Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, December 14, 2009

Skrip BEBAS?....untuk SUARAM




Apabila diundang Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) untuk membuat persembahan di majlis makan malam mereka 6 Disember 2009 untuk mengumpul dana, aku membawa cadangan ini ke Rumah Anak Teater (RAT).

RAT pula melihat ke arah aku seolah-olah aku orang yang sebaik-baiknya untuk menulis skrip dan menyumbang ke arah kesedaran hak asasi manusia.

Aku: Takkan aku? Aku bukan penulis skrip.

RAT: Kalau kau tak tulis sekarang, bila lagi kau nak mula tulis skrip? Asyik tulis politik aje.

Atas galakan teman-teman, dan sokongan RAT, aku berkhalwat dan cuba mengorek bakat.

Maka terhasillah BEBAS?

BEBAS? diarah oleh KhairulandwanRodzy dan dilakonkan oleh Nam Ron, Dira Abu Zahar dan Taiyuddin Bakar serta penampilan Indra. Eila pula aku lantik sebagai Pengurus Pentas.





BABAK 1


VDP lagu Negarakuku dimainkan.

Dira dan Tai pelakon masuk dan nyalakan 13 lilin. Nam Ron masuk dan padamkan lilin satu persatu.

Muzik metal dimainkan. Dira, Tai dan Nam Ron ke dindidng masing-masing dan mulakan lukisan ekspressi masing-masing.


BABAK 2

Muzik metal berhenti.


Nam Ron
: Kau dari mana?

Tai: dari…..



Nam Ron: Tak payah bagitahu. Aku dah tahu. Aku tengok berita tadi. Muka kau terbonjol dengan kawan-kawan kau. Melalak-melolong. Sukalah tu. Melawan polis, melawan kerajaan!


Apa faedahnya? Siapa bagi kau pinjaman belajar di universiti? Bukan kerajaan yang kau marahkan tu? Siapa bagi kemerdekaan? Bukan kerajaan yang ada sekarang? Kalau kau kena buang universiti, kau nak jadi apa?

Mat rempit?

Penagih dadah?

Ni, nasib baik tak masuk lokap. Siapa nak jamin kau keluar? Ni, berpuluh-puluh yang dok dalam lokap tu. Padan muka diorang. Kalau kau masuk pun mampus aku buat tak tahu.

Baru setahun jagung. Belajar pun tak habis lagi, dah pandai tentang kerajaan. Bercita-cita nak jadi agen pembangkang.

Kau sedar tak, kita ni semut. Diorang tu gajah. Gajah yang kau nak lawan? Diorang tu semua ada. Meriam, senapang, kereta kebal, kapal selam….kau ada apa? Pelir?



BABAK 3

Nyanyian Indra

Tai bermain jimbe.



BABAK 4


Dira: Kau kenapa? CGPA jatuh?

Tai: Tak. Ayah…..


Nam Ron: Ya, aku bagitahu dia yang dia tak pernah nak bersyukur dengan apa yang dia ada.

Dira
: Apa yang Sazali dah buat?

Nam Ron: Dia sertai perhimpunan haram semalam di bandaraya. Nak mansuhkan akta zalim konon.

Kau tengok dengan kakak kau. Peguam, berbakti kepada masyarakat. Penegak keadilan. Tak perlu demonstrasi. Belajar undang-undang. Praktis. Hidup senang.

Dira: Ayah, Sazali cuma menjalankan hak demokrasinya. Apa salahnya?

Nam Ron
: Apa salah kau kata? Belajar pun tak habis konon nak kata undang-undang sedia ada ni zalim. Langsung tak berterima kasih. Di Malaysia ni mana sukahati berhimpun?


Dira: Ayah, Perlembagaan Persekutuan benarkan. Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) benarkan. Itu dah menjadikan ribuan rakyat yang turun semalam tidak bersalah.

Tapi nampaknya hak-hak ini disekat di negara kita, konon demi kepentingan dan keselamatan negara. Padahal di dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan kita kan memang sudah diperuntukkan bahawa suatu perhimpunan adalah dibenarkan, selagi ianya adalah aman dan tidak bersenjata.

