti musim panas, dia menghadiri beberapa kursus jangkapendek dalam bidang penulisan skrin dan pada tahun 2003, dia mengambil kursus intensif dalam bidang penerbitan filem di sekolah New York Film Academy di London.

Selepas sekolah perfileman, dia dengan cepatnya mula mengusahakan skrip filem cetera seramnya yang pertama iaitu Chermin, dan pada tahun 2004, dia telah dipilih menghadiri Berlinale Talent Campus.

Pada tahun yang sama, dia menubuhkan Starry Eye Productions, sebuah syarikat penerbitan tersendiri bersama kakaknya Ummi Khaltoum Abdullah dan mereka memulakan penerbitan filem cetera mereka yang pertama pada tahun 2005.

Bagi Zarina, CHERMIN bukan filem seram Asia yang tipikal dengan jalan ceritanya yang berkerat-kerat tetapi satu filem ‘seram yang menghantui dengan indah’ di mana sebuah cermin merupakan watak utamanya. ‘Ia adalah sebuah cerita di mana anda bersimpati dengan hantu sebagaimana anda bersimpati terhadap mangsanya’. Ia juga merupakan filem seram wanita di mana sebahagian besar watak utamanya adalah wanita dan isu-isu seperti cinta, perkahwinan-perkahwinan yang diatur, megah diri merupakan tema-tema utama dalam filem ini.

Festival Antarabangsa

CHERMIN yang dibawakan oleh Starry Eye Productions telah menerima undangan daripada Udine Far East Film Festival di Itali, salah sebuah festival terbesar yang menayangkan filem-filem popular Asia.

Festival yang dianjurkan oleh Centro Espressioni Cinematografiche di Udine itu akan bermula pada 20hb – 28hb April dan akan menayangkan filem-filem dari China, Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan , Filipina, Jepun, Singapura dan Thailand.

CHERMIN iala satu-satunya filem dari Malaysia yang ditayangkan di festival itu.


Chermin juga akan ditayangkan di The Very Special Horror Day, sebuah festival yang menayangkan koleksi filem-filem seram dari Asia. Sebelum ini festival tersebut pernah menayangkan filem seperti Nang Nak, Dark Water, Ju-on dan The Heirloom.

Apabila saya menanya Zarina yang juga penulis skrip filem ini, apakah inspirasi beliau untuk mengarah tersebut, beliau menjawab The Exorcist.

"Bayanganmu Menyeramkan"

Chermin mengisahkan seorang perempuan yang rohya terperangkap dengan dendam dalam sebuah cermin antik.

Plot cerita ini bertumpu kepada Nasrin yang mengalami kecacatan pada mukanya akibat kemalangan jalan raya yang penuh misteri.

Nasrin mendapati dirinya begitu tertarik kepada sebuah cermin antik warisan keluarga yang ditemui oleh ibunya.

Akhirnya, Nasrin menjadi obses dengan cermin tersebut sehingga mengagumi roh cermin itu dalam usahanya mengembalikan kecantikan wajahnya.

Harga yang harus dia bayar ialah memuaskan tantutan cermin tersebut yang menuntut darah dan dendam.

Ia juga merupakan satu filem yang menggambarkan banyak kehidupan kampung Melayu tempatan dengan babak-babak yang menggambarkan doa selamat, perkahwinan Melayu yang mewah serta lakonan babak menghalau hantu yang realistik.

CHERMIN dilakonkan oleh Deanna Yusoff, Natasha Hudson, Farid Kamil, Khatijah Tan dengan penampilan istimewa Dato’ Mustapha Maarof, M.Rajoli dan Fauziah Nawi. Filem ini mula ditayangkan pada 22 Mac.

 

 

Thursday, March 29, 2007

Dresden – Sebuah Kota Cinta

g


Penulis (berbaring) bergambar dengan semua peserta di tengah-tengah kota Dresden

Pada 10hb Mac, seluruh peserta dari 24 negara dibaw

a ke Dresden, sebuah Bandar yang terletak di timur Jerman. Dahulunya wilayah ini terpisah oleh ideology sosialis mereka dank ini pintunya terbuka kepada rakyat dari Republik Jerman (barat).

Kami berada di Dresden selama tiga hari dan menginap di Steigenb

erger Parkhotel. Kami dibawa ke hampir setiap tempat yang menjadi tumpuan awam termasuk stadium tempat latihan bolasepak untuk orang ramai. Setiap tempat yang kami lalui, kami diberi penerangan oleh Ms Monika Becht selaku pembawa pelancong.

Lorong yang menjadi tumpuan para hartawan ke arah galeri seni mereka dihiasi dengan mural (lukisan dinding). Mural ini dibela apabila sebahagian daripaanya musnah ketika Perang Dunia KeII. Setiap karekter dalam mural menunjukkan karekter pemerintah pada waktu itu mengikut ilham pelukis.

Tempat yang kami paling terpegun ialah apabila sampai di tebing sungainya di mana terdapatnya bangunan-bangunan lama yang dibina sek

ak kurun e 12 yang masih dipelihara sebagai warisan mereka.

Oleh kerana Jerman sangat menyanjung tinggi hasil karya seni mereka, maka tugu-tugu orang kenamaan dan lukisan-lukisan mereka berada di mana-mana.

Dengan cuaca yang sejuk (2 darjah), tempat ini sesuai untuk

berpelukan sambil menikmati hasil-hasil seni termasuk teater, persembahan soprano dan lain-lain lagi.

Pemandang yang menjadi tumpuan pelancong



Restoran di sekeliling Bandar siap dilengkapi dengan nyalaan lilin yang menaikkan rasa berahi sesiapa sahaja yang berada di sini.

Bagi pasangan-pasangan yang bercinta, tempat ini amat sesuai bagi memadu asmara. Bagi aku, aku lebih senang untuk menyanjung hasil-hasil seni mereka dan bagaimana mereka cukup memelihara hasil warisan mereka.

