Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, April 30, 2006

Golongan pekerja tidak berganjak – masih di tempurung buruk

Pada tahun ini, kaum pekerja ditekankan lagi dengan menaikkan harga minyak sebanyak 30sen seliter. Kenaikkan tersebut merupakan kadar kenaikkan tertinggi dalam sejarah Malaysia sudah pasti menghiris dan membelah kalbu rakyat lantaran kos besar yang terpaksa ditanggung oleh mereka.

Kerajaan telah pun membuat keputusan dan pengumuman. Sebagaimana hak yang ada pada kerajaan untuk berbuat demikian, kaum pekerja juga memiliki hak menerima atau membantah kenaikkan tersebut.

Kenaikan yang tertinggi pernah berlaku itu secara tidak langsung menaikkan kos pennghidupan. Namun, gaji pula masih di tokok lama.

Tambah membebankan golongan pekerja ialah kesan globalisasi yang memberi impak mendalam terhadap teknologi dan kemahiran, idea dan nilai-nilai yang merentas sempadan.

Sebagai pekerja, seseorang itu tidak patut menjadikan diri mereka sebagai alat kepada pengeluaran. Dengan arus globalisasi ini, martabat pekerja perlu didongakkan; sekurang-kurangnya harus dikekalkan. Kaum pekerja tidak patut membenarkan sekali-kali unsur-unsur imperalis ini mengganggu domba martabat tersebut yang menjadi hak kepada usaha-usaha yang menjadi tunjang kepada produktiviti negara.

Dalam usaha tersebut, apa yang kita perjuangkan dalam platform pekerja ialah gaji minima yang harus diterima oleh setiap individu yang bergelar pekerja. Dalam pemerhatian-pemerhatian kes-kes yang berlaku, kaum pekerja dalam pelbagai industri sering mengeluh tidak mendapat imbuhan yang setimpal dengan kerja yang dijalankan.
Kerja-kerja tersebut tidak lagi dilihat dari aspek tahap bahaya kerja yang dijalankan, Apa yang penting bagi mereka ialah untuk mendapat gaji bagi menampung kos sarahidup keluarga. Oleh yang demikian, mereka terpaksa mengabaikan waktu-waktu kualiti yang sepatutnya diperuntukkan untuk keluarga mereka.

Bagi saya, jaring keselamatan sosial (social safety net) perlu dituntu oleh setiap individu yang bergelar pekerja bagi mempastikan penghidupan para pekerja masa hadapan terjamin terutama sekali apabila mereka mencecah usia emas.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa perjuangan gaji minima ini tidak perlu diselamatkan dalam dunia yang sudah bersifa sejagat (globalised) hari ini. Namun, saya berpendapat bahawa pandangan yang sedemikian itu merupakan pandangan yang amat naïf, baik sehubungan dengan negara-bangsa maupun sehubungan dengan dunia yang bersifat sejagat itu.

Selain itu, pelbagai cabaran perlu diatasi apabila berhadapan dengan kerajaan mahupun majikan. Sungguhpun Artikel 10 (Kebebasan Berpersatuan) memberi peruntukkan kepada setiap warganegara untuk menjadi ahli kepada persatuan, ianya tidak semudah yang disangkakan.

Kaum pekerja yang berhasrat untuk menubuhkan kesatuan di organisasi mereka terpaksa berjuang, bersengkang mata dan berbincang dalam suasana yang hangat hanya untuk menengakkan hak mereka menubuhkan kesatuan.

Pekerja-pekerja dalam industri elektronik terpaksa menunggu berpuluh tahun untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak bertanggungjawab.

Keadaan ini berlaku dalam masa ini, selepas Malaysia merdeka hampir 50 tahun bukannya satu yang berlaku di zaman kuno.

 

 

Friday, April 28, 2006

MGG Pillai dalam kenangan - Salut untukmu

MGG Pillai adalah satu nama yang menjadi idola saya sewaktu mula berjinak-jinak dalam arena penulisan.