Tai: Tapi kemudian, ada pula seksyen 141 Kanun Keseksaan yang digunakan ke atas demonstran-demonstran jalanan. Kononnya perhimpunan lebih daripada 5 orang, adalah salah di sisi undang-undang.

Dira: Lebih teruk lagi seksyen 27 Akta Polis yang ‘mengurangkan’ bilangan dari 5 ke 3 orang. Alasan yang sama digunakan-Keselamatan negara. Padahal, kepentingan politik.

Hari-hari saya lihat pencabulan hak asasi manusia. Bukan hanya hak berhimpun dicabuli, hak tempat tinggal, hak untuk mendapat makanan, hak berpersatuan, hak bersuara…banyaklah.

Ayah, Sazali mungkin tidak mahu berkata di hadapan ayah sebab dia hormat ayah sebagai bapanya. Tetapi, dia ada prinsip. Dan prinsip Sazali dikongsi dengan ribuan yang lain. Baru-baru ni, Hakim baru aje mengeluarkan ketetapan kes Perhimpunan KESAS 2001 tidak haram.

Mereka dilindungi di bawah hak rakyat berhimpun.


Saya sebenarnya bangga dengan Sazali. Dan, saya sepatutnya bertindak sedemikian semasa saya berada di universiti lagi. Bukannya, sekarang apabila saya mengenali undang-undang.


Sudahlah ayah, saya nak pergi masak. Sazali, dah …. Tak ada apa-apa yang perlu kau gusarkan. Teruskan sahaja usaha tegakkan hak asasi manusia. Ini kan generasi kau. Kau yang penentu untuk generasi kau sendiri.


Ayah terpinga-pinga. Duduk di atas kerusi jongkang-jongkit.




Semua gambar dengan ihsan Zulhabri.



Lagu Memula Moon.


Fade-out.

Labels:

 

 

Thursday, July 30, 2009

Temuramah Bersama Pengarah (Teater) LEGASI


Ramai yang mungkin tidak mengenali Mohd Izzuddin Ismail atau MoizzisR.cong (sebut R.cong) berusia 26 tahun dan berasal dari Gelugor, Pulau Pinang ini.

MoizzisR.cong akan mementaskan karyanya, LEGASI yang mula dipentaskan di Stor Teater DBP bermula 11-16 Ogos.

Ikuti temubual aku bersama beliau....

Macam mana kau dapat nama samaran kau ni?

Kawan sekolah aku yang bagi. Masa form 1 ex-girlfriend aku Cina, kawan aku kat hostel tu pula racist, tapi masa tu dia belum akhir baligh. Aku bersekolah di MCKK (Maktab Melayu Kuala Kangsar) sehingga tingkatan 4 dan kemudiannya menghabiskan SPM aku di Penang Free School (Aliran Sains tulen.


Aku kenal kau mula masa aku sedang belajar. Waktu tu kau dah mula beraktivisme melalui Food Not Bombs di Pulau Pinang. Apa motif peperangan kau?

Motifnya sudah semestinya untuk mendapatkan kemenengan dalam soal :

1. Menyatakan tentangan terhadap pembaziran berbilion ringgit wang negara sedangkan hak ASASI manusia di negara ini masih belum dipenuhi (makanan dan tempat tinggal), ketika aku membuat kajian terperinci untuk simpanan peribadi aku pada 25 Mei 2002,(bermula 12 malam - 6 pagi) terdapat seramai 185 orang homeless yang terbiar di sekitar George Town. Hanya di sekitar George Town pada waktu itu, bandar lain belum tahu. Sebagai seorang grunge, aku tak suka perkara itu terjadi. Ini tidak didorong oleh semangat lain!

