Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, December 25, 2009

Sudah Potong?

Edisi sunat di pautan ini.



Bagi mereka yang mengharapkan internet sebagai sumber utama dalam kerja seharian, mereka ini sering mengeluh mengenai kelembapan internet. Ramai juga yang rasa tertipu dengan iklan besar-besaran dan amat khatir dengan tawaran-tawaran menarik daripada pembekal perkhidmatan jalur lebar. Sungguhpun jalur lebar menjadi keperluan di dalam melayari internet, mereka masih gusar selepas perjanjian belian ditandatagani. Bagaimana pula perkhidmatan lepas jualan? Bagaimana pula jaminan peralatan yang dibeli? Di Malaysia, kita menggunakan perkhidmatan jalur lebar pada kelajuan dua megabit sesaat dengan menggunakan teknologi kabel (seperti ADSL) dan teknologi tanpa wayar seperti 3G/HDSPA dan WiMax.

Adakah kita pernah bertanya kepada diri sendiri; apa yang menyebabkan WiMax menjalankan pengiklanan besar-besaran dalam mempromosikan jalur lebar? Pada masa yang sama, adakah kita tahu mengenai situasi sekarang dan prasarana yang disediakan sekiranya orang awam termakan dengan pujukan promosi tersebut? Adakah tawaran itu berbaloi? Adakah bakal pelanggan dapat pulangan dengan pembelian mereka?

Mereka perlu sedar bahawa bagi kelajuan 100 megabit sesaat, pengguna di Singapura membayar hampir USD 85 (RM286.56) atau USD10.20 megabit sesaat. Di Malaysia, bagi empat megabit sesaat, pengguna jalur lebar membayar USD 76. Vietnam pula membayar USD50.55 atau USD 16.85 megabit sesaat.

Bagi kos jalur lebar di Indonesia dan India juga, penggunaannya juga lebih ekonomik.



Fungsi Telekom


Fenomena ini berpunca daripada dasar monopoli yang diamalkan oleh kerajaan sekarang. Buat masa ini, hanya pembekal utama bagi jalur lebar iaitu Telekom Malaysia (TM). TM diberikan hak mutlak. Perjanjian perkongsian ini berlandaskan kepada Projek Jalur Lebar Berkuasa Tinggi (HSBB). Projek pelaburan tersebut bernilai RM8.9 billion dari TM dan didokong oleh RM4.2 billion pelaburan lain oleh kerajaan.

Menurut laporan akhbar New StraitsTimes bertarikh 11 Mei 2009 yang mendapat keluhan Pengarah Eksekutif Jaring Communications Sdn Bhd, Dr Mohamed Awang Lah, beliau mengalami kekangan untuk melebar luaskan pembekalan jalur lebar akibat dasar yang dijalankan oleh kerajaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dikatakan telah membekukan spektrum 2.5 gigahertz sehingga membantutkan rancangan Jaring.

Justeru, Pengarah Eksekutif itu merujuk kepada penggunaan jalur lebar di Malaysia perlu diberi terma berbeza supaya orang ramai tidak membandingkan jalur lebar di Malaysia dengan negara-negara setanding yang lain.

Laporan tersebut juga melaporkan keluhan daripada Packet One Networks (M) Sdn Bhd (P1) yang memperkenalkan WiMax. Dengan matlamat kerajaan untuk mencapai penetrasi 50% pada tahun 2010 daripada rakyat mendapat akses kepada jalur lebar, P1 menjalankan pengiklanan besar-besaran dengan harapan mendapat bantuan daripada kerajaan. Bagi mencapai matlamat dalam jangkamasa 19 bulan dari Mei 2009, mereka perlu mendapat 1.5% populasi negara ini mendapat akses kepada jalur lebar. Namun, dengan iklan di sana-sini, merayu dalam tv dan sebagainya, ramai orang termakan dengan tawaran tetapi malangnya, mereka mengeluh tentang perkhidmatan tidak memuaskan.

Mungkin P1 sedar bahawa kekangan yang dihadapi. Tetapi, mereka optimistik dalam perkara ini. Justeru, P1 menelah untuk mencapai 35 peratus sehingga penghujung tahun 2009, 45 % populasi dalam 2010 dan 60% dalam tahun 2012. Berbeza dengan Mohamed Awang Lah , ia menjadi suatu yang amat sukar untuk mencapai 80% populasi jalur lebar dalam jangkamasa lima tahun.


Kualiti Di Bawah Paras

Sekiranya kita melihat kajian yang pernah dijalankan oleh Universiti Oxford yang dijalankan dari Mei hingga Julai 2009, Malaysia ditempatkan di tangga 48 daripada 66 negara dalam penggunaan jalur lebar.

Kajian tersebut menyatakan Malaysia setaraf dengan negara-negara sepeti Arab Saudi, Filipina , Pakistan , Morocco , Vietnam dan Indonesia . Negara China , Brazil dan Thailand pula berada di hadapan Maaysia dalam kualiti jalur lebar tetapi masih tetap berada di bawah paras kualiti yang ditetapkan.

Negara yang berada di tangga atas Malaysia dalam jalur lebar ialah Singapura, Britain, Australia , Sepanyol, Turki dan Ukraine manakala Switzerland, Amerika Syarikat, Russia, Taiwan dan Hong Kong berada di tahap yang memberangsangkan.

Kajian yang sama juga meletakkan negara Korea, Jepun, Sweden, Lithuania, Bulgaria, Latvia, Netherlands, Denmark dan Romania dikenalpasti sebagai negara yang membekalkan perkhidmatan jalur lebar untuk masa hadapan.

Merujuk ekpada statistik yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, setiap 10% peningkatan daripada penetrasi jalur lebar membantu meningkatkan pertumbuhanekonomi sebanyak 1,2%.

Semasa membaca ucapannya, Perdana Menteri pernah menyatakan bahawa pertumbuhan negara dijangka sebanyak 6%. Adakah telahan 50% penetrasi jalur lebar dibahagikan kepada 1.3% akan membawa kepada angka 6%? Inikah formulanya bagi mencapai peratus pertumbuhan tersebut?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com