Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, May 31, 2010

LAGENDA BUDAK SETAN: Akasyah Gagal Menjadi Gay



Tanpa membaca novel cinta 25 tahun yang lalu, aku cuba mengagak pengakhiran filem Laganda Budak Setan. Novel tulisan Ahadiat Akashah 25 tahun lalu merupakan gilaan remaja sekolah pada waktu itu.

Kisah bermula dengan Kasyah (lakonan Farid Kamil); seorang pelajar Universiti yang nakal dan sering membuli rakan sekuliah dan pelopor kumpulan anti perempuan, akhirnya terjerat dengan seorang pelajar perempuan yang baru masuk ke kolejnya. Sebelum ini, dialah paling lantang melaungkan slogan anti perempuan dan mentertawakan teman-temannya yang mudah jatuh hati kepada perempuan. Pada masa yang sama, Kasyah mempunyai geng lelaki yang rapat dengan beliau – dan gengnya tidak kurang kacaknya. Geng-gengnya dilakonkan oleh Nubhan, Syed Nabil dan Zoey Rahman. Sapi, Man dan Cin Cai, Kasyah menubuhkan kumpulan anti perempuan.

Kasyah mempunyai sejarah sewaktu kecil yang diingat sehingga dewasa yang menjadikan beliau fobia terhadap perempuan. Gurauan budak-budak menjadikan jiran sebaya dengannya (pada waktu beliau di sekolah rendah) menangis sehinggakan ibu jiran perempuan itu melaporkan kepada ibunya. Sebagai hukuman, ibu Akasyah melumurkan cili ke alat kelamin Akasyah. Sejak itu, Akasyah berjanji untuk membenci perempuan.

Di dalam pengajiannya di universiti, Ayu (lakonan Lisa Sirihani) berjaya mencuri hati Kasyah berbelah bahagi sedangkan dia memasuki dan memilih Universiti tersebut pun, adalah kerana mengubat hatinya yang luka, lantaran Azmi; teman lelakinya yang playboy suka bertukar teman wanita.

Sungguhpun Akasyah mengetahui Ayu tidak lagi suci, perkara itu tidak menjadi persoalan. Keadaan ini selalunya menjadi faktor pemilihan teman hidup – dara atau pun tidak.




Ayu – Isteri Tak Setia

Ayu seorang gadis yang punyai aura dan ciri- ciri melayu sejati sungguhpun pernah ditiduri teman lelakinya Azmi (lakonan Que Haidar) yang kemudiannya menjadi suaminya atas paksaan ibu Ayu yang sedang nazak.
Kehadiran Azmi menggugat cintanya pada Akasyah.

Sungguhpun bergelar isteri kepada Azmi, Ayu masih lagi menaruh rasa cintanya dengan Akasyah. Gambar-gambar hasil fotografi Akasyah disimpannya dan sering dibelek-belek ketika ketiadaan suaminya.

Di dalam skrip, Ayu berkata kepada suaminya Azmi, “ saya mahu menjeadi isteri yang baik”, yang pada masa yang sama majalah fotografi Akasyah dipeluknya.

Sewaktu malam ketika Azmi dan Ayu bergaduh hebat, tanpa meminta izin suaminya Ayu menemui kemalangan dahsyat. Mujur nyawanya masih panjang tetapi seluruh wajahnya telah hancur.

Setelah memakan masa yang panjang dan wajahnya pulih, setelah difikirkan semasak-masaknya Ayu menuntut cerai tak mahu lagi kembali ke pangkuan suaminya dan Azmi terpaksa akur. Dengan wang pampasan perceraian yang diterimanya, Ayu memulakan hidup baru dengan wajah baru serta nama barunya yang dikenali Emilia.

Emilia pula membina perniagaan baru dan kemudiannya memburu kembali Akasyah.




Metroseksualiti Akasyah

Kasyah mendapat dana Universiti dan berpeluang membuat kajian bagi menamatkan pengajiannya. Dengan rambut rasta (bukan dreadlock seperti yang doilaporkan Harian Metro) dan fesyen-fesyen yang agak bukan biasa di kalangan rakan-rakan universitinya. Malah, ketika dalam misinya ke pulau mengkaji hasil kraftangan, beliau lengkap dengan fesyennya tersendiri sehinggakan orang kampong di situ menganggapnya bukan orang tempatan.

Masa berlalu namun Emilia (lakonan Shiqin Kamal) atau Ayu, tak dapat menahan hati sewaktu Kasyah menceritakan kekecewaannya dipermainkan Ayu. Akhirnya Kasyah dapat juga mengesan identiti sebenar Emilia dan cintanya yang satu waktu dulu pernah dikongsi bersama Ayu masih tak berubah, malah sanggup menerima Ayu semula. Ayu yang rasa bersalah dan tak mahu Kasyah menerima janda seperti dirinya berhasrat untuk berhijrah ke New Zealand, tapi akhirnya akur cintanya masih utuh lalu kembali semula kepada Kasyah.

