Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Saturday, October 31, 2009

SEMBANG TEPI JALAN - Buku Meor Busker Penentang Hipokritis

Gambar ihsan Dome



Pada awal penglibatan aku dalam pembikinan buku ini selepas diundang oleh penulis sendiri (sebut, Meor) yang memberitahu bahawa beliau sudah mempunyai artikel yang cukup untuk dibukukan. Aku melihat tawaran tersebut satu penghargaan kepada aku dan sebagai teman rapat, aku menerimanya sungguhpun pada waktu itu aku mempunyai banyak projek-projek yang menunggu.

Artikel yang sudah aku kumpulkan, aku jaja ke mana-mana sahaja bersama komputer riba aku. Aku lakukan kerja ini sewaktu aku di Sydney (1-7 Februari 2009), Jakarta (24-28 Mac 2009 dan 5-11 April 2009), Acheh (8-11 April 2009), Bahrain (31 Mei 2009), Madinah (1-4 Jun 2009) dan juga Mekah (5-10 Jun 2009). Aku juga lakukannya sewaktu kelapangan aku sewaktu menjalankan tugas di Pulau Pinang.

Artikel demi artikel aku membelek dan melihat Meor mempunyai jalan cerita yang sungguh jujur dan jalan ceritanya sungguh menyedihkan, memberi kesedaran dan kurang menghiburkan.

Selaku pemuzik, selain daripada pembaca setia laman tokeikedai.net, kita tidak menyangka Meor boleh mengolah pengalamannya dan begitu konsisten mendokumentasikan pengalaman-pengalamannya di dalam buku ini.

Aku telah pecahkan penulisan Meor kepada beberapa bahagian antaranya berhubung dengan beliau sendiri secara peribadi, muzik dan interpretasinya, pengalamannya sepanjang menjadi busker, ideologi politiknya, agama dan kepercayaan.

Sesungguhnya, setiap daripada kita mempunyai pengalaman hidup yang tersendiri dan amat menarik sekiranya pengalaman-pengalaman ini dinukilkan dalam satu buku.

Meor pernah merempat dengan hidup sebatang kara, dalam menyara hidup keluarganya. Beliau mencari sesuap nasi dengan bermain gitar di tepian lorong di Pasar Seni (yang kini dipanggil Pasar Budaya) dan Jalan Alor (yang kini dipanggil Jalan kejora). Beliau pernah dihumpan ke dalam lokap kerana dipercayai penagih dadah kerana bermain muzik di tepi jalan.

Sememangnya aku berharap agar buku ini dapat memeriahkan dunia penulisan dan tidak ada pihak yang mudah tersinggung dengan penulisan kritis ini. Sesungguhnya, apa yang menjadi inspirasi Meor ialah atas prinsipnya yang tidak bersifat hipokritis dan berdasarkan pandangan kasarnya mengenai persekitarannya.

Alhamdulillah, akhirnya buku ini siap dan dilancarkan secara rasmi pada 24 Oktober di Galeri Annexe, Pasar Seni Kuala Lumpur. Bagi pihak Meor, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada penerbit Sembang Tepi Jalan, Oxygen Media, penyumbang untuk majlis pelancaran ini yang tidak suka namanya disiarkan dan Datuk A.Samad Said atas sokongan mereka dan kepercayaan kepada kami.

Majlis ini juga telah dihiasi dengan persembahan dengan teman-teman rapat dan setia Meor; Nik, Azmyll Yunor, Danny Gudesh dan Rahmat Haron.



Buku ini boleh diperolehi dengan sms 0192232002. Taip STJ.

Labels: ,

 

 

Friday, October 30, 2009

Bajet Gula-gula Hancurkan Negara


Edisi sunat baca di sini



Setiap tahun pada September atau Oktober, setiap daripada kita akan tertumpu kepada Bajet (yang bermakna Belanjawan tetapi ditukar istilahnya tanpa bangkangan dari Dewan Bahasa dan Pustaka). Orang ramai menunggu-nunggu apakah ‘gula-gula’ yang akan disediakan oleh kerajaan; adakah cukai pendapatan kita akan dipotong? Adakah subsidi diteruskan? Adakah rebat cukai jalan disambungkan? Bagi meneruskan legasi pemerintahan, setiap kali pembentangan bajet akan menyifatkan bajet mereka “bajet rakyat” lah, “bajet mesra” lah, “bajet pertumbuhan”lah.