Bagi mendapat rasional mengenai satu-satu isu, laman MGG Pillai lah menjadi salah satu sumber rujukan saya.

Malah, ada akhbar-akhbar yang kekurangan bahan untuk penulisan mereka akan menterjemahkan penulisan beliau - dan MGG Pillai tidak pernah menuntut sebarang bayaran.

Beliau dihentam, diheret ke mahkamah dan dikeji terutama sekali dari pihak Umno tetapi beliau tetap dengan semangatnya.

Saya menganggap pemergian MGG Pillai pada 28 April sebagai satu kehilangan yang amat besar dalam perjuangan reformasi di negara ini.

Pillai, 67, dalam penulisannya banyak membuahkan pendapat-pendapat bernas dan kritikan tajam terhadap puak pemerintah yang menganggap mereka berkuasa.

Beliau percaya kepada keadilan yang akan datang; hanya masa dan ketikanya sahaja tidak mendapat kepastian.

Pillai telah lihat akan manfaat yang dapat digunakan melalui penguasaan Teknologi Maklumat. Melalui e-group SangKancil, beliau mampu menarik pebagai kaum terutama dari golongan cerdik pandai untuk berforum dengannya, secara maya.

Saya bersama Angkatan Muda Malaysia inging merangkapkan ucapan setinggi-tinggi takziah kepada keluarga MGG Pillai yang banyak bersabar dengan perjuangan yang dipilih oleh mendiang sewaktu hidupnya.

Semoga bakti yang dicurahkan sepanjang hidupnya dijadikan pedoman dan semangat dalam menghidupkan api reformasi.

Sesungguhnya, pemergiannya adalahs atu kehilangan kepada dunia kewartawanan di negara ini.

 

 

Tuesday, April 25, 2006

KU LIHAT DEMOKRASI

Ku lihat demokrasi dilahirkan . ilham pada segala
kesedaran

Ku lihat demokrasi dilafazkan .ibu pada segala
perlembagaan

Ku lihat demokrasi dilamarkan .penyatu pada segala
tolerensi

Akan tetapi .

akan tetapi
Dalam zaman yang berpancaroba ini

Ku lihat demokrasi menunduk kepalanya
Cuba meniti tali tali kehidupan yang serba usang

Ku lihat demokrasi menangis dalam kepedihan dan
hampa

Terperangkap dalam definasi definasi insan yang
sungguh mengelirukan

Ku lihat demokrasi disedut ke dalam putaran jahanam

Memuntahkan kembali generasi generasi penindas

Dan mencabuli kemanusiaan sejagat

Ku lihat kesedihan pada jiwa dan hati sanubari

Demokrasi tersungkur dipinggir jalan

Cuba mendakap kebenaran

Terbeku oleh kilauan rantai rantai penindasan

Yang mabuk dalam belaian nafsu keuntungan

Ku lihat dengan perasaan yang makin tersimpul ketat

Demokrasi lesu ..makin pudar ..punah

Dalam pelukan penaja penaja

Yang berpaut sekuat hati pada kuasa

Dan diwarnai simbol simbol keangkuhan

Ku lihat demokrasi terhuyung hayang ...
di ambang kematian

Masih dalam pelukan anak anak dan cucu cicit

Malanganya mereka masih tidak mengerti

Malangnya mereka tidak berani mengerti

Bahawa kasih sayang ini ...
Mampu
mencetuskan perjuangan jati

Akan tetapi ...

Akan tetapi
Dalam dunia sosialisma yang mendaulatkan keagungan rakyat

Ku lihat dengan penuh junjungan

Demokrasi dibelai manja dengan penuh kasih sayang
Diiringi disiplin diri
Oleh mereka yang menghargai naluri kebebasan

Ku lihat dengan penuh kegembiraan

Demokrasi bergerak bebas .sebati dengan realiti
kehidupan

Menguasai jentera jentera kesedaran

Menghapuskan zaman penindasan

Ku lihat dengan debaran harapan
Demokrasi semakin hidup dengan getaran getaran
jiwa insan

Justeru itu mengalu alukannya ..tidak bererti lagi

Ku lihat dengan penuh penyertaan ..

