Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, October 09, 2006

Pengalaman Pertama Bersama Angkatan Muda Sabah

Hari pertama tiba di Sabah pada 6 Oktober lalu membuka sejarah baru dalam arena politik aku di Negeri di Bawah Bayu, Sabah.

Inilah kali pertama seumur hidupku, menjejakkan kaki ke negeri itu. Tapi, aku datang dengan satu misi, dengan satu tugas, dengan satu tanggungjawab.

Persiapan yang aku buat untuk lawatan ini sungguh memenatkan; bulan Ramadhan, kerja yang melambak, nota kuliah, layanan karenah pelajar-pelajarku dan kerjaya politik yang tidak pernah kurasakan selesai.

Namun, aku tiba dengan satu persiapan, walaupun ia dijalankan selama dua minggu.

Aku tiba di Lapangan Terbang Terminal Dua Kota Kinabalu agak lewat; sekitar jam 2:30 petang. Shamsul, Gaddafi dan aku tiba disambut oleh Ketua Angkatan Muda Sabah, Abdul Razak Jamil.

Lembah Impian Country Homes


Kami terus dibawa ke satu tempat penginapan yang aku agak mewah; Lembah Impian Country Homes di Putatan. Kami ditempatkan di Executive Suite. Layanan Kelas A.

Aku terpegun betul dengan Resort ini. Terdapat 22 unit bilik yang disediakan dan ia pada asalnya merupakan sebuah tanah lot bungalow yang luas.

Sungguhpun kemudahan percutian tidak berapa lengkap, ia mempunyai niche nya tersendiri, ia sebuah country home.

Executive Suite aku dilengkapi dengan dapur, ruang tamu dan ruang belakang rumah lengkap dengan meja teh menghadap hutan hijau Kinabalu.

Interiornya sungguh menawan. Rasa macam tak nak balik pula. Kerja-kerja dan tugas serta tanggungjawab yang aku pikul tidak terasa memenatkan atas persekitaran di resort ini.


Aku sememangnya tak cukup tidur. Malam sebelumnya, aku tak sempat tidur, hanya sekadar tidur ayam di hadapan televisyen dan aku dapat sejam lagi tidur ayam di dalam pesawat.

Aku pulun tidur petang itu selepas beberapa tugasan diberikan kepada para petugas Angkatan Muda untuk program sebelah malam.

Aku tidur.

Kami berbuka awal iaitu sekitar jam 6:08 petang kerana matahari terbenam awal di Sabah.

Jentera Angkatan Muda

Seramai 32 anggota Angkatan Muda yang meliputi lapan bahagian tiba untuk mendengar taklimat kami. Pembentangan kami memakan masa selama 45 minit dan alhamdulillah, mereka tidak menghadapi sebarang masalah mengenai pembentangan aku.

Insya-Allah, misi tercapai.

Pada waktu malam itu, aku rasa aku hendak menyambung santapan aku tetapi pelawaan rakan-rakan baruku di Sabah tidak dapat kutolak.

Aku dibawa untuk makan sup di Kota Kinabalu.

Selepas kembali ke Lembah Impian, kami ditunggu oleh rakan-rakan dari Kudat. Aku melayan mereka lagi. Pembentangan yang sama aku buat untuk kumpulan kecil ini dan aku tidur tidur jam 4:30 pagi selepas bersahur.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com