Kita perlu mengetahui dan sesuatu yang menakjubkan apabila meneliti ‘gula-gula’ yang dibentangkan. Kita juga perlu menyedari bahawa apa juga ‘gula-gula’ yang diberikan, jumlah tersebut disumbangkan oleh kita – pembayar cukai. Pembentangan itu dipanggil Bajet kerana kerajaan mempunyai sejumlah wang yang tetap yang perlu diusahakan setiap tahun.

Menurut buku yang baru diterbitkan oleh Research for Social Advancement (REFSA), “The BUDGET: How the Government is spending OUR money”, kerajaan memperolehi wang yang dibelanjakan daripada cukai pendapatan dan korporat. Kerajaan juga mendapat perolehannya dari pelbagai eksais, duti tariff dan sudah tentu dari royalti minyak.

Buku itu juga menerangkan perbelanjaan digunakan untuk membayar kakitangan kerajaan, membiayai penjagaan kesihatan dan pendidikan juga pembangunan nasional dan ‘gula-gula’.

Setiap ringgit dari ‘gula-gula’ yang kita hisap akan dikurangkan dari perbelanjaan yang diperuntukkan. Sebagai contoh, peruntukan dari penjagaan kesihatan atau pendidikan akan dikurangkan untuk diberikan sebagai ‘gula-gula’ yang diumumkan.

Selepas kita melihat laporan media arus perdana, mereka hanya menjurus dan memfokuskan kepada ‘gula-gula’ kerana perkara itu akan mengelak daripada perbincangan dan perdebatan mengenai isu-isu yang lebih mustahak termasuk akauntabiliti dan pilihan. Seperti yang diketahui, media arus perdana akan berat sebelah dalam laporan mereka dengan tidak mengenengahkan bidangan makroekonomik yang dibelanjakan oleh kerajaan berjumlah RM200b setiap tahun itu. Perbelanjaan termasuk penyediaan infrastruktur yang melibatkan pengangkutan, utiliti, penjagaan kesihatan, pendidikan, pertahanan bagi keperluan rakyat dan rangsangan ekonomi.

Antara intipati yang mendapat perhatian media ialah ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010, penyediaan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka serta memperuntukkan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang.

Menurut buku ini, sistem yang ada di Malaysia tidak cukup kondusif dalam membincangkan bajet yang dibentangkan sungguhpun di dalam Dewan Parlimen. Tidak seperti di Britain dan Australia, kedua negara itu mempunyai jawatankuasa khusus di dalam setiap kementerian yang menjurus kepada perdebatan. Jawatankuasa itu diwakili oleh pelbagai parti politik. Di dalam tempoh perkhidmatan ahli-ahli parlimen ini, mereka diberikan tugasan dalam memperlihatkan kemajuan dan mengkritik peningkatan di dalam kementerian yang mereka tugaskan. Dengan itu, rakyat dan para pengundi dalam melihat bagaimana wakil-wakil rakyat mereka menyumbang dan member khidmat.

Di Malaysia, seluruh ahli-ahl parlimen merupakan jawatankuasa, Mereka mempunyai 18 hari untuk membincangkan 28 kementerian yang ada. AKhirnya, ahli-ahli parlimen tidak mempunyai peluang bagi menunjukkan kepakaran mereka. Amereka tidak dapat membangkitkan perkara-perkara di dalam Dewan sekiranya mereka tidak mampu untuk menarik perhatian Yang Dipertua Dewan untuk bangun dan berucap. Kadangkala persidangan akan berlanjutan sehingga lewat malam yang mengakibatkan ahli-ahli parlimen letih. Semasa perdebatan Bajet 2009 tahun lalu, setiap kementerian hanya diberikan 2-3 jam dan akhirnya hanya 3-4 ahli parlimen dibenarkan member ucapan. Di dalam perspektif yang lebih luas, ahli-ahl parlimen tidak diberikan sumber-sumber yang mencukupi dengan dokumen-dokumen yang berbondong. Mereka juga tidak dibekalkan dengan pembantu-pembantu penyelidik, tidak seperti sistem parlimen yang lain.


Perbelanjaan Operasi dan Subsidi


Kita perlu menyedari bahawa kos perbelanjaan operasi Negara melalui bajet telah meningkat 15% setahun dari 2003 (RM75.2b) hingga 2008 (RM151b). Peruntukan terbesar kepada pemberian subsidi yang meningkat 6 kali lipatan dari 2003 sebanyak RM29b. Kedua, gaji kakitangan dan ketiga tertinggi ialah pembekalan dan perkhidmatan. Mungkin alasan peningkatan tersebut kerana peningkatan populasi Negara. Adakah benar?