Penuh penglibatan

Demokrasi menjadi suatu kekuatan bagi sosialis

Menggegarkan tugu tugu kapitalis yang makin rapoh
Menghuraikan pelbagai penyatuan menentang
segala kekejaman

Menjadi penggerak kinihari dan harapan masa
depan

Intisari kemanusiaan ..
Menjadi semangat sosialis sejagat

Salam Perjuangan
Dr. Nasir Hashim

Disembahkan pada Malam solidarity GPKK 22-4-2006

 

 

HARI MEMBACA SEDUNIA 23 APRIL

Sempena menyambut Hari Membaca Sedunia yang jatuh pada 23 April, pihak pengurusan TOKOBUKU (www.tokobuku.fotopages.com) bersetuju untuk memberikan potongan harga sebanyak 10 peratus.

Kesemua potongan dikenakan kepada semua buku yang berada di laman kedai maya kami. Tawaran tersebut sah sehingga 30 April 2006.

Potongan harga hanya tetakluk kepada pesanan melalui www.tokobuku.fotopages.com sahaja.

Kami juga ingin memaklumkan bahawa TOKOBUKU telah melangkah setapak lagi dengan mempunyai gerai sendiri di Lot 166, Bazaar Tengah Malam di Velodrome Cheras.

Anda boleh memiliki buku-buku dan VCD di gerai tersebut. Di gerai tersebut juga kami ada menjual majalah-majalah lama; Wanita, Mingguan Wanita, Jelita, Keluarga, Anjung Seri, URTV, Media, Nona, Asiaweek, Saji dan banyak lagi dengan harga RM2.00 sahaja.

Gerai tersebut akan dibuka dari 11pm hingga 5am setiap hari.

Sebarang pertanyaan mengenai gerai TOKOBUKU di Velodrome Cheras, anda boleh hubungi sdr Razak Ismail di talian 012-3966744.

 

 

Monday, April 17, 2006

Pelancaran HUBB Peringkat Terengganu

Pada : 21hb April 2006,
Hari : Jumaat jam 4.00 Petang.
Tempat: Tingkat 1 Wisma PAS Marang

Maklumat lanjut sila hubungi Mahadi (017-2592527)

Selamat berjaya!

Salam hormat,

Turut Menjemput:Dr.Badrulamin Bahron
(Chairman / Pengerusi)

Faisal Bin Mustaffa
( Exco Angkatan Muda PKR)

www.hubb.com.my

 

 

Angkatan Muda akan desak Musa Hassan letak jawatan

Angkatan Muda Malaysia akan mendesak Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Musa Hassan untuk meletakkan jawatannya segera kerana cuba melindungi anggota-anggotanya dalam Polis diRaja Malaysia (PDRM) dalam isu penderaan di dalam lokap.

Naib Ketua Angkatan Muda, S.Manikavasagam ketika dihubungi memberitahu, Angkatan Muda dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) akan membuat aduan ke Bahagian Tatatertib Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman mengenai sikap Timbalan Ketua Polis Negara itu.

Tindakan badan-badan itu untuk membuat kenyataan bersama dalam desakan tersebut berikutan dengan keputusan Hakim Mahkamah Majistret, Nazran Bin Mohd Sham 7 April yang lalu mengenai inkues G Francis Udayappan.

