Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, December 21, 2005

Ulasan Filem Rock - Penghormatan Buat Lagenda Rockers Kapak


Terdapat beberapa elemen kritis dalam filem arahan Mamat Khalid, 43 yang mengembalikan fenomena muzik rock di era 1980-an menerusi filem terbarunya berjudul Rock.

Nama-nama kumpulan rock pada masa itu juga tidak kurang hebat sehingga pada waktu sekarang menampakkan mereka sebagai Black Metal. Sehingga sekarang masih lagi tertanya-tanya samada kewujudan Black Metal itu benar atau sengaja diadakan-adakan untuk mengaburi fikiran rakyat?

Kumpulan Zul Kapan dan The Malaikat Maut adalah kumpulan yang memberi persaingan hebat kepada kumpulan-kumpulan yang bertanding dalam Battle of the Bands.

Rockers pada masa itu juga mempunyai imej mereka tersendiri dengan berseluar PVC, baju glamrock dan kasut Aliph. Seluar sendat sehingga sukar pemakai itu untuk bergerak menjadi bahan perbincangan beberapa pihak yang kononnya mengaku intelek sehingga ada yang berpendapat si pemakai mempunyai risiko untuk mandul.

Rockers di filem itu juga sering berkesempitan sumber kewangan sehingga terpaksa menggunakan akal untuk mendapatkan semuanya itu termasuklah menggunting kain pembalut kerusi penumpang bas untuk mendapatkan bekalan PVC yang mencukupi.

Watak utama filem ini ialah Zubir, atau lebih diminta dikenali sebagai Zack sebagai pemain gitar (Hasnul Rahmat), Jijo – gitar bass oleh Khir Rahman, Black – pemain dram (Azmi Bahrom), Amy - vokalis dan kadang-kadang bermain tamborine (Que Haidar) dan Zul Kapan – vokalis kedua (Sofi Jikan).

Mereka semuanya mengharungi pelbagai peristiwa yang mencabar dan penuh lucu demi mengejar cita-cita mereka untuk menjadi kumpulan rock (Rimba Bara) yang mantap dan berwawasan. Wawasan mereka semakin tidak dapat dibendung lagi apabila mengetahui bahawa acara Battle of The Band akan diadakan ditempat mereka.

Cita-cita Zack melalui liku apabila ayahnya mengkehendakinya menghadiri temuduga untuk bekerja di pejabat pos memandangkan sudah begitu lama Zack menganggur.

Apa yang dapat dikais daripada penayangan filem Rock ini ialah lawak rockers-rockers itu. Sungguhpun penampilan mereka mungkin menurunkan taraf 'rockers kapak' tetapi tidak sebagai atu kejian.

Lawak bersahaja itu menjadi bahan gelak penonton - bukan seperti lawak pengarah Prof Mad yang cuba sedaya-upaya menghasilkan skrip lawak tetapi gagal.

Dalam acara saringan, kumpulan-kumpulan yang bertanding bersungguh-sungguh menunjukkan persembahan terbaik di hadapan pengadil yang terdiri daripada Ramli Sarip, Amy Search, Man Kidal dan Ali Bakar.

Penonton Battle of the Bands itu terpukau dengan persembahan Rimba Bara apabila gitar solo berasap dan kotak speaker meletup. Kesungguhan tersebut membawa mereka juara peringkat daerah!

Nasir Jani juga dijemput untuk memainkan watak kecil dalam filem tersebut di mana beliau terpaksa berlakon watak yang amat bertentangan dengan watak sebenarnya; Nasir terpaksa memainkan watak kakitangan kerajaan 'skema' pak turut yang tidak berwawasan dan cintakan kerajaan.

Sebelum memulakan penggambaran filem tersebut, pengarah Mamat memebritahu bahawa dia terpaksa melakukan pelbagai kajian selain menyelitkan pengalamannya sendiri.

Bagi tujuan promosi, Rock dimuatkan dengan tiga lagu khusus untuk filem tersebut iaitu Satu Tika Dulu, Kathy dan Zack dan Sentuhan Kidal.

Kos pembikinan filem itu ialah RM1.4 juta dan diterbitkan oleh Grand Brilliance Sdn Bhd. Ia mula ditayangkan di pawagam serata negara mulai 8 Disember.

1 Comments:

At 5:05 pm, Anonymous Anonymous said...

bape
bape sta
yeezy boost 350
gap yeezy
kyrie 7

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com