Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, December 11, 2006

Cerita Romantis dalam CINTA




Seperti yang dimaklumkan, CINTA melibatkan lima cerita dalam satu kisah. Ada beberapa persepsi yang membandingkan antara satu cerita dengan cerita yang lain.

Salah satu kisah ialah kisah yang bertemakan romantis diantara Eizlan Yusuf dan Fasha Sandha.

Sungguhpun masing-masing memberi persepsi tersendiri mengenai cinta namun tidak siapa yang menyangkal bahawa cinta kadangkala datang apabila tidak diangka.

Pertemuan yang tidak diduga telah mencetis cinta yang mendalam di hati Azlan (Eizlan Yusuf), seorang hartawan yang mengetuai empayar media percetakan, terhadap Azura (Fasha Sandha), seorang pembantu kedai buku.

Sebagai seorang yang berganding dengan rakan-rakan penerbitan; dari percetakan, pengedaran, penulisan mahupun pengarang, yang berkecimpung selama hampir tujuh tahun. Dari media cetak; akhbar ke tabloid ke majalah bulanan dan sukuan hingga ke media web ke penulis rencana. saya faham asam garam industri ini.

Saya juga pernah terbatkan dalam kumpulan yang ingin memulakan akhbar baru dan merangka konsep untuk akhbar web. Selain itu, saya pernah mengajar dalam matapelajaran Feature Writing untuk sebuah universiti.

Jadi, saya begitu faham tentang pengendalian sesebuah penerbitan. Filem The Boss Who Wears Prada saya saksikan. Menurut pengalaman, ada yang berjaya, ada yang tersungkur, ada yang nyawa ikan dan ada juga yang gulung tikar.

Dalam CINTA, Azlan, seorang jejaka hartawan yang masih bujang dan mengendalikan empayar penerbitannya. Dia ni seorang yang bukannya berpengalaman dalam industri penerbitan tetapi teruja dengan glamour.

Baginya, seperti penerbit kebanyakan majalah di negara ini, isi bukan faktor utama tetapi jualan.

Beliau menghabiskan masanya untuk melihat penerimaan orang ramai terhadap majalah penerbitannya.

Kerjanya itu menemukan beliau dengan kerani jualan yang bergaji mewah di sebuah kedai buku. Kenapa saya mengatakan demikian? Azura yang berasal luar dari Kuala Lumpur pulang ke kampung halamannya dengan menggunakan kapal terbang (bukan dari LCC-T tetapi menggunakan pesawat MAS).

Sebagai seorang yang tidak romantis, yang tidak berapa terhibur dengan babak keduanya. Lakonan Eizlan juga tidak berapa menjadi. Tetapi, Jimadie dari paling menyenanginya. Dalam blognya, beliau hanya menyukai 30 minit pertama filem ini.

Azlan juga tidak dapat menerima cerita peribadi beliau dipaparkan dalam tabloid sungguhpun inilah bidang kerjanya, sehinggakan terpaksa menafikan perhubungan cintanya dengan Azura. Ini yang mengecewakan Azura.

Siapakah Azlan?

Pelakon kacak kelahiran KL ini adalah wajah yang cukup dikenali di kalangan penonton Malaysia menerusi pembabitannya dalam puluhan filem dan drama TV.

Antara filmografinya ialah Kad Cinta, Emilia, Cahaya Cinta, Bintang Tiga, Lurah Dendam, Panas, Raja Melewar, Perempuan Melayu Terakhir, Mendam Berahi, Black Maria dan Pontianak Harum Sundal Malam.

Anugerah yang pernah digondol ialah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah SKRIN bagi filem ‘Panas’ dan Pelakon Lelaki Harapan (Festival Filem Malaysia) bagi ‘Perempuan Melayu Terakhir’.


Siapa pula Fasha Sandha?

The Malay Mail baru ini menyenaraikan FASHA SANDHA di tempat ke-6 dalam senarai utama industri perfileman negara, berdasarkan pada pencapaian individual tertentu dalam masa setahun ini.

Fasha yang dilahirkan pada 28 Mac 1984, dinamakan sebagai Pelakon Baru Wanita Popular 2005 di Anugerah Bintang Popular menerusi lakonannya dalam drama TV, ‘Natasya’.

Beliau mula menerima tawaran filem sebaik selesai pengajian di Institut Kebudayaan Negara in Kuala Lumpur pada 2000. Penampilan pertamanya ialah memegang peranan pembantu dalam filem ‘Black Maria’, sementara filem keduanya ialah ‘Bintang Hati’.
Fasha disifatkan sebagai pelakon wanita paling laris hari ini – dengan dua filem box-office – Anak Mami Kembali dan Bujang Senang.

Selain CINTA, Fasha dijangka muncul dalam empat filem yang dijadual ditayangkan pada akhir tahun.

Fasha dilaporkan menolak tawaran sebagai pelakon utama dalam filem berprofil tinggi, Remp-It untuk berlakon dalam filem cinta kontemporari, CINTA.

Filmografi daam tahun 2006 ialah Nana Tanjung, Gong dan Cicakman.

Rakan peguam saya, Yusmadi Yusuf amat meminati pelakon ini.

2 Comments:

At 9:46 am, Anonymous Anonymous said...

there u have it.....the local movie. kurangnya research yang mendalam menyebabkan ia menjadi....."a local movie". the public cant relate to it at all....just another syok sendiri movie...?

 
At 3:53 pm, Anonymous Anonymous said...

Acai, apa dah jadi dengan politik di Malaya? Abang ada dengar ada macam-macam cerita dah ni..... Sila email abang untuk menerangkan keadaan yang sebenar.

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com