Bagi diri aku, aku menganggap kehadiran aku di Dresden sebagai mengingatkan aku kepada rasa cinta kepada Tuhan, rasa komited kepada negara sendiri dan terpegun dengan semangat kenegaraan penduduk Dresden dalam mengekal warisan mereka.

 

 

Tuesday, March 27, 2007

PDRM 200 tahun, Tapi 30 Tahun ke Belakang

Gambar dirakamkan ketika pihak polis merobohkan tempat ibadat umat Islam di Kg berembang secra ganas pada November 2006 lalu


Pada tanggal 25hb Mac yang lalu Polis di Raja Malaysia (PDRM) atau dengan sinisnya beberapa golongan menggelar mereka Polis Raja di Malaysia merayakan ulangtahun ke-200.

Melalui temuramah media bersama Ketua Polis Negara, banyak disentuh mengenai tuntutan anggota polis dari segi kenaikan dalam tangga gaji dan penambahan anggota mereka.

Gambar di atas dirakamkan pada 13hb Mac, 2007 ketika penulis melawat lokap polis di Ibu Pejabat Polis di Erfurt, Jerman yang jauh lebih baik daripada lokap di Malaysia. Kami diberitahu lokap tersebut hanya dibenarkan seorang pesalah dikurung pada satu masa dan dibenarkan membuat satu panggilan kepada peguam atau ahli keluarga.

Penguasaan Terhadap Hak Asasi Manusia

Tidak perlu kita melihat 200 tahun yang lampau. Kita hanya toleh insiden yang berlaku sejak tahun lalu yang jelas menunjukkan bahawa pDRM bertindak tanpa penguasaan terhadap hak asasi manusia.

Pada 2005, rakyat dikejutkan dengan peristiwa Ketuk-ketampi Bogel , dimana seorang wanita dibogelkan oleh anggota polis semasa berada dalam tahanan dan dipaksa membuat ketuk-ketampi.

Pada Mei 2006, satu perhimpunan aman memprotes kenaikan 30 peratus dalam harga minyak domestik di KLCC disuraikan dengan kekerasan oleh polis bersenjata lengkap dengan kayu cotar, perisai dan air pemedih mata. Beberapa orang dilaporkan mengalami kecederaan. Insiden tersebut lebih popular dengan gelaran ‘Bloody Sunday’.

Apakah sebenarya penguasaan berasaskan Hak Asasi Manusia?


Penulis bergambar dengan Pengarah Ibu Pejabat Polis Erfurt, Jerman, Mr Raymond Walk dan seorang pengarah jabatan di bdan tersebut pada 13hb Mac, 2007.

Pertubuhan Bangsa-bangsaa Bersatu telah mengemukakan tiga teras utama yang mana menjadi piawai asas kepada penguasaan berasaskan hak asasi manusia.

Menjadi wakil – Sebuah agensi polis mestilah mewakili masyarakat seluruhnya termasuk masyarakat minoriti

Bertanggungjawab – Satu perkhidmatan polis yang secara asli bertanggungjawab dan komited bagi memperkukuhkan masalah dan kerjasama masyarakat yang mereka mahu sebuah badan lakukan secara berkesan

Telus – Pihak polis, secara undang-undang mestilah telus ke arah mekanisme yang transparen dan bebas secara konsisten di bawah piawai hak asasi manusia disamping bersikap telus secara demokratik terhadap pihak berkuasa demokratik dan juga masyarakat seluruhnya.


Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Badawi ketika mengumumkan Suruhanjaya Polis di Raja Malaysia, 2004 berkata, “Pihak Polis Mestilah Peka Kepada Hak Asasi Apabila Menjalankan Tugas-tugas Mereka dan Berurusan dengan orang Awam. Keganasan Polis, Perkidmatan Teruk, Rasuah dan Layanan yang Negatif mestilah Dihapuskan”

Apakah ini ditekankan ketika polis polis merayakan sambutan ulan gtahun mereka?

“Undang-undang Pencegahan” dan penguasaan

Wujudnya badan “Undang-undang Pencegahan” di Malaysia seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Kanun Darurat & Akta Dadah Merbahaya memberi kesan kepada budaya dalaman dan cara penguasaan pihak polis. Di bawah undang-undang ini, polis tidak perlu menyerahkan sebarang bukti melalui saksi kepada majistret bagi mendapatkan perintah reman lantas menghalang tahanan-tahanan daripada peluang untuk menyatakan hak mereka di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.


Sahr Muhammed Ally yang menjalankan kajian mengenai penahanan tanpa bicara dan undang-undang Kanun Darurat (EO) dan membukukannya, Convicted Before Trial - Indefinite Detention Under Malaysia's Emergency Ordinance yang dikeluarkan oleh Human Rights Watch pada ogos 2006 yang lalu.

Tahanan-tahanan tidak diberikan peluang untuk mendapatkan perkhidmatan guaman mahupun doktor-doktor persendirian. Kaum keluarga juga tidak dibernarkan menemui tahanan.. Undang-undang ini bercanggah dengan hak asasi manusia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan menjurus kepada pencabulan hak asasi manusia, termasuk penderaan dan rawatan kesakitan. Ia membawa kepada satu keadaan di mana polis kebal daripada hukuman.

Pencabulan Hak Asasi Manusia dan penguasaan.

Keadaan semasa dalam penguasaan sering dijelaskan sebagai ”Tahan Dulu, Siasat Kemudian”-di mana tahanan dilakukan berdasarkan kepada “kecurigaan’ yang banyak tandatanya hatta membawa kepada perlakuan jenayah terutamanya ketika operasi-operasi polis dan di dalam konteks penahanan beramai-ramai atas pertuduhan serta dikaitkan secara longgar dengan jenayah berprofail tinggi.