“Sungguhpun Hakim gagal untuk memberi keputusan punca kematian Francis yang sebenarnya (akibat keadaan mayat yang telah reput), Musa (Hassan) telah membuat kenyataa di media bahawa beliau yakin Francis masih hidup dan mayat yang dijumpai di Sungai Kelang itu bukan milik Francis, kata Manikavasagam. Musa yang juga pada ketika itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, melalui tajuk berita “Brickfields Escapee May Still Be Alive,” Musa dengan yakinnya memberitahu bahawa Francis Udayappan masih hidup.

Penyerahan memorandum yang akan dibuat pada Rabu, 19 April akan datang juga akan mendesak pihak polis untuk menyiasat dan memberi memberitahu kepada rakyat umum punca sebenar kematian Francis Udayappan yang berada di bawah penguasaan polis sejak April 2004.

Francis dikatakan telah melepaskan diri dari lokap dan terjun ke Sungai Kelang.

Tindakan Angkatan Muda dan NGO itu untuk menyerahkan memorandum tersebut adalah susulan kepada janji Perdana Menteri Abdullah Badawi dalam ucapannya ketika melancarkan program Rakan Cop 16 April lepas.

Abdullah telah memetik kata-kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Bakri Omar bahawa pihak polis akan membuat siasatan kepada apa juga kes dan tidak bersikap pilih kasih.

“Kami berharap, aduan kami Rabu depan akan mengembalikan keadilan terutama kepada ahli keluarga Francis dan banyak lagi kaum keluarga yang mengalami nasib yang sama (mati dalam tahanan polis),” ujar Manikavasagam lagi.

Beliau menyeru kepada orang ramai yang bersimpati mengenai keadaan yang melanda ibu mendiang, Sara Lily supaya turut serta dalam penyerahan memorandum tersebut kerana ‘ianya juga boleh berlaku kepada ahli keluarga kira.’

 

 

Saturday, April 15, 2006

ISA Mala Fide: GMI terus berjuang


Sungguhpun tidak menampakkan sebarang kemajuan ke arah pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), gerakan yang ditubuhkan khusus untuk memberi kesedaran mengenai akta zalim itu, Gerakan Manushkan ISA (GMI) terus komited dalam lapangan mereka dalam memansuhkan akta tersebut.

GMI yang ditubuhkan lima tahun dahulu ketika sepuluh aktivis reformasi ditahan di bawah akta tersebut. Mereka didakwa oleh kerajaan Malaysia cuba menggulingkan kerajaan dengan cara militan. Ketua Polis Negara pada ketika itu, Tan Sri Norian Mai juga telah memberi kenyataan dengan menduduh mereka kaedah penggulingan yang mereka cadangkan termasuk dengan menggunakan molotov cocktail.

Mereka yang ditahan ketika itu ialah Ezam Mohd Noor, Saari Sungib, Hishamuddin Rais, Tian Chua, Badaruddin Ismail, N Gobalakrishnan, Ghani Haron, Raja Petra kamarudin, Badrulamin Baharom dan Lokman Noor Adam.

“Namun, pihak kerajaan gagal mengemukakan sebarang bukti,” kata Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh.

Dalam sidang media yang diadakan pada 14 April lepas, gerakan itu memberitahu mengenai organisasi hak asasi manusia antarabangsa, Amnesty International yang telah mengisytiharkan sepuluh aktivis sebagai ‘tahanan politik.’

Amnesty International juga menyokong kempen anti ISA yang dianjurkan oleh GMI dengan memaparkan isu ISA di ruang utama laman web mereka.

Talam Dua Muka

GMI berpendapat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersikap talam dua muka ketika beliau membuat kenyataan pada 22 Februari lalu mendesak kerajaan Amerika menutup Kem Tahanan Guantanamo Bay. Beliau menegaskan bahawa adalah lebih baik bagi pihak Amerika menutup kem tersebut kerana berlakunya penyeksaan di sana.

Bagi GMI, Kem Tahanan Kamunting yang menahan tahanan ISA juga adalah tempat menyeksa tahanan dan oleh itu tidak banyak bezanya dengan Guantanamo Bay.