2. Menolak pencabulan hak ke atas manusia seperti penahanan tanpa bicara dan lain-lain lagi secara nyata dengan mengadakan tindakan secara langsung. Kita menjadikan makanan sebagi simbol

3. Menyatakan dengan tegas bahawasanya manusia itu sama terutamanya dalam soal pembahagian kekayaan negara dengan menolak kepercayaan bahawa kekayaan negara itu harus dipulangkan kepada mereka yang berkepentingan dengan alasan mereka yang berkepentingan lebih faham menguruskannya.

4. Menyatakan bahawasanya peperangan itu adalah kesan terbesar yang akan terjadi jika perkara-perkara asas manusia tidak dipedulikan, walaupun perkara ni diperkenalkan di Cambridge, aku yakin isu ketidakadilan ini relevan dengan tanah tumpah darah ku ini.

5. Dengan nyata, terang dan jelas melancarkan 'perang' terhadap peperangan. Aku rasa aku kena jawab soalan ni dalam forum ke meeting ke atau discussion lah sebab banyak lagi yang nak dinyatakan.


Kau ni anti kerajaan ke? Kenapa?

Tidak. Aku hanya anti parti atau individu yang menggunakan kedudukannya sebagai pemerintah untuk mengaut kekayaan negara seperti ekonomi, perundangan, media tanpa mengagihkannya secara adil dan penafian hak sekiranya hak itu diperlukan.



Kau anjur gig seluruh Malaysia ni sejak bila? Sekarang ni dah ramai orang minat gig. Kau rasa ini semua datang dari usaha kau tak?

Tidak tepat jika mengatakan aku menganjurkan gig di seluruh Malaysia. Aku kerap membuat gig di Penang, di utara Malaysia dan Kuala Lumpur. Sekali di Kuantan, J.B dan beberapa kali di Shah Alam.

Aktiviti penganjuran gig aku ini bermula ketika aku berusia 18 tahun pada 2001 dan semuanya bermula dengan jamming session. Antaranya ialah gig benefit untuk homeless 2002 dan 2003, World Press Freedom Festival 2004,Musick 2005. Ada beberapa lagi yang aku tak ingat...

Tak....aku tak merasakan semua tu atas usaha aku. Sebelum tu pun dah ramai yang minat gig, bezanya dulu gig ni dianggap aktiviti tak bermoral, tak mendatangkan apa-apa hasil (faedah) dan 'tak ada klass' jika dibandingkan dengan persembahan muzik arus perdana. Aku rasa orang sekarang ramai minat gig kerana media sudah 'mesra' gig. Dah banyak pendedahan kepada umum. Persepsi dah berbeza. Masyarakat dah terima gig. Orang akan benci gig pun kerana media. Begitulah besarnya pengaruh media dalam kehidupan kita.



Setakat ni berapa banyak skrip dah kau tulis? Tapi kau masih tak terkenal. Kenapa ye?

Tak lah banyak, adalah... antaranya Session To The Womb, Aggregate, penulis bersama GADOH, Meraung dibaling - Baling, The Big Repentant.... ada beberapa lagi tapi aku tak ingatlah, yang terbaru aku tengah menulis Commotion....

Terkenal ni soal pendedahan kepada umum, itu sahaja. Tak percaya, sebagai analisa, cuba hang tanya berapa orang yang kenal M. Amin berbanding berapa orang yang kenal P.Ramlee? Sapa yang kenal Abro Rivai, sapa yang tak kenal Ahmad Idham? Siapa yang pernah tengok persembahan Sil Khannaz di tv, siapa yang tak pernah tengok persembahan Anuar Zain di tv? Berapa kali kita dengaq lagu Joe Kidd dalam radio? Berapa kali kita dengaq lagu Edrie Hashim dalam radio? Berapa ramai yang tau Independent Film Fest, siapa yang tak tau FFM? Kenapa umum begitu mengenali Siti Nurhaliza dan Ziana Zain sehingga ke soal peribadi? Kenapa umum kurang mengetahui tentang karya Fahmi Redza atau Rahmat Haron? Semuanya bersebabkan? (gelak)


Banyak-banyak buku yang kau pernah baca, belek; buku apa yang begitu menjadi kau teruja?

