Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Tuesday, March 22, 2005

Sepet tetap filem Malaysia

SepetOleh Sani Kamarudzaman
ianz@hmetro.com.my

STATUS kemenangan filem Sepet arahan Yasmin Ahmad yang menang hadiah utama juri yang juga anugerah tertinggi di Festival Filem Wanita Antarabangsa 2005 di Creteil, Perancis, kelmarin menjadi persoalan berikutan penyertaannya dihantar oleh wakil dari Singapura.

Filem kedua arahan pengarah kreatif agensi pengiklanan Leo Burnett Advertising Sdn. Bhd itu serta dijayakan pelakon baru, Ng Choo Seong dan Sharifah Amani, pastinya membanggakan negara apabila menewaskan beberapa filem antarabangsa dari Perancis, Brazil, Sepanyol dan United Kingdom.

Yasmin ketika dihubungi semalam, mengakui penyertaan Rabun dan Sepet ke festival filem yang mengiktiraf usaha sutradara wanita dari seluruh dunia itu diuruskan oleh wanita warganegara Perancis yang bermastautin di Singapura.

“Rabun dan Sepet dihantar untuk menyertai festival itu pada Ogos tahun lalu oleh Pengurus Projek Asia-Europe Foundation (Asem) Singapura, Marie Le Sourd selepas beliau berkesempatan menyaksikan Sepet di Singapura.

"Asem adalah yayasan yang ditubuhkan pada Februari 1997 dengan objektif mempromosikan program pertukaran budaya antara masyarakat dari benua Asia dan Eropah.

"Antara negara Asia yang menganggotai Asem ialah Malaysia, Brunei, China, Indonesia, Jepun, Korea Utara, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

"Marie menaruh minat yang mendalam untuk menghantar Rabun dan Sepet ke Perancis namun kedua-dua filem itu tidak diperkenalkan sebagai filem yang mewakili Singapura namun membawa nama Malaysia," katanya.

Yasmin berharap kemenangan filemnya tidak dianggap sebagai isu sensitif kerana menganggap kerjasama yang dijalin sebagai sesuatu yang positif.

"Filem arahan saya dihantar menyertai festival filem antarabangsa oleh individu yang tidak mempunyai kepentingan dalam industri perfileman negara.

"Pihak yang bertanggungjawab mempromosikan filem di Malaysia tidak mahu hantar filem saya untuk bertanding mewakili negara sebaliknya orang luar yang lebih berminat dengan filem saya.

"Saya harap filem saya yang seterusnya tidak lagi kena buli," katanya yang masih berada di Paris.

Sepet yang dihasilkan sekitar RM1 juta dan menerima bantuan kewangan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sebanyak RM400,000, menang hadiah utama juri yang juga anugerah tertinggi festival itu sekali gus membawa pulang RM20, 000 bersama sijil.

Antara filem yang bertanding untuk anugerah tertinggi ini ialah That’s Love Hong Kong oleh Ching Yau mewakili China/Hong Kong, The Concrete Revolution (Xiaolu Guo, China/Hong Kong), Arisan dan Pasir Berbisik (Achnas T. Nan, Indonesia), Yurisai (Hamano Sachi, Jepun), Ing (Lee Eon-hee, Korea), Riles (Carolino Ditsi, Filipina), Lim Poh Huat (Wong Lee, Singapura) dan I San Special (Sonakul Mingmongkol, Thailand).

Sepet yang turut dijayakan pelakon terkenal seperti Harith Iskandar dan Ida Nerina, ditayangkan buat pertama kali di pawagam Cathay Cineplex Orchard, Singapura bersama beberapa filem Malaysia lainnya sempena Festival Filem Malaysia 2004 anjuran institusi perfileman Cathay Organisation pada 23 hingga 26 September tahun lalu.

Rentetan kejayaan filem yang mengisahkan percintaan dua insan berlainan bangsa itu menarik minat khalayak, ada pihak di Singapura berminat membawa filem ini ke festival filem antarabangsa di Perancis, San Francisco dan Sepanyol.

Untuk khalayak tanah air, Sepet ditayangkan di sembilan panggung seluruh negara pada 24 Februari lalu serta mendapat sambutan yang baik.

 

 

Thursday, March 17, 2005

Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim @ Bdr Baru Bangi

Majlis Ramah Mesra Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan majlis penyertaan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor Dato' Dr Zainal Abidin Hj Ahmad

  1. Tarikh : 23 Mac 2005 ( Rabu)


  2. Masa : Pukul 9 : 00 malam


  3. Tempat telah ditukar ke : No 25 Jalan 3/4A, Bandar Baru Bangi


Turut berucap di samping DSAI termasuk YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail, Presiden keADILan, Dato' Dr Zainal Abidin Hj Ahmad, Bekas Timbalan Menteri Besar Selangor, Cikgu Lee (aktivis Pendidikan).

Turut hadir juga ialah Ezam Mohd Nor (Ketua Angkatan Muda Malaysia) dan pimpinan kanan.

Semua dijemput datang !

