Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, June 23, 2004

Pusaka Ophelia

OPs OPHELIAWanita mempunyai peranan dalam pembangunan negara. Tetapi, mereka seringkali menjadi mangsa keganasan, penderaan, penganiayaan dan rogol. Sehingga ada kes-kes yang menunjukkan mereka ini tidak dapat menerima tekanan-tekanan sedemikian sehingga mengambil jalan mudah; bunuh diri.

"Inikah balasanmu?", skrip yang terdapat pada babak terakhir Ops Ophelia: Sebuah Opera Fesyen yang ditayangkan di Kuala Lumpur dalam bulan Jun ini.

Pusaka Ophelia ialah kisah yang mengingatkan kita bagaimana perempuan telah dikompromikan dengan masyarakat kuno dan kini, dan bagaimana beliau dapat berkompromi dengan masyarakat keesokan harinya?

OPs OPHELIAOphelia dapat berbuat demikian kerana beliau mahu menggembirakan ‘lelaki’nya, hidup berharmoni dengannya dan mengukur harga dirinya melalui cara dia dilayan oleh lelaki-lelaki itu.

Namun, Ophelia tidak mempunyai banyak pilihan. Dia tidak tidak boleh memilih cara kehidupannya. Akibat daripada tekanan sedemikian, Ophelia telah mengambil keputusan untuk memutuskan sahaja hayatnya.

Menurut Mary Phiper dalam bukunya Reviving Ophelia: Saving the Lives od Adolescent Girls, "gadis akan menjadi perempuan yang berperawan yang memuatkan diri masing-masing ke dalam ruang-ruang yang kecil dan sempit".

OPs OPHELIABukunya itu juga menceritakan bahawa ramai di antara mereka yang akan hilang semangat, minat malah akan merosot dalam markah IQ mereka seltelah kuasa-kuasa masyarakat yang meracuni mereka lalu memberi kata dua; terserlah sebagai seorang yang ikhlas dan benar atau pun berhempas pulas dalam mengekalkan kedudukan mereka dalam kongongan wanita yang sempit

Tetapi, Ops Ophelia tidak menimbulkan ketegangan di antara lelaki-wanita. Ia cuma mengenengahkan bahaw wanita juga mempunyai kuasa – untuk melahirkan anak, menggunakan kuasa yang ada padanya terhadap kaum lelaki melalui autoriti dan kecantikan. Wanita juga mempunyai kuasa dengan penderitaan mereka serta kemandirian.

OPs OPHELIATeater arahan pensyarah Rohaizad Suaidi itu juga kelemahan-kelemahan yang ada pada wanita, juga konflik-konflik yang dilalui oleh kaum Hawa.

OPs OPHELIA memaparkan perlambangan hidup OPHELIA-OPHELIA dari zaman kanak-kanak, dewasa, matang, dan saat-saat kematian dalam mereka mencari erti kehidupan yang digambarkan melalui musim bunga, panas, luruh, dan sejuk yang silih berganti.

Kisah hidup OPHELIA ini mengetengahkan cabaran-cabaran yang dilalui oleh wanita dari segenap lapisan umur, kelas masyarakat, latar belakang agama, dan identiti kewanitaan -- dalam mereka mencari nilai jati diri mereka dalam struktur masyarakat yang didominasi golongan lelaki melalui watak HAMLET yang muncul dalam hidup OPHELIA.

OPs OPHELIATeater yang lain dari yang lain ini bergantung kepada lakonan Anne james, Maya Tan Abdullah dan Fang-Chyi sebagai pelakon-pelakon utama disamping 20 artis-artis lain turut mempelopori hubungan ibu dan anak, murid dan guru, lelaki dan wanita melalui teater tari yang menggabungkan dengan unsur-unsur persembahan fesyen, muzik, tarian, dan teater.

Menerusi lagu Ophelia oleh Natalie Merchant, Ophelia dinobatkan sebagai wanita penentang, disanjung tinggi juga permaisuri sarkas.

Tidak lari daripada watak dalam pementasan itu, Ophelia ialah pengemis di jalanan, ketua Negara, Menteri yang memperjuangkan kebajikan wanita, Pengarah Urusan syarikat korporat dan berterusan…..

OPs OPHELIAKonsep yang dipaparkan dalam pementasan in ialah tanztheatre yang mana ia merujuk kepada sebuah persembahan yang menggabungi tarian, percakapan, nyanyian, teater konvensional yang menggunakan prop, set dan kostum dalam satu amalgam.

Pada kebiasaannya, tidak ada plot yang berunsurkan naratif, teatpi situasi-sitauasi khusus, ketakutan dan konflik kemanusiaan akan dipersembahkan. Ekspresionisme Jerman ini menyatakan bahawa konsep tantzetheater ini merupakan nafas baru kepada bentuk yang lama (Langer, 1984)

Bagi meraikan wanita, Ophelia telah mewakili kaum ini, di seluruh dunia, melalui ranjau, gembira dan tawa, sakit derita.

OPs OPHELIAOps Ophelia: Sebuah Opera Fesyen dipentaskan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 16 hingga 27 Jun.

Many things to like
oleh Shanon Shah

Thanks for giving something new to Malaysian theatre!
oleh Hakim Amir

As a woman, I appreciated the heart-rending lyrics
oleh Marisa

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com