'Oliver Twist' - Charles Dickens, 'Anak Mat Lela Gila' - Pak Sako, 'Hard-Boiled Wonderland and The End Of The World" - Haruki Murakami. " Veronika Decides To Die" - Paulo Coelho.


Legasi dalam Teater Kompilasi vol 2 ni berlatarbelakangkan tahun 40an. Kau belum lahir lagi kan? Apa rujukan kau? Tak bosan ke era tu?

Mak aku pun belum lahir lagi. Rujukkan untuk lakon pentas tu - Social Roots of the Malay Left - Rustam A. Sani, The Chronicles of Malaysia - Buku kelabu tebal yang selalu ada dekat mana-mana kedai buku tu, internet. Pilihan Raya atau Pilihan Jalan Raya - Hishamuddin Rais dan Opah aku. Opah aku adalah bekas guru graduan SITC 1940an, yang pasti cerita ni bukan berkenaan dengan Opah aku lah, apa benda kalau nak ceritakan tentang family kat orang... pecah ! .... bosan? Kita merasakan era itu bosan kerana pada pandangan kita, kita adalah lebih maju dari mereka yang hidup pada sesuatu era yang terdahulu dari kita tanpa kita cuba mengetahui pengisian kehidupan mereka.

Jangan risau, tahun awal millenium ini juga akan dianggap bosan oleh kebanyakan generasi muda 2060 sekiranya mereka malas untuk mengetahui apa yang terjadi sekarang atau sejarah mereka ditutup dengan cerita lain. (gelak lagi)


Kau ada bercadang tak nak bikin teater Hang Tuah ke, Malim Deman ke, Hang Li Po ke...macam teater purba ASWARA?

Tak, tapi aku sangat terkesima,teruja dan teransang dengan sastera atau sejarah Melayu/ Malaysia. Sebenarnya aku dah pun siap 'rangka' cerita berkenaan dengan Raja Bersiong yang bertolak dari persepsi anak muda dalam bentuk penulisan lakon layar. Harap bila siap dapat difilemkan...(gelak). Kalau boleh pengarahnya Nasir Jani. Kalau bolehlah....


Kau pernah pegang watak penting dalam teater Bilik Sulit. Watak kau menunjukkan cara special branch interrogate tertuduh. Apa formula kau hafal skrip?
Faham jalan cerita, berlatih, enjoy dan melawak dengan Pengarah Bilik Sulit.


Ketuanan Melayu tu apa sebenarnya? Kenapa orang cina tak ada Ketuanan Cina dan orang India tak ada Ketuanan India?

Ketuanan Melayu = Penghambaan Melayu secara total, maknanya hamba- hamba ini perlu ditakutkan, kalau tidak, hamba-hamba ini akan 'mentransmitkan gelombang revolusi! itu sahaja, jelas. Sebab mereka yang merasakan mereka ini 'tuan-tuan kepada hamba-hamba Melayu ini' tidak lagi berjaya meyakinkan Melayu dengan hujah yang rasional selain dengan cara menakutkan Melayu untuk mengekalkan kuasa politik yang mengawal ekonomi.

Orang Cina dan India menolak ketuanan Cina dan India kerana orang Cina dan India sedar soal 'ketuanan' ini tidak akan membantu mereka ketika 'Kapitalis' Cina atau India mencabul hak mereka mereka sendiri kerana 'ketuanan Cina dan India' itu mempunyai taste yang sama dengan 'kapitalis Cina dan India'. Dalam masa yang sama mereka yang merasakan yang mereka ini 'tuan-tuan kepada Melayu' ini juga takut sekiranya hamba-hamba Melayu ini sedar bahawasanya hamba-hamba Melayu ini juga sebenarnya adalah TUAN, kerana 'tuan-tuan Melayu ini telah banyak menjahanamkan Melayu. Kalau hamba-hamba Melayu ini sedar, 'tuan-tuan Melayu' juga akan takut kerana mereka tidak akan lagi dapat bersenang-lenang memunggah kekayaan negara sebalik terpaksa berkerja sama seperti hamba-hamba ini. Sakit bagi mereka yang merasakan mereka ini 'tuan-tuan kepada Hamba-hamba Melayu' selama ini. Firaun tidak akan kekal sebagai Firaun sekiranya Firaun tidak mengaplikasikan Ketuanan Firaun.