Amalan ini menunjukkan bahawa polis gagal untuk menjalankan siasatan yang betul sebelum sebarang penahanan dibuat lantas mengakibatkan penahanan yang salah terhadap pihak-pihak yang tidak bersalah.

Saksi-saksi juga tidak dimaklumkan secara rutin mengenai alasan penahanan mereka, dan menafikan hak kunci semasa dalam tahanan termasuk mendapat akses kepada wakil guaman, lawatan ahli keluarga dan rawatan perubatan.

Terdapat laporan-laporan yang tidak henti-henti berkaitan dengan penggunaan kekerasan semasa perhimpunan-perhimpunan aman, kecelakaan akibat daripada tembakan senjata, penyalahguna peraturan-peraturan reman, penderaan, memperlaku secara kejam dan kematian dalam tahanan.

Polis Cawangan Khas

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya diRaja Polis, Pegawai Polis dari Cawangan Khas (SB) beroperasi dengan tahap kerahsiaan yang tinggi dan melaporkan hasil siasatan mereka bahawa terdapat pertuduhan penyeksaan dan tindakan yang mengaibkan. Laporan tersebut juga melaporkan bahawa terdapat perbuatan yang menyebabkan kecederaan terhadap tahanan-tahanan ISA. Terdapat juga kerisauan bahawa SB dimanipulasikan oleh parti politik yang berkuasa bagi tujuan politik,

Kematian Dalam Tahanan

Kuasa untuk menyiasat kematian dalam tahanan juga di bawah penguasaan polis dan terdapat kekangan dari sudut tatacara dan pengawasan. Dalam sistem yang dijalankan di UK, sebaik sahaja terdapat laporan berkaitan dengan kematian ketika berada dalam tahanan, balai polis akan menjadikan kawasan tersebut kawasan larangan sebagai kawasan jenayah. Satu badan bebas penyiasat akan diarahkan untuk membuat siasatan termasuk menggantung sementara pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk menjagaselia lokap tersebut.

Ahli keluarga yang mati di dalam tahanan polis atau selepas menuduh terlibat dalam tembak-menembak turut memberitahu bahawa pihak polis juga mengganggu proses pengaduan dengan menyembunyikan atau menahan bukti, atau bersubahat dengan kakitangan hospital atau pegawai-pegawai perubatan untuk menangguh dan menghalang kerjasama mereka dengan ahli-ahli keluarga atau peguam yang memerlukan bukti perubatan mengenai penderaan fizikal atau kegagalan dalam tugas pihak berkuasa.

Reformasi dan Suruhanjaya diRaja Polis

Pada Disember 2003, Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembentukan Suruhanjaya diRaja Bagi Membaikpulih Operasi dan Pengurusan Polis diRaja Malaysia untuk memeriksa perjalanan dan pengurusan pihak polis. Tindakan tersebut dibuat sebagai respon kepada laporan-laporan terhadap corak pencabulan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai polis, termasuk penembakan sehingga mengakibatkan kematian, penggunaan kekerasan melampau dan penderaan sehingga mengakibatkan kecederaan dan kematian semasa berada dalam tahanan. Perkara-perkara tersebut diketengahkan oleh kumpulan-kumpulan yang berperihatin dan Suhakam.


Kempen yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan menggesa Kerajaan menutup kem Kemunting yang menempatkan tahanan-tahanan tanpa perbicaraan. (Ogos 2006)

Pada Jun 2005, sebuah badan Gerak Khas yang diketuai oleh Perdana Menteri ditu

buhkan untuk mengkaji laporan Suruhanjaya dan mengenalpasti turutan keutamaan dalam pelaksanaan cadangan-cadangan yang dikemukakan.


(Gambar kanan) Penulis bersama Naib Presiden Akademi Polis di Rothenburg, Jerman pada 12hb Mac, 2007 ketika menyerahkan vcd keganasan polis terhadap golongan minoriti di Malaysia.



Malangnya sehingga hari ini pertubuhan-pertubuhan masyarakat dan orang awam masih tertanya-tanya berkaitan dengan status terperinci badan itu sungguhpun terdapat tarikh pelaksanaan yang perlu dibuat yang jelas dalam laporan Suruhanjaya itu.

Tatacara untuk Undang-undang Penguatkuasaan Pertubuhan Badan-badan Bersatu jelas menyatakan bahawa Polis bertanggungjawab kepada pihak yang diberi khidmat. Rakyat mendekati polis dengan isu-isu dengan harapan agar mereka dapat hidup dengan suasana yang selamat. Selalunya, hubungan ini hanya boleh dicapai sekiranya orang awam mempunyai kepercayaan kepada agensi polis sebagai dan yakin atas apa yang mereka lakukan.


Sumber: Amnesty International (Malaysia)

 

 

Friday, March 23, 2007

Sign in if it is a Clear Human Rights Violation


Dear readers o this blog:

I would like to get your attention to the attachment letter.

A friend of mine who studies in one of the universities in South Korea was threatened by our government by pressuring the university unprofessionally.

I would like you to sign the protest letter and send it to the embassy.

It is also possible to return the letter to me if you feel that it is clearly a violation of human rights. I will publish your endorsement and submit to the respective department in Malaysia.

Yours sincerely

Faisal Mustaffa (Malaysia)


To

Malaysian Embassy,
4-1 Hannam-dong,
Yongsan-ku, Seoul 140-210,
Korea
Tel: 822 795 9203, Fax: 822 794 5448


We regret on the pressure that was put to a student, Badrul Hisham Shaharin, a post-graduate student from Malaysia who is under scholarship of Inter-Asia Graduate School of NGO Studies at Songkonghoe University, Seoul, South Korea.
As a member of a political party who believes in freedom of expression, People’s Justice Party (KeADILan), Badrul Hisham was never in any position to create disorderly manner in South Korea where studies much less to bother Malaysian Embassy routines especially at time of promoting Visit Malaysia Year 2007.
We also with belief that cultural exposure among people of the world will provide better understanding and gain mutual respect.

