Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Saturday, October 21, 2006

Preview untuk Blogger




Judul : CINTA
Produser : Ahmad Puad Onah
Produser Eksekutif : Dhojee & ara
Pengarah : Kabir Bhatia
Penulis Skrip : Mira Mustafa & ara
Pelakon : Fasha Sandha, Rita Rudaini, Nanu Baharuddin,
Sharifah Amani,Fatimah Abu Bakar,
Eizlan Yusuff, Pierre Andre, Que Haidar,
Rashidi Ishak, Datuk Rahim Razali
Terbitan : Alternate Studio
Tayangan : 30 November 2006



CINTA

10 Bintang, 5 Kisah Cinta, 1 Cerita

CINTA adalah sebuah filem yang memaparkan lima kisah cinta berkisar di metropolis Kuala Lumpur. Setiap cerita adalah berbeza dan unik, namun setiap watak berkait menerusi keadaan dan peristiwa.

Bertemakan cinta, filem ini menceritakan lima pasangan dengan kisah masing-masing di kota yang indah – ada yang sedang mencari cinta, ada yang bertemu cinta dan ada yang kehilangan cinta. Menerusi filem ini, cinta dapat juga dilihat dari pelbagai sudut – cinta suami isteri dan anak, kasih sayang di antara adik beradik dan juga cinta di antara warga emas.

Filem ini pasti menawarkan sesuatu yang berlainan kerana ia menampilkan bakat pengarah, penataan seni dan dialog yang penuh makna. Pengarah filem terkenal, Kabir Bhatia telah berjaya melahirkan sebuah filem Melayu terkini yang unik. Filem ini diharap akan mengubah aliran filem Melayu pada masa akan datang.

Dengn 10 bintang, 5 kisah cinta dalam sebuah cerita CINTA pasti menjadi filem Melayu yang “mesti ditonton” oleh segenap lapisan masyarakat.


Kepada blogger-blogger yang berminat untuk menyaksikan preview CINTA, tayangannya adalah seperti berikut:

TARIKH : 9TH NOVEMBER 2006, THURSDAY

MASA : 2.30 - 5PM

TEMPAT : GSC, ONE UTAMA (HALL 5)

Namun, blogger-blogger tidak semudah itu untuk memasuki pawagam kerana hanya blogger-blogger yang terpilih sahaja akan dibenarkan menyaksikan preview tersebut sebelum ianya ditayangkan kepada umum.

Adalah menjadi keutamaan kepada blogger yang benar-benar komited dalam blogging.

Sekiranya, anda yakin berada dalam kategori tersebut, sila hubungi saya melalui e-mel faisal_angkatanmuda@yahoo.com dengan menyatakan alamat blog anda.

Kebenaran anda untuk menyaksikan preview berdasarkan penilaian yang dibuat oleh Blog Bugs.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com