Aku rasa arwah Yasmin Ahmad akan dapat pingat lepas ni. Kenapa ye orang artis ni selalu dapat penghargaan lepas dia meninggal. Masa hidup kena kutuk habis-habisan?

Anyway, Al Fatihah untuk arwah Yasmin Ahmad. Kena kutuk semasa hidup atau mati tak penting. YANG PENTING, kita kena tahu siapa yang kutuk. Kerana kutukan ini selalunya datang bersama pengharapan. Ianya bukan kosong. Jadi kita kena tahu latar belakang dan orentasi pengutuk. Ini adalah kerana ada kutukan yang dilontarkan itu jujur, dengki, bodoh, bijak, sopan dan ada pengutuk yang berlagak pandai untuk mengutuk dengan tujuan menutup kelemahan sendiri. kalau ini dapat difahami, tidak ada masalah. Jangan risau, dalam konteks filem, drama atau teater, seseorang 'artis' (penggiat seni termasuk sinografer atau pemegang boom) itu adalah pencorak kepada pemikiran masyarakat secara tidak langsung (sedar atau tidak ianya benar) kerana ianya akan ditonton oleh masyarakat, 'artis itu pemberi, masyarakat itu penerima'.

Jadi kalau seseorang artis itu melakukan sesuatu hasil kerja, sudah pasti ianya akan mengundang tindak balas. Contohnya kita sebagai konsumer juga akan memberikan tidak balas selepas makan di sesebuah restoran. Maknanya seseorang artis itu mesti bertanggungjawab dengan hasilnya dan bersedia untuk menghadapi tindak balas, bukan merasakan bahawasanya setiap yang dipersembahkan itu diraikan oleh semua penonton walaupun semua penonton menonton produknya. Rating yang tinggi dan kehadiran yang ramai bukan bererti persetujuan yang mutlak kepada sesuatu karya itu. Kalau perkara yang semudah ini tidak dapat difahami oleh seseorang artis, maka seseorang artis itu bukan artis tapi selebriti. Artis dan selebriti adalah berbeza. Ini dapat dibezakan dengan jelas. Ini boleh dibincangkan dalam ruangan yang lain nanti.

Dalam soal ini, sekiranya sesuatu hasil seni itu mengundang tindak balas yang pelbagai maka ianya sesuatu yang karya yang berkesan, kerana ianya telah menggalakkan perayaan idea. Apabila seseorang artis itu mati, masyarakat akan diselubungi perasaan sedih kerana sudah kehilangannya. Begitu juga dengan semua orang cuma tidak semua orang mati diberikan liputan kematian. Maknanya si mati sudah tidak berupaya melontarkan idea lagi. Jadi penghargaan yang diberikan itu merupakan 'kenangan' kepada jasanya. Penghargaan yang diberikan itu adalah sebagai 'terima kasih' kepada si mati atau penghargaan itu juga mungkin sebagai tanda meminta maaf ataupun memaafkan kesalahan si mati. ok lah tu. Tapi sayangnya... penghargaan (terima kasih) itu diberikan semata-mata seperti kita tanpa cuba menyelongkar apakah fikrah yang didukung oleh seseorang artis itu semasa hayatnya. Ianya sama seperti mengucapkan 'terima kasih cikgu' selepas kelas setiap kali tamat kelas berulang kali dari darjah satu sampai habis sekolah tanpa cuba faham apa yang diajarkan oleh cikgu tadi. Sesungguhnya ini sangat merugikan kerana enecdote bukanlah sesuatu yang berkembang sifatnya, tapi pemikiran si mati akan terus hidup selagi pemikiran si hidup belum mati. Pemikiran artis mati yang hidup sebenarnya dapat dijadikan rujukkan untuk menghasil karya yang lebih baik pada masa akan datang, setidak-tidaknya sebagai bekalan. Penghargaan tanpa menghargai umpama doa tanpa usaha. Doa tanpa usaha... Apa macam? Boleh gerak ke kawan?


