Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, March 23, 2007

Jangan Ganggu Media - CIJ


(Gambar Hiasan) Pemandangan ketika demonstrasi sekatan media semasa menghantar memorandum ke Suhakam November 2006 lalu


Oleh Faisal Mustaffa (Malaysia Today)

KUALA LUMPUR 21 Mac – Pusat Wartawan Bebas (CIJ) hari ini mengutuk amaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Penerangan supaya media perdana di negara ini tidak menulis berita yang bersumberkan maklumat daripada blog dan laman-laman berita maya.

Amaran kedua dikeluarkan dalam jangkamasa seminggu selepas amaran pertama yang tidak mahu media perdana menjangkaui sempadan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian tersebut, menterinya Zainuddin Maidin menggesa agar akhbar perdana tidak menyiarkan maklumat yang diperolehi daripada Internet, terutamanya blog.

Zainuddin menuduh isi-isi yang dimuatkan dalam blog sebagai berunsurkan provokatif, tidak tepat dan berunsurkan politik.

"Wartawan yang menulis daripada sumber blog secara tidak langsung memberi kredit yang tidak sepatutnya kepada penggiat-penggiat bog berkenaan," jelas Zainuddin.

Beliau menyeru agar orang ramai merujuk kepada akhbar-akhbar perdana bagi mendapat maklumat yang sahih.

Kenyataan Zainuddin itu dikeluarkan selepas Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang dipimpin oleh Perdana Menteri sendiri, mengeluarkan amaran yang sama kepada semua akhbar perdana pada 13 Mac yang lalu.

Menurut kenyataan CIJ, Pengarah Eksekutifnya Sonia Randhawa, beliau mengutuk amaran-amaran kerajaan tersebut yang menyekat kebebasan media.

"Dalam sebuah persekitaran di mana media terikat kepada kawalan-kawalan pentadbiran dan perundangan, masih ada keyakinan daripada rakyat untuk mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber autoritatif," jelas Sonia.

Kemahuan rakyat untuk mengetahui beberapa perkara menggambarkan secara jelas kelemahan sistem media di Malaysia yang disebabkan oleh gangguan pihak Eksekutif."

"Memandangkan amaran-amaran tersebut timbul daripada penyiasatan kes rasuah seseorang yang berprofil tinggi, yang mana dimulakan di ruang blog, ia menunjukkan satu gambaran bahawa kerajaan mempunyai satu agenda untuk menghadkan perbincangan awam dan mengawal pendapat awam.

Justeru, CIJ mendesak agar kerajaan menarik balik amaran-amaran tersebut, meminda Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 dan menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen berkenaan Hak-hak Komunikasi untuk memegang janji-janjinya dan menjamin perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan dalam menyatakan pendapat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com