“Jika Abdullah tidak menggunakan prinsip yang sama (menutup Kem Tahanan Kamunting), maka nasihat beliau kepada Amerika hanya merupakan satu sandiwara politik,” kata Syed Ibrahim lagi.

Mala Fide

Dalam penghakiman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia, penahanan mereka itu tidak sah dan mala fide (berniat jahat).

Lembaga Penasihat ISA juga berpendapat sama dan mencadangkan supaya tahanan Reformasi tersebut dibebaskan.

Menurut Syed Ibrahim dalam kenyataan yang dibacakan ketika sidang media itu, beliau berkata, dalam tempoh tahanan selama dua tahun tersebut, tahanan-tahanan tersebut tidak pernah berputus asa dalam memperjuangkan kebebasan mereka.

“Mereka mengadakan protes seperti mogok lapar, eggan berjumpa dengan pegawai-pegawai cawangan khas (SB), tidak hadirkan diri di perhimpunan pagi dan sebagainya,” kata Syed Ibrahim lagi.

“Dalam pada itu, keluarga tahanan Reformasi juga giat berusaha untuk membebaskan ahli keluarga mereka yang mereka sayangi,” tambah beliau lagi.

Malalui GMI, keluarga tahanan Reformasi telah menggunakan segala cara termasuk kempen kesedaran untuk membantah kezaliman ISA yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

Antara isteri tahanan yang turut hadir dalam sidang media itu ialah Aliza Jaffar (isteri kepada Saari Sungib) dan Vasathi (isteri kepada Gobalakrishnan).

Menurut Syed Ibrahim, pembebasan dua orang tahanan Reformasi terakhir; Hishamuddin dan Tian Chua pada 12 Jun 2003 telah menandakan satu kemenangan yang besar dalam sejarah kempen membantah ISA.

Di bawah ISA, mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan atau meneliti keputusan yang dibuat oleh menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Kelonggaran system semak dan imbangan telah memburukkan salahguna kuasa polis.

Bagi GMI, Malaysia tidak boleh menggelarkan dirinya sebagai sebuah Negara demokrasi jika undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara masih wujud.

Justeru, GMI telah membuat gesaan agar system kehakiman yang bebas dikembalikan untuk mencegah kes salahguna kuasa poils dan kerajaan.

GMI juga mendesak agar kerajaan menerima saranan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). Lebih menyedihkan ialah apabila laporan tahunan Suhakam itu tidak diberi peluang untuk dibentangkan di Parlimen untuk enam tahun berturut-turut semenjak tahun 2000.

“Malah, kerajaan Malaysia telah mempergunakan tragedy 11 September sebagai alasan untuk terus menzalimi rakyat dengan menggunakan ISA,” kata Syed Ibrahim

Kempen Berterusan

Sehingga hari ini, terdapat lebih daripada 100 orang tahanan ISA yang masih merengkok di Kamunting. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada mereka yang ditahan, antaranya KMM (Kumpulan Mujahidin Malaysia / Kumpulan Militan Malaysia), JI (Jemaah Islamiyah), pemalsuan syiling/MyKad dan sebagainya.

Mereka dikatakan tidak diberi peluang untuk membela diri di mahkamah terbuka dan adil.

Setakat ini, GMI telah menghantar surat rasmi protes kepada pihak berkuasa, termasuk Perdana Menteri yang juga selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri; Pengerusi kaukus Hak Asasi Parlimen, Datuk Seri Nazri Aziz; mufti-mufti dari negeri berlainan.

Walupun tidak mendapat sebarang maklumbalas, GMI tetap cekal meneruskan kempen memansuhkan ISA dengan merekacipta lencana dan pelekat kereta baru yang bakal dilancarkan.

GMI juga akan mencetak buku tentang penyeksaan yang dialami oleh bekas tahanan ISA.