Apa nasihat kau kepada orang-orang yang nak datang tengok teater Kompilasi vol 2 ni?

Tak ada apa-apa nasihat. Aku cuma berharap semua yang nak mai nanti akan 'sihat' dalam makna yang luas. Semoga apa yang aku persembahkan nanti tidak menghampakan yang hadir kerana ianya adalah persembahan yang berbayar. Selamat. Terima Kasih. Salam....

Labels:

 

 

Monday, July 27, 2009

SAKSIKANNYA....

Labels: , , ,

 

 

Saturday, July 18, 2009

Temubual Dengan Pelakon Teater Kompilasi Vol2: Khairilridzuan Saharudin


Kali ini aku cuba memaparkan seorang lagi pelakon dalam Teater Kompilasi vol2. Kali pertama aku kenal dia ni bila semasa vol1 dipentaskan Februari 2009 yang lalu. Dia ini mempunyai wawasan yang besar dan bercita-cita tinggi dalam kerjayanya dalam bidang seni. Apabila ditanya bangsanya, dia beritahu “aku bangsa Malaysia”.

Khairilridzuan Saharudin (25) merupakan anak kelahiran Pulau Langkawi ini lebih selesa di panggil KN. Graduan Diploma ASWARA ini mula bergiat secara serius seawal tahun 2004 lagi. Antara produksi yang pernah beliau terlibat seperti Atap Genting Atap Rumbia, Percakapan Seorang Oedipus, Bilik Sulit, Dua Bulatan Pukul Enam dan banyak lagi. Pernah bekerja dengan Suhaimi Baba dalam filem 1957 : Hati Malaya dan siri Anak Pontianak. Sekarang beliau menjadi pelakon sepenuh masa.

Berikut ialah temubual aku dengan K'N.

Aku dapat tahu kau pernah menjadi seorang penari tarian melayu. Kau ada tak kepingin nak belajar tango atau chacha?

Amboi..amboi.. mana tahu ni? Dulu la aku ni penari tradisional. Aku mula menari masa umur 16 tahun sampai umur 17 tahun.. Ceritanye macam ni; .. aku ni minat sangat nak belajar main muzik, dan aku dah letak dalam fikiran aku yang aku mesti tahu main muzik sebab aku nak meng happy kan hidup aku, baru la jadi budak kampung yang sempoi. So, berkenalanlah aku dengan geng-geng pemuzik tradisional ni. Bermulalah aku dan muzikku. Aku bermula dengan belajar main biola. Entah satu hari tu macam mana entah kawan aku seorang pemain muzik tradisional jugak suruh aku belajar menari. Aku pun nampak macam best je bila diorang ni menari zapin. So, aku pun menari ah. Tup..tup lepas tuh team penari tarik aku join diaorang untuk show.. sebab penari lelaki tak cukup… haiiii nasib.. nasib…
Belajar tango atau chacha ye? Mmmmm….. tak kot… minat dah takda.. tapi kalau kena buat atas sebab lakonan aku belajar lah…..


Aku dengar-dengar Ramli Ibrahim menari tarian India dia pakai kemenyan. Betul ke?

Amboi..amboi… bukan setakan kemenyan je… spotlight, smoke machine pun dia pakai tau….


Kau pernah terlibat dalam filem 1957 : Hati Malaya. Aku rasa macam tak betul aje sejarah yang difilemkan tu. Apa pendapat kau?

Memang tak betul pun. Tapi tu diaorang punya pasallah, nak glembong macam mana sekali pun. Yang penting aku berlakun dalam cerita tuh dan dapat lebarkan sayapku ke sana. Apa, ke mana adalah rahsia, mana leh gitau (bagitahu).