Unlike what has been quoted referring to article published in Harakah Daily dated 20 March 2007, it is politically bias and repressive for Malaysian Embassy to call the Sunghonghae University to identify a Malaysian student who allegedly have written an article regarding the recent visit of Deputy Prime Minister, Najib Tun Razak to South Korea to meet with Malaysian students.

Our purpose of writing this letter is to explain about the unprofessional method used by Malaysian Embassy to have called the university yesterday, 19th March 2007. It is known that the University is one of the prestigious in South Korea and gain international reputation for its education system and balance of political views.
Badrul Hisham was called by the Executive Director of the Institute today and explained to the institute whether he is a problem to the state.
It was understood that the Institute was showered with questions regarding the organization who sponsored Badrul Hisham and place of residence.
More importantly, the University is the centre of Human Rights learning where pro-democracy believers and intellectuals gain knowledge hence restored democracy in South Korea in 1987. Students stand to belief that justice and freedom will prevail and that's what happened to Park Chung Hee and Chun Doo Hwan regimes.
Fortunate for the Institute that upholds human rights did not entertain to such questions which clearly unprofessional and threatening.

However, Malaysia under Barisan Nasional administration, it's unfortunate that not just education system being put under constant scrutiny but university students are subject to UUCA (University and University College Act) and other oppressive Acts.

Knowing how the Barisan Nasional would function, I won't see any changes taking place unless the people demand for real change and my piece of advice, having put my belief and centre of thinking at real democracy is people democracy - stop treating Malaysian students as your object of politics of fear and stop threatening Malaysian students who favors democracy and non-guided cheap scheme by pulling their from scholarships. For your record, the Malaysian student who attended Sunghonghae University is an international student sponsored fully by the university for his good will and sincerity for change.

In 2003, Korean activists protested in front of the Malaysian Embassy urging Malaysian government to release all the ISA detainees. This peaceful protest has gain international momentum and creates news around the globe. Image of Malaysia through its embassy in South Korea will further be tarnished should the embassy fails to back off from interfering with individual rights to freedom of expression.

It's a long way for Visit Malaysia Year 2007 to be warped up like this simply by few ignorant and fear driven Malaysians. As a Malaysian citizen, as much as I care about my country, I write to you with great sense of morality and responsibility and that creating a culture of fear outside Malaysia is simply childish and unprofessional.
We hope that the institute will not influenced by any undemocratic rights of a citizen even from the Government of Malaysia where they are popular in practicing infamous draconian laws.
We also hope that the Government of Malaysia respect the rights to privacy and stop threatening its citizen with such unprofessional way.
Yours sincerely,
Name:
Organization:

 

 

Pembinaan Semula Dresdner Frauenkirche – Simbol Komitmen Penduduk Dresden

Tugas membina semula Dresdner Frauenkirche (sebut Church of Our Lady) siap pada 30 Oktober 2005 dengan majlis gilang-gemilang.

Kejayaan tersebut adalah dari titik peluh hasil usaha penduduk Dresden melalui semangat, dedikasi, pengorbanan sehingga mendapat perhatian dari seluruh dunia bagi mendirikan semula gereja tersebut.

Pada 11 Mac, Sebelum pergi melawat sendiri Dresdner Frauenkirche, kami diberi taklimat oleh jurutera awam yang bertanggungjawab dalam pembinaan semula gereja tersebut; Dr –Ing. Hans-Joachim. Kami juga disajikan dengan dokumentari bagaimana bangunan tersebut dibina semula dan bagaimana seluruh penduduk di Dresden turun bersama menggembeling tenaga dan bagi mencapai cita-cita mereka bagi mengekalkan warisan mereka.

Apabila niat untuk membina semula bangunan yang mula dibina pada penghujung kurun ke 10 mendapat kritikan hebat daripada banyak pihak yang mengatakan bahawa tugas tersebut sia-sia dan membazir, ia memberi kekuatan yang leb

ih kepada orang yang memberi cadangan tersebut; Prof Ludwig Guttler, seorang ahli muzik.

Dresdner Frauenkirche runtuh pada 15 Februari 1945 akibat Perang Dunia Kedua. Pada masa pengeboman tersebut selama tujuh tahun, seluruh gereja punah gejala hampir seratus bom batu dilemparkan dan menusuk ke bangunan tersebut. Namun, dom tersebut kukuh seolah-olah ianya dibina untuk selama-lamanya.

Usaha untuk mendirikan semula bangunan yang roboh itu sebenarnya bermula pada tahun 1946 tetapi usaha-usaha tersebut kebanyakannya gagal. Tetapi, bermula November 1989 apabila mulanya revolusi aman menentang GDR (German Democratic Reforms), inisiatif untuk mendirikan semula membuak di kalangan penduduk.

Setiap ketulan batu yang berkecai dikutip dan dilabelkan dan kemudiannya disatukan – begitu teliti.

Berkaitan dengan pimbinaan dan memulihara warisan – aku tak begitu terpegun tapi aku teruja dengan semangat yang tidak putus asa dengan usaha-usaha yang gagal atas kepercayaan mengenai prinsip yang mereka pegang.

Bagi mereka Church of Our Lady ialah symbol kemegahan rakyat dan harus dipelihara.

Selepas selesai dibawa mengelilingi bandar Desden, aku lepak sambil menikmati kopi Jerman d sebuah restoran sebelah Churh Of Our Lady.

