Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Saturday, February 03, 2007

Hadir ke Bukit Aman 5 Februari, 10 pagi

Pada 5 Februari ini, empat orang pemimpin pembangkang akan berada di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberi keterangan mengenai pendedahan dokumen ’rahsia’ yang termaktub dalam Akta Rahsia Rasmi.

Mereka (termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim, gambar) dikehendaki memberi keterangan hasil daripada laporan polis yang dibuat oleh beberapa kumpulan pro-Umno pada 27 Januari lalu.

Tanya saya, "apa dah jadi dengan laporan-laporan polis yang dibuat oleh KeADILan?"

Saya hadir dalam sidang media yang dibuat pada 3 Januari yang baru lalu.

Bagi saya, dokumen tersebut tidak ada rahsianya kerana ia pembayar cukai dan seluruh rakyat mempunyai kepentingan. Mereka ada hak untuk mengetahui kandungan perjanjian tersebut.

Dalam konferens yang diadakan di Crown Princess di bawah anjuran AIDCOM awal Disember berkaitan dengan komunikasi, saya ada menyatakan kegusaran saya kepada para peserta atas sekatan negara mengenai Kebebasan Maklumat.

Saya dan rakan-rakan akan hadir bersama mereka di pintu luar Ibu Pejabat Bukit Aman pada Isnin, 5 Februari jam 10 pagi.

Berikut ialah tulisan saya yang dipaparkan dalam akhbar web Malaysia Today.



Gabungan Anti-Tol Dedah Dokumen OSA Kerajaan - LITRAK


Oleh: Faisal Mustaffa

KUALA LUMPUR 4 Jan – Gabungan Anti-Tol hari ini mendedahkan salah satu daripada dokumen perjanjian sulit di antara Kerajaan dan pengusaha lebuhraya yang terlebih awal sudah memeterai kenaikan tol sehingga berakhirnya tempoh konsessi.

Menurut perjanjian di antara Kerajaan Malaysia dan Lingkatan Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) yang membina Lebuhraya Damansara-Puchong yang menghubungkan kedua-dua bandar itu, tol akan dinaikkan lagi mulai 2016 sebanyak RM1.00 menjadi RM3.10 bagi kenderaan Kelas 1. Ini bermakna tol naik sebanyak 100% sejak lebuhraya tersebut digunapakai kepada pengguna-pengguna lebuhraya pada tahun 1998.

Jurucakap Gabungan berkenaan, Tian Chua berkata dalam sidang media yang dibuat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) di sini, perjanjian yang diperolehi itu adalah salah satu daripada empat perjanjian konsessi yang terlibat dalam kenaikan harga tol.

Beliau yang juga Ketua Penerangan KeADILan yakin bahawa kandungan bagi perjanjian-perjanjian lain tidak banyak bezanya dengan kandungan perjanjian yang gabungan perolehi atau lebih teruk.

Justeru, beliau mencabar agar Kerajaan mendedahkan kandungan perjanjian-perjanjian yang lain kerana rakyat bertanggunjawab untuk mengetahui kandungan perjanjian tersebut.

Kebebasan Mendapat Maklumat

Menurut bekas Ketua Eksekutif (CEO) Kumpulan Guthrie Berhad, Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim,perjanjian yang ditandatangani di antara Kerajaan dan LITRAK itu tidak sah, tidak adil, berunsurkan rasuah dan tidak bersesuaian kepada rakyat.

Rakyat, menurut Khalid yang kini Bendahari Agung KeADILan berhak untuk mengetahui kandungan perjanjian yang berkepentingan rakyat dan tidak seharusnya mengkategorikan dokumen-dokumen tersebut di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Beliau yang juga pernah membangunkan lebuhraya Guthrie Expressway memberitahu, konsep penswastaan sebenarnya dibentuk untuk mengelak birokrasi yang diamalkan dalam sistem Kerajaan.