Teater Puteri Gunung Ledang tu projek juta-juta. Kau sendiri yang terlibat dalam projek tu dapat berapa juta?

Hahahaahahaaaaaaaa.. dapat (RM)700 masa jadi krew diaorang.. yang tolak stupa yang bergerak kat atas pentas tu aku dan kawan-kawan aku lah yang menghambakan diri buat kerja tu… sial.. bayar ciput!!!!!

Kali ketiga masa kat Singapore aku dah naik pangkat jadi ensemble , kena menari lagi… aduhhh mujur tak jadi adik-adik…


Dalam teater Tambat Kaki vol 1, kau yang arah. Berapa lama kau ambil untuk siapkan skrip tu?

Hahahaha kang aku cakap kantoi pulak…. Tapi kau macam jujur je Tanya. Jadi aku jawap jujur jugaklah…. Sehari semalam aku buat skrip tu… macam mana bole ke? Penonton enjoy ok lah….aku happy…


Apa inspirasi kau bila tulis skrip tu?

Aku mengharapkan akan ada orang yang datang tengok show aku tu akan ambil kesedaran untuk join Pakatan Rakyat..hhahahahaaa…

Aku nak rakyat berani bersuara dan harus berani menentang parti yang poyo.. macam *(sensor)


Dalam skrip tu, kau macam tak puas hati tentang sesuatu. Boleh ceritakan?

Memang la tak puas hati! Ambil tanah rakyat tapi bagi habuan ciput. Lepas tu susahkan rakyat balik. Aahhhhh, tak adil!

Diaorang je nak senang…haram jadah...******###@*****@@4@(terlalu kotor kata-kata ni…)
Aku mahu rakyat terima keuntungan bukan terima kesusahan hidup. Negara kaya tapi kenapa ramai lagi rakyat miskin. Tengok pembangunan akademik pun macam haram jadah diaorang sediakan kat masyarakat luar bandar. Ada saja yang tak cukup. Orang kampung bukan hamba.. dan orang kampung bukan selamanya harus jadi kuli orang kaya dari kota.


Kau percaya tak bercinta sebelum berkahwin? Kenapa?

Sampai saat ini aku belum dapat menikmati cinta… (ahhh cinta bukan ke situ perasaannya condong!!)...(dialong dalam hemlet…huuhuu..) So aku tak tahu nak cakap hal ni….


Filem Gadoh yang kau berlakon tu menjadi. Apa rahsia kau?

Amin syukur alhamdullilah….rahsianya sebab ada wajah kacak Namron dalam cerita tu.


Apa dvd Melayu / Indonesia terakhir kau tonton? Kenapa kau suka filem tu?

Cerita Melayu… tak ingat.. tapi cerita Indonesia yang aku pinjam dari kau tu bertajuk Laskar Pelangi membuatkan aku bersemangat untuk dapat bahagia dalam hidup aku. Cerita tu simple.. tapi berkesan. Mesej dia jelas bahawa pendidikan harus diberikan pada semua dan secara percuma adalah perlu. Aku tahu kau nak balik. Nantilah aku pulangkan.


* Perkataan yang digunapakai tidak diletakkan di dalam penulisan ini kerana ada kemungkinan SPRM datang soal-siasat.

Nota: Teater Kompilasi vol2 akan dpentaskan di Stor Teater DBP dari 11-16 Ogos 2009.

Labels: ,

 

 

Thursday, July 16, 2009

Temubual Dengan Pelakon Teater Kompilasi Vol2


Aku berkesempatan berbual-bual kosong dengan salah seorang pelakon teater Kompilasi vol2 subuh tadi pada jam 3 pagi. Beliau ialah Mohd Amerul Affendi B. Mohd Mawardi ( 23 tahun) yang berasal dari Temerloh, Pahang. Beliau kini sedang menyambung pelajarannya di Universiti Malaya dalam bidang seni.