Memang benar, subsidi digunakan untuk membantu orang miskin. Sungguhpun banyak yang diperuntukkan, hampir 400,000 isi rumah atau lebih kurang dua juta rakyat di Negara ini masih hidup di bawah garis kemiskinan.

Melalui buku ini juga, dinyatakan bahawa bajet yang selama ini digunapakai hanya memberi manfaat kepada orang yang berada. Sebagai contoh, petrol yang murah lebih menyenangkan pengguna Porche Cayenne berbanding dengan rakyat Malaysia yang hidup sederhana yang memandu Perodua Myvi. Kita perlu menyedari subsidi sedemikian menjadikan kita lemah dan bergantungan. Isu-isu inilah yang diketengahkan oleh buku tulisan The Chi Chang ini.

Buku boleh diperolehi melalui pembelian secara online di sini.

Labels:

 

 

Friday, October 23, 2009

Filem KARAOKE: Estetikatik Kehijauan Kelapa Sawit


Selepas menonton filem Karaoke, aku terduduk apabila pengusaha rela melihat hutan diratakan, orang kampong ditipu – untuk kepentingan sendiri. Konon untuk pembangunan negara.

Betik yang lahir di sebuah kampung yang dahulunya kaya dengan alam semulajadi, hutan dengan kayu-kayan flora dan fauna - sesat di kampung sendiri apabila kampungnya dipenuhi dengan pokok kelapa sawit.

Selepas tamat diplomanya, Betik pulang ke kampung halamannya, sebuah estet kelapa sawit di pinggir Malaysia setelah merantau di kota besar Kuala Lumpur. Sungguhpun kampungnya kini dikelilingi ‘kehijauan’ pokok kelapa sawit, kehijauan itu tidak mendatangkan apa-apa maknya kerana hilangnya nilai estetika. Patut pun poster filem ini (untuk keluaran antarabangsa) menonjolkan gambar pokok kelapa sawit yang terbalik.

Mungkin kita yang menonton filem ini tidak menyedari kerana pengarah meluangkan banyak masanya dengan memaparkan ‘kehijauan’ ladang kelapa sawit.

Semangat Betik untuk meningkatkan taraf hidup keluarganya dengan pulang ke kampong juga akhirnya tidak dihargai oleh orang kampung (peneroka) termasuk ibunya sendiri yang mereka sendiri merasakan (tanpa disedari) akan ‘kehilangan’ alam semulajadi.

Ibu Betik tidak mahu lagi tinggal di kampung. Dia sanggup jual pusat karaoke yang diusahakan oleh arwah suaminya untuk mencari kehidupan baru. Bak (bapa sauara Betik) juga berpindah ke Ipoh dan sanggup menjadi pengawal keselamatan yang padanya lebih mulia dan lebih jujur daripada hidup dalam ‘kehijauan’ yang tiada sifat alam semulajadi.

Anisah, seorang gadis kampong juga sanggup menjadi pasangan Bak dan juga akan tinggalkan ‘ladang’ hipokrit.


Penswastaan Ladang Kelapa Sawit



Orang ramai sudah tentu akan pertikaikan mengenai kelapa sawit sebagai pendapatan Negara. Tetapi, adakah umum menyedari bahawa kebanyakan daripada ladang-ladang kelapa sawit telah pun diswastakan? Hasil kelapa sawit disalurkan kepada syarikat swasta. Pekerja-pekerja lading hanya mendapat upah yang dibayar sesuka hati – kerana kita tidak mempunyai Akta Gaji Minima.

Penanaman secara tidak terancang juga sering merogol alam sekitar. Kasihan melihat pengembala kambing merayu kepada pemain bola supaya memberikan kambing-kambingnya sedikit masa lagi untuk kambingnya meragut di padang – kerana tidak ada tempat lagi untuk kambing-kambing itu meragut. Air menjadi kotor hasil dari pemprosesan melampau. Tanah terhakis. Air bah. Mesin-mesin mencemarkan bunyi. Monyet berkeliaran sehingga mati tiada habitat, babi hutan terpaksa sodok halaman orang kampong! Ini semua akibat daripada kerakusan manusia itu sendiri.


