Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Tuesday, March 28, 2006

Polis halang rakyat ke Suhakam


KUALA LUMPUR, 27 Mac - Tindakan pihak polis yang menghalang rombongan seramai hamper 500 yang diketuai oleh Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Mahamud dikatakan menafikan hak rakyat untuk membuat laporan ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Menurut Pesuruhjaya Suhakam, Dato' Siva Subramaniam, beliau akan membawa perkara ini ke pengetahuan Lembaga Suruhanjaya dengan seberapa segera kerana tindakan polis menghalang pintu untuk menyekat masuk ke Suhakam tidak patut dilakukan dan jelas mencabuli hak asasi manusia.

Mengulas kejadian tersebut Siva berkata, “Sesiapapun berhak bertemu Suhakam dan ia bukan urusan mereka (polis),"

“Suhakam merupakan satu badan bebas yang ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597 serta tidak mempunyai kaitan dengan pihak polis,” tambah Siva Subramaniam lagi.

Namun, sejumlah 15 daripada aktivis yang hadir berjaya melepasi halangan tersebut dan membuat laporan rasmi kepada pihak Suhakam manakala yang lainnya termasuk Ketua Penerangan keADILan, Tian Chua menunggu di itngkat bawah.

Oleh kerana rancangan awal mereka adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri di Parlimen gagal, mereka hanya membuat laporan lisan yang dicatatkan oleh pegawai-pegawai Suhakam.

Mereka terdiri daripada Syed Shahir dan G.Rajasekaran yang mewakili MTUC; Charles Santiago mewakili Group of Concern Citizen; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (keADILan), Sivarasa Rasiah; Ketua Eksekutif Suaram, Yap Swee Seng dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Arutchelvan.

Syed Shahir memberitahu bahawa beliau dan rombongannya dihalang secara keras oleh pihak polis yang diketuai oleh ASP Ramli yang dipercayai dari Balai Polis Sentul.

“ASP Ramli hanya membenarkan dua wakil sahaja ke lobi bagi menyerahkan memorandum kami,” kata Syed Shahir.

“Ramli juga berkali-kali memberi amaran kepada orang ramai yang berteriakan untuk membenarkan mereka memasuki Parlimen, di pintu masuk Parlimen,” kata Syed Shahir lagi.

Sungguhpun Ketua Pembangkang Parlimen, Lim Kit Siang memberitahu beliau bersedia untuk menerima 10 wakil sebagai jemputannya ke Parlimen, namun permintaan itu juga ditolak oleh Ramli.

Kehampaan itu yang membawa keputusan rombongan tersebut untuk berarak sejauh 3km dengan berjalan kaki ke pejabat Suhakam.
Siva Subramaniam memberitahu bahawa Suhakam akan mempertimbangkan desakan yang dibawa oleh rombongan tersebut supaya mendesak kerajaan mengadakan suruhanjaya bebas bagi menyiasat tindakan pihak polis itu.

Pihak polis juga akan disiasat atas kekerasan mereka menangkap 21 aktivis yang berhimpun secara aman di Taman KLCC pada Ahad, 26 Mac yang menentang kenaikan harga bahan-bahan petroleum yang dianjurkan oleh MTUC.

MTUC ialah gabungan kesatuan-kesatuan sekerja yang mewakili golongan pekerja yang mempunyai ahli berdaftar melebihi suku juta.

“Kami akan tetap sampaikan hasrat kami untuk menyerahkan memorandum sungguhpun Perdana Menteri enggan menerimanya secara hormat,” kata Syed Shahir ketika disoal oleh wartawan di luar pejabat Suhakam.

“We are not a bunch of hooligans,” tambahnya lagi kepada wartawan asing yang turut berada di Suhakam.

Sebaik sahaja saya tiba di pejabat saya, saya akan mengarahan supaya memorandum ini (sambil menggenggam segulung kertas) kepada beliau (PM) melalui kurier dan kirim salinan penduanya melalui e-mel yahoo nya,” kata Syed Shahir dengagn marah.

Syed Shahir berpendapat sikap Perdana Menteri itu mencorakkan pemerintahan Abdullah yang tidak mempunyai integriti dan menutup ruang demokrasi di negara ini.

Yap Swee Seng pula menyentuh hak rakyat yang sepatutnya tidak dicabuli ketika mahu berjumpa dengan ahli-ahli parlimen.

“Dewan Rakyat adalah mili rakyat,” kata Yap.

Beliau juga memberitahu mengenai tindakan penangkapan 21 aktivis yang berhimpun secara aman di Taman KLCC 26 Mac termasuk dua kanak-kanak berusia sembilan dan 16 tahun.

Menurut Yap, pihak polis telah mencederakan orang ramai yang berhimpun dalam menyatakan bantahan mereka atas keputusan kerajaan menaikkan harga minyak 28 Februari lalu.

Sivarasa yang turut hadir di Suhakam menunjukkan gambar-gambar kekerasan polis pada ketika itu dan juga klip video kekerasan polis ketika di KLCC melalui kamera telefon bimbit.

Sivarasa bersedia untuk mengemmukakan lebih banyak lagi bukti tindakan polis itu sekiranya inkuiri awam dibuat bagi menyiasat laporan mereka itu.

 

 

Saturday, March 25, 2006

Siapa akan merubah kalau bukan kita?

 

 

Saturday, March 18, 2006

Perginya seorang ABAH (Mustaffa Hj Menfari 1934-2006)




Tanggal 9 Mac 2006 menjadi satu lagi tarikh dalam sejarah diari diri ini; perginya bapa ke rahmatullah.

Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 1:14 tengahari di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam membantu menguruskan jenazah Allahyarham.