 

 

Friday, March 11, 2005

Malam Saksi 14 April dan Baca Puisi Reformasi





Sila klik sini untuk peta lokasi Malam Saksi 14 April.
Please click here to view the road map of Malam Saksi 14 April venue.

 

 

Thursday, March 10, 2005

Hentikan Perang!

Hentikan Perang!

Setiap ceruk dunia (kecuali George W. Bush) sedang merancang satu protes besar-besaran serentak menandakan ulangtahun kedua pengeboman dan penaklukan terhadap Iraq. Selepas beberapa insiden kehilangan nyawa dan kehancuran, dan dengan kemasukan pentadbiran Bush yang memberi mandat untuk meneruskan peperangan, terdapat lahirlah gerakan global untuk menghentikan peprangan dan menggesa tentera Amerka Syarikat pulang.

Tarikh 19-20 Mac telah dipersetujui oleh kebanyakan negara di dunia membantah tindakan penaklukan Bush terhadap negara minyak itu. Pada ulangtahun pertama peperangan, sekurang-kurangnya 319 bandar dan pekan seluruh Amerka Syarikat telah menyuarakan bantahan mereka.

Pentadbiran Bush akan memohon injeksi tambahan sebanyak US100 billion untuk menghadapi perang. Oleh yang demikian, tarikh 19 Mac ini menjadi satu tarikh penting bagi menghentikan bencana itu, dan peruntukan tersebut lebih mustahak bagi mengalokasikan dan membina semula masyarakat dan membayar balik kemusnahan yang telah berlaku di Iraq.

Tidak kurangnya di negara ini yang cintakan keamanan, kesajahteraan dalam mengamalkan demokrasi. Dalam beberapa gabungan pertubuhan bukan kerajaan, tertubuhlah Aman Malaysia yang juga mengecam tindakan yang sama Amerika Syarikat dengan mengadakan konsert di Bukit Jalil.

Gimik propaganda mereka keterlaluan sehingga kapaisiti 100,000 telah dilaporkan kehadiran 250,000. Satu rekod dunia!

Penganjuran Aman Malaysia dipenuhi dengan hiburan. Peperangan bagi kacamata penganjur boleh dilawan dengan nyanyian. Mereka membantah perang dengan cara berhibur. Dalam masa mereka berhibur, berjoget dan menari, puluhan anak-anak Palestin terbunuh.

Manakala, di KLCC, Gabungan Menentang Peperangan pada 29 Mac 2003 memperlihatkan penangkapan pemimpin-pemimpin parti pembangkang; Presiden PRM, Dr Syed Husin Ali, Ketua Angkatan Muda PRM, Faizal Sanusi, Latheefa Koya dan 9 orang yang lain.

Penangkapan mereka ini yang mempunyai motif yang sama (hentikan peperangan di Iraq) sangat memalukan dan mendedahkan kepura-puraan kerajaan BN yang kononnya memberikan sokongan dan simpati kepada rakyat Iraq.

Sama sekali, peristiwa tersebut menyimpulkan bahawa kerajaan BN sebagai hamba kepada Amerika Syarikat yang sebenarnya sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan Amerika Syarikat.

Persoalan adakah Aman Malaysia akan teruskan konsert di Bukit Jalilnya sedangkan mesej yang sama diadakan di hadapan Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat tanggal 20 mac ini, sama-sama kita lihat.

 

 

Najib Diminta Jelaskan Isu Kapal Perang Indonesia

Kenyataan Media Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, 7 Mac 2005

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta memberi penjelasan kepada rakyat berdasarkan kenyataannya dalam media antarabangsa yang mengarah pihak Indoneisa menggunakan saluran diplomatik dalam menyelesaikan pemasalahan kedua negara berkaitan dengan perebutan kawasan perairan.

Pihak tentera keselamatan Indonesia dilaporkan telah menghantar 4 buah kapal perang dan bercadang untuk menghantar satu kapal selam ke perairan sempadan Sabah dan wilayah timur Kalimantan itu.

Dalam laporan media AFP bertarikh 3 Mac itu, ketegangan bermula sejak 16 Februari lalu apabila Jakarta telah membantah tindakan Petronas menyerahkan konsessi eksplorasi minyak kepada Shell di kawasan perairan tersebut.

Angkatan Muda merasakan ada sesuatu pelanggaran berlaku di antara Najib selaku Menteri Pertahanan dan Menteri Luar, Syed Hamid Albar bersama rakannya di Indonesia sehingga negara jiran itu telah menghantar beberapa kapal perang di perairan Laut Sulawesi tersebut.

Kerajaan Indonesia telah menghantar satu nota bantahan kepada Kerajaan Malaysia berkaitan dengan pemberian konsessi tersebut.

Sekiranya perkara ini tidak dapat diselesaikan di antara kedua-dua negara, Angkatan Muda akan memohon agar Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono bagi penyelesaian.

Kami merasakan hanya Datuk Seri Anwar sahaja yang mampu mengadakan perbicangan berkaitan isu ini memandangkan keterampilannya selama ini mendapat sanjungan di negara tersebut.

Disediakan oleh:

Faisal Mustaffa
Pengerusi Biro Antarabangsa
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com