Kekecewaan

Filem ini juga menceritakan mengenai kekecewaan; seorang ibu dan seorang anak atas factor generasi. Betik yang berhasrat untuk membina semula kehidupan baru bersama ibunya selepas bapanya meninggal dunia beberapa tahun lalu tidak kesampaian ibunya masih tidak dapat memaafkan Betik kerana tidak dapat hadir di pengebumian bapanya. Kepulangan Betik juga tidak dilihat disambut ibunya.


Ibu Betik yang akhirnya membuat keputusan untuk menjual pusat karaoke peninggalan arwah suaminya kerana pusat tersebut semakin kurang menjadi tumpuan bukan kerana tempat tersebut tetapi pemain dvd karaoke mudah dibeli dengan pelbagai skim yang membolehkan isi rumah memiliki pemain dvd dan tidak ke pusat karaokenya. Pusat karaokenya sebelum ini menjadi tumpuan pekerja estet berbangsa India, keluarga mereka dan penduduk kampung berbangsa Melayu untuk berkumpul dan berhibur. Setiap lagu memberi makna kepada penduduk kampung tersebut.

Hipokrasi yang tidak disangka-sangka ialah apabila peredaran masa mengubah segala-galanya, persekitarannya yang berubah, kesucian kampung di estet itu dicabul, pokok kelapa sawit ditanam merata-rata namun lagu sama terus didendangkan.


Semua foto kredit: Danny Lim

KARAOKE, diarah oleh Chris Chong yang pernah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa dan ditulis oleh Shanon Shah. Ia dilakonkan oleh Zahiril Adzim, Mislina Mustaffa, Mohammad Hariry, Amerul Affendi and Nadiya Nissa.

Filem ini pernah diberi penganugerahan untuk ditayangkan di Festival Filem Cannes Ogos lalu dan kemudian memenangi anugerah di Festival Filem Calgary di Kanada.

KARAOKE akan mula ditayangkan di pawagam bermula 26 Novermber 2009.

Labels: , ,

 

 

Monday, October 19, 2009

PKFZ - Mother of All Scandals






or log in to http://english.aljazeera.net/programmes/101east/2009/10/200910158854739490.html

You may read and understand more about the scandal:







Synopsis:

The PwC audit report into the PKFZ scandal has been described in the media as "a damning disclosure of mismanagement, clandestine deals, conflicts of interest and a total disregard for transparency and accountability" for a project which was supposed to cost RM1.088 billion in 2002. It is now reported that the final cost of the PKFZ scandal could be as high as RM12.5 billion.

How much is RM12.5 billion? It can be used:

* to build four Penang bridges; 25 universities at RM500 million each; 125 hospitals at RM100 million each; 1,250 schools at RM10 million each; 312,500 low-cost houses at RM40,000 each.
* to provide amnesty from collecting assessment for 13 years for Selangor state or 45 years for Penang state;
* to give everyone of the 27 million Malaysians regardless of age a payout of RM338!
* in fact it is like striking a RM1 million price lottery each and every month non stop for the next 1,041 years!


RM12.5 billion is also equivalent to five RM2.5 billion BMF scandals, "a heinous crime without criminals" as pronounced by the then Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamad in the 1980s. Will the PKFZ scandal become another "heinous crime without criminals" under the current Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak?


FOREWORD

The RM12.5 billion Port Klang Free Zone (PKFZ) Rip-off, which I have described the “scandal of scandals”, is a test case of accountability, integrity and good governance in Malaysia half a century after independent nationhood, particularly after the political tsunami of the March 8, 2008 general elections.

Are Malaysians prepared, as in the past three decades, to accept with a shrug of the shoulder the litany of financial scandals and corruption which had plunged Malaysia’s ranking in Transparency International’s Corruption Perception Index from No. 23 in 1995 to No. 37 in 2003 when Datuk Seri (now Tun) Dr. Mahathir Mohamed stepped down and sliding further to No. 47 in 2008 at the end of the short-lived premiership of Datuk Seri
(now Tun) Abdullah Ahmad Badawi?

Unraveling the PKFZ scandal is still a work-in-progress, testifying to the herculean efforts needed to promote a culture of accountability, integrity and good governance in Malaysia. For this purpose, a website http://pkfz.blogspot.com/ has been created which you should visit and play active part.

