Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, September 08, 2010

Kemiskinan Bandar Dalam Dokumentari Pendek

Oleh Rusnizam Mahat ((poskod)

Sempena Hari Hak Asasi Manusia yang disambut pada 10 Disember setiap tahun, Amnesty International Malaysia akan menerbitkan sebuah filem dokumentari pendek berkaitan isu hak asasi manusia.

Ia merupakan satu projek khas yang dijalankan AI bagi meraikan festival filem yang dijadualkan berlansung pada 12 Disember ini di Pulau Pinang dan akan turut ditayangkan di beberapa tempat di Selangor dan Perak.

Pada tahun ini, AI menjemput beberapa aktivis filem bebas tempatan untuk menghasilkan sebuah dokumentari yang mengupas mengenai isu kemiskinan bandar, selari dengan tema ‘maruah’ yang diangkat dalam festival filem berkenaan.

Filem pendek ini yang berdurasi selama 7 minit, memilih beberapa lokasi termasuk Kampung Pandan Indian Settlement, Kuala Lumpur sebagai lokasi pengambaran.

Pengarah bagi dokumentari berkenaan, Faisal Mustaffa berkata, projek tersebut merupakan projek kedua beliau selepas filem pendek yang dihasilkannya tahun lalu yang menyentuh mengenai isu kebebasan bersuara.

Selain Faisal, aktivis filem bebas Tayanithi dan pelakon Zahiril Adzim turut terlibat dalam pengambaran projek dokumentari itu.

Berita selanjutnya di sini.

Labels:

 

 

Friday, October 23, 2009

Filem KARAOKE: Estetikatik Kehijauan Kelapa Sawit


Selepas menonton filem Karaoke, aku terduduk apabila pengusaha rela melihat hutan diratakan, orang kampong ditipu – untuk kepentingan sendiri. Konon untuk pembangunan negara.

Betik yang lahir di sebuah kampung yang dahulunya kaya dengan alam semulajadi, hutan dengan kayu-kayan flora dan fauna - sesat di kampung sendiri apabila kampungnya dipenuhi dengan pokok kelapa sawit.

Selepas tamat diplomanya, Betik pulang ke kampung halamannya, sebuah estet kelapa sawit di pinggir Malaysia setelah merantau di kota besar Kuala Lumpur. Sungguhpun kampungnya kini dikelilingi ‘kehijauan’ pokok kelapa sawit, kehijauan itu tidak mendatangkan apa-apa maknya kerana hilangnya nilai estetika. Patut pun poster filem ini (untuk keluaran antarabangsa) menonjolkan gambar pokok kelapa sawit yang terbalik.

Mungkin kita yang menonton filem ini tidak menyedari kerana pengarah meluangkan banyak masanya dengan memaparkan ‘kehijauan’ ladang kelapa sawit.

Semangat Betik untuk meningkatkan taraf hidup keluarganya dengan pulang ke kampong juga akhirnya tidak dihargai oleh orang kampung (peneroka) termasuk ibunya sendiri yang mereka sendiri merasakan (tanpa disedari) akan ‘kehilangan’ alam semulajadi.

Ibu Betik tidak mahu lagi tinggal di kampung. Dia sanggup jual pusat karaoke yang diusahakan oleh arwah suaminya untuk mencari kehidupan baru. Bak (bapa sauara Betik) juga berpindah ke Ipoh dan sanggup menjadi pengawal keselamatan yang padanya lebih mulia dan lebih jujur daripada hidup dalam ‘kehijauan’ yang tiada sifat alam semulajadi.

Anisah, seorang gadis kampong juga sanggup menjadi pasangan Bak dan juga akan tinggalkan ‘ladang’ hipokrit.


Penswastaan Ladang Kelapa Sawit



Orang ramai sudah tentu akan pertikaikan mengenai kelapa sawit sebagai pendapatan Negara. Tetapi, adakah umum menyedari bahawa kebanyakan daripada ladang-ladang kelapa sawit telah pun diswastakan? Hasil kelapa sawit disalurkan kepada syarikat swasta. Pekerja-pekerja lading hanya mendapat upah yang dibayar sesuka hati – kerana kita tidak mempunyai Akta Gaji Minima.

