Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Thursday, May 06, 2010

Reben Kuning Patut dikembalikan

Pada 2001, ramai wartawan bergabung dengan memakai reben kuning ketika bertugas. Reben tersebut, secara protes mahukan kebebasan media di Negara ini. Sekarang, penindasan berlaku lagi. Kali ini terhadap penerbit rancangan televisyen.

Pada 28 Mei 2001, kita saksikan pengambilalihan akhbar Nanyang Press oleh MCA (sebut parti cina) dari Hong Leong Group. Kini, satulagi media yang menerima tekanan yang sama ialah NTV7 dengan campurtangan politik dalam urusan NTV7 yang menyekat kebebasan media dan membantutkan budaya perbahasan politik yang sihat.

Perkara ini didedahkan oleh penerbit kanan NTV7, Joshua Wong, yang bertanggungjawab terhadap rancangan 'Editor's Time' meletakkan jawatan pada 20 April 2010 berikutan dengan tekanan politik dari pihak kerajaan dan isteri Perdana Menteri ke atas NTV7 supaya melakukan self-censorship.

Menurut Ketua Editor Berita Mandarin NTV7, Tan Boon Kooi, komplen pertama diterima pada 19 Mac 2010 selepas Editor’s Time ke udara pada 19 Mac 2010 yang diadakan di Kuala Lumpur. Komplen tersebut diterima dari Jabatan Perdana Menteri melalui sms. Komennya adalah seperti berikut:

“Mereka memperlekehkan KPI dan polisi BN. Memperlekehkan 1 Malaysia. Mencabar PM agar rombak besar-besaran BTN. Mempertikaikan tindakan Dato Nasir Safar sedangkan Dato Nasir telah berani meletakkan jawatan. Kor Ming dengan bangganya membangkitkan isu pemberian tanah kepada orang ramai di Perak. Wee Ka Siong gagal pertahankan isu MCA set markah 75 kepada PM dalam usaha KPI. Ada usul telus FDI dengan kurangkan kos operasi. Ada usul penilaian KPI oleh rakyat ketua jabatan sahaja. Yang sangat bahaya. Dia orang minta kebebasan bersuara bermula dengan sessi debat tadi. Makna tiada siasatan perlu dibuat, cara mereka bercakap dan membiarkan penonton bertanya soalan seolah-olah kerajaan kita ini terlalu teruk. Apa lagi cina-cina nie nak, mereka lagi kaya dari Melayu. Saya cadang kita perang jer dengan cina-cina nie…kepada semua ahli-ahli parlimen Melayu/UMNO/MT dan semu apemimpin UMNO, wake up…mereka semakin biadap.”

Nota emel yang dihantar kepada hos Editor’s Time, Lee Siad Huey di atas bebrau perkauman.

Sungguhpun Joshua diarahkan untuk menghantar kertas kerja berkenaan rancangan seterusnya yang akan diudarakan, kertas kerja ditolak atas alasan ‘to control damage’ (untuk mengawal kerosakan).

Mungkin ‘damage’ yang dimaksudkan ialah bermula dengan pemilihan calon BN pada awal tahap kempen Hulu Selangor dan BN tidak sanggup lagi melakukan sebarang kerosakan sehingga boleh mengakibatkan kekalahan.

'Siri rancangan Editor's Time' merupakan forum TV popular yang menjemput pemimpin-pemimpin dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk membuat analisa politik dalam negeri secara terbuka dan menggalakkan perbincangan rasional dan kritikal.
Joshua Wong yang mempunyai pengalaman sebagai wartawan selama 16 tahun dan berkhidmat dengan NTV7 selama tujuh tahun, mendakwa bahawa pihak pengurusan NTV7 telah menerima aduan 'sms' yang dikemukakan oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Masor, yang menerimanya dari pihak lain, yang antara lain, mendakwa bahawa rancangan berkenaan “bahaya” kerana menggalakkan 'kebebasan bersuara', bahawa penonton yang dibenarkan mengemukakan soalan membayangkan 'seolah-olah kerajaan terlalu teruk', dan bersifat perkauman dengan bertanya 'apa lagi cina-cina nie nak, mereka lagi kaya dari Melayu' dan mencadangkan supaya Melayu 'perang jer dengan cina-cina nie'.

“Sejak menerima aduan 'sms' berkenaan, pihak pengurusan NTV7 terus mengarahkan supaya Joshua Wong memberikan penjelasan, berhenti dari menyentuh isu mengenai pilihanraya kecil Hulu Selangor, berhenti dari menjemput pemimpin Pakatan Rakyat seperti YB Tony Pua ke rancangan berkenaan, dan mengamalkan 'self-censorship'.

Campur tangan politik dari pihak kerajaan - termasuk isteri Perdana Menteri yang bukan seorang ahli Eksekutif – pasti akan menyekat kebebasan media dan membantutkan budaya perbahasan politik yang sihat. Ia tidak membantu kita mencapai tahap negara maju, sebaliknya merupakan taktik yang digunakan oleh diktator negara mundur untuk terus membelenggu rakyatnya.

Sekatan telah diberikan oleh dua pihak, dari Jabatan Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri selepas mengudarakan siaran pada 19 Mac 2010 di Kuala Lumpur dan di Pulau Pinang pada 8 April 2010.