This publication covers three parts of the DAP battle to hold the PKFZ scandal to public account:

(i) My speeches (including Parliament) and statements during the tenure of Datuk Seri Chan Kong Choy as Transport Minister from August 2007; Mother of All Scandals

(ii) Those from April 2008 to May 2009 during DatukOng Tee Keat’s first year as Transport Minister; and

(iii) From 28th May 2009, when the PricewaterhouseCoopers (PwC) audit Report on PKFZ was finally made public till 15th June 2009.

There have been daily speeches/statements on the PKFZ scandal since June 15 but they will have to await a new publication.

I hope that this publication will help to create greater national consciousness and pressure for the full accounting of the PKFZ “mother of all scandals”.

Lim Kit Siang
DAP Parliamentary Opposition Leader
19th June 2009, Ipoh Timur


Book Detail:
ISBN (english): 978-983-9820-29-4
ISBN (chinese): 978-983-9820-30-0
Author: Lim Kit Siang
Publisher: Democratic Action party
Year: 2009
No of Pages:
Price: Price: MYR 15-00 (excluding postage cost)
Weight (english): 305 gms
Weight (chinese): 250 gms

To order;


1. Pls SMS 019-2232002 (Type ) for English version or (Type ) for chinese version.
2. After confirmation from the administrator, pay the amount to maybank2u.com or Maybank Kawanku to account Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)

* choices: maybank.2u.com, Maybank kawanku ATM, or the nearest Maybank branches near you.

Labels: , , ,

 

 

KuLi is kool but cilipadi Chedet has last laugh

By Helen Ang

Latest at Tengku Razaleigh’s blog:

“Our hope for a more democratic future depends on our ability to build a strong public opinion. It’s good news that a vigorous body of public opinion, aided by information and communication technologies, is in making on the internet.

“I myself rely on it through my blog. If not for my blog, what I say would scarcely get out in the mainstream media.

“We need a freedom of information act, and I call for the repeal of the Printing Presses Act. It is silly that we limit the number of newspapers while every person with a blog or a twitter account can publish to the world.

“In limiting the printed media we have only succeeded in dumbing it down, so that those who rely only on the printed mass media and the terrestrial broadcast channels are actually the poorer for it.”

More at, http://razaleigh.com/2009/10/16/constitution-of-consensus/

World record


Ku Li says if not for his blog, he’d not be able to get his say out to the public.

Whereas his old (and I do wish those hacks would stop bodeking this ‘minister mentor’ by insisting on calling him an “elder statesman”) nemesis Dr Mahathir Mohamad started his blog in May 2008, two months after the political tsunami.

The Old Man of Kubang Pasu must have thought, “Ale, ’napa pula dok bagi diorang, apanama, Pakatan dan penyokong depa, buat bolot ruang siber semua?”

So, no sooner than you can say ‘Hey Petronas’, err, “Hey Presto, Dr M’s blog took off like an astrolite on Prozac. (‘Astrolite’ is rocket-like satellite technology developed by the Amanda Krishan space consortium of Onederland).

And … gasp! Chedet has logged 24 million-plus hits since he first began blogging 18 months ago.

Trivia

After Dr M encountered technical problems with his blog domain, he decided to switch servers.

But wait.

He couldn’t get the ‘chedet’ address registered. It seems, dah ada orang kebas pula ni. So he had to use this one, http://chedet.co.cc/chedetblog/. The ‘cc’ in the url, he has revealed, stands for “carbon copy”. Ha-ha.

He may sneer but he’s got a stinging sense of humour.

Rumble

Of the two alpha bloggers, is it the Tun (Dr M) or the Tan Sri (Tengku) who is more New Media savvy?

TDM says “follow me on Twitter” and “Find me at Facebook”. Like Dr M, KuLi twitters too and has 1,694 Facebook friends.

Nonetheless, the Dr M Facebook pages have 25,179 fans and a whopping 107,749 supporters!

KuLi’s blog is relatively more low key. A lot of the content comprise of his speeches. He has been updating his blog sporadically since March 2008. Reporters pinch his postings for their quotes.

By comparison, Dr M’s blog is a virtual, full-blown Press briefing. All the major media keep tabs on his every opinionated word; his opinions more often than not make the news.

Ye Olde Machiavellian

Plus he doesn't only use his blog as a podium but also for his proactive cyber campaigns, like the online poll conducted on the PPSMI about-turn. More than 100,000 Netizens took part in his survey.