Di sinilah keindahan hakiki mula berputik dan sesungguhnya cinta yang suci itu dicampakkan ke api menjadi seri, dicampak ke laut menjadi ikan. Bagaikan tiada apa yang berlaku sebelumnya, mereka meraih cinta sebagaimana pasangan bahagia yang lainnya.

Kehidupan diteruskan dan di sinilah Kasyah dipertemukan dengan Katerina (Nur Fazura) yang juga bosnya lalu berputik cinta. Dan sewaktu segalanya hampir ke penghujung dan Katerina telah menaruh harapan terhadap Kasyah, sesuatu yang tak disangka-sangka telah terjadi.

Katerina, pada masa yag sama berada di dalam konflik keretakan bersama teman lelakinya yang kacak kerana mengetahui bahawa teman lelakinya mempunyai seorang ‘teman lelaki’ lain.




Tidak dapat dinafikan hasil kerja pengarah Sharad Sharan, penerbit eksekutifnya yang juga isterinya yang dari India dan pengarah fotografinya berpengalaman luas, Mike Muschamp.

Cuma agak menjadi kemusykilan sama ada filem ini boleh dikategorikan sebagai filem tempatan kerana selain Sharad Sharan dan Mike Muschamp , lagu dan muzik filem ini pula dicipta oleh W. Benyamin, dari Indonesia. Lagu tema filem ini dinyanyikan oleh Gio dan Fili. Lirik dihasilkan oleh Gio dan Benyamin sendiri, berdasarkan plot dan perwatakan cerita. Sememangnya, lagunya diadun, selaras dengan emosi dan gejolak wataknya.

Lagenda Budak Setan diterbitkan dengan perbelanjaan sekitar RM 1.6 juta, termasuk promosi dan pemasaran. File mini hasil keluaran Nusantara Filem, sebagai sebuah anak syarikat Astro Shaw, yang bekerjasama dengan Tarantella Pictures. Ianya bakal menemui pawagam pada 3 Jun 2010

 

 

Wednesday, May 26, 2010

Bandar Baru Karbon Sifar – Kenapa Perlu Tunggu Dana?

Selepas meneliti keluahan yang dirangka di dalam memorandum Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia (Standard Users) pada 3 Februari 2010, ianya agak menarik untuk membincangkan mengenai pendirian kerajaan Melaysia melalui Perdana Menterinya mengenai matlamat dalam mencapai ‘Bandar Baru Karbon Sifar’.

Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pulang dari Copenhagen pada Disember tahun lalu, beliau telah memberi komitmen bahawa Malaysia akan menurunkan pengeluaran karbon sebanyak 40% berbanding 2005 asalkan dana yang mencukupi sebanyak USD800 bilion diperolehi.

Semasa Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Rio di Janeiro, Brazil pada 1992, ahli-ahli Negara yang hadir bersetuju agar Negara-negara maju menghulurkan bantuan kewangan dan teknologi kepada Negara-negara membangun dan yang miskin untuk memulihkan situasi kemiskinan dan masalah alam sekitar dan membangunkan ekonomi Negara mereka atas dasar pembangunan lestari.

Wall Street Journal keluaran Mac009 melaporkan, “tidak dapat disangkal keperluan bantuan kemanusiaan atau derma contohnya ketika tsunami 2004 di Asia. Walau bagaimanapun, bantuan kemanusiaan dan derma hanya memberikan penyelesaian jangka pendek. Bantuan tersebut tidak boleh digunakan sebagai asas untuk mencari penyelesaian jangkamasa panjang untuk sesuatu masalah kemanusiaan seperti kemiskinan teras, ekosistem dan kekurangan infrastruktur awam dan lain-lain”.

Dana Kewangan Antarabangsa atau IMF pada 2005 telah menerbitkan laporan bertajuk “Aid Will Not Lift Growth in Africa” (atau bantuan tidak dapat meningkatkan pembangunan di Afrika). Salah satu kritikan terbesar terhadap bantuan kepada Negara-negara miskin ialah bagaimana bantuan tersebut menyokong peningkatan rasuah di kalangan kakitangan kerajaan dan ahli-ahli politik. Laporan Kesatuan Afrika 2002 pula memberikan anggaran kos rasuah sebanyak USD 150 billion dan penyumbang antarabangsa tidak mengendahkan fakta bahawa wang bantuan mereka dengan tidak sengaja menyumbang kepada peningkatan kadar rasuah.

Dengan kegagalan mencapai perjanjian yang mengikat semua pihak melalui undang-undang di Copenhagen pada 2009, adalah sukar untuk mendapatkan komitmen Negara-negara maju dalam memperuntukkan dana yang dipohjon oleh Perdana Menteri Malaysia itu.