Tidak dapat untuk digambarkan bagaimana perasaan saya, adik dan abang apaila Progf Aljafri memberitahu bahawa beliau terpaksa menanggalkan alat sokongan jantung selepas 36 jam membantu jantung Abah mengepam.

Namun, kami faham kuasa Tuhan mengatasi kuasa semuanya. Kita telah pun berusaha. Terima kasih daripada kami sekeluarga kepada kakitangan-kakitangan di Dewan Bedah PPUM.

Kaum-kaum keluarga yang bergilir-bergilir berada di hospital sejak Allahyarham dimasukkan ke wad bermula 2 Mac yang lalu. Kak Jah yang berada di hospital menemani Allahyarham dan seterusnya berada di Dewan Bedah Pusat Perubatan Universiti Malaya sepanjang masa.

Kak Ros pula sering menawarkan diri untuk menghantar Abah ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

Abah meninggal dunia akibat gagal dalam pembedahan jantungnya. Menurut pakar bedah, jantung Abah terlalu lemah selepas bypass diadakan.

Abah memang dari awal enggan menjalankan pembedahan tersebut tetapi, dia tidak mempunyai banyak pilihan kerana keadaan kesihatannya yang semakin merosot dari sehari ke sehari.


Ucapan terima kasih

Ucapan terima kasih ingin saya ajukan kepada Tn Haji Ahmad Ibrahim sekeluarga yang menyumbangkan jamuan majlis tahlil sewaktu sembahyang hajat dan tahlil tiga malam berturut-turut untuk Abah.

Tidak ketinggalan seluruh keluarga Dato Faruk Othman yang bekalkan beberapa pembantu yang mengawal sepanjang masa sekiranya kami memerlukan sebarang bantuan. Mereka telah membawa kumpulan tadarus dari Gombak untuk membaca al-Quran sepanjang malam.

Bil perubatan juga telah diselesaikan oleh salah seorang rakan saudara yang sungguh simpati dengan kami sekeluarga.

Semoga Allah sahaja yang dapat membayar balik jasa mereka.

Razak dan Syed Harun berada di rumah di mana Allahyarham dibawa dan menolong seberapa yang termampu. Mereka termasuk Nasir Isa kemudiannya berada di Tanah Perkuburan Kampung Tunku untuk jenazah disemadikan di Lot 1106.

Ratusan ucapan takziah melimpah-limpah diterima sejak Abah hembuskan nafasnya terakhir. Aku berada di sebelah Abah pada saat-saat terakhir, mematikan Abah mengucap dua kalimah syahadah.

Rakan-rakan dari PAS dan NGO juga turut menghantarkan SMS bertubi-tubi memberi ucapan takziah.

Paling manyahatkan hati apabila teman-teman mula membanjiri dewan bedah sehingga jenazah diusung.

Tian Chua, Yap Swee Seng (Suaram), Pei Nie dab Ginie datang tergesa-gesa ke hospital selepas saya beritahu Tian Chua bahawa saya tidak dapat selesaikan tugas pada hari itu kerana terpaksa uruskan jenazah.

Kakitangan-kakitangan Suara Keadilan; Helmee Hanafi, Saodah Ismail, Azwa, Hafizi dan Jasmine turut hadir ke UH. Terima kasih juga atas ucapan takziah melalui keluaran mereka yang terbaru.


Kehadiran keADILan

Malam itu, Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; Timbalan-timbalan Setiausaha Agung, Zahir Hassan dan Dr Xavier Jayakumar hadir. Pengerusi Perhubungan WIlayah Persekutuan, Dr Sanusi juga hadir.

Di peringkat Angkatan Muda, Ketuanya, Ezam Mohd Nor hadir pada tahlil kedua diadakan malam itu. Timbalan Ketua, Faizal Sanusi; Naib-naib Ketua, Sharifah Shahidah dan Shamsul Iskandar Mohd Akin sedekahkan al-Fatihah kepada Abah.

Rakan-rakan Exco; Badrulhisham Shaharin, Zaerah Hanim Md Zaki dan Kumar (juga peguam peribadi) juga hadir sebelah senja.

Dari kalangan rakan-rakan Bahagian Kelana Jaya; Syed Shahir Mahamud (juga Presiden MTUC) Ketua Angkatan Muda, Halimey Abu Bakar (juga Timbalan Ketua ANgkatan Muda Selangor), Bendahari, Mohammad Gaddafi Kamal (juga rakan exco) dan setiausaha Angkatan Muda, Mohd Pudzil Daud hadir.

Rakan-rakan seperti Razali Abdul Ghafur, Umar Tan Abdullah, Md Zaman Tasi bersama isteri juga tidak ketinggalan hadir pada malam Khamis itu.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada jawatankuasa Masjid Tun Abdul Aziz (Masjid Bulat) PJ, surau seksyen 14, Masjid Taman Bukit Mewah dan surau Ukay Heights telah mengadakan tahlil pada malam itu untuk arwah.

Abah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Sultan Abdul Aziz.


Rakan-rakan Abah

Abah cukup aktif dalam hobi ham radionya. 9M2 MX agak terkenal dalam komuniti ham radio seluruh dunia. Pada hari pengkebumian, rangkaian tersebut bertafakur sebentar. Sungguh mengharukan. Malah, salah seorang rakan mayanya dari Alor Setar telah turun ke Petaling Jaya untuk memberi penghormatan terakhir.

Jiran kami di Taman Bukit, Dr Majid Mat Salleh seluruh keluarga juga hadir hampir keseluruhan majlis yang diadakan.

Rakan artisnya, Uncle Zainal (bapa KFC) hadir selepas diberitahu.


Latarbelakang Abah

Berasal dari Kuala Lumpur, beliau telah diambil sebagai anak angkat dan dibesarkan di Kuala Terengganu.

Berkahwin di sekitar tahun 1964, beliau dan mak pulang ke Kuala Lumpur selepas abang lahir di Terengganu.

