Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, December 14, 2009

Skrip BEBAS?....untuk SUARAM




Apabila diundang Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) untuk membuat persembahan di majlis makan malam mereka 6 Disember 2009 untuk mengumpul dana, aku membawa cadangan ini ke Rumah Anak Teater (RAT).

RAT pula melihat ke arah aku seolah-olah aku orang yang sebaik-baiknya untuk menulis skrip dan menyumbang ke arah kesedaran hak asasi manusia.

Aku: Takkan aku? Aku bukan penulis skrip.

RAT: Kalau kau tak tulis sekarang, bila lagi kau nak mula tulis skrip? Asyik tulis politik aje.

Atas galakan teman-teman, dan sokongan RAT, aku berkhalwat dan cuba mengorek bakat.

Maka terhasillah BEBAS?

BEBAS? diarah oleh KhairulandwanRodzy dan dilakonkan oleh Nam Ron, Dira Abu Zahar dan Taiyuddin Bakar serta penampilan Indra. Eila pula aku lantik sebagai Pengurus Pentas.





BABAK 1


VDP lagu Negarakuku dimainkan.

Dira dan Tai pelakon masuk dan nyalakan 13 lilin. Nam Ron masuk dan padamkan lilin satu persatu.

Muzik metal dimainkan. Dira, Tai dan Nam Ron ke dindidng masing-masing dan mulakan lukisan ekspressi masing-masing.


BABAK 2

Muzik metal berhenti.


Nam Ron
: Kau dari mana?

Tai: dari…..



Nam Ron: Tak payah bagitahu. Aku dah tahu. Aku tengok berita tadi. Muka kau terbonjol dengan kawan-kawan kau. Melalak-melolong. Sukalah tu. Melawan polis, melawan kerajaan!


Apa faedahnya? Siapa bagi kau pinjaman belajar di universiti? Bukan kerajaan yang kau marahkan tu? Siapa bagi kemerdekaan? Bukan kerajaan yang ada sekarang? Kalau kau kena buang universiti, kau nak jadi apa?

Mat rempit?

Penagih dadah?

Ni, nasib baik tak masuk lokap. Siapa nak jamin kau keluar? Ni, berpuluh-puluh yang dok dalam lokap tu. Padan muka diorang. Kalau kau masuk pun mampus aku buat tak tahu.

Baru setahun jagung. Belajar pun tak habis lagi, dah pandai tentang kerajaan. Bercita-cita nak jadi agen pembangkang.

Kau sedar tak, kita ni semut. Diorang tu gajah. Gajah yang kau nak lawan? Diorang tu semua ada. Meriam, senapang, kereta kebal, kapal selam….kau ada apa? Pelir?



BABAK 3

Nyanyian Indra

Tai bermain jimbe.



BABAK 4


Dira: Kau kenapa? CGPA jatuh?

Tai: Tak. Ayah…..


Nam Ron: Ya, aku bagitahu dia yang dia tak pernah nak bersyukur dengan apa yang dia ada.

Dira
: Apa yang Sazali dah buat?

Nam Ron: Dia sertai perhimpunan haram semalam di bandaraya. Nak mansuhkan akta zalim konon.

Kau tengok dengan kakak kau. Peguam, berbakti kepada masyarakat. Penegak keadilan. Tak perlu demonstrasi. Belajar undang-undang. Praktis. Hidup senang.

Dira: Ayah, Sazali cuma menjalankan hak demokrasinya. Apa salahnya?

Nam Ron
: Apa salah kau kata? Belajar pun tak habis konon nak kata undang-undang sedia ada ni zalim. Langsung tak berterima kasih. Di Malaysia ni mana sukahati berhimpun?


Dira: Ayah, Perlembagaan Persekutuan benarkan. Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) benarkan. Itu dah menjadikan ribuan rakyat yang turun semalam tidak bersalah.

Tapi nampaknya hak-hak ini disekat di negara kita, konon demi kepentingan dan keselamatan negara. Padahal di dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan kita kan memang sudah diperuntukkan bahawa suatu perhimpunan adalah dibenarkan, selagi ianya adalah aman dan tidak bersenjata.

Tai: Tapi kemudian, ada pula seksyen 141 Kanun Keseksaan yang digunakan ke atas demonstran-demonstran jalanan. Kononnya perhimpunan lebih daripada 5 orang, adalah salah di sisi undang-undang.

Dira: Lebih teruk lagi seksyen 27 Akta Polis yang ‘mengurangkan’ bilangan dari 5 ke 3 orang. Alasan yang sama digunakan-Keselamatan negara. Padahal, kepentingan politik.

Hari-hari saya lihat pencabulan hak asasi manusia. Bukan hanya hak berhimpun dicabuli, hak tempat tinggal, hak untuk mendapat makanan, hak berpersatuan, hak bersuara…banyaklah.

Ayah, Sazali mungkin tidak mahu berkata di hadapan ayah sebab dia hormat ayah sebagai bapanya. Tetapi, dia ada prinsip. Dan prinsip Sazali dikongsi dengan ribuan yang lain. Baru-baru ni, Hakim baru aje mengeluarkan ketetapan kes Perhimpunan KESAS 2001 tidak haram.

Mereka dilindungi di bawah hak rakyat berhimpun.


Saya sebenarnya bangga dengan Sazali. Dan, saya sepatutnya bertindak sedemikian semasa saya berada di universiti lagi. Bukannya, sekarang apabila saya mengenali undang-undang.


Sudahlah ayah, saya nak pergi masak. Sazali, dah …. Tak ada apa-apa yang perlu kau gusarkan. Teruskan sahaja usaha tegakkan hak asasi manusia. Ini kan generasi kau. Kau yang penentu untuk generasi kau sendiri.


Ayah terpinga-pinga. Duduk di atas kerusi jongkang-jongkit.




Semua gambar dengan ihsan Zulhabri.



Lagu Memula Moon.


Fade-out.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com