Ahli-ahli Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menunjukkan bahawa Negara-negara yang memohon ini tidak serius dalam menangani masalah perubahan iklim walaupun bukti-bukti sains telah dibentangkan oleh Panel Antara-Kerajaan untuk Perubahan Iklim (IPCC) kepada Persidangan Rangka-Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFCCC), bahawa bumi memang mengalami perubahn iklim dan pemanasan global.

Usul NGO

Standard Users sebagai salah sebuah badan yang telah mencuba untuk berbincang dengan wakil dari Jabatan ALam Sekitar sebelum Persidangan Copenhagen telah mengusulkan beberapa pemasalahan tersebut dan mendapati bahawa kerajaan perlu ,engkaji semula semua dasar ddan menyelaraskan matlamat isu-isu sosial dan ekonomi. Isu-isu asas seperti apakah ciri-ciri yang melayakkan sesuatu teknologi dikatakan sebagai teknologi hijau dan definisi teknologi hijau harus diselesaikan terlebih dahulu sebelum mengorak langkah membangunkan strategi dan hala tuju Malaysia dalam era perubahan iklim.

Dana bukanlah kekangan utama dalam usaha mengurangkan kadar karbon. Peluang-peluang keemasan untuk tujuan tersebut sebenarnya telah sedia ada. Ini termasuklah menggunakan langkah-langkah awal yang boleh diambil untuk mengurangkan pengeluaran karbon dengan signifikan. Satu lagi peluang adalah dengan mewajikan skim GBI (Indeks Bangunan Hijau – Green Building Index) untuk semua projek pembinaan – rumah ataupun premis komersial yang baru.

Agensi-agensi kerajaan juga boleh menbangunkan skim insentif ekonomi bagi industri kecil dan sederhana untuk menggalakkan penjimatan penggunaan tenaga dan air. Ia boleh dilaksanakan melalui geran dan bantuan teknikal industri (ITAF) oleh SME Corp Malaysia.

Prasarana sistem pengangkutan awam juga memerlukan perancangan yang teliti dan serius. Peningkatan bilangan kereta persendirian sudah mencekik sistem jalan raya di Malaysia dan menyebabkan kehilangan masa kerja yang sangat bernilai – terutamanya dalam kegawatan ekonomi. Penambahan bilangan bas dan kekerapan perkhidmatan sehaja tidak dapat mengatasi masalah sektor pengangkutan awam. Tindakan mendesak pengguna kereta persendirian awam (melalui pendekatan ekonomi dan kesenangan), penyediaan ruang jalan khas untuk bas dan pengangkutan awam sahaja (sepanjang perjalanan ), serta kos penggunaan pengangkutan awam yang kompetitif dapat menyelesaikan masalah sistem pengangutan awam untuk jangkamasa panjang.

Standard Users juga telah menggariskan aspek-aspek sosio-ekonomi seperti keselamtan dan jaminan bekalan makanan pula memerlukan keluaran makanan tempatan dan mengurangkan (meminimumkan) kebergantungan terhadap makanan import. Perubahan iklim telah mulai menggugat kesinambungan hasil pertanian terutamanya di delta Sungai Mekong (Asia Tenggara), Ganges (di India), Brahmaputra (di Bangladesh) dan sungai-sungai besar seperti Hwang Ho dan Yang-Tze Kiang (di Negara China). Perubahan iklim juga mengancam sektor pemternakan dan pertanian di Australia. Malaysia mengimport beras dari kebanyakan kawasan / Negara tersebut dan produk tenusu dan daging dari Australian dan New Zealand. Apakah status jaminan bekalan makanan kita di Malaysia untuk temph 10, 20 atau pun 50 tahun akan datang?

Kita juga perlu melihat kesan perundangan berkaitan alam sekitar dan perubahan iklim Negara-negara lain ke atas industri eksport Malaysia. Kesatuan Eropah telah menambah senarai bahan kimia dalam REACH baru-baru ini untuk meminimumkan kesan bahan kimia berbahaya terhadap alam sekitar manakala Amerika Syarikat pula dalam proses meluluskan undang-undang berkiatan penggunaan tenaga dan jaminan bekalan tenaga. Salah satu unsur perundangan AS adalah pelabelan kecekapan tenaga. Apakah kesan perundangan tersebut terhadap industry elektrik dan elektronik di Malaysia?

Nampaknya asas ekonomi Negara perlu berganjak kepada menyahut cabaran revolusi hijau. Jelas sekali sumber manusia, sistem pendidikan sekolah dan pengajian tinggi harus diselaraskan untuk menggalakkan inovasi dan memenuhi keperluan “pekerjaan hijau” (green jobs). Kita perlu mencapai Generasi Y – belia sekarang yang merupakan pemimpin masa depan dan mendidik mereka kea rah memenuhi keperluan pembangunan lestari dan juga tanggungjawab sosial.

Edisi sunat di sini.