Selain wakil GMI, turut hadir di sidang media itu ialah enam antara sepuluh tahanan Reformasi hadir. Masing-masing memberitahu kaedah penahanan mereka. Namun, cara soalselidik yang dijalankan selama 60 hari adalah sama bagi kesemua tahanan tersebut.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Ezam, beliau mencabar pihak kerajaan untuk mendakwa beliau dengan tuduhan cuba menggulingkan kerajaan dengan cara militant ke mahkamah terbuka.

Sungguhpun beliau telah bebas, beliau berharap agar akta yang jelas disahkan oleh Mahkamah bahawa kerajaan telah menyalahgunakan ISA untuk agenda politik mereka suapay didedahkan.

Ezam juga menganggap ISA sebagai lambing kegagalan Abdullah sebagai Perdana Menteri kerana gagal membuat sebarang pengubahsuaian terhadap akta tersebut.

Beliau juga menyeru supaya parti-parti politik menggunakan ISA sebagai salah satu agenda politik mereka.

“Lima tahun sudah berlalu dan ia memberi pengajaran kepada kita supaya berjuang bersungguh-sungguh ke arah sebuah negara demokrasi,” kata Ezam.

Sidang media itu dipengerusikan oleh Latheefa Koya yang juga bertindak sebagai salah seorang peguam yang mewakili mangsa-mangsa tahanan ISA itu.

 

 

Tuesday, April 11, 2006

Musa Hassan Buktikan Dia Menipu




Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato Musa Hassan telah terbukti memberi kenyataan palsu melalui kenyataan akhbar Malay Mail 6 Mei 2004 yang lalu berkaitan dengan mistteri kehilangan salah seorang tahanan di lokap Balai Polis Brickfields, Francis Udayappan, 24.

Dalam laporan akhbar yang bertajuk, “Brickfields Escapee May Still Be Alive,” Musa dengan yakinnya memberitahu bahawa Francis Udayappan masih hidup.

Perjuangan ibu, Sara Lily untuk membuktikan bahawa mayat yang tersangkut di celahan dahan di Sungai Kelang berakhir apabila Hakim Mahkamah Majistret pada 7 Mac lalu membuat keputusan dalam perbicaraan inkues bahawa mayat yang berpakaian seragam lokap itu sememangnya mayat Francis Udayappan.

Upacara sembahyang mayat di luar Balai

Keluarga dan rakan sahabat, kenalan rapat mendiang telah mengadakan upacara sembahyangnya di hadapan Balai Polis Brickfields, di mana beliau dibunuh (didera oleh pihak polis).

Parti Keadilan Rakyat dan NGO berhimpun di hadapan Pusat Video Veenai (di mana Francis bertugas) dan berarak menuju ke Balai Polis sambil melaungkan kezaliman pihak polis.

Orang ramai yang pulang dari gereja berhampiran dan membeli-belah pagi Ahad lepas (9 April 2006) dikejutkan dengan perhimpunan tersebut yang diselitkan dengan ucapan-ucapan para aktivis mengenai kejadian hitam yang telah berlaku terhadap keluarga mendiang.

Sekiranya perkara ini telah berlaku kepada rakyat marhaen seperti Francis, ia juga bila-bila boleh berlaku kepada keluarga kita.

Surat permohonan untuk mengadakan upacara sembahyang telah pun dihantar ke Balai Polis Jumaat lepas dan ini diakui oleh pegawai polis yang menutup pagar Balai apabila melihat kedatangan lebih 50 orang yang berarak.



Seramai lebih 25 anggota mengawal pagar berkenaan. Tidakkah mereka ini tahu perkara sebenar? Tidakkah mereka berasa simpati terhadap kezaliman salah seorang rakan anggota mereka yang didakwa membunuh Francis? Tidakkah kasihan mereka melihat foto-foto mayat yang reput tanpa berkepala yang dibawa oleh para aktivis?

