Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Friday, October 23, 2009
Filem KARAOKE: Estetikatik Kehijauan Kelapa Sawit
Selepas menonton filem Karaoke, aku terduduk apabila pengusaha rela melihat hutan diratakan, orang kampong ditipu – untuk kepentingan sendiri. Konon untuk pembangunan negara.
Betik yang lahir di sebuah kampung yang dahulunya kaya dengan alam semulajadi, hutan dengan kayu-kayan flora dan fauna - sesat di kampung sendiri apabila kampungnya dipenuhi dengan pokok kelapa sawit.
Selepas tamat diplomanya, Betik pulang ke kampung halamannya, sebuah estet kelapa sawit di pinggir Malaysia setelah merantau di kota besar Kuala Lumpur. Sungguhpun kampungnya kini dikelilingi ‘kehijauan’ pokok kelapa sawit, kehijauan itu tidak mendatangkan apa-apa maknya kerana hilangnya nilai estetika. Patut pun poster filem ini (untuk keluaran antarabangsa) menonjolkan gambar pokok kelapa sawit yang terbalik.
Mungkin kita yang menonton filem ini tidak menyedari kerana pengarah meluangkan banyak masanya dengan memaparkan ‘kehijauan’ ladang kelapa sawit.
Semangat Betik untuk meningkatkan taraf hidup keluarganya dengan pulang ke kampong juga akhirnya tidak dihargai oleh orang kampung (peneroka) termasuk ibunya sendiri yang mereka sendiri merasakan (tanpa disedari) akan ‘kehilangan’ alam semulajadi.
Ibu Betik tidak mahu lagi tinggal di kampung. Dia sanggup jual pusat karaoke yang diusahakan oleh arwah suaminya untuk mencari kehidupan baru. Bak (bapa sauara Betik) juga berpindah ke Ipoh dan sanggup menjadi pengawal keselamatan yang padanya lebih mulia dan lebih jujur daripada hidup dalam ‘kehijauan’ yang tiada sifat alam semulajadi.
Anisah, seorang gadis kampong juga sanggup menjadi pasangan Bak dan juga akan tinggalkan ‘ladang’ hipokrit.
Penswastaan Ladang Kelapa Sawit
Orang ramai sudah tentu akan pertikaikan mengenai kelapa sawit sebagai pendapatan Negara. Tetapi, adakah umum menyedari bahawa kebanyakan daripada ladang-ladang kelapa sawit telah pun diswastakan? Hasil kelapa sawit disalurkan kepada syarikat swasta. Pekerja-pekerja lading hanya mendapat upah yang dibayar sesuka hati – kerana kita tidak mempunyai Akta Gaji Minima.
Penanaman secara tidak terancang juga sering merogol alam sekitar. Kasihan melihat pengembala kambing merayu kepada pemain bola supaya memberikan kambing-kambingnya sedikit masa lagi untuk kambingnya meragut di padang – kerana tidak ada tempat lagi untuk kambing-kambing itu meragut. Air menjadi kotor hasil dari pemprosesan melampau. Tanah terhakis. Air bah. Mesin-mesin mencemarkan bunyi. Monyet berkeliaran sehingga mati tiada habitat, babi hutan terpaksa sodok halaman orang kampong! Ini semua akibat daripada kerakusan manusia itu sendiri.
Kekecewaan
Filem ini juga menceritakan mengenai kekecewaan; seorang ibu dan seorang anak atas factor generasi. Betik yang berhasrat untuk membina semula kehidupan baru bersama ibunya selepas bapanya meninggal dunia beberapa tahun lalu tidak kesampaian ibunya masih tidak dapat memaafkan Betik kerana tidak dapat hadir di pengebumian bapanya. Kepulangan Betik juga tidak dilihat disambut ibunya.
Ibu Betik yang akhirnya membuat keputusan untuk menjual pusat karaoke peninggalan arwah suaminya kerana pusat tersebut semakin kurang menjadi tumpuan bukan kerana tempat tersebut tetapi pemain dvd karaoke mudah dibeli dengan pelbagai skim yang membolehkan isi rumah memiliki pemain dvd dan tidak ke pusat karaokenya. Pusat karaokenya sebelum ini menjadi tumpuan pekerja estet berbangsa India, keluarga mereka dan penduduk kampung berbangsa Melayu untuk berkumpul dan berhibur. Setiap lagu memberi makna kepada penduduk kampung tersebut.
Hipokrasi yang tidak disangka-sangka ialah apabila peredaran masa mengubah segala-galanya, persekitarannya yang berubah, kesucian kampung di estet itu dicabul, pokok kelapa sawit ditanam merata-rata namun lagu sama terus didendangkan.
Semua foto kredit: Danny Lim
KARAOKE, diarah oleh Chris Chong yang pernah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa dan ditulis oleh Shanon Shah. Ia dilakonkan oleh Zahiril Adzim, Mislina Mustaffa, Mohammad Hariry, Amerul Affendi and Nadiya Nissa.
Filem ini pernah diberi penganugerahan untuk ditayangkan di Festival Filem Cannes Ogos lalu dan kemudian memenangi anugerah di Festival Filem Calgary di Kanada.
KARAOKE akan mula ditayangkan di pawagam bermula 26 Novermber 2009.
Labels: filem karaoke, Mislina Mustaffa, Zahiril Adzim
0 Comments:
Post a Comment
<< Home