Berlepas ke Gummersbach
Saya akan menghadiri Program
INTERNATIONAL ACADEMY FOR LEADERSHIP (IAF) dalam bidang Hak Asasi Manusia bermula pada 4-16hb Mac yang diadakan di Bummersmack, Jerman.
Program tersebut adalah di bawah anjuran dan jemputan Yayasan Frederich Naumann yang beribu pejabat di situ. Sebanyak 25 peserta dari 21 negara akan menyertai program ini termasuk Zimbabwe, Ghana, Tanzania, Arab Saudi, Iraq, Israel, Turki, Brazil, Peru, Mexico, Guatemala, Nicaragua, Russia, Khirgizia, Azerbaijan, Gergoa, Thailand, Kemboja, Filipina, Pakistan dan India.
Pada masa diari ini ditulis waktu London menunjukkan pukul 6 petang. Saya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow di United Kingdom sementara menunggu penerbangan transit ke Cologne.
Isu Hak Asasi Manusia
Beberapa perkara akan saya tekankan dalam pembentangan saya nanti termasuk isu Akta Kanun Kecemasan (Emergency Ordinance), Isu Kg Medan, Keganasan Polis dan penubuhan Suruhanjaya Pembaikan Polis (IPCMC) dan perobohan kuil.
Saya ingin berterima kasih kepada beberapa organisasi yang banyak membantu saya dalam persiapan saya dalam penyertaan saya ini termasuk SUARAM, Amnesty International (Malaysia) dan Police Watch and Human Rights (Malaysia).
Sebelum berlepas, saya sempat menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Perhimpunan Selangor.
Beberapa rakan sempat saya jumpa dalam membincangkan perkara-perkara yang perlu disiapkan sepeninggalan saya. Saharudin dalam misi ‘underground’, Chin Tong dalam sidang media yang bakal dibuat Isnin depan, kempen memastikan Zizan dan Johan menang dalam Pertandingan Raja Lawak Astro, ulasan filem Mohsen arahan Yasmin Ahmad dan banyak lagi.
SMS juga diterima daripada rakan-rakan yang mengucapkan selamat jalan. Antaranya; Zul (Gombak), Firdaus (Lembah Pantai) dan Azbak.
Suda tentu, orang yang paling risau semasa ketiadaan saya ialah ibu yang bersendirian di rumah dan ‘boss’.
‘Boss’ tak henti-henti menghantar SMS sungguhpun pada pagi semalam saya sudah pun berjumpa beliau dan mengemaskini beberapa perkara.
Mak pula tak henti-henti melihat beg pakaian yang tidak seberapa sungguhpun saya berada di Eropah beberapa hari.
Insya-Allah, saya selamat. Cuma berkat doa ibu, rakan-rakan supaya misi saya di Jerman dapat membawa sesuatu perkembangan dalam isu pencabulan hak asasi manusia di Malaysia.
1 Comments:
salam saudara faisal,
saya perasan saudara di warung Cina di Jalan Belfield tempoh hari tp segan nak tegur..=)
selamat berkursus di Jerman..semoga beroleh manfaat dan dapat dikongsi bersama!
Post a Comment
<< Home