Abah seorang bapa yang amat penyayang. Sepanjang hidup saya, tangannya tidak pernah hinggap ke tubuh ini.

Selain saya, Abah meninggalkan seorang anak lelaki, Hisham (42 tahun), Salina (31 tahun) dan Zaidah (30 tahun). Beliau juga meninggalkan empat orang cucu coel, Aliah, Aisyah, Ain Zahra dan Anis Sofea.

Beliau ajar untuk membuat keputusan sendiri. Abah juga guru mengaji, tika mana kami sukar untuk mendapatkan ustazah untuk mengajar membaca al-Quran selain daripada guru piano.

Salah satu pesanannya ialah untuk teruskan memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk hidup dalam kesejahteraan kerana dia tidak mampu.

Abah yang menghantar saya ke tiusyen, mengambil dari sekolah dari peringkat rendah hingga ke peringkat menengah. Semasa di ITM Johor, Abah bersetuju untuk meminjamkan kereta Toyota Corollanya (BBN 5685) untuk kemudahan saya. Kemudian, menjadi hadiah.

Di ITM Shah Alam sehingga pengajian saya di UKM, Abah menghulurkan wang saku sungguhpun saya ada menerima bantuan pinjaman pelajaran.

Abah juga yang sering membayar saman-saman parking kereta saya.

Abah pembaca setia laporan-laporan berita yang ditulis. Beliau pengkritik terbaik dalam senarai saya. Beliau kurang gemar apabila saya gunakan nama pena dalam penulisan saya. Justeru, saya tukarkan AcaiFM kepada nama sebenar.


Semoga diletakkan bersama insan beriman

Aku berdoa ke Illahi agar Abah diampunkan dosanya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Biarlah aku tanggung segala kesengsaraan, biarlah aku yang menjaga Mak (Nekah Othman) sekarang. Aku tahu sesedih aku, sedih lagi Mak yang hidup bersamanya berpuluh-puluh tahu

 

 

Friday, March 17, 2006

Demo

 

 

Tuesday, March 07, 2006

Tutup Lubang Karat Dengan Naik Harga Minyak

Kenaikan harga minyak 30-sen perliter yang dilaksanakan 28 Mac lalu oleh dari Jabatan Perdana Menteri sebenarnya adalah untuk menanggung kesilapan-kesilapan yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini. Ia merupakan peningkatan tertinggi dalam masa dua tahun ini.

Kenaikan tersebut menjadikan harga petrol 40.1% lebih tinggi dan disel 102.4% lebih mahal. Harga baru untuk RON 97 petrol di Semenanjung Malaysia ialah RM 1.92 seliter , LPG -RM 1.75 sekg dan diesel berharga RM1.58 seliter.

Menarik sekiranya dilihat daripada sudut pandangan Jeff Ooi dalam lamannya yang mengatakan bahawa dengan kenaikan harga minyak tersebut akan memberi perolehan sebanyak RM4.4 billion setahun. Manakala pada masa yang sama, Syarikat Penerbangan MAS dalam Pelan Penstrukturan Semula mereka memerlukan RM4 billion. Begitu juga kepada apa yang berlaku kepada Proton yang mana pengkorporatan yang kononnya akan memberi pulangan kepada negara dibolot dan dibawa lari oleh kapitalis jerung.

Pelan penstrukturan semula yang dirangka oleh Idris Jala baru-baru ini termasuk mengurangkan tajaan korporat mereka. Tetapi, mereka masih enggan menyaman Azmin Ali apabila beliau mendedahkan MAS mengambil pakar-pakar IT dan menghabiskan jutaan ringgit apabila teknologi maklumat MAS itu di outsource kan kepada IBM.
Saya kira ribuan rakyat yang turun berarak membantah kenaikan harga tersebut pada 3 Mac lalu tidaklah sedaif mana (sungguhpun ramai yang masih memangkah BN bilamana jurangan taraf hidup semakin melebar dari masa ke semasa).

Mereka sedar bahawa satu pelan perlu dibuat dalam kesilapan yang dibuat oleh pemaju swasta seperti Hospital Pandan dan MRR2 yang berkepentingan ramai.

Kegagalan Kerajaan Tempatan yang tidak dipilih oleh rakyat membazirkan sejumlah wang yang besar sedangkan infrastruktur asas dalam keadaan yang amat menyedihkan.

Kemarahan rakyat juga membuak apabila kerajaan bertindak untuk menswastakan perkhidmatan air, hospital yang sudah semestinya akan meningkatkan kos hidup rakyat.

Projek Empangan Bakun dan Scenic Bridge ke Singapura yang mendapat tentangan ramai pihak tetap diteruskan bagi menyuap projek kepada anak-anak buah mereka.


Kadar Jenayah akan Naik

Dengan kenaikan tersebut, kita dapati bukan hanya tambang kenderaan awam akan naik, malah kadar jenayah juga akan turut meningkat!

Pengusaha roti canai dan the tarik juga turut akan meningkatkan harga mereka. Tarif elektrik juga tidak akan ketinggalan.

Saya berkata demikian ialah kos sara hidup akan meningkat dan peningkatan tersebut tidak seimbang dengan kenaikan gaji. Ketidakseimbangan inilahakan menjurumus kepada kenaikan kadar inflasi.

Kaum berpendapatan rendah sudah pun merasakan tekanan daripada kesan inflasi tersebut dan junaman kadar itu akan menambahkan penyiksaan.

Siapa yang sanggup untuk mengalami kemerosotan sedemikian dan tidak mahu meningkatkan taraf hidup? Maka jalan mudah ialah dengan perlakuan jenayah.

Percayalah, kes ragut akan mula meningkat dengan sendirinya, ia berlaku ketika kerajaan BN mengumumkan kenaikan harga minyak sebelum ini.

