Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Tuesday, December 27, 2005

'Saya tidak akan sertai Umno'

BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan pendiriannya untuk tetap dengan KeADILan dan tidak akan menyertai kembali Umno.

"Biar seribu pertanyaan dibangkitkan, dan memang jawapan saya mengikut keadaan tetapi prinsip tidak akan lari," kata Anwar.

Berucap semasa kongres parti itu 23 Disember lepas, Anwar berkata bahawa KeADILan bukan sebuah parti propagandan mahupun parti penipu.

Sewaktu beliau di Asia Timur Eropah dan Amerika Syarikat, soalan yang sering ditanya adalah samada saya akan menimbang semula keputusan saya untuk menyertai Umno.

"Dan saya menyatakan kepada mereka, saya tidak akan sertai parti itu dan itulah kesudahannya," jelas Anwar.

"Kita tahu mengingatkan rakan-rakan kita dalam parti. Bukan media yg menentukan, bukannya hakim, mahupun polis, tetapi kekuatan jiwa dan semangat yang ada pada diri kita," ucapnya disambut dengan tepukan gemuruh daripada para perwakilan yang hadir,

"Saya memilih untuk bersama mempertahankan, membina KeADILan," tambahnya lagi.

Sungguhpun beliau menegaskan pendiriannya untuk berjuang bersama KeADILan, masih terdapat di kalangan pemimpin-pemimpin Umno yang masih membincangkan isu ini di akhbar.

"Mereka bersusah-payah memujuk saya kerana mereka tahu di dalam parti sudah berkecamuk," kata Anwar sambil diikuti dengan gelak para perwakilan.

Namun, kebobrokan tersebut tidak dinyatakan kerana media dikawal ketat agar memaparkan perkara-perkara yang baik mengenai Umno.

Terdapat beberapa kumpulan dari kalangan Umno yang takut sekiranya Anwar benar-benar akan menyertai Umno semula dan berkempen bermati-matian supaya bekas Timbalan Presiden Umno itu tidak kembali ke parti yang kononnya perjuangkan bangsa Melayu itu.

"Tak payah kempen, saya tak nak," kata Anwar.

Apabila diajukan soalan daripada pihak media bahawa mengapa masih mengadakan pertemuan dengan segelintir pemimpin-pemimpin Umno, Anwar menjawab bahawa beliau dan KeADILan tidak memusuhi ahli-ahli Umno kerana menyedari ada di antara mereka yang ikhlas dalam perjuangan.

"Dengan pertemuan-pertemuan itu, saya berpeluang utuk mendengar rintihan mereka mengenai kepimpinan yang ada sekarang," jelas Anwar lagi.
Menurut Anwar semasa sidang medianya, Umno tidak menunjukkan sebarang minat untuk meneruskan agenda perubahan seperti yang dicita-citaka oleh presidennya, Abdullah Badawi.

"Kempen hapuskan rasuah Dollah tidak diterapkan oleh kepimpinan Umno," jelas Anwar.

"Sepanjang saya di dalam Umno juga tidak pernah dilakukan satu agenda perubahan di dalam parti itu," katanya.

4 Comments:

At 3:44 pm, Blogger abdullahjones said...

:)

 
At 3:57 pm, Anonymous Anonymous said...

Great work!
[url=http://ccsxonox.com/cwte/isdw.html]My homepage[/url] | [url=http://kuconmhi.com/lveo/awvr.html]Cool site[/url]

 
At 3:57 pm, Anonymous Anonymous said...

Thank you!
My homepage | Please visit

 
At 3:57 pm, Anonymous Anonymous said...

Well done!
http://ccsxonox.com/cwte/isdw.html | http://zrnjvvku.com/poqo/oqcd.html

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com