Sara Lily dalam pertemuan saya pada Mei tahun lalu berkata bahawa beliau dapat mengecam mayat tersebut melalui tattoo yang terdapat pada jari anaknya.

Pihak Polis diRaja Malaysia (PDRM) pula didapati tidak membenarkan supaya satu pemeriksaan bebas dilakukan sungguhpun Peguam Negara telah meluluskan untuk berbuat demikian.

Malah, Sara Lily pula hendak diambil tindakan kerana dituduh memberi keterangan palsu ketika mengecam mayat.

Kalau sekiranya benarlah kenyataan Musa Hassan pada ketika itu, jadi mengapa tidak ada usaha pihak polis untuk menjejaki Francis ketika beliau dikatakan lepas lari dari tahanan di lokap.

Mengimbas kejadian tersebut dua tahun lalu, Francis ditahan kerana dipercayai mencuri telefon bimbit rakannya yang hilang. Francis telah dibawa ke Balai Polis utnuk disoalsiasat.

Pada satu petang, Francis diberi peluang untuk menghubungi Sara Lily (menurut piawai hak tahanan lokap, mereka berhak untuk mendapat akses kepada alat telekomunikasi). Menurut kata Francis, beliau tidak mahu ibunya bersedih atau risaukannya kerana kesnya sudah selesai. Sara Lily juga mengiyakan dan memberi kepastian kerana Sara Lily sudah pun berhubung dengan pihak yang membuat laporan polis mengenai kehilangan telefon bimbit itu.

Pada hari keesokannya, Sara Lily telah pergi ke Balai untuk melawat anaknya dan betapa terkejutnya apabila polis memberitahunya bahawa Francis telah melepaskan diri dari tahanan.

Apakah sebab-musabab Francis mahu melepaskan diri dari lokap sedangkan kesnya telah pun selesai – tidak mempunyai kes langsung?

Cara Francis melepaskan diri…..(versi polis)

Apabila ditanya bagaimana Francis berjaya melepaskan diri, polis memberitahu bahawa Francis melarikan diri apabila meminta izin untuk membuang air kecil dari tingkat satu bangunan yang terdapat di Balai tersebut.

Mendiang Francis dikatakan terjun dari tingkat satu pada 16 April 2004 lalu dan lari ke belakang bangunan lalu terjun ke sungai.

Apabila ditanya samada Francis digari semasa melepaskan diri, polis berkata garinya terputus ketika terjun dari tingkat satu.

Apabila ditanya samada tiada anggota polis nampak dan kejar mendiang apabila cuba melepaskan diri, polis sudah tentu menjawab YA. Malah, menurut polis, polis juga terjun apabila mendapati mendiang terjun untuk melepaskan diri. Malangnya kaki anggota polis itu patah tetapi Francis tidak ada apa-apa kecederaan malah, mampu berlari dan mampu terjun ke sungai.

Menurut polis juga, Francis telah membolos ke salah satu lubang pagar untuk terjun ke sungai.

Polis cuba menyelematkan Francis yang terjun ke sungai dengan mencampakkan tali namun gagal mencapai Francis.

Pada 23 Mei 2005,terdapat beberapa individu yang membuat laporan polis bahawa mereka ada melihat sekumpulan anggota polis sedang mengeluarkan sebujur mayat dari Sungai Kelang.

Musa Hassan dengan penuh YAKIN menafikan mayat yang ditemui itu bukan mayat mendiang Francis.

Sehingga kini, Musa gagal memberikan sebarang keterangan yang munasabah dan bertanggungjawab tetapi memutar-belitkan keadaan sehingga mencurigakan pihak yang terbabit yakni keluarga mendiang.

Lalu, Sara Lily dan para peguamnya memohon untuk menjalankan inkues. Perbicaraan berjalan sehingga dua tahun. Sepanjang tempoh inkues itu, polis mendapati bahawa ujian DNA yang dijalankan oleh Sara Lily mendapati tidak sama dengan DNA mayat yang dijumpai.

