Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, March 30, 2007

SEPETANG BERSAMA CHERMIN: Hantu tercantik pernah kulihat




Pada 26 Mac yang lalu, aku tidak dapat menolak jemputan Ummi Kalthoum dan Zarina untuk menonton filem mereka yang kini sedang ditayangkan di pawagam, CHERMIN.

Pada waktu pertama kali kami bertemu, mereka berkali-kali meminta maaf kerana tidak menjemput aku pada waktu tayangan media mereka. Aku memberitahu bahawa pada waktu tersebut, aku sememangnya aku berada di luar negara.

Banyak juga soalan-soalan yang aku utarakan kepada dua beradik ini di Coffee Bean, KLCC termasuk bahasa mereka yang tidak biasa menggunakan Bahasa Ibunda.

Mereka ini sebenarnya adalah dari golongan kaum bumiputera Sarawak dan Bahasa Melayu bukanlah bahasa ibunda mereka.

Itulah sebabnya temuramah mereka sewaktu program Wayang Kita baru-baru ini betul-betul melihat kekakuan mereka.

Tetapi, mereka jelas petah, senang bergaul dan bercita-cita tinggi.

Hantu Cantik?

Perkara yang aku bangkitkan ialah pemilihan pan-Asian dalam filem CHERMIN. Deanna Yusof dan Natasha Hudson bukanlah wajah-wajah asli Melayu (aku pun sebenarnya tidak tahu definisi Melayu).

Menurut Zarina yang kali pertama mengarah filem, dalam audition yang mereka jalankan, pelakon-pelakon yang datang untuk sessi pemilihan tidak ada yang memenuhi kriteria watak dan Deanna; yang juga merupakan salah satu pelakon yang diminati Zarina memenuhi segalanya dalam filem seram itu.

Natasha juga, yang sebagai profesion seorang model terkenal adalah pelaokn utama.

Aku terus mengimbas kembali filem-filem seram tanahair yang aku pernah tonton; Ya! Inilah filem seram pertama yang mempunyai wajah tercantik - dari golongan model.

Selain itu, dalam CHERMIN, kita tidak akan melihat perempuan berambut panjang mengurai dan mata terbeliak.

Sanggul Deanna tersikat rapi dan Natasha sungguh menawan dalam wajahnya yang berparut (selepas dimekap).


Hantu Timbul?

Aku bertanya kepada Zarina, memandangkan dia ni suka sangat mengarahkan filem; adakah beliau percaya kewujudan hantu?

Beliau dengan secara jujur menjawab bahawa sebelum ini beliau tidak percaya wujudnya hantu sehinggakan beleiau memulakan penggambaran.

Terus beliau menceritakan beberapa pengalaman beliau: Dalam babak yang paling mahal di mana kemalangan kereta yang dipandu leh pelakon Natasha, babak tersebut berjaya dilakonkan dan dibawa ke Thailand untuk post-produksi dan Kesan-kesan Visual yang dijalankan oleh Oriental Post.


Selepas dilihat secara teliti, terdapat bayangan manusia di celah-celah gambar yang ditangkap. Zarina dan seluruh krew pasti bahawa semasa babak itu ditangkap, tidak ada kelibat manusia pun melainkan pelakon stunt dalam kereta tersebut.

Penggambaran yang memakan masa selama 43 hari di Janda Baik, Pahang itu juga memberi kenangan di mana kemenyan dan Harum Sundal Malam sering terbau semasa penggambaran dijalankan.

Malah, krew sering mengalamai ada kelibat angin yang melintas terutama ketika keseorangan.


Siapa Zarina?

Zarina Abdullah memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan Sivil, kemudian meneruskan pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang Teknologi Maklumat dari University College London.
Tetapi sebagai peminat filem, dia menyertai persatuan filem universiti (dimana alumni termasyhurnya ialah pengarah Batman Begins, Christopher Nolan) dan mengusahakan beberapa filem pendek.

