Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, June 30, 2006

Anwar desak Samy Vellu disiasat


Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendesak Badan Pencegah Rasuah (BPR) siasat Menteri Kerja Raya, Dato Seri S Samy Vellu atas skandal Matrade.

Menurut Anwar yang juga bekas Menteri Kewangan, Kementerian Kerjaraya memberikan cadangan kepada kementeriannya ketika berada dalam kerajaan untuk meluluskan tender kepada sebuah anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Perangsang International Sdn Bhd (PISB).

Samy Vellu bagaimanapun menafikannya dalam laporan media bahawa kementeriannya mencadangkan pembinaan Menara Matrad diberikan kepada Ireka Construction Berhad tetapi Kementerian Kewangan tidak bersetuju, sebaliknya memilih PISB.

PISB gagal menyiapkan projek itu mengikut jadual hingga menyebabkan kos pembinaannya melambung naik kepada RM287.5 juta.

Projek tersebut yang dimulakan pada tahun 1994 hanya berjaya disiapkan awal tahun ini oleh kontraktor baru, sedangkan ia sepatutnya disiapkan pada 1997.

PISB telah didenda sebanyak. RM159.8 juta atas kegagalan menyiapkan projek tersebut tetapi berjaya melepaskan diri apabila syarikat tersebut dijual serta ditukar nama.

Dalam sidang media yang diadakan di kediaman beliau di Damansara 29 Julai lepas, Anwar memberitahu bahawa Bahagian Perbendaharaan bertindak atas arahan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Tender yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Kewangan iaitu Dato (kini Tan Sri) Abdul Ghani Othman.

Anwar terpaksa mendedahkan kes ini kerana Kementerian Kerjaraya mengambil sikap mudah dalam melepaskan tanggungjawab apabila projek Menara Matrade gagal disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan menuding jari kepada Kementerian Kewangan, yang mana menteri pada ketika itu ialah Anwar bahawa kontrak pembinaan dilantik oleh Kementerian Kewangan.

Jelas Anwar, dalam meluluskan sesebuah kontrak, ia melibatkan beberapa langkah dalam proses asas iaitu; Bahagian Kontrak akan meneliti cadangan yang diterimanya dan kemudian dibawa kepada Jawatankuasa Tender.

Dalam kes Matrade, Anwar memberitahu pegawai-pegawai kementeriannya membuat penelitian dengan mendalam kerana projek tersebut mendapat campurtangan daripada Menteri Kerjaraya.

“Ini diperkukuh oleh cadangan BPR melalui jawatankuasa kabinet yg saya pengerusikan,” kata Anwar.

Selain daripada Matrade, Anwar juga mendesak agar BPR menjalankan siasatan kepada projek-projek lain yang melibatkan Kementerian Kerjaraya termasuk projek Lebuhraya MRR2 di mana ia mengandungi elemen kegiatan rasuah dan perilaku jenayah.

1 Comments:

At 9:40 am, Anonymous Anonymous said...

Desakan demi desakan...it will lead to nowhere.....at the end...its will be just another publisiti murahan dari pihak pembangkang....Evrbody knows it. There must be another way to make this claim / accusation justified kan? What about evidence/ or supporting document yan tak boleh di deny lagi oleh mana2 pihak..?..I know its hard to get all the evidence and the supporting bla..bla..bla...but..I believe there is a way.....Talk is cheap bro.......

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com