Polis juga enggan membenarkan dengan bersungguh-sungguh agar Sara Lily membuat ujian DNA bebas kerana banyak pertikaian ditimbulkan; sample DNA yang diperolehi tidak diuji dengan serta-merta maka banyak kemungkinan boleh dikemukakan. Permohonan agar ibu mendiang menjalankan ujian kedua selepas tekanan dibuat oleh NGO-NGO dan akhirnya Pejabat Peguam Negara mendapati tidak ada alasan bagi si ibu untuk membuat ujian DNA ke dua.

Angkatan Muda dan beberapa NGO mengikuti inkues dengan teliti. Ia telah direkodkan dalam Laporan Tahunan Suaram 2004 mengenai pencabulan hak asasi manusia yang berlaku di Malaysia khususnya daripada pihak berkuasa, polis.

Angkatan Muda Malaysia juga telah membawa kes ini ke pengetahuan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan cuba untuk membuat pertemuan dengan Ketua Polis Negara. Beliau terlampau sibuk sehingga tidak ada masa untuk membuat pertemuan dengan keluarga mangsa, apa lagi dengan Angkatan Muda Malaysia.

Inkues tersebut berjalan sehingga 28 hari di hadapan Hakim Mahkamah Majistret, Nazran Bin Mohd Sham. M Puravalen dan Ravi Nekko berada sepanjang perbicaraan bagi pihak keluarga manakala peguam Amir Hamzah mewakili Lembaga Peguam Malaysia.

Ketika para aktivis pegi ke rumah mayat, Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 12 tengahari 7 April 2006, mereka mendapati mayat mendiang sudah hancur dan tanpa berkepala. Hanya sebujur rangka rahang dengan beberaa batang gigi terdapat di situ dan sebahagian daripada tenngkorak.

Menurut Jawatankuasa Pemantau Polis mengesyaki terdapat cover-up yang dilakukan oleh pihak polis semasa pembedahan post-mortem kedua dijalankan,


Keterangan yang tidak logik

1. Adakah begitu mudah bagi tahanan yang berada dalam kawasan larangan seperti di Balai Polis untuk mengenalpasti di bahagian mana pagar yang berlubang.

2. Anggota polis yang berada di situ, tidak ada seorang pun mampu mengejar mendiang yang difahami bukanlah seorang atlit tetapi hanya seorang pembantu di sebuah kedai video di Brickfields.

3. Di mana, dengan secara tiba-tiba polis menjumpai tali yang panjang untuk dicampakkan ke dalam sungai bagi menyelamatkan mendiang?

4. Bukankah di sungai Kelang di belakang Balai Polis itu terdapat benteng yang agak lebar? Bukan mudah bagi seseorang untuk melompat dari pagar Balai hingga ke benteng dan terus terjun ke sungai.

5. Sekiranya mayat yang dijumpai itu bukan milik mendiang Francis, jadi mayat siapakah itu? Mengaa tiada sebarang siding media atau sekurang-kurangnya kenyataan dikeluarkan oleh pihak polis atasan mengenai pertemuan mayat di Sungai Kelang yang berpakaian baju seragam lokap?

6. Sekiranya benar kenyataan Musa Hassan bahawa Francis masih hidup, mengapa tiada usaha untuk mencari Francis seperti biasa dilakukan seperti menampalkan wajah tahanan dib alai-balai polis dan tempat-tempat awam?

Tuntutan Angkatan Muda Malaysia

Angkatan Muda dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada 14 April 2005 menuntut agar Musa hassan digantung kerja sehingga jawapan sebenar mengenai misteri ini terjawab.

Angkatan Muda juga menuntut agar Ketua Polis Negara dipertanggungjawabkan untuk membawa kebenaran bagi memastikan masyarakat umum medapat keyakinan dan kepercayaan terhadap PDRM.

 

 

Tuesday, April 04, 2006

Demo

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com