 

 

Jangan Ganggu Media - CIJ


(Gambar Hiasan) Pemandangan ketika demonstrasi sekatan media semasa menghantar memorandum ke Suhakam November 2006 lalu


Oleh Faisal Mustaffa (Malaysia Today)

KUALA LUMPUR 21 Mac – Pusat Wartawan Bebas (CIJ) hari ini mengutuk amaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Penerangan supaya media perdana di negara ini tidak menulis berita yang bersumberkan maklumat daripada blog dan laman-laman berita maya.

Amaran kedua dikeluarkan dalam jangkamasa seminggu selepas amaran pertama yang tidak mahu media perdana menjangkaui sempadan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian tersebut, menterinya Zainuddin Maidin menggesa agar akhbar perdana tidak menyiarkan maklumat yang diperolehi daripada Internet, terutamanya blog.

Zainuddin menuduh isi-isi yang dimuatkan dalam blog sebagai berunsurkan provokatif, tidak tepat dan berunsurkan politik.

"Wartawan yang menulis daripada sumber blog secara tidak langsung memberi kredit yang tidak sepatutnya kepada penggiat-penggiat bog berkenaan," jelas Zainuddin.

Beliau menyeru agar orang ramai merujuk kepada akhbar-akhbar perdana bagi mendapat maklumat yang sahih.

Kenyataan Zainuddin itu dikeluarkan selepas Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang dipimpin oleh Perdana Menteri sendiri, mengeluarkan amaran yang sama kepada semua akhbar perdana pada 13 Mac yang lalu.

Menurut kenyataan CIJ, Pengarah Eksekutifnya Sonia Randhawa, beliau mengutuk amaran-amaran kerajaan tersebut yang menyekat kebebasan media.

"Dalam sebuah persekitaran di mana media terikat kepada kawalan-kawalan pentadbiran dan perundangan, masih ada keyakinan daripada rakyat untuk mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber autoritatif," jelas Sonia.

Kemahuan rakyat untuk mengetahui beberapa perkara menggambarkan secara jelas kelemahan sistem media di Malaysia yang disebabkan oleh gangguan pihak Eksekutif."

"Memandangkan amaran-amaran tersebut timbul daripada penyiasatan kes rasuah seseorang yang berprofil tinggi, yang mana dimulakan di ruang blog, ia menunjukkan satu gambaran bahawa kerajaan mempunyai satu agenda untuk menghadkan perbincangan awam dan mengawal pendapat awam.

Justeru, CIJ mendesak agar kerajaan menarik balik amaran-amaran tersebut, meminda Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 dan menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen berkenaan Hak-hak Komunikasi untuk memegang janji-janjinya dan menjamin perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan dalam menyatakan pendapat.

 

 

Thursday, March 15, 2007

Jerman Timur: Belajar dari kekejaman Nazi


Pada 10hb Mac 2007, kami bertolak ke sebelah tenggara Jerman. Dahulunya tempat ini sebuah Negara sosialis yang berpecah dengan Jerman Barat yang membentuk sebuah Republik. Perjalanan melalui lebuhraya (tanpa tol) dari Bummersbach (timur Jerman) hampir lima jam.

Weimar merupakan sebuah daerah yang kaya dengan sastera dan hasil seni. Menjadi seorang artis membolehkan seseorang mewah dan terkenal. Pada kurun ke 12, daerah ini tidak mempunyai sebarang aktiviti perdagangan dan pemerintah pada waktu itu (Duke) teruja dan terpengaruh dengan hasil karya seni mereka sendiri. Gambar menunjukkan penulis (belakang kamera) diberi penerangan di makam karyawan-karyawan ditempatkan.

Di jalan-jalan menuju ke dewan teater di mana persembahan diadakan penuh dengan patung-patung dan sulptur hasil daripada sejarah keluarga pemerintah. Di jalan-jalan ini merupakan jalan di mana peminat-peminat seni akan berjalan dan memperagakan baju-baju mereka.

Buchenwald: Daerah saksi pembunuhan kejam Nazi

Penulis di tengah-tengah Concentration Camp

Pada sebelah tengahari, kami dibawa ke sebelah tenggara Jerman, bersempadanan kepada Republik Checkoslovakia – Buchenwald.

Buchenwald ialah sebuah daerah di mana Nazi semasa sebelum Perang Dunia Kedua (1930-1945) menempatkan tahanan-tahanan politik dari Poland, Rusia, pelarian dan homoseksual ke sebuah kem tahanan. Mereka dipaksa untuk bekerja di terowong-terowong dan melakukan pelbagai kerja berat tanpa upah (sebut buruh paksa) dan dibiarkan mati. Gambar di kanan adalah sebahagian daripada mangsa yang mati di kem.

Seramai 1100 tahanan mati di tempat tersebut termasuk kanak-kanak. Mereka mati akibat daripada tiada makanan, kesejukan dan sakit. Lebih kurang 75 tahanan mati setiap hari dan setiap hari juga tempat-tempat kosong tersebut diisi dengan tahanan-tahanan baru.

Bagi mereka yang engkar untuk mematuhi arahan untuk bekerja akan dibunuh dengan kejam. Mayat-mayat mereka dilonggokkan d satu tempat, digantung di dinding sebelum dibakar. Abu-abu mayat disimpan dalam satu kendi khas.

Kem-kem tersebut diruntuhkan oleh tahanan-tahanan sebaik sahaja mereka dapati mereka bebas dan dibiarkan di kawasan lapang. Blok-blok kem dibahagikan menurut Negara asal mereka bagi mengetahu kepada kaum keluarga di mana ahli-ahli keluarga mereka sebenarnya ditempatkan dan mati. Terdapat jambangan-jambangan bunga di beberapa kem yang telah dikenalpasti mangsa kenalan mereka dikurung. Gambar di kanan ialah oven tempat di mana mayat-mayat dibakar.

Jambangan bunga juga didapati di oven dimana mayat-mayat di bakar secara kejam.

