Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Tuesday, March 28, 2006

Polis halang rakyat ke Suhakam


KUALA LUMPUR, 27 Mac - Tindakan pihak polis yang menghalang rombongan seramai hamper 500 yang diketuai oleh Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Mahamud dikatakan menafikan hak rakyat untuk membuat laporan ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Menurut Pesuruhjaya Suhakam, Dato' Siva Subramaniam, beliau akan membawa perkara ini ke pengetahuan Lembaga Suruhanjaya dengan seberapa segera kerana tindakan polis menghalang pintu untuk menyekat masuk ke Suhakam tidak patut dilakukan dan jelas mencabuli hak asasi manusia.

Mengulas kejadian tersebut Siva berkata, “Sesiapapun berhak bertemu Suhakam dan ia bukan urusan mereka (polis),"

“Suhakam merupakan satu badan bebas yang ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597 serta tidak mempunyai kaitan dengan pihak polis,” tambah Siva Subramaniam lagi.

Namun, sejumlah 15 daripada aktivis yang hadir berjaya melepasi halangan tersebut dan membuat laporan rasmi kepada pihak Suhakam manakala yang lainnya termasuk Ketua Penerangan keADILan, Tian Chua menunggu di itngkat bawah.

Oleh kerana rancangan awal mereka adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri di Parlimen gagal, mereka hanya membuat laporan lisan yang dicatatkan oleh pegawai-pegawai Suhakam.

Mereka terdiri daripada Syed Shahir dan G.Rajasekaran yang mewakili MTUC; Charles Santiago mewakili Group of Concern Citizen; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (keADILan), Sivarasa Rasiah; Ketua Eksekutif Suaram, Yap Swee Seng dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Arutchelvan.

Syed Shahir memberitahu bahawa beliau dan rombongannya dihalang secara keras oleh pihak polis yang diketuai oleh ASP Ramli yang dipercayai dari Balai Polis Sentul.

“ASP Ramli hanya membenarkan dua wakil sahaja ke lobi bagi menyerahkan memorandum kami,” kata Syed Shahir.

“Ramli juga berkali-kali memberi amaran kepada orang ramai yang berteriakan untuk membenarkan mereka memasuki Parlimen, di pintu masuk Parlimen,” kata Syed Shahir lagi.

Sungguhpun Ketua Pembangkang Parlimen, Lim Kit Siang memberitahu beliau bersedia untuk menerima 10 wakil sebagai jemputannya ke Parlimen, namun permintaan itu juga ditolak oleh Ramli.

Kehampaan itu yang membawa keputusan rombongan tersebut untuk berarak sejauh 3km dengan berjalan kaki ke pejabat Suhakam.
Siva Subramaniam memberitahu bahawa Suhakam akan mempertimbangkan desakan yang dibawa oleh rombongan tersebut supaya mendesak kerajaan mengadakan suruhanjaya bebas bagi menyiasat tindakan pihak polis itu.

Pihak polis juga akan disiasat atas kekerasan mereka menangkap 21 aktivis yang berhimpun secara aman di Taman KLCC pada Ahad, 26 Mac yang menentang kenaikan harga bahan-bahan petroleum yang dianjurkan oleh MTUC.

MTUC ialah gabungan kesatuan-kesatuan sekerja yang mewakili golongan pekerja yang mempunyai ahli berdaftar melebihi suku juta.

“Kami akan tetap sampaikan hasrat kami untuk menyerahkan memorandum sungguhpun Perdana Menteri enggan menerimanya secara hormat,” kata Syed Shahir ketika disoal oleh wartawan di luar pejabat Suhakam.

“We are not a bunch of hooligans,” tambahnya lagi kepada wartawan asing yang turut berada di Suhakam.

Sebaik sahaja saya tiba di pejabat saya, saya akan mengarahan supaya memorandum ini (sambil menggenggam segulung kertas) kepada beliau (PM) melalui kurier dan kirim salinan penduanya melalui e-mel yahoo nya,” kata Syed Shahir dengagn marah.

Syed Shahir berpendapat sikap Perdana Menteri itu mencorakkan pemerintahan Abdullah yang tidak mempunyai integriti dan menutup ruang demokrasi di negara ini.

Yap Swee Seng pula menyentuh hak rakyat yang sepatutnya tidak dicabuli ketika mahu berjumpa dengan ahli-ahli parlimen.

“Dewan Rakyat adalah mili rakyat,” kata Yap.

Beliau juga memberitahu mengenai tindakan penangkapan 21 aktivis yang berhimpun secara aman di Taman KLCC 26 Mac termasuk dua kanak-kanak berusia sembilan dan 16 tahun.

Menurut Yap, pihak polis telah mencederakan orang ramai yang berhimpun dalam menyatakan bantahan mereka atas keputusan kerajaan menaikkan harga minyak 28 Februari lalu.

Sivarasa yang turut hadir di Suhakam menunjukkan gambar-gambar kekerasan polis pada ketika itu dan juga klip video kekerasan polis ketika di KLCC melalui kamera telefon bimbit.

Sivarasa bersedia untuk mengemmukakan lebih banyak lagi bukti tindakan polis itu sekiranya inkuiri awam dibuat bagi menyiasat laporan mereka itu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com