Sekatan tersebut termasuklah tiada perbincangan mengenai isu-isu politik, tidak menjemput pemimpin pembangkang sebagai tetamu undangan, termasuk Ahli Parlimen PJ Utara, Tony Pua yang sepatutnya membincangkan topik berhubungkait dengan dasar ekonomi baru serta tidak membincangkan topik berkaitan dengan “Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor”

“Kebebasan sementara” juga dialami oleh satu lagi saluran – TV2 apabila disekat daripada penyambungan dokumentari bersiri; “Galeri Mandarin Nasional” yang memaparkan permasalahan penduduk Bakun-Sg.Asap.
Dokumentari 10 episod itu dhentikan siarannya serta-merta yang hanya sempat menyiarkan dua daripada 10 episod yang telah dijadualkan.
Jadual siarannya yang diperolehi daripada pihak penerbit dokumentari tersebut adalah seperti berikut:

Pertama: Masalah ekonomi yang dihadapi 10 ribu orang asli di 15 rumah panjang, dan cadangan penyelesaiannya. (Telah disiarkan pada 26 April 2010)

Kedua: Masalah kemiskinan yang timbul berikutan tanah tanaman yang tidak subur dan tidak cukup. (Telah disiarkan pada 27 April 2010)

Ketiga: Bantuan kepada petani yang diberikan oleh kerajaan, dan maklum balas petani. (Dijadual untuk disiarkan pada 28 April, ditarik secara tiba-tiba)

Keempat: Masalah berhenti belajar kanak-kanak yang disebabkan masalah pengangkutan dan ekonomi. (Dijadual untuk disiarkan pada 29 April, telah dibatalkan)

Kelima: Apakah kesudahan tanah, rumah panjang, pampasan perpindahan yang pernah dijanjikan oleh kerajaan kepada orang asli. (Dijadual untuk disiarkan pada 30 April, telah dibatalkan.)

Keenam: Sejauh manakah Empangan Bakun diperlukan? Kajian keperluan elektrik. (Dijadual untuk disiarkan pada 3 Mei, telah dibatalkan.)

Ketujuh: Nasib kubur orang asli di kawasan hulu Empangan Bakun, dan budaya perkuburan kaum tersebut. (Dijadual untuk disiarkan pada 4 Mei, telah dibatalkan.)

Kelapan: Kesan Empangan Bakun terhadap ekosistem kawasan hilir, dan 10 ribu penduduk di situ. (Dijadual untuk disiarkan pada 5 Mei)

Kesembilan: Adat dan hak tanah orang asli di kawasan hilir empangan, dengan kes kajian Long Bangan. (Dijadual untuk disiarkan pada 6 Mei)

Kesepuluh: 12 tuntutan daripada penduduk Sungai Asap terhadap kerajaan dan pemaju empangan. (Dijadual untuk disiarkan pada 7 Mei, digugurkan)


Sekatan-sekatan tersebut ialah satu bentuk ugutan kepada kebebasan penerbit dalam siaran televisyen. Ia juga bercanggah dengan prinsip laporan media yang bebas dan independen. Ia juga satu bentuk hukuman kepada profesionalisme kumpulan penerbit.

Cengkaman kuasa politik dalam kebeasan media terhadap Nanyang Press oleh MCA pada 2001 dan sebelum itu MCA juga pernah mengawal The Star pada tahun 1979. Umno (sebut parti Melayu) pula telah mengambilalih Utusan pada tahun 1961 dan (New) Straits Times pada tahun 1972.

Seorang cendikiawan Jose Rizal berkata, “there can be no tyrants where there are no slaves.” We vow to have no media moguls, whoever their backers or masters are, to rule our heart and mind.
Jose Rizal pada zaman beliau lagi menganggap bahawa media sepatutnya bebas daripada sebarang kawalan.

Pada tahun 2007 kerajaan juga pernah mengarahkan arahan seumpama itu, tetapi arahan tersebut secara langsung dari Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin; Menteri Kehakiman, Nazri Aziz. Arahan kepada editor juga pernah melalui Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Halim Shafie Malaysia nampaknya masih tidak mendapat iktibar.
Perkara ini bukanlah suatu perkara yang baru berlaku di Negara kita.
“Arahan’ untuk tidak menyiarkan sebarang liputan semasa Perhimpunan Aman BERSIH dan HINDRAF (2007). Terdapat juga situasi di mana laporan media telah diputarbelitkan seperti cara pihak polis mengawal sesebuah perhimpunan dengan menembak ke arah orang ramai sehingga hampir mengakibatkan kematian.

Berikutan dengan pengambilalihah akhbar Kumpulan Nanyang Press Group oleh MCA pada 28 Mei 2001 dan kemudiannya dijual kepada pemilik Sin Chew Jit Poh, Tan Sri Diong Hiew King yang banyak pertalian dengan kerajaan juga dikecam banyak pertubuhan yang mahukan kebebasan media.
Jelas selepas sahaja pengambilan tersebut berlaku, jumlah pembaca akhbar dan para pengiklan sehingga mengakibatkan kerugian bagi Kumpulan Nanyang sebanyak RM631 juta pada tahun berikutnya.

Cekaman yang telah dibincangkan di dalam rencana ini jelas memberi implikasi yang buruk terhadap wartawan, kaum pembaca dan para pengiklan. Cara tersebut juga bukanlah cara agi Menteri Keselamatan Dalam Negeri terhadap media cina terutama dalam menerangkan isu alam sekitar dan kaum minority yang tertekan, terutama sekali orang asli yang ditindas.

Namun, rakyat perlu tahau bahawa mereka juga berhak memperolehi akses media yang sama rata; terutama sekali ketika membuat pilihan semasa sesebuah pilihan raya – bukan dengan disogok dengan satu pihak sahaja dan pada masa yang sama pihak yang itu menyekat pihak yang lagi satu dalam menerangkan manifesto mereka.

Artikel sunat di sini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com