Tempat ini ditutup pada 1945 selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua dan dibuka kepada umum sebagai tempat peringatan kepada keluarga-keluarga mangsa, pencinta hak asasi, demokrasi dan kesan sejarah yang amat bernilai kepada rayat Jerman khususnya dan kepada masyarakat dunia amnya.

 

 

Saturday, March 10, 2007

Jalan-jalan di Cologne






Selepas empat hari berseminar dan memerah kepala membincangkan isu hak asasi manusia dan liberalisme, kami berkesempatan untuk makan angin di Bandar Cologne.

Cologne ialah 40 minit perjalanan melalui jalan raya dari pekan Gummersbach di mana tempat menginap saya iaitu di Theodor-Heuss Academy.

Seperti biasa, saya tidak membeli apa-apa barang kerana takut menghadapi masalah untuk membawanya pulang. Lagi pun, saya tidak membawa banyak wang dan perlu menyimpan sedikit pada waktu kecemasan. Hanya membeli beberapa barangan kenang-kenangan untuk keluarga dan teman rapat.




Saya menghabiskan waktu untuk melihat tempat-tempat menarik di sekitar Bandar (dengan berjalan kaki). Pada waktu tersebut, pihak Akademi membawa kami I tempat membeli-belah dan cathederal (gereja lama) di tengah-tengah Bandar tersebut.

Di sekitar Cologne, banyak juga buskers (artis-artis jalanan) yang membuat persembahan. Ada juga kumpulan-kumpulan yang meminta simpati akibat daripada kejadian perang yang lampau dan Keadaan yang menimpa Dafur.

Saya hanya menemani rakan-rakan yang membeli belah sakan. Mereka ada menanya kenapa saya tidak membeli apa-apa, saya kira sekiranya saya berpeluang, sudah tentu saya mahukan kamera Carl-Zeiss yang sememangnya berasal dari Jerman. Tapi, apakan daya. Lagi pun, saya mempunyai dua hari melebihi daripada kebanyakan daripada mereka untuk menikmati pemandangan Cologne dan membeli barang keperluan.


Bersama pegawai residen, Martin kami hanya melepak di kafe, melihat gelagat orang ramai dan hisap rokok.

Saya sering mengikuti perkembangan di Malaysia dan berasa sungguh risau dengan Keadaan Tian Chua dan Razak Ismail yang kini menghadapi masalah dengan polis dan pihak berkuasa. Sememangnya, hak asasi mereka tercabul.

 

 

Hukuman mati: Satu pencabulan hak asasi di Malaysia






Salah satu isu yang mendapat perhatian daripada peserta di seminar ini ialah hukuman mati yang dijalankan di Malaysia.




Bagi perspektif liberalisme dan hak asasi secara umum, hukuman mati ialah satu hukuman yang tidak sepatutnya dijalankan di mana-mana benua pun.




Dalam salah satu perbincangan, hukuman mati bagi kes-kes yang melibatkan pembunuhan masih boleh diterima bagi tujuan keselamatan terutama bagi kes yang melibatkan pembunuhan siri.

Tetapi, bagi hukuman mati mandatori bagi kes pengedaran dadah dan rogol, ia tidak dapat ditoleransi.

Inilah yang berlaku di Malaysia. Sungguhpun persediaan saya di seminar ini ialah untuk memfokuskan kepada isu keganasan polis dan penipuan dalam pilihan raya, namun bagi saltu seminar yang membincangkan konsep liberalism dan hak asasi manusia yang mendalam, hukuman mati menjadi salah satu topic yang dibincangkan dengan mendalam dan menjadikan Malaysia sebagai salah satu kes untu dibincangkan sehingga saya terpaksa menarik diri dalam salah satu sessi kerana alasan-alasan personal yang menjadikan saya tidak mahu membincangkan perkara ini terutama melibatkan Negara saya.

Salah seorang peserta dari Peru membangkitkan kes rakyatnya yang didakwa memiliki dadah merbahaya dan mangsa tersebut tidak mendapat pengadilan di mahkamah di Malaysia. Ianya mendapat liputan meluas di Negara mereka. Saya juga ada menyebut mengenai kes rakyat Australia pada satu masa yang juga mendapat Keadaan yang tidak banyak bezanya.



Jose Manuel (peserta dari Peru), ialah seorang ahli politik liberal di negaranya dan pernah memenangi pilihan raya tempatan. Beliau kini dalam proses kompen untuk bertanding dalam pilihan raya umum di negaranya tahun hadapan.

 

 

Thursday, March 08, 2007

ULASAN FILEM MUKHSIN: Konflik Cinta- Keruntuhan Sebuah Persahabatan















Sebuah persahabatan yang akrab selalunya membawa kepada perkahwinan. Perkahwinan pula tidak selalunya berdasarkan cinta. Perikatan perkahwinan yang runtuh berdasarkan cinta akhirnya menggagalkan sebuah ikatan persahabatan.

Ungkapan itu menjadi satu kesimpulan selepas menonton filem Mukhsin pada 27 Februari lalu semasa Majlis Pra-tonton yang dianjurkan oleh Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB).

Filem ini adalah sebuah filem yang saya tunggu-tunggu selepas teruja menyaksikan Sepet dan kemudiannya Gubra. Kedua-duanya hasil arahan sutradara Yasmin Ahmad. Beliau mula mengorak nama dalam dunia layar bermula dengan kemunculan filem pertamanya di pawagam, iaitu Sepet (tahun 2005) diikuti dengan ‘sequelnya’ Gubra pada tahun lepas. Apa yang istimewanya mengenai filem arahan Yasmin ialah setiap filem yang dihasilkan mempunyai kesinambungannya yang tersendiri. Mukhsin sekiranya dihayati, plot ceritanya berkisar tentang zaman kanak-kanak Orked sebelum muncul di dalam ‘Sepet’.