Labels:

 

 

Wednesday, May 19, 2010

BNM, PM; Skim Asas Perlindungan Kecederaan dan Kematian Pihak Ketiga IKut Undang-undang Apa?

Pada tahun 2007, BNM telah memperkenalkan suatu skim bagi menggantikan perlindungan pihak ketiga iaitu “No-Fault Liablity Scheme” (NFL). Setelah mendapat maklumbalas daripada pihak-pihak yang berkepentingan seperti Majlis Peguam Malaysia, persatuan-persatuan pengguna, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan syarikat-syarikat insurans, skim tersebut tidak diteruskan.

Semasa pembentangan Belanjawan Negara 2010, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa Bank Negara Malysia (BNM) akan memperkenalkan dan melaksana suatu skim baru bagi perlindungan kecederaan dan kematian pihak ketiga yang dinamakan Skim Asas Perlindungan Kecederaan dan Kematian Pihak Ketiga (TPBID).

Melalui skim TPBID ini, BNM memaklumkan bahawa suatu syarikat baru akan ditubuhkan untuk mengawalselia skim ini. Syarikat ini juga akan membayar gantirugi yang dituntut oleh pemohon (mangsa kemalangan). Di bawah skim TPBID ini juga dicadangkan bahawa jumlah pampasan gantirugi akan dihadkan (limit) pada suatu jumlah tertentu dan kadar premium insurans juga mungkin akan dinaikkan dan ditambah (top up).



Apa sebenarnya TPBID dan apakah skim ini tertakluk di bawah sistem takafu;? Atau komvensional?

Seperti yang kita maklum, Parlimen akan bersidang pada Jun 2010. Tetapi, menurut Perdana Menteri, skim ini akan dilaksanakan pada September 2010. Sekiranya dikaji dari segi perundangan, skim ini akan melibatkan beberapa Akta yang mengawal seperti Akta Undang- Undang Sivil 1956, Akta Pengangkutan Jalan dan Akta Insurans,Akta Takaful. Jadi, akta yang mana akan dipinda dan adakah Parlimen mempunyai masa untuk memindanya pada Jun ini dengan satu usul yang akan dibawa oleh Menteri berkaitan? Apa yang ditakuti, kita akan meredah sesuatu perkara itu tanpa mengikuti lunas undang-undang yang ada seolah-olah Negara kita ini tidak mempunyai undang-undang.

Jadi adakah dengan pengenalan dan perlaksanaan skim ini, tanggungjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat, PERKESO akan dilepaskan? Adakah JKM masih bertanggungjawab membantu mangsa yang cacat kekal akibat kemalangan jalanraya dan sebagainya?


Apa itu skim TPBID?

Sekiranya diikutkan aspek keuntungan , tiada syarikat insurans yang mahu menawarkan akses kepada perlindungan insurans motor pihak ketiga. Syarikat insurans akan mengalami kerugian yang tinggi (terpaksa membayar RM2.70 bagi setiap RM1.00).

Seperti yang kita maklum, proses tuntutan mengambil masa yang lama dan membebankan mangsa. Apa yang kita impikan, sebagai seseorang yang dilindungi di bawah insurans ialah agar tempoh tuntutan praktikal dalam beberapa kategori utama yang memberi keadilan dan kewajaran kepada mangsa (pemohon). Bagi setiap kecederaan, ia mengambil masa yang berbeza untuk pulih bergantung kepada jenis kecederaan. Untuk memberikan gantirugi dalam masa yang singkat tidak munasabah dan tidak wajar kerana kecederaan boleh berubah menjadi ketidakupayaan. Jika gantirugi diberikan dalam tempoh yang singkat, dikhuatiri, gantirugi tersebut tidak setimpal dengan kecederaan yang dialami.

Sebahagian penyelesaian tuntutan mengambil masa yang lama selalunya akibat amalan sesetengah syarikat insurans yang melengah-lengahkan perlantikan peguam, adjuster, doktor pakar pilihan dan pembayaran – sedangkan terdapat kes dimana isu liabiliti jelas dan kecederaan tidak serius dan pertikaian isunya tidak rumit.


Struktur Syarikat

Persoalan awal yang kita perlu ketahui dan diberi penerangan ialah sama ada TPBID ini sebuah syarikat insurans baru? Sekiranya tekaan ini benar, siapakah yang akan menganggotai Syarikat ini? Siapa pemegang saham dan ahli lembaga pengarah? Bagaimana pula dengan kos penubuhan TPBID ini? Dari mana kerajaan akan mendapatkan sumber kewangan untuk menubuhkan syarikat baru ini? Adakah dari Perbendaharaan (duit rakyat)?

