Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, March 05, 2007

Masalah Pencabulan Hak Asasi Malaysia Mula Didedah


Hari ini kedua saya berada di Jerman bermula dengan pembentangan isu-isu yang berkaitan dengan Negara masing-masing.

Suhu pada waktu ini ialah lebih kurang 10 darjah Celcius, berangin dan mendung. (Gambar di sebelah kanan ialah pemandangan pekan Gummersbach dari bilik tidur)

Pengenalan mengenai hak asasi manusia dihadkan kerana peserta-peserta yang hadir di program ini telah dikenalpasti sudah faham dan jelas mengenai hak asasi manusia, kepentingannya dan masalah yang dihadapi.

Kami terus dibahagikan kepada benua masing-masing dan dikehendaki membincangkan isu-isu hak asasi dalam satu pembentangan.

Pada waktu ini, 1.40 tengahari, saya yang diletakkan bersama peserta-peserta dari Thailand, Kemboja, Filipina, Pakistan dan India dan sebentar lagi kami dikehendaki membentangkan isu hak asasi masing-masing.

Berdasarkan perbincangan yang kami jalankan, banyak juga persamaan dalam isu-isu terebut seperti keganasan polis, pilihan raya yang telus dan bebas dan penindasan terhadap ahli-ahli politik.

Kesemua isu –isu tersebut adalah berpunca daripada penggubalan undang-undang yang mempunyai kepentingan dari kalangan pemerintah.








Keganasan Polis
Polis dipersetujui menyalahgunakan kuasa mereka dalam menjaga keamanan Negara. Seperti Malaysia, polis diperkudakan oleh pemerintah dalam menghentikan rakyat daripada menyuarakan hak mereka dalam kebebasan bersuara. Rakyat dipukul dalam perhimpunan.

Bagi Malaysia, isu yang paling penting dan tidak banyak membawa perhatian antarabangsa ialah kes-kes kematian dalam lokap dan tahanan.

Pilihan Raya yang Tidak Bebas
Para peserta terkejut apabila saya mengatakan bahawa Malaysia masih lagi menjalankan undi pos sungguhpun ianya hanya diperlukan semasa pihak keselamatan berada di kem-kem dan tidak dibenarkan keluar bagi menjalankan tanggungjawab untuk mengundi.

Bagi Negara-negara lain di Asia, kesedaran rakyat mengenai pentingnya mengundi amat sedikit. Secara purata hanya 50 peratus daripada pengundi yang berdaftar pergi mengundi. Bagi Filipina, sungguhpun mereka sedar akan calon-calon yang akan menjadi wakil mereka tidak mempunyai keupayaan yang cukup, mereka masih merasakan bahawa undi mereka tidak akan menjatuhkan ahli-ahli politik berkenaan.

Penculikan aktivis
Wakil-wakil dari Negara Asia juga bersetuju untuk memasukkan kehilangan beberapa aktivis sebagai salah satu isu yang pelanggaran hak asasi manusia. Bagi sesetengah Negara pula, terdapat masalah tekanan-tekanan yang dialami oleh ahli-ahli politik yang cuba untuk membangkang polisi-polisi yang bercanggah dengan hak asasi manusia. Terdapat kes di mana mereka dipecat, dipaksa untuk meletak jawatan dan ada menteri yang dituduh dengan tuduhan yang mengaibkan hanya untuk membawa mereka keluar daripada barisan cabinet.

Diskriminasi bangsa dan golongan minoriti
Dalam membincangkan perkara ini, parti perkauman di Malaysia (Umno, MCA dan MIC) menjaddi kes yang paling berkesan. Parti-parti yang berasaskan kaum seperti ini dipersetujui tidak sepatutnya wujud yang mana akhirnya akan menjadikan sesebuah Negara tidak harmoni dan membawa isu pilih kasih.

Golongan minoriti dan kaum asal pula terpinggir dalam pembangunan. Dari segi hak asasi, saya membangkitkan isu-isu golongan minoriti India yang baru-baru ini menghadapi masalah perobohan tempat ibadat mereka.

Blog seterusnya akan membincangkan isu-isu pencabulan hak asasi yang dihadapi oleh benua-benua lain.

3 Comments:

At 5:10 pm, Anonymous Anonymous said...

dedah jangan tak dedah! tapi jgn lupa carikan aku tshirt filem GOOD BYE LENIN saiz M tu tau!

 
At 5:42 am, Blogger Unknown said...

Din,

Macam mana Tian Chua boleh kena tahan?

 
At 11:19 pm, Blogger wutever said...

sesungguhnya mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com