Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Saturday, October 17, 2009
Jangan Ganggu Kebebasan Saya Berkarya – Meor
Aku dapat membayangkan teman aku, meor akan sibuk sepanjang bulan ini sehingga hujung tahun dalam mempromosikan dua produk terbaru beliau; buku 'Sembang Tepi Jalan' dan albuk 'Dari Rakyat Untuk Rakyat'.
Albumnya akan dilancarkan pada 17 oktober20 09 bertempat di DEWAN SERBAGUNA AU2,TAMAN SRI KERAMAT,KERAMAT.KL jam 8.30-11.30 malam. Bapak A. Samad Said dijangka akan melancarkan album tersebut. Masuk percuma dan orang ramai juga akan dipersembahkan dengan persembahan Black, Nik dan Rahmat Haron.
'Sembang Tepi Jalan' pula akan dilancarkan pada 24 Oktober 2009 pada jam 3 petang oleh Pyan Habib. Aku sendiri akan mempengerusikan majlis pelancaran tersebut. Maklumat lanjut layari FACEBOOK.
Aku pada awalnya telah memberi komitmen untuk menyunting bukunya dan alhamdulillah, semuanya selesai selepas hampir enam bulan aku mencuri masa membacara artikel-artikel beliau.
Aku juga pernah menerbitkan artikel di ROKET pada Januari 2009 yang lalu mengenai insan bernama Meor ini.
Berikut ialah penulisan 'tak sunat' yang aku kirim kepada editor ROKET :
Penerbit, penulis lagu dan penyanyi independen, Meor Yusof Aziddin (1967) menganggap Negara ini masih tidak memberi kebebasan kepada golongan seni untuk erkarya mahupun berkespressi.
Sungguhpun beliau berpeluang untuk menerbitkan album di arus perdana dengan sekatan, beliau lebih selesa untuk menghasilkannya sendiri dengan konsep yang digemari mengikut citarasanya.
Selain menulis lagu dan menyanyi di jalanan, Meor juga mengadakan kelas belajar gitar yang ingin mempelajari teknik bermain gitar.
Meor yang sudah menjadi pemuzik jalanan sejak 2000 berkata, beliau pernah ditahan pihak berkuasa dan dihumban ke dalam lokap untuk empat malam di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur hanya kerana menyanyi di jalanan.Menceritakan pengalamannya, beliau ditahankerana disyaki menghisap dadah dan operasidilakukan semasa Persidangan Asean Summit 2004 lalu.
Namun, insiden tersebut langsung tidak mematahkan semangatnya untuk bernyanyi kerana baginya, dia tidak menyalahi apa bentuk undang-undang – hanya menyanyi lagu-lagu rakyat.
“Mengapa artis perlu disekat daripada menyanyikan lagu-lagu yang diingini?” Bukankan itu hak saya?” beritahunya kepada wartawan Roket.
Baginya, muzik ialah sebahagian daripada kehidupannya dan tidak dapat lari daripadanya.
Setiap hujung minggu, Meor yang menetap di Ipoh akan turun ke Pasar Budaya bersama rakan-rakannya bernyanyi di lorong berjalan kaki.
Meor yang kini sudah menghasilkan enam buah album sendiri juga sedang dalam rangka menerbitkan albumnya terbaru
Kali ini, album yang masih dalam proses pembikinannya menampilkan sajak-sajak hasil tulisan beberapa aktivis seni seperti Black, Rahmat Haron dan Hishamuddin Rais.
Antara lagu yang sudah dirakam ialah Syuhada Memali, Api Perempuan Ini dan Abdullah Jones.
Syuhada Memali menceritakan peristiwa berdarah Memali di tahun 80an, revolusioner kemerdekaan Shamsiah Fakeh dan banyak lagi lagu kritis.
Meor juga pernah menerbitkan album buat Sohaimi Meor Hassan berjudul, Satu Hari Nanti, album Hentikan Perang nyanyian Black dan Garisan Abstrak nyanyian Nik. Kesemuanya dihasilkan pada tahun 2008.
Labels: meor
0 Comments:
Post a Comment
<< Home