Bangga rasanya apabila 200 anggota FRU dan ratusan anggota polis yang hadir pada ketika itu seramai tidak melakukan sebarang jenayah yang dilindungi oleh AKta Polis mereka.

Dalam perhimpunan yang disaksikan oleh Menara Kembar 88 tingkat itu, dua lori yang membawa pancutan dan 11 trak polis berada untuk mengawal dan bersedia ‘bertindak’ sekiranya mendapat arahan.

(Pada waktu itu, saya tidak kira ada yang di antara mereka akan bertindak ala Hang Jebat kerana Istana Budaya menayangkan teater lagenda yang hanya memaparkan kesetiaan Hang Tuah).

Antara kain rentang yang dibawa tertulis: ‘Harga Naik – Satu Lagi Projek Kerajaan Nasional’. Lucu! Tapi benar.


Alasan Kerajaan BN

Pada 5 Mac lalu, Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi memanggil mesyuarat yang berlangsung selama dua setengah jam dan dihadiri oleh 5,000 pemimpin-pemimpin BN. Datanglah mereka ini dengan berkerta besar, berambut karat dan bersongkok dan berkasut tinggi, mendengar alas an yang diberikan oleh pemimpin ‘unggul’ mereka.

Menurut media perdana, siri penerangan perlu dibuat oleh pemimpin-pemimpin kerajaan (sudah tentu melalui media belian mereka) kerana rakyat tidak faham rasional kenaikan harga tersebut dan pihak pembangkang mengambil kesempatan untuk mendapat sokongan rakyat.

Dalam kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri itu, Negara ini perlu menarik subsidi minyak kerana harga yang masih rendah berbanding dengan Negara-Negara ASEAN kecuali Brunei.

Adakah makcik yang menjaga kaunter MyKad tidak tahu bahawa kesemua Negara-Negara ASEAN adalah PENGIMPOT minyak (temasuk Indonesia semenjak 2004)?

Alasan lain yang diberikan oleh kerajaan ialah beban subsidi dan pengecualian cukai yang ditanggung kerajaan pada bulan Januari ialah RM 1.19 billion dan Februari RM 1.44 billion.

Jabatan Perdana Menteri menyatakan bahawa penjimatan yang dibuat akibat pengurangan subsidi minyak ini akan digunakan untuk menampung projek pembangunan dan memperbaiki system pengangkutan awam yang akan berfaedah kepada semua rakyat Malaysia.


Perdana Menteri terlemah?

Shamsul Iskandar menyebut bahawa atas kegagalan Perdana Menteri Kelima itu gagal sekurang-kurangnya di dalam tiga perkara iaitu; mengekalkan kabinet rasuah setelah menunggu ilham yang terlalu lama; tidak konsisten di dalam tindakan beliau terhadap media yang melakukan penghinaan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan menaikkan harga minyak di dalam keadaan di mana negara Malaysia merupakan negara pengekspot “net” (net exporter) dan mampu untuk menyerap kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa.


Keuntungan Petronas di mana?

Dalam kenyataan Naib ketua ANgkatan Muda bertarikh 3 Mac, laporan kewangan Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2005 lalu enyebut bahawa keuntungan Petronas ialah sebanyak RM 137.046 billion, meningkat sebanyak 40.5% berbanding tahun 2004.

Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti ialah sebanyak RM 35.556 billion meningkat sebanyak 50.3% berbanding dengan tahun 2004. Dana bagi pemegang saham sahaja atau tabungan berjumlah 129.383 billion meningkat sebanyak 26 % berbanding dengan tahun 2004.

Jadi, mengapakah rakyat masih lagi ingin dibebankan dengan kenaikan harga minyak walhal hasil negara terus meningkat?

Apakah subsisdi sebanyak RM 4 billion yang dinyatakan oleh Timbalan
Perdana Menteri tidak boleh ditampung oleh Petronas?


Jalan alternatif?

Selain daripada memilih barisan yang tidak rasional (sebut Nasional), ada jalan-jalan lain yang boleh diambil oleh kerajaan selain daripada berfikiran kontot dengan mengalihkan beban tanggungan Negara ke bahu rakyat.

Shamsul mencadangkan agar kos operasi kerajaan dapat dikurangkan dengan menjalankan tender terbuka dan menghentikan tender secara terus
kerana ini akan mengurangkan kos apa-apa projek kerajaan.

Kerajaan juga boleh menjalankan analisa “cost-benefit" secara mendalam bagi apa-apa projek yang dicadangkan oleh kerajaan.

Sudah tentu, dengan hapusnya akta drakonian OSA, ISA, akta Mesin Cetak dan Media Elektronik serta Akta Polis, system pentadbiran akan menjadi lebih telus.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menunjukkan keadaan yang berlaku di Venenzuela yang mana ia merupakan negara pengeluar minyak dan dengan rakyat berjumlah 25 million, sama seperti keadaan di Malaysia.

Presiden Hugo Chavez telah dengan beraninya menentang polisi penswastaan neo-liberal pasaran terbuka. Sejak dia mula memerintah pada tahun 1998, dia telah membawa negaranya ke arah sosialis dan menentang kaum kapitalis dari menumbangkannya.

Dengan sokongan rakyat Venenzuela, syarikat petroleum domestik , PDVSA telah dimilik negarakan. Maka dengan harga minyak yang tinggi sekarang, keuntungan syarikat itu telah dengan langsungnya digunakan untuk projek pembangunan. Sebagai negara sosialist yang membangun, pendapatan PDVSA adalah transparen dan perbelanjaan kerajaan di rancang dengan penyertaan rakyat secara efektif.

Akhir kata, selamat berhimpun dan berarak!

