Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, April 17, 2006

Angkatan Muda akan desak Musa Hassan letak jawatan

Angkatan Muda Malaysia akan mendesak Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Musa Hassan untuk meletakkan jawatannya segera kerana cuba melindungi anggota-anggotanya dalam Polis diRaja Malaysia (PDRM) dalam isu penderaan di dalam lokap.

Naib Ketua Angkatan Muda, S.Manikavasagam ketika dihubungi memberitahu, Angkatan Muda dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) akan membuat aduan ke Bahagian Tatatertib Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman mengenai sikap Timbalan Ketua Polis Negara itu.

Tindakan badan-badan itu untuk membuat kenyataan bersama dalam desakan tersebut berikutan dengan keputusan Hakim Mahkamah Majistret, Nazran Bin Mohd Sham 7 April yang lalu mengenai inkues G Francis Udayappan.

“Sungguhpun Hakim gagal untuk memberi keputusan punca kematian Francis yang sebenarnya (akibat keadaan mayat yang telah reput), Musa (Hassan) telah membuat kenyataa di media bahawa beliau yakin Francis masih hidup dan mayat yang dijumpai di Sungai Kelang itu bukan milik Francis, kata Manikavasagam. Musa yang juga pada ketika itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, melalui tajuk berita “Brickfields Escapee May Still Be Alive,” Musa dengan yakinnya memberitahu bahawa Francis Udayappan masih hidup.

Penyerahan memorandum yang akan dibuat pada Rabu, 19 April akan datang juga akan mendesak pihak polis untuk menyiasat dan memberi memberitahu kepada rakyat umum punca sebenar kematian Francis Udayappan yang berada di bawah penguasaan polis sejak April 2004.

Francis dikatakan telah melepaskan diri dari lokap dan terjun ke Sungai Kelang.

Tindakan Angkatan Muda dan NGO itu untuk menyerahkan memorandum tersebut adalah susulan kepada janji Perdana Menteri Abdullah Badawi dalam ucapannya ketika melancarkan program Rakan Cop 16 April lepas.

Abdullah telah memetik kata-kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Bakri Omar bahawa pihak polis akan membuat siasatan kepada apa juga kes dan tidak bersikap pilih kasih.

“Kami berharap, aduan kami Rabu depan akan mengembalikan keadilan terutama kepada ahli keluarga Francis dan banyak lagi kaum keluarga yang mengalami nasib yang sama (mati dalam tahanan polis),” ujar Manikavasagam lagi.

Beliau menyeru kepada orang ramai yang bersimpati mengenai keadaan yang melanda ibu mendiang, Sara Lily supaya turut serta dalam penyerahan memorandum tersebut kerana ‘ianya juga boleh berlaku kepada ahli keluarga kira.’

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com