Does it indicate that the 86,360 respondents – Double gasp! Demographics: professionals, suburbia, including churchgoers who are friends of my friend of my friend – or in other words, the 86% that support Math and Science in English, are avid readers of Dr M’s blog?

Well perhaps not. Maybe they just dropped in to vote.

They may hate his guts but when it comes to grasping at a straw – they think Dr M has the ear of Najib and can pull strings for a reversal of the policy – then why not let Dr M be their flag bearer to demand that English be retained.

So when it’s expedient, it seems Malaysians are still willing to flock to him to represent them, to be their 1spokesman on the issue.

Dr M has read the Malaysian middle-class psyche like an open book for 22 years. And at 84, he’s not lost it.

Ha-ha. The last hurrah goes to Dr M.

Labels:

 

 

Saturday, October 17, 2009

Jangan Ganggu Kebebasan Saya Berkarya – Meor




Aku dapat membayangkan teman aku, meor akan sibuk sepanjang bulan ini sehingga hujung tahun dalam mempromosikan dua produk terbaru beliau; buku 'Sembang Tepi Jalan' dan albuk 'Dari Rakyat Untuk Rakyat'.

Albumnya akan dilancarkan pada 17 oktober20 09 bertempat di DEWAN SERBAGUNA AU2,TAMAN SRI KERAMAT,KERAMAT.KL jam 8.30-11.30 malam. Bapak A. Samad Said dijangka akan melancarkan album tersebut. Masuk percuma dan orang ramai juga akan dipersembahkan dengan persembahan Black, Nik dan Rahmat Haron.

'Sembang Tepi Jalan' pula akan dilancarkan pada 24 Oktober 2009 pada jam 3 petang oleh Pyan Habib. Aku sendiri akan mempengerusikan majlis pelancaran tersebut. Maklumat lanjut layari FACEBOOK.

Aku pada awalnya telah memberi komitmen untuk menyunting bukunya dan alhamdulillah, semuanya selesai selepas hampir enam bulan aku mencuri masa membacara artikel-artikel beliau.


Aku juga pernah menerbitkan artikel di ROKET pada Januari 2009 yang lalu mengenai insan bernama Meor ini.



Berikut ialah penulisan 'tak sunat' yang aku kirim kepada editor ROKET :

Penerbit, penulis lagu dan penyanyi independen, Meor Yusof Aziddin (1967) menganggap Negara ini masih tidak memberi kebebasan kepada golongan seni untuk erkarya mahupun berkespressi.

Sungguhpun beliau berpeluang untuk menerbitkan album di arus perdana dengan sekatan, beliau lebih selesa untuk menghasilkannya sendiri dengan konsep yang digemari mengikut citarasanya.

Selain menulis lagu dan menyanyi di jalanan, Meor juga mengadakan kelas belajar gitar yang ingin mempelajari teknik bermain gitar.

Meor yang sudah menjadi pemuzik jalanan sejak 2000 berkata, beliau pernah ditahan pihak berkuasa dan dihumban ke dalam lokap untuk empat malam di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur hanya kerana menyanyi di jalanan.Menceritakan pengalamannya, beliau ditahankerana disyaki menghisap dadah dan operasidilakukan semasa Persidangan Asean Summit 2004 lalu.

Namun, insiden tersebut langsung tidak mematahkan semangatnya untuk bernyanyi kerana baginya, dia tidak menyalahi apa bentuk undang-undang – hanya menyanyi lagu-lagu rakyat.

“Mengapa artis perlu disekat daripada menyanyikan lagu-lagu yang diingini?” Bukankan itu hak saya?” beritahunya kepada wartawan Roket.

Baginya, muzik ialah sebahagian daripada kehidupannya dan tidak dapat lari daripadanya.

Setiap hujung minggu, Meor yang menetap di Ipoh akan turun ke Pasar Budaya bersama rakan-rakannya bernyanyi di lorong berjalan kaki.

Meor yang kini sudah menghasilkan enam buah album sendiri juga sedang dalam rangka menerbitkan albumnya terbaru

Kali ini, album yang masih dalam proses pembikinannya menampilkan sajak-sajak hasil tulisan beberapa aktivis seni seperti Black, Rahmat Haron dan Hishamuddin Rais.

Antara lagu yang sudah dirakam ialah Syuhada Memali, Api Perempuan Ini dan Abdullah Jones.

