Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Saturday, August 05, 2006
Lilin Barakan Zionis
Malam Sabtu lepas (4 Ogos, 2006), saya bercadang untuk hanya berehat di rumah dan menonton koleksi dvd serta mengemaskini kerja sepanjang minggu.
Tetapi, panggilan daripada Syed Shahir tidak dapat ditolak. Beliau mengajak saya untuk turut bersama beliau dan rakan-rakan dari Majlis Peguam Malaysia (Bar Council) untuk berkumpul di Dataran Merdeka menyalakan lilin kemarahan membantah serangan Zionis terhadap Lubnan.
Rupa-rupanya, bukan hanya peguam berhimpun di situ. Rakan-rakan dari WDC, Maria Chin; Kechik dari Food Not Bombs; Josef Roy dari Amnesty International; Teresa Kok dari DAP serta Tian Chua dan Sivarasa dari KeADILan juga hadir. Enot dan keluarganya juga ada.
Bagi saya,penubuhan dan penyiasatan yang dijalankan oleh Israeli Defence Force (IDF) – sebut Pihak Tentera Zionis, atas serangan udara ke Qana jelas menunjukkan satu cara untuk menutup kejahatan Israel terhadap bumi Qana.
IDF jelas sebuah badan yang tidak bebas dalam menyiasat kes kematian yang melibatkan kematian lebih daripada 100 orang awam ketika mereka sedang berlindung di dalam pusat perlindungan PBB.
Amnesty International juga tidak mengiktiraf penyiasatan tersebut dan menggesa sebuah badan suruhanjaya yang benar-benar bebas untuk menjalankan peyiasatan di selatan Lubnan itu.
Bolehkah kita terima tentera Israel menyiasat pasukan mereka sendiri? Ia seperti pihak polis menyiasat Rahim Noor (ketika itu Ketua Polis Negara) yang didakwa membelasah sdr Anwar Ibrahim ketika dalam tahanan.
Sebaliknya, satu suruhanjaya bebas, International Humanitarian Fact-Finding Commission (IHFFC) perlu ditubuhkan di bawah Artikel 90 Protokol 1 yang berkaitan dengan Perlindungan Mangsa Konflik Tentera Antarabangsa bagi menyiasat insiden pencabulan IHFFC juga diiktirafkan dalam Konvensyen Geneva.
Perang yang telah terletus semenjak 12 Julai 2006 telah dijadikan alasan untuk Rejim Zionis untuk menghalalkan darah rakyat awam Lubnan. Pihak tentera Zionis (IDF) telah menuduh para pejuang Hizbullah menjadikan kampung di Qana sebagai tapak melancarkan roket untuk menyerang bandar-bandar Zionis.
Sehingga kini, lebih 60 rakyat (dan hampir 40 kanak-kanak) menjadi korban keganasan mereka. Rumah-rumah hancur dan menjadi debu kerana serangan bom yang telah digugurkan oleh pesawat perang Zionis pada jam satu pagi hari tersebut
Rumah-rumah hancur dan menjadi debu kerana serangan bom yang telah digugurkan oleh pesawat perang Zionis pada jam satu pagi hari tersebut. Seluruh dunia telah bangkit mengutuk dan mengecam jenayah tersebut.
Malam itu, aku makan malam bersama Razak dan anaknya di kawasan Dang Wangi. Terus aku ke Downtown untuk membeli hadiah kerana esok aku akan hadiri majlis persandingan Arni dan majlis harijadi Marissa.
Congratulations to both of you!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home