”Tetapi, dalam hal penswastaan lebuhraya di negara ini, ia diperkenalkan untuk membuat ’deal’ dengan Kerajaan,” kata Khalid yang juga Bekas Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Oleh yang demikian, ’Perbadanan Malaysia’ yang diperkenalkan di era Mahathir pada tahun 1983 itu memberi situasi yang memberi keuntungan kepaa kedua-dua pihak; Kerajaan dan pihak tertentu (win-win situation).

Beliau juga memberitahu, sebab itulah ramai di antara Ketua Setiausaha Negara berebut-rebut untuk menjadi ahli dalam Lembaga Konsessi sesebuah projek ’Perbadanan Malaysia’.

Jalan Penyelesaian

Sungguhpun Ronnie Liu yang hadir berkata masalah kenaikan tol tersebut boleh diatasi dengan mengubah Kerajaan, Khalid berpendapat bahawa Kerajaan perlu menggubal Akta Hak Mendapat Maklumat.

Dengan cara ini, perjanjian-perjanjian yang berat sebelah seperti apa yang berlaku dalam Kerajaan Barisan Nasional tidak akan berlaku sewenang-wenangnya.

Gabungan yang terdiri daripada parti-parti politik, kesatuan sekerja dan bdan-badan bukan kerajaan (NGO) bersependapat bahawa Kerajaan mesti menggantungkan pembayaran dan meningkatkan penilaian semula terhadap perjanjian-perjanjian yang mempunyai kepentingan kepada rakyat.

Gabungan juga bersetuju supaya Kerajaan membeli semula semua kos-kos pembinaan tersebut yang mana akhirnya diletakkan di bawah bahu pembayar-pembayar cukai.

Menurut perjanjian itu lagi, bermula tahun 2016 kenderaan Kelas 2 akan dinaikkan kepada RM6.20 dari RM4.20; Kelas 3 akan dinaikkan kepada RM9.30 daripada RM6.30; Kelas 4 akan dinaikkan kepada RM1.60 daripada RM1.10 dan kelas 5 akan dinaikkan kepada RM3.10 daripada RM2.10.

Sidang media itu juga turut dihadiri oleh Dr Hatta Ramli, Dr Sanusi Osman dan Dr Xavier Jayakumar.

2 Comments:

At 2:54 pm, Anonymous Anonymous said...

Kenapa kerajaan sibuk nak cari siapa bocorkan 'rahsia' perjanjian tersebut? Bukan kah lebih baik di cari kepincangan dalam perjanjian itu terlebih dahulu. Bodoh betul...!

 
At 5:56 pm, Anonymous Anonymous said...

The Centre for Independent Journalism is working with independent bloggers to set up of an information clearing house
and information exchange centre. The objectives of the
group are;

-.To provide information for bloggers to protect themselves against infringements of Freedom of Expression (FOE) and to keep up-to-date with the latest developments

-.To provide an avenue for bloggers to access information of public
interest which is not available in or sufficiently covered by the mass
media.


The information exchange will be moderated, and will work through an e-group.

The proposed e-group will be based on the following regulations;

1. All posts have to be concerned with the public interest

2. Contributors can ask for an explanation if their post is rejected

3. The CIJ code of ethics will serve as the guidelines for publishing postings

4. Priority will be given to issues that are not given space in the mass
media

5. Opinion will be published at the discretion of the Secretariat

"A council of elders", numbering less than 10 bloggers and comprising
among others, the group owners,will be established either by election or
appointment. CIJ proposes the council members will serve for four years, whereby the
after two years, the post Chairman and Vice Chairman have to be filled
in by new members.

Council members can appoint successors for their respective post whereby
the list of nominees will be publicized. A candidate will be appointed
if he/she receives a majority support from the members.

Membership is by application to the group owners.

CIJ volunteers to be the Secretariat of the e-group.

For more info email waifong@cijmalaysia.org or visit;
http://tech.groups.yahoo.com/group/mybloggers/

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com