Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Saturday, October 31, 2009

SEMBANG TEPI JALAN - Buku Meor Busker Penentang Hipokritis

Gambar ihsan Dome



Pada awal penglibatan aku dalam pembikinan buku ini selepas diundang oleh penulis sendiri (sebut, Meor) yang memberitahu bahawa beliau sudah mempunyai artikel yang cukup untuk dibukukan. Aku melihat tawaran tersebut satu penghargaan kepada aku dan sebagai teman rapat, aku menerimanya sungguhpun pada waktu itu aku mempunyai banyak projek-projek yang menunggu.

Artikel yang sudah aku kumpulkan, aku jaja ke mana-mana sahaja bersama komputer riba aku. Aku lakukan kerja ini sewaktu aku di Sydney (1-7 Februari 2009), Jakarta (24-28 Mac 2009 dan 5-11 April 2009), Acheh (8-11 April 2009), Bahrain (31 Mei 2009), Madinah (1-4 Jun 2009) dan juga Mekah (5-10 Jun 2009). Aku juga lakukannya sewaktu kelapangan aku sewaktu menjalankan tugas di Pulau Pinang.

Artikel demi artikel aku membelek dan melihat Meor mempunyai jalan cerita yang sungguh jujur dan jalan ceritanya sungguh menyedihkan, memberi kesedaran dan kurang menghiburkan.

Selaku pemuzik, selain daripada pembaca setia laman tokeikedai.net, kita tidak menyangka Meor boleh mengolah pengalamannya dan begitu konsisten mendokumentasikan pengalaman-pengalamannya di dalam buku ini.

Aku telah pecahkan penulisan Meor kepada beberapa bahagian antaranya berhubung dengan beliau sendiri secara peribadi, muzik dan interpretasinya, pengalamannya sepanjang menjadi busker, ideologi politiknya, agama dan kepercayaan.

Sesungguhnya, setiap daripada kita mempunyai pengalaman hidup yang tersendiri dan amat menarik sekiranya pengalaman-pengalaman ini dinukilkan dalam satu buku.

Meor pernah merempat dengan hidup sebatang kara, dalam menyara hidup keluarganya. Beliau mencari sesuap nasi dengan bermain gitar di tepian lorong di Pasar Seni (yang kini dipanggil Pasar Budaya) dan Jalan Alor (yang kini dipanggil Jalan kejora). Beliau pernah dihumpan ke dalam lokap kerana dipercayai penagih dadah kerana bermain muzik di tepi jalan.

Sememangnya aku berharap agar buku ini dapat memeriahkan dunia penulisan dan tidak ada pihak yang mudah tersinggung dengan penulisan kritis ini. Sesungguhnya, apa yang menjadi inspirasi Meor ialah atas prinsipnya yang tidak bersifat hipokritis dan berdasarkan pandangan kasarnya mengenai persekitarannya.

Alhamdulillah, akhirnya buku ini siap dan dilancarkan secara rasmi pada 24 Oktober di Galeri Annexe, Pasar Seni Kuala Lumpur. Bagi pihak Meor, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada penerbit Sembang Tepi Jalan, Oxygen Media, penyumbang untuk majlis pelancaran ini yang tidak suka namanya disiarkan dan Datuk A.Samad Said atas sokongan mereka dan kepercayaan kepada kami.

Majlis ini juga telah dihiasi dengan persembahan dengan teman-teman rapat dan setia Meor; Nik, Azmyll Yunor, Danny Gudesh dan Rahmat Haron.



Buku ini boleh diperolehi dengan sms 0192232002. Taip STJ.

Labels: ,

2 Comments:

At 7:17 am, Anonymous Anonymous said...

berapa ringgit?

 
At 4:03 pm, Blogger Unknown said...

RM25 tidak termasuk kos pengiriman.

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com