Yasmin Ahmad





Selepas menyaksikan ketiga-tiga filem beliau, saya kira beliau ialah seorang yang sentimental dan menghargai perjalanan hidupnya.

Sungguhpun jalan cerita filem-filem beliau tidak ada yang lainnya berbanding dengan perjalanan hidup kebanyakan daripada kita, namun, filem-filemnya diolah menjadi sebuah produk yang sungguh menarik sehingga mampu mencipta nama dan meraih Anugerah Filem Terbaik bagi kategori Generasi Baru di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57 pada 17 Februari lalu. Mukhsin turut mencatatkan kemenangan berganda apabila berjaya meraih tempat kedua bagi Anugerah Juri Kanak-Kanak. Filem yang mengenengahkan kehidupan sosial masyarakat kita ke mata dunia juga akan dibawa menyertai festival-festival bertaraf antarabangsa seperti Festival Filem Antarabangsa San Francisco, Hong Kong dan Pusan.

Pembikinan filem menelan belanja sebanyak RM1.5 juta. Saya yakin Yasmin dan GBSB mampu meraih keuntungan atau sekurang-kurangnya mendapat balik jumlah tersebut.

Sungguhpun demikian, saya kira keuntungan yang lumayan bukanlah menjadi matlamat utama Yasmin. Kepuasan dalam menghasilkan sebuah filem dan penghasilan yang menarik menjadi matlamat optima beliau.

Bagi pendapat peribadi, sinematografi MUKHSIN tidak boleh ditandingi oleh mana-mana pengarah di Malaysia. Latarbelakang beliau dalam bidang pengiklanan dan mengadapatasikan dalam filem menghasilkan sebuah kombinasi yang sungguh bijak.

Mukhsin mengikis tanggapan negatif segelintir khalayak yang melabelkan filem-filem yang mempunyai nilai artistik dan estetik yang tinggi hanya mampu menjadi jaguh di festival tetapi tidak mempunyai nilai komersil.

MUKHSIN dalam Orked


Dalam filem ini, Orked dipaparkan sebagai kanak-kanak yang lain daripada kanak-kanak lain, yang lebih suka bermain masak-masak dan kahwin-kahwin. Dia yang kasar kelakuannya, sukar diterima kanak-kanak lain di kampungnya. Malah, orang kampung memandang aneh keluarga ini seperti ketika Orked dan ibu, Mak Inom bermain hujan sementara ayah, Pak Atan melagukan keroncong.

Satu hari, Orked memerhati budak-budak lelaki bermain ‘galah panjang.’ Bila seorang pemainnya terseliuh kaki ada yang mencadangkan Orked menggantinya, tetapi seorang budak lelaki lagak ketua bukan saja enggan, malah membaling bola ke arahnya.

Orked diam, tidak mengelak biarpun bola yang dibaling keras terkena badannya. Sedang mereka mentertawakannya, dia membalas dengan membaling bola sama ke arah budak lelaki tadi yang terkena dahinya. Dan, hidup Orked pun berubah.

Kehadiran Mukhsin, budak lelaki itu yang datang bercuti di kampungnya membibitkan persahabatan di antara mereka. Orked malah bergaya seperti Mukhsin – baju dan seluar lusuh, serta berkaki ayam, bermain dengan budak lelaki, memanjat pokok dan berbasikal.
Tapi, sebagai kanak-kanak yang meningkat remaja, Mukhsin mula menyimpan rasa terhadap Orked, menyebabkan ujud permasalahan antara mereka. Dan, bagaimana perasaan cinta mampu merosakkan sebuah persahabatan.

MUKHSIN dibintangi Sharifah Aryana sebagai Orked, Mohd Syafie Naswip (Mukhsin), Sharifah Aleya (Mak Inom), Irwan Iskandar (Pak Atan), Adibah Noor (Kak Som) dengan penampilan Sharifah Amani.

 

 

Monday, March 05, 2007

Masalah Pencabulan Hak Asasi Malaysia Mula Didedah


Hari ini kedua saya berada di Jerman bermula dengan pembentangan isu-isu yang berkaitan dengan Negara masing-masing.

Suhu pada waktu ini ialah lebih kurang 10 darjah Celcius, berangin dan mendung. (Gambar di sebelah kanan ialah pemandangan pekan Gummersbach dari bilik tidur)

Pengenalan mengenai hak asasi manusia dihadkan kerana peserta-peserta yang hadir di program ini telah dikenalpasti sudah faham dan jelas mengenai hak asasi manusia, kepentingannya dan masalah yang dihadapi.

Kami terus dibahagikan kepada benua masing-masing dan dikehendaki membincangkan isu-isu hak asasi dalam satu pembentangan.

Pada waktu ini, 1.40 tengahari, saya yang diletakkan bersama peserta-peserta dari Thailand, Kemboja, Filipina, Pakistan dan India dan sebentar lagi kami dikehendaki membentangkan isu hak asasi masing-masing.

Berdasarkan perbincangan yang kami jalankan, banyak juga persamaan dalam isu-isu terebut seperti keganasan polis, pilihan raya yang telus dan bebas dan penindasan terhadap ahli-ahli politik.

Kesemua isu –isu tersebut adalah berpunca daripada penggubalan undang-undang yang mempunyai kepentingan dari kalangan pemerintah.








Keganasan Polis
Polis dipersetujui menyalahgunakan kuasa mereka dalam menjaga keamanan Negara. Seperti Malaysia, polis diperkudakan oleh pemerintah dalam menghentikan rakyat daripada menyuarakan hak mereka dalam kebebasan bersuara. Rakyat dipukul dalam perhimpunan.

Bagi Malaysia, isu yang paling penting dan tidak banyak membawa perhatian antarabangsa ialah kes-kes kematian dalam lokap dan tahanan.

