Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Tuesday, August 03, 2004

Semalam hari yang agak tidak produktif. Maksud saya hanya pada waktu siang kerana pada waktu malam saya bersengkang mata membuat beberapa laporan untuk deadline hari ini.

2 temujanji telah dibatalkan oleh pihak tersebut. Namun, memandangkan saya dan TK telah berada di KL, kami terus ke Maju Curry House untuk berborak dan makan ala kadar.

TK mula memberi komen terhadap penulisan saya yang baru sahaja diterbitkan minggu lepas. Mengikutnya, susah untuk mendapatkan penulis yang menulis dengan sini dan memberi hipotesis yang tidak disangka orang.

Saya kira, hipotesis itu mungkin dapat dirasai tetapi tidak dari segi statistiknya. Itu yang menyebabkan beberapa hujah dan komen saya dalam membina hipotesis itu dapat dijelaskan.

TK mula bertanya progress pembukuan. Saya mengeluh dan cuba mencari alasan. Hanya apa yang saya dapat katakan ialah dalam perancangan.

Pada malam itu, saya cuba bertanyakan taipis yang bersetuju untuk melakukan kerja-kerja menaip semula artikel-artikel saya yang lalu. Menurut beliau, dalam masa terdekat ini beliau akan lebih banyak masa dan cuba membuatnya.

Rakan grafik juga pernah bertanya sekali dua pada minggu lepas, bila kerja-kerja grafik hendak dimulakan. Saya banyak membuang masa dengan rakan grafik tersebut kerana dia banyak membantu dalam membaiki kereta saya yang asyik meragam.

Dia (rakan grafik, Jg) sedang sibuk menyiapkan sebuah buku sejarah Sarawak. Dengar-dengar pendapatannya agak lumayan. Tak apalah, sudah menjadi rezekinya. Harap-harap janganlah sebanyak tu cajnya kepada aku.

Pernah juga aku timbulkan kerisauan dan tergerak untuk bertanya. Dia cuma senyum dan kata, "Jangan risau".

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com