Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Saturday, March 18, 2006
Perginya seorang ABAH (Mustaffa Hj Menfari 1934-2006)
Tanggal 9 Mac 2006 menjadi satu lagi tarikh dalam sejarah diari diri ini; perginya bapa ke rahmatullah.
Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 1:14 tengahari di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam membantu menguruskan jenazah Allahyarham.
Tidak dapat untuk digambarkan bagaimana perasaan saya, adik dan abang apaila Progf Aljafri memberitahu bahawa beliau terpaksa menanggalkan alat sokongan jantung selepas 36 jam membantu jantung Abah mengepam.
Namun, kami faham kuasa Tuhan mengatasi kuasa semuanya. Kita telah pun berusaha. Terima kasih daripada kami sekeluarga kepada kakitangan-kakitangan di Dewan Bedah PPUM.
Kaum-kaum keluarga yang bergilir-bergilir berada di hospital sejak Allahyarham dimasukkan ke wad bermula 2 Mac yang lalu. Kak Jah yang berada di hospital menemani Allahyarham dan seterusnya berada di Dewan Bedah Pusat Perubatan Universiti Malaya sepanjang masa.
Kak Ros pula sering menawarkan diri untuk menghantar Abah ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.
Abah meninggal dunia akibat gagal dalam pembedahan jantungnya. Menurut pakar bedah, jantung Abah terlalu lemah selepas bypass diadakan.
Abah memang dari awal enggan menjalankan pembedahan tersebut tetapi, dia tidak mempunyai banyak pilihan kerana keadaan kesihatannya yang semakin merosot dari sehari ke sehari.
Ucapan terima kasih
Ucapan terima kasih ingin saya ajukan kepada Tn Haji Ahmad Ibrahim sekeluarga yang menyumbangkan jamuan majlis tahlil sewaktu sembahyang hajat dan tahlil tiga malam berturut-turut untuk Abah.
Tidak ketinggalan seluruh keluarga Dato Faruk Othman yang bekalkan beberapa pembantu yang mengawal sepanjang masa sekiranya kami memerlukan sebarang bantuan. Mereka telah membawa kumpulan tadarus dari Gombak untuk membaca al-Quran sepanjang malam.
Bil perubatan juga telah diselesaikan oleh salah seorang rakan saudara yang sungguh simpati dengan kami sekeluarga.
Semoga Allah sahaja yang dapat membayar balik jasa mereka.
Razak dan Syed Harun berada di rumah di mana Allahyarham dibawa dan menolong seberapa yang termampu. Mereka termasuk Nasir Isa kemudiannya berada di Tanah Perkuburan Kampung Tunku untuk jenazah disemadikan di Lot 1106.
Ratusan ucapan takziah melimpah-limpah diterima sejak Abah hembuskan nafasnya terakhir. Aku berada di sebelah Abah pada saat-saat terakhir, mematikan Abah mengucap dua kalimah syahadah.
Rakan-rakan dari PAS dan NGO juga turut menghantarkan SMS bertubi-tubi memberi ucapan takziah.
Paling manyahatkan hati apabila teman-teman mula membanjiri dewan bedah sehingga jenazah diusung.
Tian Chua, Yap Swee Seng (Suaram), Pei Nie dab Ginie datang tergesa-gesa ke hospital selepas saya beritahu Tian Chua bahawa saya tidak dapat selesaikan tugas pada hari itu kerana terpaksa uruskan jenazah.
Kakitangan-kakitangan Suara Keadilan; Helmee Hanafi, Saodah Ismail, Azwa, Hafizi dan Jasmine turut hadir ke UH. Terima kasih juga atas ucapan takziah melalui keluaran mereka yang terbaru.
Kehadiran keADILan
Malam itu, Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; Timbalan-timbalan Setiausaha Agung, Zahir Hassan dan Dr Xavier Jayakumar hadir. Pengerusi Perhubungan WIlayah Persekutuan, Dr Sanusi juga hadir.
Di peringkat Angkatan Muda, Ketuanya, Ezam Mohd Nor hadir pada tahlil kedua diadakan malam itu. Timbalan Ketua, Faizal Sanusi; Naib-naib Ketua, Sharifah Shahidah dan Shamsul Iskandar Mohd Akin sedekahkan al-Fatihah kepada Abah.
Rakan-rakan Exco; Badrulhisham Shaharin, Zaerah Hanim Md Zaki dan Kumar (juga peguam peribadi) juga hadir sebelah senja.