Sebagai pengguna jalan raya, soalan yang kebanyakan dari kita ingin ketahui ialah sama ada adakah semua pemilik kenderaan selepas ini mesti membeli dua perlindungan insurans iaitu TPBID sebagai perlindungan asas mandatori dan TPPD untuk kerosakan kenderaan bagi setiap sebuah kenderaan untuk memastikan tuntutan kecederaan diri dan kerosakan kenderaan pihak ketiga terhadapnya akan dilindungi? Dan sekiranya saya menjadi Bank Negara Malaysia yang memantau syarikat-syarikat insurans, sekiranya skim ini didlaksanakan, pengguna akan membeli skim perlindungan mandatori sahaja. Bukankah itu yang termurah sungguhpun tidak memberi perlindungan sepenuhnya?

Proses Tuntutan

Ini adalah suatu yang menarik yang perlu kita sebagai rakyat Malaysia ingin ketahui, terutama apabila kemalangan menimpa kita. Perkara pokok ialah tempoh tuntutan? Mengikut Akta Had masa 1953 dan Akta Undang-Undang Sivil 1956, bagi kecederaan ialah enam tahun dan bagi kematian tiga tahun. Adakah Syarikat ini akan menggunakan peruntukkan akta-akta ini?

Persoalan lain ialah siapakah boleh menuntut? Adakah mangsa kemalangan sendiri atau wakil? Bagaimana jika mangsa meninggal?

Tujuan rencana ini ditulis bukanlah untuk menjelaskan tetapi persoalan-persoalan yang menghantui fikiran kita ini.

Kita seharusnya tidak sepatutnya mengambil perkara ini sambil lewa dan menyerahkan kepada pihak-pihak lain untuk mempersoalkannya. Tanggungjawab pihak kerajaan pula ialah untuk memberi penerangan sejelas-jelasnya kepada kita semua, terutama sekali kepada pembayar cukai yang mempunyai hak untuk mengetahui perkara-perkara sebegini.

Edisi sunat di sini.

 

 

Wednesday, May 12, 2010

Akta Perdagangan Strategik 2010: Satu Lagi Undang-undang Zalim Bakal Terlaksana

Malaysia terkenal dengan akta-akta drakonian (sebut; zalim). Ada akta-akta kuno sejak zaman penjajahan masih digunakan sehingga sekarang bagi mempertahankan kuasa atau bertindak sebagai perlindungan daripada mengekalkan kuasa.

Antara lain, kita ada Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (1984), Akta Multimedia dan Komunikasi (1998), Akta Hasutan (1949), Akta Fitnah (1948), Akta Universiti dan Kolej Universiti (1971), Akta Rahsia Rasmi (1972), Akta Polis (1967), Akta Pertubuhan (1966), Akta Kanun Jenayah, Akta Keselamatan Dalam Negeri (1960) dan Ordinan Darurat.

Sungguhpun desakan demi desakan agar akta-akta ini dimansuhkan atau dipinda, pelbagai alasan politik diberikan. Kerajaan tidak disalahkan secara total atas usaha dalam meningkatkan integriti mereka. Rang Undang-undang Perlindungan Maklumat 2010 sudah dibaca dua kali dan ianya akan berkuatkuasa pada hujung tahun ini. Namun, akta yang membenarkan pilihan raya kerajaan tempatan tempatan masih belum dipinda , manakala akta kebebasan maklumat masih tidak ada isyarat untuk ianya dibentangkan sebagai sebuah rang undang-undang.



Pada sidang pertama Parlimen 2010, sebuah lagi rang undang-undang yang sudah pun dibaca buat kali kedua. Ianya dikenali sebagai Rang Undang-undang Perdagangan Strategik 2010 da pada hujung tahun ini juga rang undang-undang ini akan dikenali sebagai sebuah akta.

Akta ini mudah dimanipulasi oleh kerajaan dengan pelbagai alasan ‘keselamatan negara’. Oleh itu, barangkali mereka (pihak kerajaan) menggunakan alasan tidak boleh dimaklumkan atau didedahkan semua maklumat untuk pengetahuan awam.

Rang Undang-undang Perdagangan Strategik 2010 bertujuan mengadakan peruntukan berkenaan kawalan ke atas eksport, pemindahan, transit dan pembrokeran barangan strategik termasuk senjata, selaras dengan keselamatan negara dan obligasi antarabangsa Malaysia.

Di dalam rang undang-undang ini terdapat terma “pegawai diberi kuasa”. Mereka terdiri daripada pegawai kastam, pegawai polis, pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, mana-mana pegawai lain yang dinyatakan oleh Pengawal.

Di dalam rang undang-undang ini pegawai diberi kuasa mendapat kuasa mutlak.

Sekiranya dikaji dan dan dibuat perbandingan dengan keadaan penguatkuasaan yang dijalankan pada masa kini, rang undang-undang ini akan menjadikan rasuah semakin berleluasa, diakibatkan kuasa mutlak yang diberikan kepada pegawai.

FASAL 29 – Pegawai yang diberi kuasa boleh menggeledah dan menyita tanpa waran.