Foto dengan ihsan Elizabeth Wong (www.shagadelica.net/)

 

 

Wednesday, March 01, 2006

Nasi Lemak, Politik dan Media




Lawatan beberapa hari pensyarah Janet Steele ke negara ini saya telah mengambil kesempatan untuk menemuinya secara dekat dan berborak; dengan bantuan seorang rakan, Pak Chong yang mengaturkan pertemuan kami. Pak Chong menjamu kami dengan hidangan Nasi Lemaknya.

Janet adalah seorang Prof Madya di Universiti George Washington dan menerima ijazah kedoktorannya dalam bidang Sejarah dari Universiti Johns Hopkins.

Dari segi pengiktirafan antarabangsa, Janet dianugerahkan professor Fullbright di dalam Pengajian Amerika di Universiti Indonesia (1997-98) dan menrima geran untuk mengajar dan membuat kajian sejarah Indonesia moden di negara itu pada tahun 2005-06.

Beliau seringkali memberitahu bahawa dia bukanlah seorang wartawan. Tanggungjawabnya hanyalah untuk menerangkan peri pentingnya profesionalisme seorang wartawan.

Janet memberitahu bahawa beliau mula jatuh cinta kepada Indonesia secara kebetulan; ketika melancong di negara itu 15 tahun yang lalu.

Semangat untuk mengkaji sejarah kewartawanan Indonesia lebih berkobar-kobar apabila Goenawan Mohamad, editor majalah mingguan Tempo memberi syarahan di Washington DC.


Tempo haram

Tempo, majalah yang ditubuhkan pda tahun 1994 diharamkan sewaktu rejim Soeharto.

Perkara yang paling menakjubkan ialah peranan yang dimainkan oleh Tempo pada satu waktu dahulu, ketika pemerintah mahu mengkuburkan Tempo tetapi akhirnya gagal kerana Tempo adalah satu simbol yang memperjuangkan kebebasan bersuara.

“Ia seolah-olah satu lagenda,” kata Janet.

Seperkara lagi ialah apabila Tempo diharamkan, bekas-bekas wartawan dari Tempo berkhidmat dengan pelbagai akhbar dan majalah lain; Jakarta Post, Forum Keadilan, Media Indonesia dan membawa bersama-sama mereka pengalaman dan corak penulisa ketika berada di Tempo, ide mengenai jurnalisme bebas.

Tempo berjaya memperolehi lesennya kembali selepas beberapa minggu selepas Soeharto meletakkan jawatan; selepas berlakunya kejatuhan matawang Rupiah dan pergolakan ekonomi di Indonesia.

Berkaitan dengan Tempo, pembikinan majalah itu bukanlah satu majalah yang pada awalnya mengecam pemerintahan kuku besi rejim Soeharto mahupun menyokong puak pemerintah. Ia mengeluarkan pandangan-pandangan alternatif bagi pemerintahan Indonesia.

Janet menggunakan pengalaman yang berlaku terhadap Tempo untuk mengkaji sejarah Indonesia moden.

Wars Within



Buku Wars Within dipersembahkan oleh Janet dalam bentuk naratif di mana hasil kajiannya diceritakan, bukannya secara akademik.

Ia mengisahkan mengenai kemandirian dan kebebasan majalah Tempo dalam memperjuangkan kebebasan media di Indonesia.

Salah satu bab yang menarik di dalam Wars Within ialah berkaitan dengan ‘Peristiwa Tanjung Periok’ yang berlaku pada tahun 1984 di mana tentera Indonesia pergi ke sebuah pelabuhan di Indonesia yang dikenali sebagai Tanjung Periok yang majoritinya menganut Islam dan diakhiri dengan pembunuhan ratusan peribumi (sungguhpun pihak militant mengumumkan hanya sembilan peribumi yang terekorban dalam peristiwa tersebut).

Tempo berjaya melaporkan insiden tersebut. Pihak media kerajaan mengeluarkan kenyataan mereka dan Tempo pula dari sudut lain mempersembahkan dari perspektif mereka tersendiri.

Selepas Soeharto meletakkan jawatan beliau, Presiden BJ Habibie melantik seorang Menteri Penerangannya yang faham mengenai kebebasan media dan bermula daripada titik tersesbut, Indonesia menjadi sebuah negara yang bebas dari segi ekspresi melalui media mereka.

Bukan hanya Tempo berjaya mendapatkan permit siaran mereka tetapi penerbitan-penerbitan lain juga berjaya mendapat hak mereka, yang baru mahupun yang lama.

Presiden Gus Dur yang menggantikan BJ Habibie pula meneruskan (atau dengan kata lain, melakukan dengan lebih baik) berkenaan dengan media di negara itu.

Gus Dur secara praktisnya akan membuat ucapan in-promtu selepas solat Jumaat dan pegawai-pegawainya menghadapi masalah untuk menerangkan kepada pihak media apa yang dimaksudkan oleh Presiden tersebut yang berubah-ubah setia minggu.


Undang-undang Penerbitan

Sungguhpun demikian, Undang-undang Pres (Penerbitan) yang terdapat di Indonesia sedikit sebanyak memberi limitasi terhadap kebebasan media sepenuhnya. Di Indonesia juga, Kod Jenayah juga terdapat dalam perundangan negara itu yang turut menjadi ancaman kepada wartawan-wartawan serta editor dalam penulisan mereka.

Artikel 19 (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB) menyebut bahawa Indonesia mempunyais alah satu undang-undang penerbitan yang terbaik di dunia yang berkaitan dengan kebebasan ekspressi.

Di dalam Kod Jenayah Indonesia merangkumi penerangan mengenai defamation. Ini bermakna pihak media boleh dipenjarakan secara mandatori sekiranya melakukan sebarang kesalahan menurut Kod Jenayah itu.