Penanaman secara tidak terancang juga sering merogol alam sekitar. Kasihan melihat pengembala kambing merayu kepada pemain bola supaya memberikan kambing-kambingnya sedikit masa lagi untuk kambingnya meragut di padang – kerana tidak ada tempat lagi untuk kambing-kambing itu meragut. Air menjadi kotor hasil dari pemprosesan melampau. Tanah terhakis. Air bah. Mesin-mesin mencemarkan bunyi. Monyet berkeliaran sehingga mati tiada habitat, babi hutan terpaksa sodok halaman orang kampong! Ini semua akibat daripada kerakusan manusia itu sendiri.


Kekecewaan

Filem ini juga menceritakan mengenai kekecewaan; seorang ibu dan seorang anak atas factor generasi. Betik yang berhasrat untuk membina semula kehidupan baru bersama ibunya selepas bapanya meninggal dunia beberapa tahun lalu tidak kesampaian ibunya masih tidak dapat memaafkan Betik kerana tidak dapat hadir di pengebumian bapanya. Kepulangan Betik juga tidak dilihat disambut ibunya.


Ibu Betik yang akhirnya membuat keputusan untuk menjual pusat karaoke peninggalan arwah suaminya kerana pusat tersebut semakin kurang menjadi tumpuan bukan kerana tempat tersebut tetapi pemain dvd karaoke mudah dibeli dengan pelbagai skim yang membolehkan isi rumah memiliki pemain dvd dan tidak ke pusat karaokenya. Pusat karaokenya sebelum ini menjadi tumpuan pekerja estet berbangsa India, keluarga mereka dan penduduk kampung berbangsa Melayu untuk berkumpul dan berhibur. Setiap lagu memberi makna kepada penduduk kampung tersebut.

Hipokrasi yang tidak disangka-sangka ialah apabila peredaran masa mengubah segala-galanya, persekitarannya yang berubah, kesucian kampung di estet itu dicabul, pokok kelapa sawit ditanam merata-rata namun lagu sama terus didendangkan.


Semua foto kredit: Danny Lim

KARAOKE, diarah oleh Chris Chong yang pernah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa dan ditulis oleh Shanon Shah. Ia dilakonkan oleh Zahiril Adzim, Mislina Mustaffa, Mohammad Hariry, Amerul Affendi and Nadiya Nissa.

Filem ini pernah diberi penganugerahan untuk ditayangkan di Festival Filem Cannes Ogos lalu dan kemudian memenangi anugerah di Festival Filem Calgary di Kanada.

KARAOKE akan mula ditayangkan di pawagam bermula 26 Novermber 2009.

Labels: , ,

 

 

Tuesday, September 22, 2009

Dialog Bersama Pelakon Filem KARAOKE

Pada 13 September yang lepas, aku telah menganjurkan satu preview untuk para blogger filem KARAOKE yang diarah oleh Chris Chong Chan Fui dan ditulis oleh Shanon Shah manakala Yee I-Lann bertindak sebagai pereka produksi.

Filem ini telah ditayangkan di ‘Director’s Fortnight’ Festival Filem Cannes ke-62 dari 14 hingga 24 Mei lalu. ‘Directors’ Fortnight’ dimulakan pada tahun 1969 oleh Persatuan Pengarah Perancis, programnya termasuklah tayangan filem dari seluruh dunia ketika Festival Filem Cannes.

KARAOKE juga dicalonkan untuk kategori ‘Camera d’Or’ (Kamera Emas), anugerah yang menghargai filem cereka sulung terbaik yang ditayangkan dalam mana-mana tayangan pilihan Cannes (Official Selection, Directors’ Fortnight dan International Critics’ Week).

Tayangan filem ini dibuat dengan kerjasama Frinjan di Rumah Frinjan di Taman Tun Dr Ismail.

Filem ini dibintangi oleh Zahiril Adzim dan dibantu oleh Mislina Mustaffa, Mohammad Hariry, Amerul Affendi dan Nadiya Nissa.

Kesemua pelakon amat teruja apabila aku memberitahu mereka yang aku akan menayangkan filem ini kerana kecuali Zahiril Adzim yang berada di Cannes sewaktu filem tersebut dibawa ke festival tersebut Mei lalu.

Nantikan filem ini yang akan ditayangkan paa 26 November 2009.















Kredit rakaman bagi dialog ini untuk Ieja Zain

Labels: , , , ,

 

 

Monday, July 27, 2009

SAKSIKANNYA....

Labels: , , ,

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com