Dia teruja dengan dvd yang aku baru beli dari Jakarta, Laskar Pelangi, sehingga sekarang dvd tersebut masih gagal dipulangkan.

Agak banyak juga perkara-perkara yang aku selami. Tidak semua dapat dipaparkan dalam temuramah ini.

Ikuti temubual Faisal Mustaffa bersama Mirul.


Faisal Mustaffa (FM)
: Boleh beritahu tahap pendidikan kau?

Mohd Amerul Affendi B. Mohd Mawardi (Mirul)
: Tak tau lah dah terdidik ke tak ni. sebab masa sekolah dulu cikgu tak mendidik tapi mengajar.


FM: Boleh tak kau senaraikan teater yang kau pernah sertai.

Mirul: Sertai tak ada tapi terlibat adalah. Eh! sama ke maksud dua perkataan tu?


FM: Kenapa anda sertai teater?

Mirul: Aku terlibat dengan teater ni sebab aku cari satu method belajar yang berkesan. Dan aku rasa berkesan untuk menggunakan method belajar berbagai-bagai ilmu ini dengan teater.


FM: Teater ni boleh cari makan ke?

Mirul: Teater boleh mendatangkan untung. Yang pertama, bila anda buat teater yang menyampaikan propaganda kerajaan (parti yang memerintah) anda akan senang dapat sponsar yang besar-besar. Yang kedua, jika anda ada saudara atau kawan yang bekerja dalam kementerian penerangan, komunikasi dan kebuyaan dan jawatanya pula tinggi anda boleh mintak tolong dari mereka untuk berikan dana yang patut diberikan pada penggiat-penggiat teater. sonang yo tak guno cable!


FM: Siapa pelakon teater yang paling anda kagumi? Mengapa?

Mirul: Pelakon teater yang aku kagumi ialah Ahmad Yatim walaupun aku tak pernah tengok dia berlakon teater. Ramai orang bercerita pasal kehebatan dia berlakon. Jadi aku pun suka lah.


FM: Pada pandangan kau, apa sebenarnya hendak ditonjolkan dalam teater Pokok Kelapa Sayang?

Mirul
: Emosi penulis tu sobonaryo dan orang tua itu adalah bayangan John Lennon disebabkan oleh cermin matanya.


FM: Apa sebenarnya motif penubuhan Rumah Anak Teater?

Mirul: Motifnya adalah untuk graduan-graduan atau orang awam yang berminat join untuk buat teater berkumpul disitu. nama pun rumah tompat apo lai kalau bukan tempat berkumpul.


FM: Apakah saat-saat pahit dan manis sejak berkecimpung dalam dunia teater ini?

Mirul: Saat-saat manis apabila dapat tido awal lepas habis latihan. saat-saat pahit bila tak boleh tidur sebab tak ada latihan teater atau job lakonan.


FM: Setakat ni Kementerian Kesenian tahu tak tentang perkembangan teater di Malaysia?

Mirul: Entah lah, mana aku tahu. Kau tanyalah diorang sendiri. Kalau ada peruntukan diorang pergi tengok perkembangan kot.


FM: Anda rasa, Datin Seri Rosmah Mansor (isteri Perdana Menteri) pernah menonton teater Melayu?

Mirul: Ada ke? Cerita apa? (ditanya balik kat orang yang menanya soalan itu)


FM: Anda sudah nonton YouTube Perempuan Puaka? Apa pendapat anda?

Mirul: Dah. pendapat saya cerita tu sedih tapi ceria lah.


FM: Pada pendapat anda, adakah wajar Istana Budaya diswastakan?

Mirul: Tak yah swastakan atau apa-apa. Tutup je lah terus. Tak pun jadikan muzium macam balai seni lukis negara tu. Apa macam?


*Teater Kompilasi vol 2 akan dipentaskan di Stor Teater DBP 11-16 Ogos 2009. Tiket atas sumbangan minima RM20. Tempahan boleh dibuat sekarang #0192232002.

Labels: , , , ,

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com