Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Thursday, March 10, 2005

Hentikan Perang!

Hentikan Perang!

Setiap ceruk dunia (kecuali George W. Bush) sedang merancang satu protes besar-besaran serentak menandakan ulangtahun kedua pengeboman dan penaklukan terhadap Iraq. Selepas beberapa insiden kehilangan nyawa dan kehancuran, dan dengan kemasukan pentadbiran Bush yang memberi mandat untuk meneruskan peperangan, terdapat lahirlah gerakan global untuk menghentikan peprangan dan menggesa tentera Amerka Syarikat pulang.

Tarikh 19-20 Mac telah dipersetujui oleh kebanyakan negara di dunia membantah tindakan penaklukan Bush terhadap negara minyak itu. Pada ulangtahun pertama peperangan, sekurang-kurangnya 319 bandar dan pekan seluruh Amerka Syarikat telah menyuarakan bantahan mereka.

Pentadbiran Bush akan memohon injeksi tambahan sebanyak US100 billion untuk menghadapi perang. Oleh yang demikian, tarikh 19 Mac ini menjadi satu tarikh penting bagi menghentikan bencana itu, dan peruntukan tersebut lebih mustahak bagi mengalokasikan dan membina semula masyarakat dan membayar balik kemusnahan yang telah berlaku di Iraq.

Tidak kurangnya di negara ini yang cintakan keamanan, kesajahteraan dalam mengamalkan demokrasi. Dalam beberapa gabungan pertubuhan bukan kerajaan, tertubuhlah Aman Malaysia yang juga mengecam tindakan yang sama Amerika Syarikat dengan mengadakan konsert di Bukit Jalil.

Gimik propaganda mereka keterlaluan sehingga kapaisiti 100,000 telah dilaporkan kehadiran 250,000. Satu rekod dunia!

Penganjuran Aman Malaysia dipenuhi dengan hiburan. Peperangan bagi kacamata penganjur boleh dilawan dengan nyanyian. Mereka membantah perang dengan cara berhibur. Dalam masa mereka berhibur, berjoget dan menari, puluhan anak-anak Palestin terbunuh.

Manakala, di KLCC, Gabungan Menentang Peperangan pada 29 Mac 2003 memperlihatkan penangkapan pemimpin-pemimpin parti pembangkang; Presiden PRM, Dr Syed Husin Ali, Ketua Angkatan Muda PRM, Faizal Sanusi, Latheefa Koya dan 9 orang yang lain.

Penangkapan mereka ini yang mempunyai motif yang sama (hentikan peperangan di Iraq) sangat memalukan dan mendedahkan kepura-puraan kerajaan BN yang kononnya memberikan sokongan dan simpati kepada rakyat Iraq.

Sama sekali, peristiwa tersebut menyimpulkan bahawa kerajaan BN sebagai hamba kepada Amerika Syarikat yang sebenarnya sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan Amerika Syarikat.

Persoalan adakah Aman Malaysia akan teruskan konsert di Bukit Jalilnya sedangkan mesej yang sama diadakan di hadapan Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat tanggal 20 mac ini, sama-sama kita lihat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com