Syuhada Memali menceritakan peristiwa berdarah Memali di tahun 80an, revolusioner kemerdekaan Shamsiah Fakeh dan banyak lagi lagu kritis.

Meor juga pernah menerbitkan album buat Sohaimi Meor Hassan berjudul, Satu Hari Nanti, album Hentikan Perang nyanyian Black dan Garisan Abstrak nyanyian Nik. Kesemuanya dihasilkan pada tahun 2008.

Labels:

 

 

Friday, October 16, 2009

THE BUDGET: How the Government is Spending OUR Money?


Synopsis

The federal government of Malaysia spends about RM200bn per year. On top of that, there is also spending by state and local governments. Where is all that money going? The Budget: How the government is spending OUR money is a guide to how the government raises its funds and how it chooses to spend that money.

Budgets are arguably the most critical macroeconomic instruments governments use to address long and short-term development goals. Public expenditure provides the infrastructure - transport, utilities, healthcare, education, defence and other basic services - necessary to meet the needs of the people and to stimulate growth.

Despite this, the budget is rarely put through the paces of thorough, accessible discourse. By addressing the issues of budget formulation, its components, sources of deficit, transparency and the political economy of government expenditure in Malaysia, the author sheds light on a topic that is usually conveyed through approximations, whitewashing and grand addresses.

This book serves us a timely reminder of the impact of the nation’s budgetary policies on our everyday lives. This simple, straightforward approach to the perplexing but important issue of the budget is the essential dummies guide; a must-read for every citizen and taxpayer.

Book Detail:
ISBN : 978-983-44629-6-3 | Paperback | RM 20* (English)

Author: Teh Chi-Chang
Publisher: Research for Social Advancement (REFSA)
Year: 2009

* excluding postage charges

To order;

1. Pls SMS 019-2232002 (BUDGET BOOK )
2. After confirmation from the administrator, pay the amount to maybank2u.com or Maybank Kawanku to account Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)

* choices: maybank.2u.com, Maybank kawanku ATM, or the nearest Maybank branches near you.

Labels:

 

 

Thursday, October 08, 2009

Siapa Pangkah Undi Pos Anggota Tentera yang Pindah?

Aku mendapat tahu melalui teman aku yang bertugas di pengkalan laut Lumut bahawa anggota tentera akan berada di sesebuah pengkalan tidak melebihi tiga tahun.

Memandangkan kita mempunyai pilihan raya umum setiap lima tahun, berapa ramai anggota akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perpindahan mereka ini? Kenapakah kita mempunyai sebuah sistem bagi undi pos yang begitu bodoh?

Aku tidak mengatakan bahawa undi pos ini perlu dimansuhkan terus-menerus. Undi pos masih lagi diperlukan bagi kes-kes di luar Negara seperti pelajar, kakitangan awam [Seksyen 6 (2) Peraturan Pilihan Raya (Pendaftar Pemilih) 2002]. Apa yang menjadi pemanipulasian ialah anggota tentera dan polis.

Bukankah mereka ini boleh mengundi pada hari pengundian seperti pengundi-pengundi lain dan kemudiannya kembali bertugas?

Berbalik kepada teman aku, Wahid (bukan nama sebenar), ditugaskan di salah sebuah kapal yang berpengkalan di Lumut. Menurut Wahid, di dalam sebuah pentadbiran kapal laut perang, terdapat sekurang-kurangnya empat unit dan setiap unit mempunyai penyelianya yang tertentu. Setiap kapal mempunyai lebih kurang 100 anak kapal dan sekiranya diambil purata, setiap unit mempunyai 40 anak kapal. Setiap anak kapal akan dipindahkan dalam masa tidak melebihi tiga tahun.

Semasa pilihan raya umum 1994 itu, Wahid memberitahu tidak ada anak-anak kapal yang membuat sebarang bantahan apabila mereka tidak mengendahkan status pemilihnya; memeriksa senarai pemilih, menukar tempat pengundian, sama ada ada pihak ketiga mengundi bagi pihak mereka. Perkara seperti ini yang diambil kesempatan oleh pihak yang bertanding untuk melakukan manipulasi.

Perkara seperti ini yang diambil kesempatan oleh pihak yang bertanding untuk melakukan manipulasi. SPR pula, jangan mengambil kesempatan untuk menyalahkan sistem yang pincang.

Aku terbaca cacatan pengalaman Pengerusi Jawatankuasa Undi Pos Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan bin Kayat melalui blog cenangau.blogspot.com bertarikh 2 Oktober lalu bersama Pengerusi SPR tidak berapa lama dahulu.