FASAL 31 – Pegawai yang diberi kuasa boleh masuk ke mana sahaja tempat atau premis untuk menjalankan siasatan.

FASAL 32 – Membolehkan pegawai yang diberi kuasa untuk mengakses data dalam komputer.

FASAL 33- Membolehkan pegawai yang diberi kuasa menggeledah pengangkutan.

FASAL 34 – Membolehkan pegawai yang diberi kuasa menggunakan kekerasan munasabah dalam melaksanakan urusannya !


Peroalan dari Fasal 34 ini paling merbahaya dalam sesuatu penggeledehan kerana ia membenarkan pegawai yang menjalankan tugas menggurakan kekerasan. Dan pemahaman kekerasan yang dimaksudkan ini membawa pengertian masing-masing; bergantung kepada interpretasi sesiapa sahaja.


FASAL 36 – Pegawai yang diberi kuasa boleh menangkap tanpa waran !

FASAL 37 – Mengadakan peruntukan mengenai pemintasan komunikasi oleh pegawai yang diberi kuasa atas pemberian kuasa Pendakwa Raya.

Jelas melalui fasal-fasal yang telah dinyatakan, kuasa mutlak banyak diberikan diberi kepada ‘pegawai yang diberi kuasa’.



Akta ini seperti satu langkah untuk membasmi kegiatan ‘pengganas’ kerana berdasarkan bidang kuasa yang diberikan kepada ‘pegawai yang diberi kuasa’, adalah menggambarkan tindakan-tindakan yang di luar keadaan normal seperti boleh menggunakan kekerasan serta menangkap
tanpa waran.

Secara prinsipnya, usaha penggubalan ini disokong penggubalan terutama sekali apabila ia mempunyai penerapan cirri-ciri resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 1540 berkenaan dengan kawalan eksport.

Terdapat empat perkara yang perlu dilihat dan dibuat penelitian:

1. Tidak semestinya rang undang-undang ini perlu dibawa kerana cirri-ciri kawal eksport boleh diserapkan ke dalam undang-undang kita yang sedia ada.
2. masa yang tergesa-gesa sehinggakan rang undang-undang ini dianggap sebagai hadiah untuk Obama.
3. Kuasa mutlak yang diberi kepada pihak berkuasa.
4. penguatkuasaan yang akan membebankan peniaga dan juga pengeksport di negara kita.


Rang undang-undang ini seolah-olah dibentangkan dalam keadaan tergesa-gesa sebaik sebelum Perdana Menteri mengadakan lawatan ke Washington DC bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat. Rang undang-undang ini dibentangkan di Dewan Rakyat yang baru lalu sebagai hadiah untuk Obama sebagai entry pass bagi Perdana Menteri memasuki Rumah Putih.

Resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu 1540 yang digunakan sebagai tanda aras amatlah membimbangkan. Resolusi tersebut tersebut telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB pada tahun 2004. Akan tetapi sehingga sekarang baru Malaysia ingin mengadakan sebuah akta atau rang undang-undang yang baru untuk menyerapkan cirri-ciri kawalan eksport.

Artikel sunat di sini.

 

 

Sunday, May 09, 2010

VIDEO: BN YANG TAMAK



Foto-foto lain semasa penggambarn boleh diperolehi di sini.

PS: I don't like the titile.

Labels: , ,

 

 

Thursday, May 06, 2010

Reben Kuning Patut dikembalikan

Pada 2001, ramai wartawan bergabung dengan memakai reben kuning ketika bertugas. Reben tersebut, secara protes mahukan kebebasan media di Negara ini. Sekarang, penindasan berlaku lagi. Kali ini terhadap penerbit rancangan televisyen.

Pada 28 Mei 2001, kita saksikan pengambilalihan akhbar Nanyang Press oleh MCA (sebut parti cina) dari Hong Leong Group. Kini, satulagi media yang menerima tekanan yang sama ialah NTV7 dengan campurtangan politik dalam urusan NTV7 yang menyekat kebebasan media dan membantutkan budaya perbahasan politik yang sihat.

Perkara ini didedahkan oleh penerbit kanan NTV7, Joshua Wong, yang bertanggungjawab terhadap rancangan 'Editor's Time' meletakkan jawatan pada 20 April 2010 berikutan dengan tekanan politik dari pihak kerajaan dan isteri Perdana Menteri ke atas NTV7 supaya melakukan self-censorship.