Selain itu juga, amalan rasuah di Indonesia amat berleluasa, termasuk dari kalangan pihak berkuasa polis mahupun dari penghakiman.

Rakyat sivil pula tidak secara keseluruhannya mengedahkan mengenai kebebasan ekspressi dan hak untuk bersuara.

“Kita tidak boleh mempunyai melakukan ekspressi dan menulis dengan bebas sekiranya golongan awam tidak memahaminya.”
“Mereka perlu tahu bahawa kebebasan ekspressi bukan untuk golongan wartawan tetapi juga milik rakyat.”

“Apa guna menjadi seorang warganegara sekiranya kita tidak diberi hak untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dalam negara kita.”

Open secret

Banyak persoalan bagaimana ahli-ahli politik boleh menjadi begitu kaya-raya? Mungkin ianya satu ‘rahsia umum’ (open secret) namun rakyat perlu mempunyai hak untuk membincangkannya kerana melibatkan harta milik mereka.

Menurut Janet, inilah pentingnya sesebuah blog. Ia tidak semestinya benar, pembaca mempunyai kuasa tersendiri membuat kajian tersendiri mengenai kesahihan sesuatu penulisan di dalam blog itu.

Masalah baru yang timbul ialah kerajaan Indonesia kini cuba untuk mengawal bentuk-bentuk majalah yang boleh diterbitkan, sebagai contoh pornografi.

Bagi Janet, kerajaan tidak mempunyai hak untuk mengongkong perkara sedemikian tetapi boleh mengawal agar anak-kanak tidak digunakan sebagai agen pengedarannya. Di Amerika Syarikat terdapat pengawal dari segi pembacaannya di mana menghadkan umur 18 tahun bagi majalah-majalah yang tidak bersesuaian dengan had umur tertentu.

Kerajaan sepatutnya tidak boleh menjadi penentu kepada rakyat tentang bahan bacaan apa yang hendak digunakan sebagai sumber maklumat.

Janet juga dalam dialognya pada 23 Februari lalu di Petaling Jaya membincangkan mengenai isu penegeboman di Bali. Pada waktu itu Jakarta Post melaporkan Imam Samudra yang ditangkap selepas insiden bom pertama. Jakarta Post menayangkan gambar komputer Imam Samudra bersama gambar-gambar porno.

Dalam dialog tersebut beberapa soalan diajukan oleh orangramai terutama sekali mengenai keadaan kebebasan media di Indonesia.

Antaranya ialah persamaan di antara Indonesia dan Malaysia di mana terdapat limitasi dalam penulisan yang tidak patut menyentuh mengenai isu perkauman dan keagamaan, di mana kedua-dua negara ini terdiri daripada masyarakat majmuk.

Selain daripada bentuk pengawalan tersebut, Soeharto didapati lebih liberal di mana beliau tidak memungkinkan laporan terkini dan berbentuk penyiasatan, manakala di Malaysia kedua-duanya akan diambil tindakan di bawah pelbagai akta, terutama sekali Akta Perbitan dan Percetakan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Hasutan (OSA).

Di Indonesia pda satu wakttu dahulu, Menteri Penerangannya mempunyai saham-saham di dalam hamper kesemua syarikat percetakan. Sungguhpun tiada bukti untuk menghukum Menteri Penerangan tersebut, tetapi ia sudah menjadi rahsia umum.

Tempo sebagai sebuah media berani, berjaya untuk mengenengahkan dokumen-dokumen yang berkaitan. Seharusnya, ia patut menjadi amalan di sestiap negara di mana dokumen-dokumen yang berkepentingan rakyat diedarkan untuk pengetahuan ramai.

 

 

Keadilan yang tidak dikecapi di dalam AJL20

Saya berkesempatan untuk sekali lagi menyaksikan penyerahan anugerah yang diadakan sejak 20 tahun yang lalu, Anugerah Juara Lagu.

Aku diberikan tiket VIP dan dapat saksikan siaran secara langsung diadakan. Sungguhpun hampir sebulan upacara itu berlalu, 5 Februari 2006 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan atas kesibukan tidak terhingga, fakta-fakta kritikan perlu dimuatkan dalam wadah ini.

Kali ini ia bertemakan Evolusi Muzik Beterusan. Ribuan ringgit dilaburkan oleh Media Prima dan ratusan kakitangan TV3 diambil bagi memastikan acara ini berjalan selancarnya.

Daripada senarai juri yang diumumkan; Lukhman S, Siso, Amran Omar, Siti Nurhaliza, Anita Sarawak, Ajai, Erwin Gutawa, Roslan Aziz dan ketua juri, Farihin Abu Fatah, aku dapati ianya sudah pasti tidak akan memberikan keputusan yang adil.

Betul sangkaan aku! Terdapat suara-suara selain daripada aku sendiri yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan.

Keputusannya:

Pemenang Anugerah Juara Lagu AJL20
Lagu : GEMILANG
Artis : JACLYN VICTOR
Komposer : AUBREY SUWITO (AUBREY TEH BOON ENG @ AUBREY NAGA SUWITO)
Penulis Lirik : ASMIN MUDIN

Pemenang Anugerah Juara Balada AJL20
Lagu :GEMILANG
Artis : JACLYN VICTOR
Komposer : AUBREY SUWITO (AUBREY TEH BOON ENG @ AUBREY NAGA SUWITO)
Penulis Lirik : ASMIN MUDIN

Pemenang Anugerah Juara Pop Rock AJL20
Lagu : KATA
Artis : HAZAMI
Komposer : HAZAMI, TRIS & ARAB (NORKAMAL HAZAMI AHMAD, TRISNO ASYRAF ZAINAL ABIDIN & SYED AZLAN SYED ABU BAKAR)
Penulis Lirik : HAZAMI & TRIS