Berikut ialah antara rakaman perbincangan mereka:

Suhaizan Bin Kayat : Maaf Pengerusi saya minta bekas anggota tentera Pak Abu Kassim berpangkat Kapten Mejar (B) yang turut sama datang hari ini beritahu kita bagaimana beliau handle Karung Khas SPR semasa bertugas.

Pak Abu Kassim : Maaf tuan. Saya ni bekas anggota tentera. Terlibat dalam pentadbiran. Sayalah yang pangkah dacing pada kertas-kertas undi tu. Saya pangkah BN. Banyak tuan.

Tan Sri Abd Aziz : Kenapa tak pangkah bulan ?

Pak Abu Kassim : Saya pangkahkan bulan juga tapi saya rosakkan borang 2. Saya takut masa tu tuan sebab pegawai saya duduk belakang saya. Saya patuh ajalah arahan dia.

Tan Sri Abd Aziz : Bila tu Pak Abu?

Pak Abu Kassim : Masa saya bertugas sebelum tahun 2000.

Tan Sri Abd Aziz : Itu cerita lama. Sekarang era saya tak akan berlaku lagi.

Suhaizan Kayat : Lama memang lama. Tapi sistem tetap sama tuan.


Kisah pengalaman Pak Abu tidak banyak bezanya dengan pengalaman Wahid. Bagi pengundi pos yang tidak mengambil kertas undi mereka kerana berpindah, Wahidlah yang akan menyimpannya dan memangkah bagi pihak mereka yang tidak menuntut; dan Wahid pangkah semuanya dacing!

Kisah di Lumut bukannya bermula sejak kisah pengalaman Wahid pada 1994. Pad pilihan raya umum sejak 1990, Lumut sahaja mencatatkan jumlah kertas undi yang tidak dipulangkan sebanyak 2,763 ke 5,486. Angka ini dpersetujui oleh Pengerusi SPR ketika itu.

Di dalam sistem undi pos yang diamalkan, Kit Pengundi Pos yang dikeluarkan kepada pengundi-pengundi pos mengandungi Borang 2- ‘Borang Deklarasi Indentiti’ yang mengandungi kedua-dua nama anggota polis dan tentera (yang mengundi) dan nombor siri kertas undi. Dalam keadaan Borang 2 tersebut akan diletakkan di dalam sampul surat bersama-sama dengan kertas undi yang dipulangkan undi dikira, adalah sangat menggusarkan apabila pilihan yang dibuat oleh pengundi polis dan tentera akan diketahui dan mereka bakal berhadapan dengan sebarang kemungkinan sekiranya mereka mengundi pembangkang.

Selain itu, pengundian oleh pihak lain tidak dihalang sepenuhnya. Anggota polis dan tentera yang menjalani pengundian pos tidak perlu untuk menandakan kertas undi mereka di pusat pengundian, mereka dibenarkan untuk menandakan kertas undi mereka di mana sahaja dan kemudian memulangkan semula kertas undi tersebut di pusat pengundian, di kem tentera ataupun balai polis. Semua ini berlaku dengan ketiadaan agen-agen parti politik, membawa kepada kebarangkalian besar yang sangat tidak munasabah apabila ‘pihak ketiga’ boleh menandakan kertas undi tersebut bagi pihak pengundi, yang mana kemudiannya akan diagihkan kepada anggota tentera/polis untuk diserahkan semula.

 

 

Saturday, October 03, 2009


Filem usaha aku yang pertama, diterima oleh penganjur Freedom Film Fest 2009 dan filem aku ini di antara 23 filem yang lainnya akan dibawa ke beberapa negeri merata Malaysia. Aku menerbitkan filem ini manakala Ebrahim bertindak sebagai pengarah.

Sesungguhnya, aku tidak mengharapkan sebarang imbuhan daripada filem pertama aku ini untuk menang. Bagi mengambil bahagian dalam fest ini sudah membuat aku rasa puas.

Aku akan berada di Annexe, Central Market pada 11 pagi, 4pm bagi tayangan filem ini bersama dua lagi filem lain.

Pihak yang aku temuduga dalam filem ini; Edmund Bon, Amer Hamzah, Meor sudah bersetuju untuk hadir menonton filem tersebut...bersama ibu aku!

Keterangan lanjut, sila klik di sini.

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com