Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, May 12, 2010

Akta Perdagangan Strategik 2010: Satu Lagi Undang-undang Zalim Bakal Terlaksana

Malaysia terkenal dengan akta-akta drakonian (sebut; zalim). Ada akta-akta kuno sejak zaman penjajahan masih digunakan sehingga sekarang bagi mempertahankan kuasa atau bertindak sebagai perlindungan daripada mengekalkan kuasa.

Antara lain, kita ada Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (1984), Akta Multimedia dan Komunikasi (1998), Akta Hasutan (1949), Akta Fitnah (1948), Akta Universiti dan Kolej Universiti (1971), Akta Rahsia Rasmi (1972), Akta Polis (1967), Akta Pertubuhan (1966), Akta Kanun Jenayah, Akta Keselamatan Dalam Negeri (1960) dan Ordinan Darurat.

Sungguhpun desakan demi desakan agar akta-akta ini dimansuhkan atau dipinda, pelbagai alasan politik diberikan. Kerajaan tidak disalahkan secara total atas usaha dalam meningkatkan integriti mereka. Rang Undang-undang Perlindungan Maklumat 2010 sudah dibaca dua kali dan ianya akan berkuatkuasa pada hujung tahun ini. Namun, akta yang membenarkan pilihan raya kerajaan tempatan tempatan masih belum dipinda , manakala akta kebebasan maklumat masih tidak ada isyarat untuk ianya dibentangkan sebagai sebuah rang undang-undang.



Pada sidang pertama Parlimen 2010, sebuah lagi rang undang-undang yang sudah pun dibaca buat kali kedua. Ianya dikenali sebagai Rang Undang-undang Perdagangan Strategik 2010 da pada hujung tahun ini juga rang undang-undang ini akan dikenali sebagai sebuah akta.

Akta ini mudah dimanipulasi oleh kerajaan dengan pelbagai alasan ‘keselamatan negara’. Oleh itu, barangkali mereka (pihak kerajaan) menggunakan alasan tidak boleh dimaklumkan atau didedahkan semua maklumat untuk pengetahuan awam.

Rang Undang-undang Perdagangan Strategik 2010 bertujuan mengadakan peruntukan berkenaan kawalan ke atas eksport, pemindahan, transit dan pembrokeran barangan strategik termasuk senjata, selaras dengan keselamatan negara dan obligasi antarabangsa Malaysia.

Di dalam rang undang-undang ini terdapat terma “pegawai diberi kuasa”. Mereka terdiri daripada pegawai kastam, pegawai polis, pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, mana-mana pegawai lain yang dinyatakan oleh Pengawal.

Di dalam rang undang-undang ini pegawai diberi kuasa mendapat kuasa mutlak.

Sekiranya dikaji dan dan dibuat perbandingan dengan keadaan penguatkuasaan yang dijalankan pada masa kini, rang undang-undang ini akan menjadikan rasuah semakin berleluasa, diakibatkan kuasa mutlak yang diberikan kepada pegawai.

FASAL 29 – Pegawai yang diberi kuasa boleh menggeledah dan menyita tanpa waran.

FASAL 31 – Pegawai yang diberi kuasa boleh masuk ke mana sahaja tempat atau premis untuk menjalankan siasatan.

FASAL 32 – Membolehkan pegawai yang diberi kuasa untuk mengakses data dalam komputer.

FASAL 33- Membolehkan pegawai yang diberi kuasa menggeledah pengangkutan.

FASAL 34 – Membolehkan pegawai yang diberi kuasa menggunakan kekerasan munasabah dalam melaksanakan urusannya !


Peroalan dari Fasal 34 ini paling merbahaya dalam sesuatu penggeledehan kerana ia membenarkan pegawai yang menjalankan tugas menggurakan kekerasan. Dan pemahaman kekerasan yang dimaksudkan ini membawa pengertian masing-masing; bergantung kepada interpretasi sesiapa sahaja.


FASAL 36 – Pegawai yang diberi kuasa boleh menangkap tanpa waran !

FASAL 37 – Mengadakan peruntukan mengenai pemintasan komunikasi oleh pegawai yang diberi kuasa atas pemberian kuasa Pendakwa Raya.

Jelas melalui fasal-fasal yang telah dinyatakan, kuasa mutlak banyak diberikan diberi kepada ‘pegawai yang diberi kuasa’.



Akta ini seperti satu langkah untuk membasmi kegiatan ‘pengganas’ kerana berdasarkan bidang kuasa yang diberikan kepada ‘pegawai yang diberi kuasa’, adalah menggambarkan tindakan-tindakan yang di luar keadaan normal seperti boleh menggunakan kekerasan serta menangkap
tanpa waran.

Secara prinsipnya, usaha penggubalan ini disokong penggubalan terutama sekali apabila ia mempunyai penerapan cirri-ciri resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 1540 berkenaan dengan kawalan eksport.

Terdapat empat perkara yang perlu dilihat dan dibuat penelitian:

1. Tidak semestinya rang undang-undang ini perlu dibawa kerana cirri-ciri kawal eksport boleh diserapkan ke dalam undang-undang kita yang sedia ada.
2. masa yang tergesa-gesa sehinggakan rang undang-undang ini dianggap sebagai hadiah untuk Obama.
3. Kuasa mutlak yang diberi kepada pihak berkuasa.
4. penguatkuasaan yang akan membebankan peniaga dan juga pengeksport di negara kita.


Rang undang-undang ini seolah-olah dibentangkan dalam keadaan tergesa-gesa sebaik sebelum Perdana Menteri mengadakan lawatan ke Washington DC bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat. Rang undang-undang ini dibentangkan di Dewan Rakyat yang baru lalu sebagai hadiah untuk Obama sebagai entry pass bagi Perdana Menteri memasuki Rumah Putih.

Resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu 1540 yang digunakan sebagai tanda aras amatlah membimbangkan. Resolusi tersebut tersebut telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB pada tahun 2004. Akan tetapi sehingga sekarang baru Malaysia ingin mengadakan sebuah akta atau rang undang-undang yang baru untuk menyerapkan cirri-ciri kawalan eksport.

Artikel sunat di sini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com