Pemenang Anugerah Juara Irama Malaysia & Etnik Kreatif AJL20
Lagu : ADUH SALIHA
Artis : MAWI
Komposer : M. NASIR (MOHD NASIR MOHAMAD)
Penulis Lirik : LOLOQ (ROSLI KHAMIS)

Pemenang Anugerah Vokal Terbaik AJL20

Lagu : KATA
Artis : HAZAMI
Komposer : HAZAMI, TRIS & ARAB (NORKAMAL HAZAMI AHMAD, TRISNO ASYRAF ZAINAL ABIDIN & SYED AZLAN SYED ABU BAKAR)
Penulis Lirik : HAZAMI & TRIS

Pemenang Anugerah Persembahan Terbaik AJL20

Lagu : ADUH SALIHA
Artis : MAWI
Komposer : M. NASIR (MOHD NASIR MOHAMAD)
Penulis Lirik : LOLOQ (ROSLI KHAMIS)

Sumber: http://ajl.tv3.com.my/pemenang_ajl20.htm
Foto : http://gambar.blogspot.com

Hujah-hujahnya:

Farihin: Untuk pengetahuan umum, Farihin pernah bekerja dengan Ning dalam penghasilan lagu Senang Tari. Seseorang composer tidak akan memilih Ning sekiranya beliau mencurigai kebolehan penyanyi tersebut.

Oleh itu, sikap berat sebelah sudah tentu disebelahi kepada Ning Baizura.
Siti Nurhaliza: Mengapa diva ini dipilih oleh pihak penganjur sebagai salah seorang juri? Apakah rasionalnya? Sungguhpun industi hiburan di negara ini kecil, tetapi Siti Nurhaliza sebagai salah seorang juri bagi pertandingan yang melibatkan ciptaan seolah-olah negara ini sudah kebutuhan seniman yang berpengalaman.

Rakan-rakan saya di London yang berutusan e-mel sering mempersoalkan mengapa rakyat Malaysia bodoh dan melihat peluan untuk menyayi di Royal Albert Hall sebagai satu kejayaan buat seseorang artis.

Sungguhpun beliau sudah mencecahkan kakinya di Royal Albert Hall, London, Siti tidak sepatutnya mengadili orang-orang yang lebih senior daripadanya.

Di London, sesiapa sahaja boleh menyanyi di dewan itu, asalkan mampu untuk membayar sewanya. Di London, seseorang yang tidak bergelar artis atau pun artis yang tidak mempunyai album pun mampu menanyi di sana, asalkan boleh membayar sewa dewan itu.

Pengurus Royal Albert Hall pun tidak akan bertanya apakah bentuk acara yang ingin dibuat di dewan tersebut asalkan kos sewaannya dipersetujui. Ia seperti menyewa Dewan Serbaguna MBSA, boleh disewa untuk majlis keraian, berlatih badminton. Umno pun boleh menyewa dewan tersebut untuk menyebarkan propaganda mereka.

Pihak penganjur yang cintakan keadilan tidak sepatutnya memilih Siti sebagai salah seorang juri. Sebagai seorang atis wanita yang masih bergiat aktif dalam industri senisuara, sudah semestinya beliau menganggap pertandingan Juara Lagu sebagai salah satu daripada pemerhatian bagi melihat ancaman-ancaman yang beliau akan saingi; baik dari segi persembahan mahupun jualan album yang menjadi periuk nasinya. Juara Lagu 20 menjadi bola ajaib (magic ball) bagi artis seperti Siti Nurhaliza.

Siti sudah semestinya tidak akan memberi markah yang tinggi kepada artis-artis wanita yang bertanding; Jac, Ning, Noraniza sungguhpun mereka menunjukkan persembahan luar biasa.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Siti untuk tidak memberikan markah yang tinggi kepada Jac, Ning dan Noraniza, permakahannya boleh dipertikaikan berdasarkan kejujurannya.

Saya mencabar agar pihak penganjur Juara Lagu terutama Farihin untuk menayangkan markah yang diberikan oleh Siti terhadap ketiga-tiga artis wanita….(kalau berani).

Saya harap pihak penganjur mempunyai alasan yang lebih baik atas kriteria apa Siti dipilih. Sekiranya setakat penjualan album yang tinggi dan berpeluang untuk menyanyi di Royal Albert Hall, tidak cukup sebagai portfolio Siti duduk di meja juri.

Anita Sarawak: Artis ini juga boleh dipertikaikan mengenai kejujurannya memberi permakahan. Lebih-lebih lagi, artis ini yang baru sahaja melahirkan satu lagi album jazz. Persembahan mantap dan kemenangan Jac, Ning dan Noranza akan menjadi duri buat artis ini.

Boleh diterima sekiranya Anita berjuang di persada luar negara dan tidak bertapak di Malaysia. Teetapi kini Anita memilih Malaysia sebagai tempat mencari rezekinya.

Erwin Gutawa: Bagi penganalisa hiburan di belakang tabir, disedari atau pun tidak, composer ini bertindak sebagai Pengarah Musik untuk Siti Nurhaliza dan semamangnya beliau akan bekerjasama dengan Siti dalam acara-acara Siti yang lain terutamanya di luar negara.

Perancangan Siti untuk menjelajah Indonesia tidak berapa lama lagi sudah tentu akan mengambil khidmat Erwin. Kita lihat sahaja kalau tidak percaya dengan andaian saya yang harap-harap tidak benar.

Oleh itu, pengadilan Erwin sudah tentu tidak banyak bezanya dengan keputusan Siti.
Saya sekali lagi mencabar TV3 untuk menjadikan keputusan setiap juri sebagai maklumat umum.

Ajai: Memang tidak dapat dipertikaikan bahawa composer dan penerbit ini banyak menghasilkan lagu dan album yang berjaya.