Menurut Ketua Editor Berita Mandarin NTV7, Tan Boon Kooi, komplen pertama diterima pada 19 Mac 2010 selepas Editor’s Time ke udara pada 19 Mac 2010 yang diadakan di Kuala Lumpur. Komplen tersebut diterima dari Jabatan Perdana Menteri melalui sms. Komennya adalah seperti berikut:

“Mereka memperlekehkan KPI dan polisi BN. Memperlekehkan 1 Malaysia. Mencabar PM agar rombak besar-besaran BTN. Mempertikaikan tindakan Dato Nasir Safar sedangkan Dato Nasir telah berani meletakkan jawatan. Kor Ming dengan bangganya membangkitkan isu pemberian tanah kepada orang ramai di Perak. Wee Ka Siong gagal pertahankan isu MCA set markah 75 kepada PM dalam usaha KPI. Ada usul telus FDI dengan kurangkan kos operasi. Ada usul penilaian KPI oleh rakyat ketua jabatan sahaja. Yang sangat bahaya. Dia orang minta kebebasan bersuara bermula dengan sessi debat tadi. Makna tiada siasatan perlu dibuat, cara mereka bercakap dan membiarkan penonton bertanya soalan seolah-olah kerajaan kita ini terlalu teruk. Apa lagi cina-cina nie nak, mereka lagi kaya dari Melayu. Saya cadang kita perang jer dengan cina-cina nie…kepada semua ahli-ahli parlimen Melayu/UMNO/MT dan semu apemimpin UMNO, wake up…mereka semakin biadap.”

Nota emel yang dihantar kepada hos Editor’s Time, Lee Siad Huey di atas bebrau perkauman.

Sungguhpun Joshua diarahkan untuk menghantar kertas kerja berkenaan rancangan seterusnya yang akan diudarakan, kertas kerja ditolak atas alasan ‘to control damage’ (untuk mengawal kerosakan).

Mungkin ‘damage’ yang dimaksudkan ialah bermula dengan pemilihan calon BN pada awal tahap kempen Hulu Selangor dan BN tidak sanggup lagi melakukan sebarang kerosakan sehingga boleh mengakibatkan kekalahan.

'Siri rancangan Editor's Time' merupakan forum TV popular yang menjemput pemimpin-pemimpin dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk membuat analisa politik dalam negeri secara terbuka dan menggalakkan perbincangan rasional dan kritikal.
Joshua Wong yang mempunyai pengalaman sebagai wartawan selama 16 tahun dan berkhidmat dengan NTV7 selama tujuh tahun, mendakwa bahawa pihak pengurusan NTV7 telah menerima aduan 'sms' yang dikemukakan oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Masor, yang menerimanya dari pihak lain, yang antara lain, mendakwa bahawa rancangan berkenaan “bahaya” kerana menggalakkan 'kebebasan bersuara', bahawa penonton yang dibenarkan mengemukakan soalan membayangkan 'seolah-olah kerajaan terlalu teruk', dan bersifat perkauman dengan bertanya 'apa lagi cina-cina nie nak, mereka lagi kaya dari Melayu' dan mencadangkan supaya Melayu 'perang jer dengan cina-cina nie'.

“Sejak menerima aduan 'sms' berkenaan, pihak pengurusan NTV7 terus mengarahkan supaya Joshua Wong memberikan penjelasan, berhenti dari menyentuh isu mengenai pilihanraya kecil Hulu Selangor, berhenti dari menjemput pemimpin Pakatan Rakyat seperti YB Tony Pua ke rancangan berkenaan, dan mengamalkan 'self-censorship'.

Campur tangan politik dari pihak kerajaan - termasuk isteri Perdana Menteri yang bukan seorang ahli Eksekutif – pasti akan menyekat kebebasan media dan membantutkan budaya perbahasan politik yang sihat. Ia tidak membantu kita mencapai tahap negara maju, sebaliknya merupakan taktik yang digunakan oleh diktator negara mundur untuk terus membelenggu rakyatnya.

Sekatan telah diberikan oleh dua pihak, dari Jabatan Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri selepas mengudarakan siaran pada 19 Mac 2010 di Kuala Lumpur dan di Pulau Pinang pada 8 April 2010.

Sekatan tersebut termasuklah tiada perbincangan mengenai isu-isu politik, tidak menjemput pemimpin pembangkang sebagai tetamu undangan, termasuk Ahli Parlimen PJ Utara, Tony Pua yang sepatutnya membincangkan topik berhubungkait dengan dasar ekonomi baru serta tidak membincangkan topik berkaitan dengan “Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor”

“Kebebasan sementara” juga dialami oleh satu lagi saluran – TV2 apabila disekat daripada penyambungan dokumentari bersiri; “Galeri Mandarin Nasional” yang memaparkan permasalahan penduduk Bakun-Sg.Asap.
Dokumentari 10 episod itu dhentikan siarannya serta-merta yang hanya sempat menyiarkan dua daripada 10 episod yang telah dijadualkan.
Jadual siarannya yang diperolehi daripada pihak penerbit dokumentari tersebut adalah seperti berikut:

Pertama: Masalah ekonomi yang dihadapi 10 ribu orang asli di 15 rumah panjang, dan cadangan penyelesaiannya. (Telah disiarkan pada 26 April 2010)

