Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, August 27, 2004

Saya telah menjumpai nama kolum saya yang paling sesuai untuk malaysia-today.net.

I adengan rasminya digelar Sarong Kaki. Nama itu telah dicadangkan oleh seorang sahabat, Hasmi Hashim.

Menurutnya, Sarong merujuk kepada pakaian yang terdapat dalam banyak tradisi digunakan oleh orang biasa. Manakala kaki merujuk kepada rakyat bawahan.

Artikel pertama untuk editor malaysia-today ialah 'Tahap Kematangan Pengundi Malaysia Terjelas'.

Artikel tersebut telah disiarkan lebih awal dalam Suara PRM keluaran 053 (1Ogos) lalu.

Banyak juga yang memberi pandangan terhadap artikel tersebut termasuk Hishamuddin Rais.

 

 

Tuesday, August 24, 2004

Hari ini satu lagi sejarah telah dibuat dalam karier saya sebagai penulis dan wartawan bebas. Saya telah diterima sebagai wartawan sepenuh masa buat satu lagi media internet.

Malaysia Today ialah sebuah media internet terbaru. Ia dilancarkan secara rasmi pada bulan Ogos dan memuatkan berita-berita terikini mengenai dalam negara.

Saya telah diyakini dengan diberikan sebuah kolum seni. Jadi apakah pertaliannya dengan penulisan buku saya? Ia akan menjadi sebuah lagi alternatif bacaan tulisan saya selain daripada laman ini (www.faisalmustaffa.blogspot.com)

Saya berasa amat bertuah dengan tawaran yang diberikan dan cuba untuk mengisinya dengan berita-berita terkini yang saya terima, insya-Allah.

 

 

Monday, August 16, 2004

Minggu lepas amat membengangkan kepala otak. Deadline pada hari tersebut walhal satu pun kerja aku belum dimulakan. Dengan terlupa, nama aku pula telah dihantar ke satu bengkel media. Jadi, terpaksalah aku menghadirkan diri.

Sambil berbengkel, aku mula mengumpulkan gambar-gambar yang ingin disiarkan sepanjang aku berada dibeberapa lokasi events. Tapi komputer aku tak boleh dibuka seperti biasa. jadi, aku hantarkan ke klinik dan mendapati hard disk nya sudah tidak boleh dipaka dan maklumat dalamnya semuanya hilang! Aku terduduk, kelu.

Hari kedua aku terpaksa meminta izin untuk tidak hadir ke bengkel kerana terpaksa berada di pejabat menyiapkan berita-berita yang perlu dihantar.

Jadi, bagaimana dengan artikel-artikel yang untuk dibukukan itu? Kena taip semula....

Tetapi aku dah siapkan 10 artikel lama yang kami simpan di komputer di rumah.

 

 

Tuesday, August 03, 2004

Semalam hari yang agak tidak produktif. Maksud saya hanya pada waktu siang kerana pada waktu malam saya bersengkang mata membuat beberapa laporan untuk deadline hari ini.

2 temujanji telah dibatalkan oleh pihak tersebut. Namun, memandangkan saya dan TK telah berada di KL, kami terus ke Maju Curry House untuk berborak dan makan ala kadar.

TK mula memberi komen terhadap penulisan saya yang baru sahaja diterbitkan minggu lepas. Mengikutnya, susah untuk mendapatkan penulis yang menulis dengan sini dan memberi hipotesis yang tidak disangka orang.

Saya kira, hipotesis itu mungkin dapat dirasai tetapi tidak dari segi statistiknya. Itu yang menyebabkan beberapa hujah dan komen saya dalam membina hipotesis itu dapat dijelaskan.

TK mula bertanya progress pembukuan. Saya mengeluh dan cuba mencari alasan. Hanya apa yang saya dapat katakan ialah dalam perancangan.

Pada malam itu, saya cuba bertanyakan taipis yang bersetuju untuk melakukan kerja-kerja menaip semula artikel-artikel saya yang lalu. Menurut beliau, dalam masa terdekat ini beliau akan lebih banyak masa dan cuba membuatnya.

Rakan grafik juga pernah bertanya sekali dua pada minggu lepas, bila kerja-kerja grafik hendak dimulakan. Saya banyak membuang masa dengan rakan grafik tersebut kerana dia banyak membantu dalam membaiki kereta saya yang asyik meragam.

Dia (rakan grafik, Jg) sedang sibuk menyiapkan sebuah buku sejarah Sarawak. Dengar-dengar pendapatannya agak lumayan. Tak apalah, sudah menjadi rezekinya. Harap-harap janganlah sebanyak tu cajnya kepada aku.

Pernah juga aku timbulkan kerisauan dan tergerak untuk bertanya. Dia cuma senyum dan kata, "Jangan risau".

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com