Pilihan Raya yang Tidak Bebas
Para peserta terkejut apabila saya mengatakan bahawa Malaysia masih lagi menjalankan undi pos sungguhpun ianya hanya diperlukan semasa pihak keselamatan berada di kem-kem dan tidak dibenarkan keluar bagi menjalankan tanggungjawab untuk mengundi.

Bagi Negara-negara lain di Asia, kesedaran rakyat mengenai pentingnya mengundi amat sedikit. Secara purata hanya 50 peratus daripada pengundi yang berdaftar pergi mengundi. Bagi Filipina, sungguhpun mereka sedar akan calon-calon yang akan menjadi wakil mereka tidak mempunyai keupayaan yang cukup, mereka masih merasakan bahawa undi mereka tidak akan menjatuhkan ahli-ahli politik berkenaan.

Penculikan aktivis
Wakil-wakil dari Negara Asia juga bersetuju untuk memasukkan kehilangan beberapa aktivis sebagai salah satu isu yang pelanggaran hak asasi manusia. Bagi sesetengah Negara pula, terdapat masalah tekanan-tekanan yang dialami oleh ahli-ahli politik yang cuba untuk membangkang polisi-polisi yang bercanggah dengan hak asasi manusia. Terdapat kes di mana mereka dipecat, dipaksa untuk meletak jawatan dan ada menteri yang dituduh dengan tuduhan yang mengaibkan hanya untuk membawa mereka keluar daripada barisan cabinet.

Diskriminasi bangsa dan golongan minoriti
Dalam membincangkan perkara ini, parti perkauman di Malaysia (Umno, MCA dan MIC) menjaddi kes yang paling berkesan. Parti-parti yang berasaskan kaum seperti ini dipersetujui tidak sepatutnya wujud yang mana akhirnya akan menjadikan sesebuah Negara tidak harmoni dan membawa isu pilih kasih.

Golongan minoriti dan kaum asal pula terpinggir dalam pembangunan. Dari segi hak asasi, saya membangkitkan isu-isu golongan minoriti India yang baru-baru ini menghadapi masalah perobohan tempat ibadat mereka.

Blog seterusnya akan membincangkan isu-isu pencabulan hak asasi yang dihadapi oleh benua-benua lain.

 

 

Sunday, March 04, 2007

Mukhsin at Theatre Beginning 8th March


The Director’s notes

Orked is ten. Mukhsin is twelve. They meet during one school holiday and quickly become the best of friends.

With "Mukhsin", I try to examine one common and uncomfortable human experience: What happens when your best friend - someone with whom you've been learning to do cool things like climbing trees, flying kites and riding bicycles - starts to develop romantic notions about you?

I feel it's an interesting human condition to look at, because I myself have never understood how, sometimes, something as beautiful as Love can threaten to end something else that is just as beautiful - Friendship.


THE CASTS

MAIN
Mohd Shafie Naswip (MUKHSIN)
Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid (ORKED JUNIOR)

SUPPORTING
Sharifah Amani Syed Zainal Rashid (ORKED)
Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid (MAK INOM)
Adibah Noor (KAK YAM)

 

 

Berlepas ke Gummersbach

Saya akan menghadiri Program INTERNATIONAL ACADEMY FOR LEADERSHIP (IAF) dalam bidang Hak Asasi Manusia bermula pada 4-16hb Mac yang diadakan di Bummersmack, Jerman.

Program tersebut adalah di bawah anjuran dan jemputan Yayasan Frederich Naumann yang beribu pejabat di situ. Sebanyak 25 peserta dari 21 negara akan menyertai program ini termasuk Zimbabwe, Ghana, Tanzania, Arab Saudi, Iraq, Israel, Turki, Brazil, Peru, Mexico, Guatemala, Nicaragua, Russia, Khirgizia, Azerbaijan, Gergoa, Thailand, Kemboja, Filipina, Pakistan dan India.

Pada masa diari ini ditulis waktu London menunjukkan pukul 6 petang. Saya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow di United Kingdom sementara menunggu penerbangan transit ke Cologne.

Isu Hak Asasi Manusia

Beberapa perkara akan saya tekankan dalam pembentangan saya nanti termasuk isu Akta Kanun Kecemasan (Emergency Ordinance), Isu Kg Medan, Keganasan Polis dan penubuhan Suruhanjaya Pembaikan Polis (IPCMC) dan perobohan kuil.

Saya ingin berterima kasih kepada beberapa organisasi yang banyak membantu saya dalam persiapan saya dalam penyertaan saya ini termasuk SUARAM, Amnesty International (Malaysia) dan Police Watch and Human Rights (Malaysia).

Sebelum berlepas, saya sempat menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Perhimpunan Selangor.

Beberapa rakan sempat saya jumpa dalam membincangkan perkara-perkara yang perlu disiapkan sepeninggalan saya. Saharudin dalam misi ‘underground’, Chin Tong dalam sidang media yang bakal dibuat Isnin depan, kempen memastikan Zizan dan Johan menang dalam Pertandingan Raja Lawak Astro, ulasan filem Mohsen arahan Yasmin Ahmad dan banyak lagi.

SMS juga diterima daripada rakan-rakan yang mengucapkan selamat jalan. Antaranya; Zul (Gombak), Firdaus (Lembah Pantai) dan Azbak.

Suda tentu, orang yang paling risau semasa ketiadaan saya ialah ibu yang bersendirian di rumah dan ‘boss’.

‘Boss’ tak henti-henti menghantar SMS sungguhpun pada pagi semalam saya sudah pun berjumpa beliau dan mengemaskini beberapa perkara.

Mak pula tak henti-henti melihat beg pakaian yang tidak seberapa sungguhpun saya berada di Eropah beberapa hari.

Insya-Allah, saya selamat. Cuma berkat doa ibu, rakan-rakan supaya misi saya di Jerman dapat membawa sesuatu perkembangan dalam isu pencabulan hak asasi manusia di Malaysia.

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com