Kedua: Masalah kemiskinan yang timbul berikutan tanah tanaman yang tidak subur dan tidak cukup. (Telah disiarkan pada 27 April 2010)

Ketiga: Bantuan kepada petani yang diberikan oleh kerajaan, dan maklum balas petani. (Dijadual untuk disiarkan pada 28 April, ditarik secara tiba-tiba)

Keempat: Masalah berhenti belajar kanak-kanak yang disebabkan masalah pengangkutan dan ekonomi. (Dijadual untuk disiarkan pada 29 April, telah dibatalkan)

Kelima: Apakah kesudahan tanah, rumah panjang, pampasan perpindahan yang pernah dijanjikan oleh kerajaan kepada orang asli. (Dijadual untuk disiarkan pada 30 April, telah dibatalkan.)

Keenam: Sejauh manakah Empangan Bakun diperlukan? Kajian keperluan elektrik. (Dijadual untuk disiarkan pada 3 Mei, telah dibatalkan.)

Ketujuh: Nasib kubur orang asli di kawasan hulu Empangan Bakun, dan budaya perkuburan kaum tersebut. (Dijadual untuk disiarkan pada 4 Mei, telah dibatalkan.)

Kelapan: Kesan Empangan Bakun terhadap ekosistem kawasan hilir, dan 10 ribu penduduk di situ. (Dijadual untuk disiarkan pada 5 Mei)

Kesembilan: Adat dan hak tanah orang asli di kawasan hilir empangan, dengan kes kajian Long Bangan. (Dijadual untuk disiarkan pada 6 Mei)

Kesepuluh: 12 tuntutan daripada penduduk Sungai Asap terhadap kerajaan dan pemaju empangan. (Dijadual untuk disiarkan pada 7 Mei, digugurkan)


Sekatan-sekatan tersebut ialah satu bentuk ugutan kepada kebebasan penerbit dalam siaran televisyen. Ia juga bercanggah dengan prinsip laporan media yang bebas dan independen. Ia juga satu bentuk hukuman kepada profesionalisme kumpulan penerbit.

Cengkaman kuasa politik dalam kebeasan media terhadap Nanyang Press oleh MCA pada 2001 dan sebelum itu MCA juga pernah mengawal The Star pada tahun 1979. Umno (sebut parti Melayu) pula telah mengambilalih Utusan pada tahun 1961 dan (New) Straits Times pada tahun 1972.

Seorang cendikiawan Jose Rizal berkata, “there can be no tyrants where there are no slaves.” We vow to have no media moguls, whoever their backers or masters are, to rule our heart and mind.
Jose Rizal pada zaman beliau lagi menganggap bahawa media sepatutnya bebas daripada sebarang kawalan.

Pada tahun 2007 kerajaan juga pernah mengarahkan arahan seumpama itu, tetapi arahan tersebut secara langsung dari Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin; Menteri Kehakiman, Nazri Aziz. Arahan kepada editor juga pernah melalui Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Halim Shafie Malaysia nampaknya masih tidak mendapat iktibar.
Perkara ini bukanlah suatu perkara yang baru berlaku di Negara kita.
“Arahan’ untuk tidak menyiarkan sebarang liputan semasa Perhimpunan Aman BERSIH dan HINDRAF (2007). Terdapat juga situasi di mana laporan media telah diputarbelitkan seperti cara pihak polis mengawal sesebuah perhimpunan dengan menembak ke arah orang ramai sehingga hampir mengakibatkan kematian.

Berikutan dengan pengambilalihah akhbar Kumpulan Nanyang Press Group oleh MCA pada 28 Mei 2001 dan kemudiannya dijual kepada pemilik Sin Chew Jit Poh, Tan Sri Diong Hiew King yang banyak pertalian dengan kerajaan juga dikecam banyak pertubuhan yang mahukan kebebasan media.
Jelas selepas sahaja pengambilan tersebut berlaku, jumlah pembaca akhbar dan para pengiklan sehingga mengakibatkan kerugian bagi Kumpulan Nanyang sebanyak RM631 juta pada tahun berikutnya.

Cekaman yang telah dibincangkan di dalam rencana ini jelas memberi implikasi yang buruk terhadap wartawan, kaum pembaca dan para pengiklan. Cara tersebut juga bukanlah cara agi Menteri Keselamatan Dalam Negeri terhadap media cina terutama dalam menerangkan isu alam sekitar dan kaum minority yang tertekan, terutama sekali orang asli yang ditindas.

Namun, rakyat perlu tahau bahawa mereka juga berhak memperolehi akses media yang sama rata; terutama sekali ketika membuat pilihan semasa sesebuah pilihan raya – bukan dengan disogok dengan satu pihak sahaja dan pada masa yang sama pihak yang itu menyekat pihak yang lagi satu dalam menerangkan manifesto mereka.

Artikel sunat di sini.

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com