Dari kalangan rakan-rakan Bahagian Kelana Jaya; Syed Shahir Mahamud (juga Presiden MTUC) Ketua Angkatan Muda, Halimey Abu Bakar (juga Timbalan Ketua ANgkatan Muda Selangor), Bendahari, Mohammad Gaddafi Kamal (juga rakan exco) dan setiausaha Angkatan Muda, Mohd Pudzil Daud hadir.
Rakan-rakan seperti Razali Abdul Ghafur, Umar Tan Abdullah, Md Zaman Tasi bersama isteri juga tidak ketinggalan hadir pada malam Khamis itu.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada jawatankuasa Masjid Tun Abdul Aziz (Masjid Bulat) PJ, surau seksyen 14, Masjid Taman Bukit Mewah dan surau Ukay Heights telah mengadakan tahlil pada malam itu untuk arwah.
Abah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Sultan Abdul Aziz.
Rakan-rakan Abah
Abah cukup aktif dalam hobi ham radionya. 9M2 MX agak terkenal dalam komuniti ham radio seluruh dunia. Pada hari pengkebumian, rangkaian tersebut bertafakur sebentar. Sungguh mengharukan. Malah, salah seorang rakan mayanya dari Alor Setar telah turun ke Petaling Jaya untuk memberi penghormatan terakhir.
Jiran kami di Taman Bukit, Dr Majid Mat Salleh seluruh keluarga juga hadir hampir keseluruhan majlis yang diadakan.
Rakan artisnya, Uncle Zainal (bapa KFC) hadir selepas diberitahu.
Latarbelakang Abah
Berasal dari Kuala Lumpur, beliau telah diambil sebagai anak angkat dan dibesarkan di Kuala Terengganu.
Berkahwin di sekitar tahun 1964, beliau dan mak pulang ke Kuala Lumpur selepas abang lahir di Terengganu.
Abah seorang bapa yang amat penyayang. Sepanjang hidup saya, tangannya tidak pernah hinggap ke tubuh ini.
Selain saya, Abah meninggalkan seorang anak lelaki, Hisham (42 tahun), Salina (31 tahun) dan Zaidah (30 tahun). Beliau juga meninggalkan empat orang cucu coel, Aliah, Aisyah, Ain Zahra dan Anis Sofea.
Beliau ajar untuk membuat keputusan sendiri. Abah juga guru mengaji, tika mana kami sukar untuk mendapatkan ustazah untuk mengajar membaca al-Quran selain daripada guru piano.
Salah satu pesanannya ialah untuk teruskan memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk hidup dalam kesejahteraan kerana dia tidak mampu.
Abah yang menghantar saya ke tiusyen, mengambil dari sekolah dari peringkat rendah hingga ke peringkat menengah. Semasa di ITM Johor, Abah bersetuju untuk meminjamkan kereta Toyota Corollanya (BBN 5685) untuk kemudahan saya. Kemudian, menjadi hadiah.
Di ITM Shah Alam sehingga pengajian saya di UKM, Abah menghulurkan wang saku sungguhpun saya ada menerima bantuan pinjaman pelajaran.
Abah juga yang sering membayar saman-saman parking kereta saya.
Abah pembaca setia laporan-laporan berita yang ditulis. Beliau pengkritik terbaik dalam senarai saya. Beliau kurang gemar apabila saya gunakan nama pena dalam penulisan saya. Justeru, saya tukarkan AcaiFM kepada nama sebenar.
Semoga diletakkan bersama insan beriman
Aku berdoa ke Illahi agar Abah diampunkan dosanya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Biarlah aku tanggung segala kesengsaraan, biarlah aku yang menjaga Mak (Nekah Othman) sekarang. Aku tahu sesedih aku, sedih lagi Mak yang hidup bersamanya berpuluh-puluh tahu
5 Comments:
tabahlah saudara. semoga Allah mempermudahkan yang pergi dan yang tinggal.. innalillah..
Innallillahiwainailahirrojiun
My deepest condolence to you and your family. Semoga Allah SWT mencucuri rahmatNya keatas roh Allahyarham.
My heart goes to you and your family.
Al-Fatihah
Perginya seorang abah seakan menghiris hati, mengundang kenangan di saat pemergian abah saya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.
Nice blog, love the design.
Please take a look at my blog and link it up here.
Thanks
off white
jordan outlet
palm angels clothing
kobe shoes
supreme outlet
Post a Comment
<< Home