Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Saturday, February 20, 2010

Contoh Putar Belit Media Perdana

Media Perdana di bawah kongkongan dan telunjuk parti politik selalunya mempunyai agenda tersendiri dalam menjalankan propaganda. Ada ketikanya, media-media ini digunakan untuk memutar-belit keadaan agar para pembaca mendapat gambaran yang berbeza (sebut; berbohong).

Baru-baru ini seorang penulis blog yang dikenali sebagai Aduka Taruna melalui blognya (adukataruna.blogspot.com) telah didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar Shah yang selepas pihak istana mengumumkan kemangkatan Almarhum.

Di dalam blognya, Aduka Taruna, 28 menyatakan di bawah tajuk ‘"Dah mampos buat cara mampos la’. Bagi menanam kebencian terhadap penulis-penulis blog yang bersifat kritikal seperti Aduka Taruna, Berita Harian memulakan propaganda.

Menurut laporan 26 Januari 2010 tersebut, wartawan Azida Shaharuddin bertajuk ‘Penulis blog hina Almarhum Sultan Iskandar ditahan’ Aduka Taruna menyembunyikan diri selama dua kari dan akhirnya polis berjaya menahan beliau.

Bercakap mengenai tahap profesionalisme, wartawan media perdana berada dalam tangga yang bawah kerana gagal dalam mengesahkan berita yang dilaporkan. Barangkali tugasan yang menimbum memberi kekangan kepada wartawan-wartawan ini dalam melaporkan fakta tetapi adakah itu alasan yang boleh diberikan?

Sebagai contoh; di dalam kes yang sama, Berita Harian melaporkan bahawa Aduka Taruna ditahan di sekitar Kota Bharu, Kelantan, kira-kira jam 4 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar. Fakta sebenarnya ialah Aduka Taruna di dibawa keluar dari IPPD Kota Bharu untuk dihantar ke Bukit Aman dengan menaiki kereta Waja (JSJ) diiringi oleh tiga orang pegawai polis. Persoalan yang boleh ditimbulkan di sini ialah siapakah yang dimaksudkan wartawan yang pada waktu itu ditahan di IPD Muar?

Berkemungkinan Azida boleh mempertahankan tahap profesionalismenya dengan mengatakan beliau mendapat maklumat dari Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff yang memberitahu lelaki terbabit dibawa ke IPD Muar kerana laporan awal yang dibuat terhadapnya, diterima IPD berkenaan. Ini bukan bermakna Aduka Taruna ditahan di IPD yang sama.

Aduka Taruna Menyerah Diri


Banyak juga laporan media massa arus perdana; tidak pasti secara sengaja atau pun tidak sengaja memburuk-burukkan pihak yang terbabit. Laporan menyatakan bahawa Aduka Taruna ditangkap tetapi sebenarnya beliau pergi sendiri dengan rela hati dan berani menyerah diri kepada pihak berkuasa polis dalam memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan.

Tindakan media seperti ini dianggap amat menjatuhkan maruah beliau (serta keluarga) dan cara laporan seolah-olah Aduka Taruna ini penjenayah – diburu, ditangkap dan disoalsiasat.

Perkara sebeginilah membawa keluarga Aduka Taruna, yang dikira dari golongan berada terpaksa membuat keputusan untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap media massa yang menjatuhkan maruah Aduka Taruna sekeluarga.


Contoh putar belit media perdana

Azida dan Berita Harian juga berniat jahat dengan mengatakan penulis blog terbabit menerima lebih 1,000 komen susulan kenyataan itu, dengan sebahagian besarnya menyatakan rasa tidak puas hati dan ada yang mengugut untuk membunuhnya. Apabila diteliti kembali blog Aduka Taruna, bermula jam 4.56 petang, 26 Januari 2010 iaitu bermula dengan artikel ‘Dah mampos buat cara mampos la’, artikel kemudiannya ialah ‘Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia’ yang hanya menerima 761 komen. Daripada jumlah itu pula, tidak semuanya yang mengeji tindakan Aduka Taruna menghina Sultan tetapi ada yang memuji tindakan berani penulis blog tersebut. Inilah yang dikatakan berita yang sengaja diperbesar-besarkan. Sudah pasti wartawan Berita Harian ini mengetahui jumlah sebenar orang yang memberi komen kerana angka tersebut secara automatik dikemaskinikan oleh pembekal blog.

Sikap wartawan sebegini memang bahaya terutama sekali apabila ianya boleh menimbulkan kemarahan terutama dalam membicangkan isu-isu sensitif seperti ini. Perbuatan wartawan seperti ini Azida perlu diperhatikan gerak-gerinya; berkemungkinan beliau menulis laporan atas kepentingan tertentu. Ia juga mempunyai elemen-elemen rasuah. Rasuah bukan hanya berlingkar dalam lingkungan peredaran wang secara haram tetapi kes sebegini sekiranya dilakukan dengan sengaja juga terkandung di dalam elemen rasuah.

Ada kemungkinan juga penyunting yang dipersalahkan. Ada kes di mana kandungan laporan sesebuah berita itu diubah sehingga menukar secara total keadaan sebenar berlaku hanya kerana untuk ‘melariskan’ akhbar berkenaan atau menyebar propaganda – juga atas kepentingan tertentu.

Akhbar-akhbar media perdana harus sedar akan kebebasan media yang diberikan di bawah Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. Menurut Artikel 19 deklarasi yang juga dipersetujui oleh Malaysia, setiap manusia berhak kepadad kebebasan memberi pendapat dan bersuara termasuk kebebasan dalam memegang pendapat mereka, tanpa gangguan dalam mendapat, menerima dan memberi maklumat melalui sebarang media tanpa sekatan. Oleh yang demikian, media memainkan peanan penting kepada setiap insan yang mencari maklumat sebagai hak asasi mereka.

Sekiranya ia diputar-belitkan dengan sengaja, ia telah memberi keraguan melampau sehingga interpretasi situasi menjadi berbeza sehingga tindakan yang dijalankan selepas itu mungkin tidak selaras dengan keadaan sebenar berlaku.

Artikel sunat di pautan ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com