Semasa cuti musim panas, dia menghadiri beberapa kursus jangkapendek dalam bidang penulisan skrin dan pada tahun 2003, dia mengambil kursus intensif dalam bidang penerbitan filem di sekolah New York Film Academy di London.

Selepas sekolah perfileman, dia dengan cepatnya mula mengusahakan skrip filem cetera seramnya yang pertama iaitu Chermin, dan pada tahun 2004, dia telah dipilih menghadiri Berlinale Talent Campus.

Pada tahun yang sama, dia menubuhkan Starry Eye Productions, sebuah syarikat penerbitan tersendiri bersama kakaknya Ummi Khaltoum Abdullah dan mereka memulakan penerbitan filem cetera mereka yang pertama pada tahun 2005.

Bagi Zarina, CHERMIN bukan filem seram Asia yang tipikal dengan jalan ceritanya yang berkerat-kerat tetapi satu filem ‘seram yang menghantui dengan indah’ di mana sebuah cermin merupakan watak utamanya. ‘Ia adalah sebuah cerita di mana anda bersimpati dengan hantu sebagaimana anda bersimpati terhadap mangsanya’. Ia juga merupakan filem seram wanita di mana sebahagian besar watak utamanya adalah wanita dan isu-isu seperti cinta, perkahwinan-perkahwinan yang diatur, megah diri merupakan tema-tema utama dalam filem ini.

Festival Antarabangsa

CHERMIN yang dibawakan oleh Starry Eye Productions telah menerima undangan daripada Udine Far East Film Festival di Itali, salah sebuah festival terbesar yang menayangkan filem-filem popular Asia.

Festival yang dianjurkan oleh Centro Espressioni Cinematografiche di Udine itu akan bermula pada 20hb – 28hb April dan akan menayangkan filem-filem dari China, Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan , Filipina, Jepun, Singapura dan Thailand.

CHERMIN iala satu-satunya filem dari Malaysia yang ditayangkan di festival itu.


Chermin juga akan ditayangkan di The Very Special Horror Day, sebuah festival yang menayangkan koleksi filem-filem seram dari Asia. Sebelum ini festival tersebut pernah menayangkan filem seperti Nang Nak, Dark Water, Ju-on dan The Heirloom.

Apabila saya menanya Zarina yang juga penulis skrip filem ini, apakah inspirasi beliau untuk mengarah tersebut, beliau menjawab The Exorcist.

"Bayanganmu Menyeramkan"

Chermin mengisahkan seorang perempuan yang rohya terperangkap dengan dendam dalam sebuah cermin antik.

Plot cerita ini bertumpu kepada Nasrin yang mengalami kecacatan pada mukanya akibat kemalangan jalan raya yang penuh misteri.

Nasrin mendapati dirinya begitu tertarik kepada sebuah cermin antik warisan keluarga yang ditemui oleh ibunya.

Akhirnya, Nasrin menjadi obses dengan cermin tersebut sehingga mengagumi roh cermin itu dalam usahanya mengembalikan kecantikan wajahnya.

Harga yang harus dia bayar ialah memuaskan tantutan cermin tersebut yang menuntut darah dan dendam.

Ia juga merupakan satu filem yang menggambarkan banyak kehidupan kampung Melayu tempatan dengan babak-babak yang menggambarkan doa selamat, perkahwinan Melayu yang mewah serta lakonan babak menghalau hantu yang realistik.

CHERMIN dilakonkan oleh Deanna Yusoff, Natasha Hudson, Farid Kamil, Khatijah Tan dengan penampilan istimewa Dato’ Mustapha Maarof, M.Rajoli dan Fauziah Nawi. Filem ini mula ditayangkan pada 22 Mac.

1 Comments:

At 11:30 am, Blogger Ajami Hashim said...

"Selepas dilihat secara teliti, terdapat bayangan manusia di celah-celah gambar yang ditangkap."

whoaa! mata kau mmg sgt sensitif! cayalah!

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com