Tetapi, sejarah kerjaya Ajai tidak layak sebagai juri untuk majlis pada maam itu. Ajai pada satu waktu dahulu pernah berkhidmat secara langsung dengan Ning Associates. Ajai mengumumkan keluar daripada syarikat yang dimiliki sebahagiannya oleh Ning Baizura selepas Ning menghasilkan album yang mana Ajai bertindak sebagai salah satu tunjang.

Sebab penarikan diri Ajai daripada Ning Associates tidak diberitahu.
Penilaian Ajai dalam AJL20 amat disangsikan disebabkan penglibatan Ajai sebelum ini. Berkemungkinan besar Ajai tidak akan memberikan nilai yang tinggi kepada bekas majikannya itu.

Roslan Aziz
: Saya tidak tahu apakah alasan yang diberikan oleh penganjur yang memilih Roslan sebagai salah seorang daripada juri kerana ia sudah semestinya suatu yang tidak patut dilakukan sama sekali.

Pertama, Roslan sudah tentu akan menyokong Jac dan memberi markah yang tinggi kepada Juara Malaysian Idol di mana Roslan bertindak sebagai salah seorang pengadil dalam rancangan reality TV itu.

Roslan secara terang amat menggemari Jac dari awal rancangan Malaysian Idol. Apakah alasan yang mungkin diberikan oleh Roslan untuk tidak memberi markah kepada Jac, Roslan boleh jawab?

Kedua, sebelum ini, Roslan pernah menjadi pengurus kepada Roslan Aziz Production (RAP) di mana selain daripada bekas isterinya, Zainal juga adalah salah seorang.
Malangnya, rancangan tersebut gagal. Kontrak Zainal tidak disambung. Malah, RAP sudah tidak wujud lagi. Jadi, adakah Roslan akan memberikan marakah yang tinggi? Roslan boleh jawab.

Sekali lagi, kita boleh mencabar penganjur AJL20 untuk menunjukkan markah yang diberikan leh Roslan kepada Jac dan Zainal.

Amran Omar: Pencipta lagu ini adalah bekas kakitangan BMG Music yang diberikan kepercayaan oleh syarikat rakaman itu untuk menyumbang hasil penciptaan lagu kepada artis yang bernaung di bawah label BMG.
Jadi, mungkin sifat dendam daripada pengalaman buruk sewaktu di BMG dahulu tidak akan memungkinkan Amran memberi markah yang baik kepada artis BMG yang bertanding, terutama sekali kepada Ning Baizura.

Sebagai salah seorang daripada pencinta keadilan dalam industri muzik, kita mempunyai hak untuk mendesak agar pihak penganjur bagi AJL20 untuk menayangkan kepada umum keputusan juri mengikut panel yang dilantik.

Siso dan Lukman S: Daripada keseluruhan panel juri, kedua juri ini sahaja yang ‘bersih’ daripada kemelut industri muzik dan tidak bersangkut-paut secara langsung dengan mana-mana artis yang bertanding dalam AJL20.
Mereka sahajalah mungkin memberi permakahan berdasarkan kepada penciptaan yang benar-benar layak.

Keputusan keseluruhan:

Jac menerusi lagu Gemilang semamangnya menjadi ramalan saya sewaktu sebelum melangkah masuk ke dalam dewan PWTC. Lagu ciptaan Aubrey Suwito memang mempunyai aura tersendiri.

Bagaimana sekiranya Gemilang tidak menang sebagai juara sedangkan lagu dan penyanyinya sudah pun diiktiraf di seluruh Asia menerusi Asian Music Festival yang berlangsung di Shanghai baru-baru ini?

Cuma, dari segi penulisan lirik, Asmin Mudin agak boleh dipertikaikan. Bahasanya tidak boleh diberikan penghormatan, mungkin kerana tertekan kepada maksud lirik asal, di bawah tajuk yang sama; Gemilang yang terpaksa diterjemahkan.

Kemenangan Mawi sebagai Persembahan Terbaik saya jangkakan apabila mendapat tahu 50% keputusan bagi persembahan terbaik adalah berdasarkan kepada undian SMS. Kemanangan Mawi sebagai Juara Akademi Fantasia 4 tahun lalu sudah diketahui adalah berdasarkan kepada udian SMS. Penyokong-penyokong hard-core dan ahli-ahli MawiFC sudah mempunyai pengalaman luas dalam memobilisasikan sehingga Mawi menjadi juara.

Kalau diadakan pertandingan seluruh dunia dengan penyertaan Michael Jackson di Malaysia pun, belum tentu Peter Pan jadian itu boleh menang. Sungguhpun Mawi berdiri tegak menyanyikan lagu Negaraku. Mawi tetap akan mendapat Persembahan Terbaik. Percayalah.

Mungkin peminata-peminat Mawi agak kecewa kerana Mawi gagal menyandang Juara (saya harap mereka faham bahawa pertandingan tersebut bukan berdasarkan kepada penyanyi tetapi penciptaan lagu).

Justeru, saya ingin mencadangkan supaya keputusan menerusi SMS tidak menjadi amalan dalam Juara Lagu tahun hadapan untuk memastikan pemenang bagi kategori tersebut kepda yang benar-benar layak.

Juara Vokal Terbaik menjadi milik Hazami yang menanyikan lagi Kata. Ada yang tidak menyenangi keputusan itu tetapi saya sendiri bersama ramai penonton berdiri selepas Hazami selesai membuat persembahan sebagai ‘standing ovation’.

Masalah dengan pengikut industri muzik di Malaysia ini adalah berdasarkan pakej yang ada. Hazami berdahi jendul, pendek dan tidak kacak; tidak memberi satu pakej menarik sebagai seorang penghibur. Bagi mereka, seseorang penyanyi tidak berjaya sekiranya tidak mempunyai pakej yang lengkap.

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com