Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, November 10, 2006

CINTA – 10 Bintang, 5 Kisah Cinta, 1 Cerita



Pada 9 November lepas, saya dijemput oleh Alternate Studio dalam tayangan eksklusif filem CINTA untuk para wartawan dan blogger di panggung GSC One Utama. Ramai juga teman-teman wartawan yang hadir. Antaranya ialah Rudi (Harian Metro), Shin, Mukhlis, Jimadie, Lutfi (pemenang Anugerah Sastera Utusan 3 tahun berturut-turut) dan lain-lain.

CINTA bukanlah satu cerita tangkap leleh seperti filem-filem Melayu yang lain dan lebih bertemakan masalah sosial dan salah satu daripada kisah yang dipaparkan itu sebenarnya kita pernah alami- cuma sedar atau pun tidak.

Dua tulang belakang dalam filem ini ialah Pengarahnya; Kabir Bhatia dan penulis skrip; Mira Mustaffa.

Kabir Bhatia

KABIR adalah graduan Universiti Bombay dalam jurusan perakauanan pada 1992. Dengan 13 tahun pengalaman dalam industri produksi, Kabir adalah seorang pengarah dan produser berpengalaman. Dia memulai kariernya sebagai produser dengan UTV India sebelum menerbit dan mengarah pelbagai program TV dan video syarikat bagi India, Malaysia dan Singapura.

Di Singapura, Kabir mengarah dan/ atau bertindak sebagai Produser Eksekutif bagi:
? “Life”, (Channel 1) sejam filem drama pendek sebanyak 20 siri
? “Spin”, drama remaja popular Singapura
? “Reghai”, drama polis 7 episod – pemenang Anugerah Drama Terbaik
di Vasantham’s Pesta Perdana
? “Incredible Tales”, (TCS5) – 5 episod siri drama documentari popular
di TCS5
? Full Circle & Life Line (TCS5)
? Pournami (Vasantham)

Kabir kini terbabit dalam produksi filem Bollywood, Don yang dibintangi Shahrukh Khan, sebuah produksi yang dikendalikan oleh Channel Ventures selain drama mengenai dunia kewartawanan bagi sebuah akhbar Malaysia, The Star

Di Malaysia, Kabir mengarah dan bertindak sebagai produser eksekutif, antaranya bagi:

• Astana Idaman 1 & 2 (siri televisyen)
• Bila Larut Malam (talk show)
? Primadona (telemovie) – Pemenang anugerah Produser Terbaik,
Sinematografi Terbaik, Solekan Terbaik di Anugerah PPPFM 2000;
Filem Terbaik dan Produser Terbaik, Pesta Perdana Suria 2001
? Talk About Love, sebuah sitkom (dicalon bagi Komedi Terbaik di
Asian Television Awards)
? Jodoh dan Mastura (NTV7),
? Ah-ha! (sebagai Pengarah Teknikal), TV3
? Idaman (siri di ASTRO)
? Panggung – membentuk siri ini yang memulai slot cerita seram di ASTRO-RIA.


Mira Mustaffa

Mira mengambil jurusan Penulisan Kreatif di Washington University. Dia mempunyai 10 tahun pengalaman dalam bidang penulisan bagi industri televisyen, percetakan juga pengiklanan.

Dia memulakan kariernya sebagai penulis bagi satu persembahan pentas, Hero dan A Silent Scream yang dipersembahkan oleh DramaLab oleh Zahim Albakri. Dia kemudian menjadi penulis iklan sebelum menyertai Berita Publishing, dan akhirnya membabitkan diri dalam penulisan skrip.

Sejak 11 tahun ini, dia memegang jawatan sebagai editor skrip, ketua penulis dan produser. Dia bertanggungjawab membentuk konsep dan menggerakkan beberapa program televisyen terkenal Malaysia – termasuk drama bersiri Idaman 1 dan 2 di Astro Ria, serta Jodoh dan Mastura di NTV7. Mira terus menghasilkan telemovie popular seperti Kampus Rock (Astro Ria) dan Boleh-Boleh Bola (RTM), di mana dia juga bertindak sebagai penerbit eksekutif bersama. Mira juga adalah pencipta bersama sitkom Talk About Love (dicalon Komedi Terbaik, Anugerah Televisyen Asia) dan menulis untuk beberapa program seperti Cherry, Buddies dan Doktor Desa. Di Singapura, Mira menulis skrip bagi PPPFM 2000 dan penerima Primadona, Pesta Perdana, juga Life (Channel 1), dan Incredible Tales (TCS 5).


Ramai yang sudah bertanya ketika saya masih belum habis makan pop-corn (dalam pawagam) dan roti jala (selepas tayangan) apakah sudut yang saya ambil dalam membicangkan dalam blog nanti.

Dari perspektif seorang Melayu urban, inilah filem yang memaparkan kehidupan cinta kita. Setiap dari kita berpengalaman daripada ‘kisah tentang kasih ini’.

Bertemakan cinta, filem ini menceritakan lima pasangan dengan kisah masing-masing di kota yang indah - ada yang sedang mencari cinta, ada yang bertemu cinta ada yang kehilangan cinta.

Menerusi filem ini , cinta dapat juga dilihat dari pelbagai sudut – cinta suami isteri dan anak, kasih sayang di antara adik-beradik dan juga cinta di antara warga emas.

Dan ketahui samada benar atau tidak; setiap kisah ini salah satu pihak akan menjadi hamba seks. Naluri seks mereka membuak atas nama cinta. Saya akan terangkan dengan lebih terperinci dalam penulisan saya dari semasa ke semasa sehingga hari penayangannya yang sebenar bermula 30 November akan datang.

Persoalan sekarang, dari segi tarikan penggemar-penggemar filem tempatan, apakah daya tarikan filem ini?

Adakah?
• 10 bintang hangat yang membintangi filem ini – MUNGKIN
• 5 kisah cinta – SO WHAT? LOVE STORY? YUKKKS!
• Naungan Grand Brilliance – BUKANKAH GRAND BRILLIANCE YANG HASILKAN
FILEM-FILEM HANCUS SEBELUM INI?
• Pengarah Bollywood – MUNGKIN, SEBAB MELAYU SUKA TENGOK FILEM HINDUSTAN

Seperti yang diketahui umum, Melayu urban tidak menonton filem Melayu,”tunggu Raya tahun depan - mesti keluar TV.”

Ini semua menjadi taruhan Syarikat Produksinya, ALTERNATE STUDIO.

Bagi pendapat saya, pasaran filem seperti ini sudah lama tidak berada dalam pasaran. Saya sungguh mengagumi filem Abang, Ada Apa Dengan Cinta? (antara filem yang saya kagum dan dapat difikirkan).

Filem ini mampu untuk mencapai satu tahap yang sebaris dengan filem-filem tersebut.

Ekspressi setiap bintang amat berkesan. Tahniah.

2 Comments:

At 8:15 pm, Blogger jasonbob said...

yeezy
golden goose sale
off white jordan 1
air jordan
balenciaga sneakers
pandora bracelet
yeezys
yeezy boost 350 v2
off white clothing
adidas yeezy

 
At 5:02 pm, Anonymous Anonymous said...

jordan shoes
yeezy boost 380
bathing ape
supreme outlet
yeezy outlet

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com